BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Showing posts with label muslimahsite. Show all posts
Showing posts with label muslimahsite. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

.:Outdoor at Gua Tempurung:.


Salam alaik

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah
dengan izin Allah, dapat juga menjejakkan kaki ke Gua Tempurung
setelah sekian lama bermimpi-mimpi sejak zaman sekolah menengah lagi sampailah keinginan itu semakin memudar

Perancangan Allah jualah yang terbaik
Ekspedisi Gua Tempurung ni anjuran ISLAMC STUDY CIRCLE (ISC), terbuka kpd semua siswa/siswi IPG IPOH. Jadi kakak yg free hujung minggu ni pun nak ikut jugaklah. Observe pun dah habis jadi tak perlu kelam kabut sgt weekend ni nak fikir lesson plan teaching aids bagai. Plus cuti sampai Isnin kan. Duk rumah pun bela perut je. Plan asal nak teman adik2 je sebab takde pensyarah pengiring. Haa.. bajet mcm hebat sgt kan nak ganti pensyarah. Sebenarnya malas nak berbasahan, tu aje. Heh. Sebab katanya pakej yg diambil ni level 4, kena merangkak dalam air bagai. Bab2 nak basah2 ni mmg leceh la kan. Sebab haruslah kena bwk baju tukar, nak tukar tu pun renyah. Hahha.. semua nak senang je. Tapi dlm hati tu keinginan ada lagi. Berbolak balik juga hati nak masuk ke dalam gua atau tak. Fikir2 balik bila lagi nak masuk kan. Setahun je lagi ada kat Perak ni. Kalau jodoh panjang dapatlah dtg lg. Tp cik abang nak kerr??? hihi
"Kak aten nak bayar tak duit entrance?" tanya Zakirah masa bas mula-mula gerak.
"Nanti sampai akak bayar blh? Fikir tak habis lg. Hehe." sampai kesudah tak fikir2 pun. Mana taknya, tidur je sepanjang perjalanan. Sampai sana barulah decide nak masuk. Tu pun duk main tarik tali berapa lama. Baju tukar tak bawak, kasut pun tak berapa sesuai dgn aktiviti air. Mujur ada adik2 yg senasib, akhirnya masuk jugaklah. Nak rasa thrill sikit. Once in a lifetime katanya.

“Boleh jadi, kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)

Perjalanan bermula
Selepas sarapan dan warming up semua, dalam pukul 10 lbh mcm tu, kami bergerak masuk ke dalam. Di'guide' oleh Encik Nizam. Ada beberapa kumpulan lg yang join tour ni untuk pakej Grand Tour (GT). Oh ya, tip baru dpt, sebelum kita nak mulakan pengembaraan biasakan diri berwuduk terlebih dahulu sbg pelindung dr binatang buas dan makhluk halus dan amalkan membaca "wal yatalatthof wala yashirunna bikum ahada". Baju seeloknya kena berlengan panjang baik lelaki mahupun perempuan untuk mengelakkan terluka atau tergores tangan yg halus mulus itu. Dan kasut tu kena pakai kasut untuk aktiviti air, cth croc. Sport shoes tak berapa sesuailah. Tapi sebab tu je yang bawak, terima je la apa yg akan terjadi lepas tu.

baru sampai

ambik port dulu

taklimat keselamatan oleh akh Muttaqin

warming up session lead by adik Kamil

Masa mula2 masuk, tak la rasa excited sgt sb tgok gaya mcm Gua Kelam jek. Bila dah mula kena daki tangga tu mulalah rasa mengahnya. Tak terhitung berapa lama dah tak excercise. Teruk betul. Agak semput jugalah tapi takkan nak mengalah. 

Allah uji sesuai dengan kemampuanmu

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Part mencabar dalam tour ni adalah bila nak kena slide turun ke bawah. Mak aii, Allah je tahu dup dap hati waktu tu. Kalau bagi yang takut ketinggian saya rasa ambil masa jgk la nak turun. Bila nak turun tu, ada lelaki yg kena sambut di bawah. Lelaki akan tolong sambut kaki, yg perempuan akan sambut tangan. Kalau turun kena gaya, eloklah landingnya, kalau salah cara, lain la landingnya. Haha.. yg tu tak nak cerita. Takut mengaibkan pihak2 tertentu.

Second part adalah bila kena merangkak dalam air. Bayangkan memang muat2 untuk kepala je bernafas. Kalau angkat kepala terhantuk gua, kalau tunduk haruslah telan air. Sampaikan torchlight kena kepit dengan bibir. Kena harungi sungai, terlanggar batu dsb. Seriously, mmg sgt2 mencabar dan mengujakan. Tapi part sliding mmg sgt2 mengerikan. Sakit2 punggung masa jatuh tu biasala kan. Tapi paling tak boleh blah, ada org hadiahkan bahunya masa nak menyambut sampai berdarah gigi gue. Takpe, dimaafkan. Hehe...

