Wednesday, June 13, 2012
.:TIGA GOLONGAN AWAL DIBICARAKAN:.
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 12:33 PM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ketuk2rohani
Tuesday, December 6, 2011
::pisang dan hati::
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 12:07 PM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ketuk2minda, ketuk2rohani
Wednesday, October 6, 2010
Sekolah oh sekolah...
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 1:17 AM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ambiltahu, ketuk2rohani
Friday, April 2, 2010
.:CINTA ALLAH vs CINTA MANUSIA:.
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 8:22 PM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ketuk2minda, ketuk2rohani
Thursday, February 11, 2010
*orang biasa yang luarbiasa*
Berada seorang diri memang benar membuatkan kita bosan dan hilang arah. Tidak ada sesiapa pun yang mahu melayari hidup berseorangan. Sebab itulah fitrah manusia yang ingin sentiasa berteman.

DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 9:16 PM 1 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: dakwahilallah, ketuk2rohani
Saturday, January 16, 2010
GuRu TaNpA sUaRa
Manusia tak bisa meramal apa yg akan berlaku pd masa akan datang begitu juga sesaat yg akan tiba kerana hanya ALLAH yg Maha Mengetahui apa yg ada di langit dan di bumi. Manusia tidak akan tahu bila dia akan diuji oleh ALLAH dan sesukar manakah ujian tersebut. Tidak ada satu manusiapun yg akan terlepas dr ujian ALLAH.
Namun apa yg pasti ALLAH tidak akan membebani hambaNya dengan perkara yg mereka tidak sanggupi. Segala ujian yg ditimpakan setimpal dengan daya kekuatan kita sebagai hamba ciptaanNya.
Ramai menganggap ujian itu sesuatu yg pahit, penuh dgn kesakitan, kegetiran, kepayahan dan segala macam kesukaran. Tapi berapa ramai yg merasai betapa manisnya sebuah ujian itu jika dihadapi dengan sabar, redha dan tawakkal kepada ALLAH. Mengapa harus melihat ujian dari sudut yg negatif tanpa memikirkan mengapakah ALLAH menurunkan ujian tersebut kpd kita. Ujian yg ditimpakan kpd kita apalah sangat jika dibanding dengan ujian kpd Rasulullah dan para sahabat. Dan lihat kemanisan di sebalik ujian itu adalah,Islam berkembang sehingga ke hari ini.