Alhamdulillah, dpt keluar dengan jayanya walaupun di akhir2 tu kasut dah nak tertanggal tapaknya. Itulah natijahnya bila pakai sport shoes untuk aktiviti air. Mmg dah ajal kasut tu di situ nak buat mcm mana kan.

sejurus orang gua nampak dunia..hehe

Kerana diriku begitu berharga
Tak jadi masalah pun sebenarnya nak buat outdoor dengan pakaian menutup aurat SEMPURNA ala2 khemah kata orang. Tak ada yg susahnya. Kita yg selalu buat jd payah. Pakai baju labuh longgar tudung besar, pada saya sikitpun tak menyusahkan untuk ber'outdoor' malah ada masa2 tertentu sgt2 membantu. Contohnya, bila nak turun slider tu, ada lelaki yg jaga di bawah yg akn menyambut kaki. Bayangkan kalau pakai seluar pendek time tu, macam manalah agaknya.

Lagi satu yang saya belajar, cuba untuk tidak bergantung. Bukan nak berlagak tak nak pertolongan lelaki ke apa, cuma kena ada self confidence yg kita pun boleh buat. Cth, bila ada part nak turun tu tour guide akan bantu. Jd dia akn hulurkan tangan. Kalau rasa tak mampu mintak dia pegang di bahagian yg berlapik, tu kira paling mudarat. Mereka ni pun faham bila tgok kita yang bertudung. Jadi dia akan tanya dulu sama ada kita boleh ke tak? Di sinilah perlunya keyakinan diri. Kalau yakin, dia akan biar kita turun sendiri. Seboleh2nya biar perempuan yg menyambut kita dari bawah. Kalau tak ada, sekurang2nya pakaian kita tu menutup aurat. InshaAllah, Allah yg akan pelihara diri kita.

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang beriman, Hendaklah mereka menutupkan jilbab mereka ketika keluar rumah. Yang demikian itu lebih memudahkan untuk mengenal mereka dan mereka tidak akan diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-ahzab;59)

Al-Quran dan kehidupan

Allah berfirman: “Turunlah kalian semua dari surga! Sebagian kalian akan menjadi musuh bagi sebagian lainnya. Maka jika datang kepada kalian petunjuk dari-Ku, maka barangsiapa mengikuti petunjuk-Ku niscaya ia tidak akan tersesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan mengumpulkannya pada hari kiamat dalam keadaaan buta.” (QS. Thaha [20]: 123-124) 

Ada bhgn dlm gua tu tersangatlah gelap. Kalau tak ada torchlight mmg boleh tersilap langkah. Sekecil-kecil suluhan pun dah cukup membantu. Sampai bila tak ada cahaya langsung akan kedengaranlah, "Lampu pleaseeee."

Begitulah kehidupan kita sebagai umat Islam. Kita tidak boleh hidup dalam kegelapan. Ke mana pun, akhirnya kita akan mencari cahaya, dan kita memerlukan cahaya itu iaitu al-Quran yg menjadi petunjuk kpd kita. Benar, dlm hidup apa2pun yg berlaku kembalilah kepada Allah, kembali kpd Al-Quran. Tanpa pegangan ini, langkah kita akan terpesong hingga akhirnya kita tergelincir ke lembah yang paling hina. Nauzubillahiminzalik.

Kita dari tanah
Oh ya, disebabkan program ni terbuka untuk semua jadi kami juga menerima penyertaan daripada pelatih bukan Islam. Alhamdulillah. Perancangan awal untuk buka kpd muslim shj, bila di'open' mcm ni tak sangka dpt sambutan dr adik2 non-muslim juga. Dan pelatih muslim pun tak ramai yg join. Hebatkan perancangan Allah, kita harapkan yg lain, Allah beri yg lain tetapi ternyata yg Allah beri itu jauh lbh baik.

Dakwah berlaku tanpa sedar dan tanpa perlu bersusah payah menyampaikan dari mulut ke mulut. Itulah, jalan dakwah itu banyak. Kita cuma pilih dan seharusnya mahu untuk menggerakkannya. Dan alhamdulillah, ukhwah yg diciptakan ini bukan terbatas untuk sesuatu agama sahaja bahkan merentasi itu. Merasai pengalaman suap menyuap roti di dalam gua dgn hanya bertemankan lampu suluh saya kira sesuatu yg sukar untuk dilupakan. Kalau hari2 biasa kita akan buat mcm tu jgk ke? Boleh kira berapa kali kita sanggup melakukannya itupun mesti dgn gengsi kita aje. Betulkan?

lunch together-gether

Moment yg saya tak boleh lupakan adalah setiap kali nak slide ke bwh. Yg akan sambut tangan adalah perempuan which is mereka ni mmg tak pernah kita kenal pun kecuali 2-3 org kawan kita. First time jumpa dlm tour ni. Tanpa memilih bulu ringan shj mereka memberi bantuan. Saya paling teringat bila ada seorang gadis Cina yg badannya sedikit gempal, ingin turun. Setiap kali itulah mata kami akan mengarah kepada beliau. Bukan untuk lihat free show tetapi nak bg semangat kpd beliau. Bayangkan jejak je kaki beliau di tanah, semua akan bertepuk tgn seolah-olah meraikan kejayaan beliau. Manis sungguh ukhwah saat itu. Ukhwah yg kita tidak merancang perjalanannya. Subhanallah.

Suatu ketika Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang lelaki lain. Lalu Umar bertanya kepadanya, “engkau pernah bermusafir dengannya?”

“Tidak pernah,” jawab lelaki itu.

“Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya kamu tidak kenal akan lelaki itu!”

Betul! Dengan bermusafir kita lebih kenal shbt2. Waktu susah biasanya akan terzahir sikap sebenar. Tak perlu takut pun untuk bermusafir, sebab kegunaan 'bertaaruf' sepanjang bermusafir akan kita rasai pada masa2 dan situasi lain. :)

Islam itu mudah
Keluar dari perut gua melalui jalan sungai. Rasa indah dapat tengok dunia akhirnya dengan perjalanan masuk keluar hampir 4 jam. Lama tak lama. Huh. Kami bersiap sedia untuk menunaikan solat Zuhur. Alhamdulillah, dah ada tempat untuk bersolat, sebuah dewan terbuka yg dibersihkan oleh shbt yg menunggu di luar sejak 4 jam yg lalu. Mmg sabar betul diorang. Disebabkan tak bawak baju ganti, terpaksalah solat dgn baju yg sedia dipakai itu. Baju yg kotor dgn tanah dan basah pula. Takpe lah, bukan najis pun. Cuma perlu cuci bhgn yg terkena tanah tu aje dan berwuduk mcm biasa. Dan saya tukar stoking baru yg gelap. Jaket labuh tak dilupakan sb paham2 je la bila baju basah kan. Muslimat, mmg ke mana2 pun kena bwk extra socks especially yg tak suka bwk telekung. Nak solat mudah, janji pakaian yg atas kenalah menutup aurat dgn sempurna. Memang mudah!


Refleksi
Sebelum balik, ada sesi taaruf dan refleksi sekejap. Hujan dah mula turun seakan-akan merestui perjalanan hari ini. Alhamdulillah, nampak semua masih berbahagia walaupun saya tahu ada yg penat camping KRS tak habis lg. Moga Allah berikan rehat yg berkualiti untuk mereka semua selepas ini.

slot refleksi

Selesai program tak bererti ukhwah akan terberhenti di sini saja. Dan usaha dakwah belum menemui titik noktahnya. Ini hanyalah permulaan. InshaAllah, usaha yg baik akan dibimbing oleh Allah sepanjang jalanNya. Moga Allah redha usaha kecil ini. Moga ada jwpn jika ditanya Allah di akhirat kelak usaha apakah yg dilakukan untuk membantu perjuangan Rasulullah.

Tahniah team ISC.
Tahniah para peserta.

Terima kasih shbt2.
Terima kasih Allah.
:) :) :)

sekeping lg sebelum balik

untuk Mesir yg tak pernah dilupakan.. R4BIA


footnote: gambar dlm gua takde sb tak bwk kamera kalis air. Rasa rugi sb tak dapat capture the moments. InshaAllah akan ingat selagi mana Allah pinjamkan ingatan ni.  

Monday, December 3, 2012

Resensi buku: Peranan Muslimat di Medan Amal Islami

Salam alaik.
Lama sungguh tak membelek novel. Jujurnya masih banyak novel yg belum dikhatam dr kulit ke kulit. Stp kali beli akhirnya akan masuk almari juga dulu, kdg2 tu berbulan beli pun plastik tak sempat nk dibuka. Kdgkala terpaksa dilepaskan kpd shbt2 dahulu krn tak punya masa untuk membaca. Cuti ni saya berusaha mencari sedikit masa untuk mengkhatam sekurang2nya sebuah buku ilmiah. Novel tak baca tak ralat sangat. Waktu cuti yg pnjg ni kalo tak diisi dgn ilmu terasa sungguh2 rugi.