Peperiksaan=ujian ALLAH
Persiapan/bekalan: ilmu pengetahuan=sabar=redha
Kayu ukur: keputusan cemerlang=ketinggian iman
Setiap peperiksaan perlunya persediaan yg rapi yakni ilmu yg cukup dan pengetahuan yg luas. Jikalau ilmu kurang, manakan dapat mengecapi kejayaan yg cemerlang. Jikalau ilmu yg banyak, pengetahuan pula luas, maka InsyaALLAH dengan izinNya kejayaan berada di genggaman, tak perlu dikhuatirkan. Sama juga dengan konsep ujian ALLAH ini. Anggap saja sabar dan redha itu sebagai persediaan kita menghadapi dan mengharungi ujian ALLAH untuk menentukan tahap keimanan kita kepadaNya. Kalau ditimpa ujian sedikit sudah mengalah lagi berputus asa, maka ukur sendiri setinggi manakah keimanan kita. Jikalau setiap ujian dihadapi dengan kesabaran yg tiada batasan maka InsyaALLAH kita sedang merasai kelazatannya ilmu sebuah guru yg bernama ujian, tidak bercakap tapi sangat mengajar dan mendidik. Ujian itu kan tarbiyah ALLAH. Tarbiyah pula kan mendidik.Jadi, ALLAH tidak saja2 menurunkan ujian kalau Dia tidak tahu apa yg ingin di'ajar'kan pada hambaNya.
Macam guru dengan pelajar di sekolah. Misalnya seorang murid yg melakukan kesalahan mencuri dirotan oleh gurunya. Tentulah tujuan guru tersebut adalah untuk menyedarkan murid tersebut supaya tidak mengulangi perbuatannya dan berubah menjadi lebih baik. Kemudian, terpulang kpd murid itu sendiri sama ada untuk mengambilnya sebagai pengajaran ataupun sebaliknya.
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 5:59 PM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: bila hati memegang pena, ketuk2rohani
Friday, January 8, 2010
=pAKu di hATi=
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 11:23 PM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ketuk2rohani
Tuesday, January 5, 2010
::BERSAHABAT SAMPAI KE SYURGA::
Saudara saudari seIslam, kebersamaan dan persahabatan di jalan ALLAH lah yg akan membantu kita menyelesaikan hidup dgn kebaikan. Persaudaraan , kebersamaan dan persahabatan di jalan ALLAH jugalah yg akan mengiringi kita pd kebahagiaan akhirat. ALLAH S.W.T. memberitakan bhw hanya persahabatan di atas dasar iman dan takwa yg akan kekal abadi. “Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) sebagiannya menjadi musuh kepada sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.”(surah az-Zukhruf ayat 67). Ibnu Kasir menyatakan, “Seluruh persaudaraan dan persahabatan yang tidak berlandaskan kerana ALLAH pada hari kiamat nanti akan berubah menjadi permusuhan.” Begitu juga pesan Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya yang menyebutkan bhw kita akan dibangkitkan pd hari kiamat bersama-sama orang yg kita cintai.
Renungilah, siapa yg kita cintai? Siapa orang yg paling dekat dgn kita dalam menyusuri kehidupan ini? Siapa yg menemani langkah2 hidup kita? Orang solehkah dia? Mengajak pd kebaikan dan keredhaan ALLAH kah dia? Bayangkanlah persahabatan org beriman di dunia yg kisahnya berlanjutan hingga di akhirat sebagaimana yg digambarkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib r.a.
“Ada dua orang mukmin yg bersahabat dan berteman akrab. Salah seorang daripada mereka meninggal dunia terlebih dahulu dan ia mendapat berita gembira dari syurga. Ketika itu, dia teringat akan teman akrabnya yang masih hidup di dunia lalu ia berdoa:
“Ya ALLAH, sesungguhnya si polan adalah teman akrabku, dia yang menasihatiku berlaku taat kepadaMu dan kepada RasulMu. Dia yang mengajakku melakukan kebaikan dan mencegahku dari melakukan kemungkaran. Dia juga yang menyedarkanku akan pertemuan denganMu. Ya ALLAH, janganlah Engkau sesatkan dia sepeninggalanku sehingga Engkau perlihatkan padanya kenikmatan yg Engkau berikan padaku dan sampai Engkau meredhainya sebagaimana Engkau redha kepadaku.”
Sampai pada waktunya teman akrab itu meninggal dunia dan roh mereka bertemu di syurga. Alangkah indahnya pengakhiran kisah persahabatan mereka! Pertemuan yang sangat menyayat hati dan penuh dengan kegembiraan. Mari kita mulakan dari sekarang, bersahabatlah dengan orang-orang yg mendekatkan kita kepada redhaNya. InsyaALLAH…
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 5:04 PM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ketuk2rohani
Thursday, November 19, 2009
TUGASAN MANA LEBIH PENTING???
Salam buat semua...
Cuti dua bulan ini tidak mungkin berlalu begitu saja kerana kami dah dibekali assignment dan ada juga lecturer yang bakal 'mengirim' tugasan cuti terancang melalui emel. Harap2 dengan adanya 'bekalan2' dapat mengurangkan sedikit masa student untuk melakukan perkara2 lagha(berdating, menonton movie, melepak2..hehe..) dan meluangkan lebih banyak masa di rumah. Mungkin dapat tolong mak ayah apa yg patut. Pahala dapat, dosa pun dapat dihindari.

Secara konseptualnya, ibadah merupakan elemen yg penting dalam menjaga iman. Ibadah bukan setakat menunaikan solat malah lebih dari itu. Membaca al-quran, berzikir, beristighfar, qiyamullail juga dikira ibadah. Namun, kadangkala melakukan perkara2 sunat begini lebih sukar kerana mentaliti masyarakat Islam zaman sekarang ialah menunaikan yg wajib sudah mencukupi. Tetapi mereka tidak sedar bahawa ibadah wajib yang dilakukan belum tentu sempurna dan diterima ALLAH. Jadi, ibadah2 sunat inilah yang membantu menampung apa yang kurang. Benar, bangun tahajud di tengah malam bukan perkara yg mudah bg yg belum pernah melakukannya tetapi percayalah jika sekali melakukannya hati dan jiwa akan tenang sepanjang hari.


DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 6:13 PM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ketuk2rohani
Thursday, October 1, 2009
K.E.R.J.A.S.A.M.A
Lecturer kuliah Math aku ni particular sgt dgn masa. Mmg pantang ar kalo students masuk lg lmbt dr dia. Nak dijadikan cerita, ada la beberapa students perempuan ni masuk lmbt[depa ni mmg selalu jgk masuk lmbt,dah jd tabiat gamaknya kot]. Nama diorg pun diambil dan lecturer aku tu pesan supaya diorang prepare utk buat persembahan sbg denda. Bila tiba je time persembahan tu, satu kuliah rasa teruja je semacam. excited la katakan dpt tgk free show. then gurls ni td pun berdiri menghadap audiene(maksudnya student lain).
* aku rasa smpai takat ni je la dulu. Byk2 takut teremosi plak nanti...
Sblm tu, anda dijemput menikmati sedikit juadah ringan...
....


[chipsmore pun ada gak:maaf ye, aku termkn makanan boikot~x tau]

[ni la yg jadik bila cikgu2 dipaksa jd kucing tiba2~mujur x ngaapp ikan tu.] p/s: jgn bt kt ank murid nanti ye!Siann...
feetnote: ~ni gambar2 waktu GERKO semalam
~makanan2 tu pulak hadiah utk treasure hunt~tajaan khas drpd Syazi n the gang:thanks ye!
~FYI, group aku menang treasure hunt tu...hohoho. Camne???=Apa yg penting???KERJASAMA!!!