Alhamdulillah akhirnya 'buku idaman' ni berjaya dimiliki jg. Agak lama mencari akhirnya dipertemukan di bumi serambi mekah, Kelantan baru-baru ni. Itulah kata org kalo jodoh, sampai ke hujung dunia pun ketemu juga...hehe..


Sebenarnya tak hadam 100% pun lg buku ni. Tetapi terpanggil untuk buat sedikit resensi tntg buku ni.

Buah tangan drpd Al-Syeikh Dr Sheikh Faisal Mawlawi ini telah diterjemah oleh Nafisah Hj Md Tahir dan kata pengantarnya ditulis oleh Hj Riduan Mohamad Nor (ustaz Riduan Md Nor sapa tak kenal kan dgn gaya penulisannya yg menyentuh sukma tu ;). Buku ini mengupas tentang beberapa persoalan mengenai peranan muslimat di medan amal Islami.

Antaranya:
1)Isteri tidak aktif dalam jemaah kerana sikap suami?
2)Pandangan yg merungkai persoalan mengapa muslimat tidak aktif dalam gerak kerja Islam. Benarkah ia berpunca dari sikap kaum lelaki?

Kupasan ditulis dalam 3 bahagian iaitu:
Bahagian 1: Faktor2 yg Menyebabkan Lemahnya Penglibatan Muslimat di Medan Amal Islami
Bahagian 2: Wanita dan Lelaki di Hadapan Tanggungjawab Syarak
Bahagian 3: Bidang-bidang Penglibatan Wanita di Medan Amal Islami

Detail tntg keseluruhan isi kandungan buku ini tidak dapat saya nukil di sini. Nak kupas panjang2 saya bukanlah orang yg layak. Dlm menuntut ilmu ni dan mencari kefahaman bukan setakat baca buku tapi kena juga rujuk alim ulama yg tentunya lbh arif.

Komen saya:
Buku ini sangat menarik untuk dijadikan koleksi terutama buat muslimah yg sedang mencari ilmu dan kefahaman ttg gerak kerja dakwah melalui amal jamaei. Isi penyampaiannya ringkas, persoalannya padat beserta jawapan2 yg mudah difahami. Buku ini membawa saya kembali berfikir dan merenung sejenak akan tujuan penciptaan saya selaku muslimat di muka bumi ini. Kelak sbg guru, saya tidak hanya mentarbiah anak-anak di rumah tetapi di sekolah memerlukan daie juga dr kalangan muslimat. Tugas guru tidak hanya mengajar ABC di kelas bahkan menuntut lebih dari itu. Menyedari hakikat bahawa masih ramai anak gadis dan wanita di luar yg belum mengenal agama dan Pencipta, maka pentingnya penglibatan muslimat di medan amal Islami ini. Beban dakwah ini tidak terpikul di bahu ustaz ustazah sahaja, jika ada kefahaman, wajib disampaikan. Buku ini mampu menjadi panduan buat daieah sama ada yg masih bujang atau yg telah berumahtangga kerana kupasannya merangkumi pelbagai lapisan muslimat secara keseluruhannya. Setiap org pasti punya pandangan yg berbeza. Saya tidak sesekali mengatakan saya benar dan kamu salah cuma menyarankan buku ini untuk dibaca, difahami dan dihayati. Bacalah dgn mata hati. (^_^)

Bg yg berminat, blh dptkan buku ini dgn harga cuma RM5. Muslimin dan muslimat. Suami dan isteri. Ayah dan ibu. Abang dan kakak. Berbaloi-baloi..
~Moga2 dgn pembacaan ini menambahkan kefahaman untuk istiqamah di jalan yg dipilih ini. Amin 

Thursday, March 31, 2011

BUKAN LAGI ALASAN

Apa yang anda lihat sekarang bukan iklan tudung Arini atau promosi melancong ke Iran.
Tapi ini ialah sebahagian daripada wajah-wajah pemain ragbi wanita Iran.



Fatemeh Moolai (mengangkat tangan)-jurulatih pasukan memberi arahan kpd anak buah ketika perlawanan ragbi. Ini merupakan kemunculan kali pertama mereka di Eropah.


Nazanin Ammanyan (kiri) bergelut dengan Michela Este (kanan)

Pemain Iran, Zohre Eyni (kiri)

Farzaneh Navab Rad (Iran)  diasak Federica Carlet (Itali)

Errr... Sebelum tu, boleh bagitau saya ada nampak mana2 pemain Iran ni tidak bertudung????

Captain Zohre Eyni, 22, said: 'First I played football but I now play rugby as I really enjoy it but my family are not so sure it is the right thing for a woman.
'The whole team has learnt how to keep the veil in place so that it doesn't interfere with play and I think we have shown that even a physical game like rugby can be played in a veil.
'There are no risks playing in a veil, as I said what is important is that you arrange it safe and well, what you have to be careful with is losing your tracksuit bottoms in a tackle or scrum.'

Temubual bersama Alireza Iraj, jurulatih pasukan ragbi wanita Tehran, beliau mengatakan sbg lelaki dia perlu mengikut hukum Islam yang telah ditetapkan iaitu jantina yang berbeza tidak boleh bersentuhan melainkan mereka berkahwin atau ahli keluarga.
Ketika melatih anak buahnya tackle, Iraj menjaga jaraknya dengan mereka dan memberi arahan kepada salah seorang daripada mereka cara merampas bola daripada melakukannya sendiri.
Di Iran, ragbi wanita telah diperkenalkan sejak 10 tahun yg lalu dan semakin popular.

Kemunculan mereka ini (terutama dgn penampilan bertudung dan menutup aurat) menimbulkan perdebatan dlm kalangan beberapa pihak. Ada yg bersetuju dan ada yang membangkang. Masing2 dengan alasan dan pandangan tersendiri. Saya tak ingin menimbulkan polemik di sini, sekadar menjentik fikiran anda. Mungkin boleh kongsikan pandangan bersama!
* * *
Islam tidak melarang wanita dari bersukan. Islam untuk semua, baik lelaki mahupun wanita. Islam itu agama yang syumul, merangkupi seluruh aspek kehidupan, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya. Sukan juga merangkumi aspek kehidupan kan? Menjadi seorang muslimah tidak bererti kita tidak dibolehkan bersukan. Namun haruslah mengikut syariat. Menutup aurat, menjaga batasan pergaulan dan maruah diri. Saya tak nampak di mana perlunya membuka aurat setiap kali ingin bersukan. Muslimah-muslimah Iran ini telah membuktikan biarpun menutup aurat, masih saja boleh bersukan. 
Ruqaya al-Ghasara telah membuktikan, dengan menutup aurat pun mampu meraih pingat emas di sukan Asia.

Untuk menutup aurat...hmm...
Apa kata anda?

Kata saya: bukan lagi alasan...




sumber: gizmodiva.com

Tuesday, April 20, 2010

KAMU BERHIAS UNTUK SIAPA?

Salam alaik...
Hari ni nak 'berbual' dgn anda tentang kecantikan. Bila sebut pasal cantik, kaum hawa macam kita ni mesti suka kan? Begitulah, wanita dan cantik, dua perkara yang tak dapat dipisahkan, selalu bersatu. Nak jadi cantik? Of course la kan? Ada ke yg nak jadi hodoh setiap masa dan selama-lamanya? Rasa ingin jadi cantik tu fitrah sebenarnya, so tak payah la rasa poyo kalau tiba2 terasa nak jadi cantik cam Angelina Jolie ke, Fasha Sandha ke... Fitrah namanya..tapi lagi best kalau jadi cantik cam diri sendiri. Natural gitu..
Cantik tu subjektif, terpulang bagaimana kita melihat dan menilai kecantikan.  Cantik bukan setakat wajah je tapi segala2nya dr hujung rambut sampailah hujung kaki. Kalau pandai berhias, maka bertambah cantik la seseorang tu.

Pernah dengar tak istilah tabarruj?
Tabarruj ni istilah arab yang kalau kita translate ke dlm BM lebih kurang maksudnya berhias diri. Tapi dalam konteks sebenar tabarruj adalah berhias diri dgn memperlihatkan wajah dan tubuh.
Adakah Islam mengharamkan tabarruj?
Ulama berpendapat, perhiasan dalam erti kata mempercantikkan diri agar orang lain merasa senang memandang adalah diharuskan. Akan TETAPI...

Perhiasan itu tidak bertentangan dan berlawanan dengan syara‘ dan mengikut garis panduan yg telah ditetapkan dalam Islam. Sebagai contoh, Allah memerintahkan agar manusia memakai perhiasan pada setiap kali pergi ke masjid, firmanNya:
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-‘Araf, ayat 31)

Namun begitu, bukan semua jenis barang-barang perhiasan itu diharuskan untuk dijadikan bahan kegunaan dan hiasan diri dan tempat. Terdapat garis panduan hukum syara‘ yang menentukan bahan-bahan perhiasan mana yang boleh dan tidak boleh digunakan dan dipakai, baik bagi laki-laki mahupun perempuan.