Dapatkan E-Card IslahSite Di Sini
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 6:29 PM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ketuk2rohani
Wednesday, September 16, 2009
Aku yang masih mencari...
Salam buat semua yang masih sudi mengunjungi blogku. Semoga ALLAH sentiasa merahmati kalian. Amin... Dan semoga ALLAH sentiasa mempermudahkan usaha jihadku mencari setitis ilmu di bumiNya. Sedar tak sedar, dah nak masuk dua bulan aku di sini. Aku sudah mula dapat menerima perubahan yang sedang berlaku dalam hidup aku kini walaupun pada mulanya rasa macam hidup aku dah berpusing totally 360 darjah semenjak datang sini . Mana taknya, hidup(jiwa sebenarnya)rasa kosong, dan paling menyedihkan adalah iman aku yang senipis kulit bawang ni semakin menipis dan terus menipis kesan kurangnya tarbiyah. Ini la perkara yang paling aku takutkan masa mula2 nak masuk sini dulu? Boleh ke nak cari kawan yang boleh tarbiyah kita, yang boleh sentiasa ingatkan kita bila kita lupa, dan sentiasa ajak kita dekatkan diri dengan ALLAH? Buat masa ni, aku masih mencari kawan itu, dan jikalau anda yang membaca post ini adalah kawan yang aku cari, sudilah untuk memimpin aku ke jalan ALLAH. Dan satu faktor lagi yang aku perasan adalah, aku susah nak lupakan kenangan lama aku yang menyeronokkan dengan kawan2 di matrik dulu sampaikan buat apa pun kat sini rasa macam tak best dan participate dalam aktiviti pun tak semangat aje. Teringat pulak kata-kata sahabat baik aku (dunia akhirat), " Kita rasa tak seronok sebab kita sendiri yang create suasana tu. Kalau nak suasana yang seronok, kita la yang kena buat benda tu jadi seronok.Jangan asyik set dalam minda kita yang semuanya tak seronok, sebab tu jadi tak seronok(banyak betul seronoknya)". Menyedari hakikat tu, aku mula untuk ubah mindset aku sikit2. Dan Alhamdulillah, keadaan aku dah semakin baik. Semalam, dengan tak semenanya-mena(takdir ALLAH sebenarnya), ada seorang akhwat tu merangkap senior aku ajak untuk join pengisian dia. Macam orang mengantuk disorongkan selimut dan bantal aku tersenyum sampai ke telinga dengar pelawaan tu. Memang berbunga aje rasa hati. Sekali lagi ALLAH mempermudahkan urusan aku dan apa yang terdetik kat hati aku waktu tu ialah, ALLAH masih nak pelihara aku dan imanku yang tak setebal mana ni. Alhamdulillah...
Tarbiyah sangat2 penting dalam hidup kita. Kadang2 kita rasa kita ni dah cukup baik, mungkin sebab kita ni tak mencuri, tak minum arak, tak bercouple, dan etc tapi kita sebenarnya tak pernah ambil kisah untuk siapakah hati dan cinta kita sebenarnya. Dan kadang2 tu kita tak fikir pun macam mana kita nak raih cinta ALLAH yang mahal nilainya. Kita rasa bila tak buat dosa, maka boleh masuk syurga tapi kita tak pulak tambah pahala kita. Jadi di darjat syurga yang manakah patut kita dicampakkan? Adakah cukup amal ibadah kita selama ni untuk menjamin kita masuk syurga atau tidak? Layakkah kita memasuki syurga ALLAH? Tentu kita tak pernah terfikir pasal tu kan? Kalau fikir pun, tak ada tindakan yang kita ambil. Fikir2 kejap, lepas tu tak ingat dah. Hidup kita ni sebenarnya dah banyak ditipu oleh perkara dunia yang melalaikan sehingga bawa kita jauh dari ALLAH. Melalui tarbiyah la kita belajar untuk mengenal ALLAH dan menanam rasa cinta untukNya sekaligus dekat denganNya. Jadi, jangan takut untuk belajar men'tarbiyah' diri kita sendiri. Dan jangan takut untuk buat suatu perubahan besar dalam hidup kita kerana tujuan kita hidup ni cuma satu; untuk mencapai mardhotillah(keredhaan ALLAH). ALLAH berfirman dalam surah ar-Ra'd ayat 11: "Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." Berdasarkan firman tersebut, sudah terang, jelas dan nyata bahawa segala keputusan terletak di tangan kita sendiri. ALLAH telah mengurniakan akal kepada kita, jika kita tahu bersyukur maka kita tahu bagaimana untuk menggunakannya. Wallahualam....
p/s: mohon maaf kerana isi topik ni baru mukadimah aje[masih mencari]
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 8:19 PM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ketuk2rohani
Thursday, September 3, 2009
Ramadhan, aku menantikanmu...
- Amalan yang dilakukan pada malam tersebut akan diberi ganjaran seperti beramal selama 1000 bulan bersamaan lebih 83 tahun.
- Malam tersebut antara waktu mustajab untuk memohon doa kepada ALLAH.
Pada malam 10 terakhir ini, menjadi pemandangan biasa kalau kita melihat di mana-mana masjid mahupun surau kembali dipenuhi dengan makmum untuk solat terawih(pertengahan Ramadhan boleh dikira berapa ramai yang konsisten mengerjakan solat terawih). Tak perlu lagi bertanya bagaimana itu boleh berlaku, jawapannya pasti cliche," Ni kan malam sepuluh terakhir. Nak cari malam lailatul qadar." Bila jawapan ini dikeluarkan oleh sesetengah pihak(mungkin juga kita) maka kita dapat membuat satu penilaian. Adakah malam lailatul qadar itu boleh dicapai dengan hanya mengerjakan solat terawih pada 10 malam terakhir saja? Jawapannya sudah tentu tidak. Mencapai malam lailatul qadar bukan semudah yang kita impikan dan kita hajatkan. Tanpa amal ibadah, maka impian itu tinggal impian saja, hajat itu tinggal hajat saja. Oleh itu, untuk menjadi hamba yang bertuah itu, perbanyakkanlah amal ibadah kepada ALLAH. Ambillah seberapa banyak masa dan peluang yang ada untuk menunaikan ibadah. Alangkah baiknya jika masa yang ada untuk berseronok dengan perkara dunia digunakan untuk melakukan qiyamullail, membaca al-quran dan amal ibadah lain. Jika kita boleh meluangkan masa untuk melawat blog2 dan facebook, apa kata luangkan sedikit untuk menyembah diri kepada ALLAH. Dan cuba renungkan bersama; apakah kita akan hidup sehingga usia 83 tahun untuk beribadah kepada ALLAH? Mungkin ada yang akan berkata ya, tetapi cuba fikirkan, berapa banyakkah masa yang telah kita sia-sia dalam hidup ini berbanding masa yang digunakan untuk beribadah kepada ALLAH? Apakah kita pasti segala amal ibadah kita selama ini diterima ALLAH? oleh itu, saya menyeru diri saya dan pengunjung2 sekalian, gunakanlah kesempatan yang berharga ini untuk mengejar malam lailatul qadar. Jangan sia-siakan peluang yang ada kerana mungkin tahun hadapan kita tidak akan bertemu dengan Ramadhan lagi. Sekian dahulu coretan saya untuk waktu ini. Doakan agar saya terus diberi kekuatan untuk menulis. Moga2 ALLAH sentiasa merahmati hidup kita di atas muka bumi ini. Amin...
WASSALAM...
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 10:40 AM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ketuk2rohani