Pembahasannya lebih kurang sama dalam menafsirkan `perhiasan yang zahir’. Berikut ini adalah apa yang tersebut di dalam Zadul Masir fi Ilmit Tafsir oleh Ibnul Jauzi: Maksud `perhiasan yang zahir/apa yang biasa dilihat’, terdapat tujuh pendapat, iaitu:

1. Ia bermaksud pakaian. Ini adalah riwayat dari Abu Ahwash dari Ibnu Mas’ud. Bererti telapak tangan, cincin dan muka - Dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas
2. Bererti celak dan cincin – Juga dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas.
3. Bererti gelang, cincin dan celak – Al-Misywar bin Mukhrimah.
4. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan – Pendapat dari Mujahid.
5. Bererti cincin dan gelang – Dari al-Hasan.
6. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan – dari al-Dhahhak.

Dan tetaplah di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)

Dalam Islam hukum bersolek bagi wanita ada pelbagai keadaan, ada hukumnyn wajib, sunat, makruh dan haram, bergantung kepada keadaan dan niat atau tujuan ia dilakakukan. Ayat di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk ajar) kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu.

Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya sepatutnya wajib ditutup.

Mengapa jahilyah pertama/dahulu ini dikaitkan dengan tabarruj. Perempuan-perempuan jahiliyah pertama/awal memakai baju dari lu'lu', atau baju dari mutiara dan intan yang tidak berjahit kedua belah, dan berpakaian tipis yang menampakkan tubuh badannya. Dengan berpakaian begini, mereka akan berjalan di jalan-jalan mempamerkan diri mereka kepada kaum lelaki. Dan, dapat dirasakan bahawa zaman berkenaan adalah zaman yang penuh dengan kemewahan.

Wanita bersolek untuk suami
Islam tidak melarang wanita bersolek kecantikan fizikal yang diharuskan oleh syarak, bahkan ia wajib jika dilakukan untuk suami dan menarik perhatian suaminya. Tetapi haram jika bertujuan untuk menarik perhatian lelaki-lelaki ajnabi atau atau untuk keluar rumah dengan mendedahkan aurat dan persolekannya. Hukumnya juga haram jika bersolek sehingga mengubah kejadian Allah atau menyerupai wanita jahiliyah (tabarruj jahiliah).

Hukum wanita memakai bau-bauan
Terdapat beberapa hukum seperti wajib, haram, sunat, makruh dan harus.

Wajib wanita berwangi-wangian
Ketika suami berada di rumah, khususnya ketika hendak melayan suami pada waktu malam, malah hendaklah mereka terlebih dahulu bersolek dan memakai bau-bauan. Selain daripada itu, nabi saw tidak wajibkan. Nabi saw bersabda “Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)

Maksud menyenangkan hati ialah dalam semua hal dan keadaan, sama ada aspek fizikal dan mental. Dari segi akhlak, wajah dan dirinya sentiasa berhias dan bersolek, sentiasa berbau wangi di rumah dan di hadapan suami, semuanya termasuk perkara yang boleh menyenangkan suami. Tetapi sekiranya untuk keluar rumah, wanita-wanita dilarang bahkan haram bersolek dan memakai bau-bauan kerana terdapat keterangan hadis yang melarang wanita berbuat demikian.

Waktu Sunat wanita berwangi-wangian
i- Ketika berada di dalam rumah, terutamanya ketika berhadapan dengan suami.
ii- Ketika hendak menunaikan solat dan beribadat dalam rumah, bukannya di masjid. Kalau untuk ke masjid, terdapat hadis yang melarang wanita berwangi-wangian.
iii- Ketika menyambut tetamu wanita, sunat berwangi-wangian kerana sekiranya berkeadaan busuk boleh menimbulkan rasa kurang senang dan menyakiti perasaan tetamu.

Walau bagaimanapun, selaku seorang muslimat, hendaklah sentiasa kelihatan kemas, badan dan pakaian hendaklah tidak berbau busuk.Oleh itu, sunat bagi wanita memakai bau-bauan ketika berada di rumah atau ketika sesama wanita.

Terdapat keterangan dalam hadis-hadis yang lain yang menjelaskan tentang wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi tidak pada dan tempat yang dilarang. Rasulullah saw bersabda “Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnamya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya”(Riwayat al-Tarmizi)

Bahkan Aisyah sendiri memiliki minyak wangi yang terbaik. Dia menggunakan wangian tersebut apabila melayan Rasulullah saw. Baginda saw. Kata Aisyay “Aku memakaikan minyak wamgi kepada nabi saw ketika baginda hendak melakukan ihram, dengan minyak yang terbaik yang aku miliki” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Selain daripada itu juga, adalah sunat bagi wanita memakai wangi-wangian sebelum berihram. Kerana terdapat keterangan bahawa Aisyah berkata “Kami (isteri-isteri Rasulullah saw) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah saw. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaikdi kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah saw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi saw tidak melarang)” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Berdasarkan hadis jumhur tersebut, ulamak berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat sama ada kepada lelaki dan wanita berwangi-wangian ketika ihram.

Imam Syafie berkata “Sunat bagi lelaki dan wanita menyapu badan dan pakaian dengan minyak wangi ketika hendak (sebelum) melakukan ihram, walaupun zat minyat tersebut kekal hingga sesudah ihram”. Imam Hanafi pula ada mengatakan “Sunat menyapu badan dan pakaian dengan minyak wangi ketika hendak atau sebelum ihram, walaupun zat tidak tinggal melekat, sekalipun baunya kekal” (al-Mazahil al-Arba’ah)

Namun Imam ada memberikan peringatan kepada wanita “Seseorang yang hendak berihram, hendaklah memakai bau-bauan sebelum melakukan ihram (bukan ketika sedang berihram). Itulah yang lebih sah. Walaupun bau wanginya terlekat hingga sesudah ihram. Tetapi sekiranya setelah ia menanggalkan ihram itu lalu memakainya semula, maka dikenakan fidyah, kecuali dia mencuci pakaian itu terlebih dahulu. Kerana orang sedang berihram disyaratkan menjauhkan bau-bauan” (al-Minhaj)

Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli menyatakan makruh menyapu bau-bauan pada pakaian ihram. Bagi yang membolehkannya adalah sebelum ihram. Sesudah berihram, jemaah terbesar daripada sahabat dan tabii,jumhur ahlu hadis dan ahli fiqh menyatakan haram. Mereka ialah Saad bin Abi Waqas, Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Muawiyah, al-Sauri, Abu Yusuf, Ahmad, Daud dan lain-lain (syarah Soheh Muslim oleh as-Sauri)

Waktu makruh wanita memakai wangi-wangian
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulamak dan terdapat penjelasan dalam bab puasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alas an ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa” Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Waktu haram bagi wanita berwangi-wangian
Waktu-waktu yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, di hadapan lelaki ajnabi, bertujuan untuk memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk solat berjemaah. Keterangan yang berkaitan waktu-waktu itu ialah seperti berikut:

i- Rasulullah saw bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” (Riwayat Ahmad dan al-Tamizi)

ii- Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi ……” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

iii- Dari Zainab as-Saqafi, katanya Rasulullah saw bersabda “Apabila salah seorang daripada kmau hendak ke masjid, maka janganlah memakai bau-bauan” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah)

iv- Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda “Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, janganlah ke masjid bersolat isyak” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah serta Ashabussunah)

Hadis ini menyebut waktu Isyak, tetapi perawinya sepakat menyatakan bahawa larangan itu meliputi seluruh waktu solat dan Isyak dijadikan sebagai contoh kerana ketika itu paling banyak fitnah bagi wanita.

Imam Nawawi pula tidak menyebut mana-mana waktu solat bahkan dihukumkan haram bagi mana-mana wanita yang ke masjid memakai wangi-wangian.

vi- Rasulullah saw bersabda “Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian melewati di hadapan orang ramai (yang ada lelaki bukan mahram dengannya) dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira (berdosa) sama dengan melakukan zina”

vii- Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata “Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya”

viii- Bagi wanita yang kematian suami, ketika ia masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Satu fatwa daripada Imam Syafie “wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau-bauan”

Qaliyubi pula menyatakan “Bagi wanita yang kematian suami, semasa iddah, maka haram baginya memakai bau-bauan”
Beberapa Hadis Rasulullah saw sebagai paduan

أيَّمَا امْرَأَةٍ وَضَعَتْ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، فَقَدْ هَتَكَتْ سِتْرَ مَا بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Siapa saja di antara wanita yang menanggalkan pakaian-nya di selain rumah suaminya, maka ia telah mengoyak tirai pelindung antara dirinya dan Allah Azza wa Jalla.

مَثَلُ الرَّافِلَةِ في الزِّينَةِ في غَيْرِ أهْلِهَا ، كَمَثَلِ ظُلْمَةٍ يَوْمَ القِيَامَةِ لاَ نُورَ لهَا
“Permisalan wanita yang berhias untuk selain suaminya, adalah bagaikan kegelapan pada hari kiamat, tidak ada cahaya baginya.”

Maksudnya adalah wanita yang berlenggak-lenggok ketika berjalan dengan menarik pakaiannya, akan datang pada hari kiamat dalam keadaan hitam dan gelap, bagaikan berlenggak-lenggok dalam kegelapan. Dan hadits ini walaupun lemah, tetapi artinya benar, karena kenikmatan dalam maksiat adalah siksaan, wangi-wangian akan menjadi busuk dan cahaya menjadi kegelapan. Kebalikan dari taat, bahwa bau mulut orang yang berpuasa dan darah orang yang mati syahid lebih harum di sisi Allah dari bau minyak kasturi."

سَيَكُونُ فِي آخِرِ أُمَّتِي نِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ ، عَلَى رُؤُوسِهِنَّ كَأَسْنِمَةِ البَخْتِ ، اِلْعَنُوهُنَّ فَإنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ
“Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala mereka bagaikan punuk unta, laknatlah mereka karena mereka adalah wanita-wanita yang pantas dilaknat.”

Dalam berhias dan mencantikkan diri, hendaklah kita sentiasa berada di landasannya. Cantik tu, tak perlu pada fizikal saja, yg lebih penting apa yg ada di dalam. Kalau di dalam tu cantik, maka cantik di luar akan terzahir dgn sendirinya. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada paras rupa dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat dan amalan-amalan kamu." hadis riwayat Muslim. Bersederhanalah dalam berhias, jangan sampai menimbulkan fitnah. Dalam melakukan apa2 perkara pun, yg penting adalah niat.

footnote: artikel dipetik drpd http://ustazmelaka.net/forum/index.php?topic=375.0

Sunday, April 11, 2010

MAAF...

MAAF,wajah mu bukan untuk tontonan umum,lebih2 lagi tontonan khusus..

Suatu kisah

Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa


Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang
Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!


Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula
Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan

Aduh!
Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal


Dia pernah berkata

Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur


Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan


Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang soleh


p/s : puisi ini mmg sengaja di copy...


Wahai adik2 muslimah marilah mengambil iktibar,
jadilah muslimah sebenar,
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
sampaikanlah pada sahabat2 kalian
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini

Ya, Allah ampunilah kekhilafanku. Jadikanlah aku perempuan cantik  dan perempuan solehah itu.
Terima kasih kerana mengeluarkanku dari kesesatan.

Terima kasih kerana masih memberikanku hidayahMu.
Terima kasih ya, Allah kerana menemukan aku dan dia.




footnote: Terima Kasih kepada penulis puisi ini juga. Berkatilah dia, ya Allah.

Saturday, January 23, 2010

.:PETUA BERSAHABAT:.


Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah S.A.W.) kepada anaknya:

Pertama:
~Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua:
~Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga:
~Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat:
~Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima:
~Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat, kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.




footnote: artikel dipetik drpd Islamic Compass, Pusat Islam Kolej Matrikulasi Kedah 08/09

Friday, January 8, 2010

* Wanita Si Pohon Semalu*

Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada ayahandanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.



1. Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

2. Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

3. Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yg sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

4. Semalu akan kuncup dengan akhirnya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.






Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia sekadar pohon yang kecil...



footnote: artikel dipetik drpd Islamic Compass;Pusat Islam Kolej Matrikulasi Kedah 08/09

Tuesday, January 5, 2010

AISYAH; WANITA SOLEHAH SEBAGAI SURI TELADAN~part 5


Mempunyai suami teladan

Aisyah mempunyai suami yg mulia di dunia dan di akhirat. Aisyah r.a. juga memberikan gambaran kpd kita bagaimana pergaulannya dgn Rasulullah S.A.W. agar dicontohi oleh kaum muslimin.

Aisyah berkata: "Saya pernah bermain-main dgn bermacam-macam anak patung, lalu datang beberapa orang sahabat wanita saya dan mereka menjauh dari Rasulullah. Kemudian baginda keluar dan menyuruh mereka masuk, mereka pun bermain bersama-sama saya."

Aisyah berkata lg: "Rasulullah pernah masuk ke tempat saya ketika saya sedang bermain-main dgn bbrp anak patung, lalu baginda bertanya: "Apakah ini wahai Aisyah?" "Saya menjawab: "Ini kuda Salman yg mempunyai beberapa sayap." Lalu baginda tertawa."

Imam Az-Zuhri meriwayatkan dari Urwah, dari Aisyah ia berkata: "Rasulullah pernah berdiri di depan pintu kamarku ketika orang-orang Habsyah sedang bermain anggar di masjid. Baginda melindungi saya dengan selendang baginda agar saya tidak dapat menyaksikan permainan mereka. Baginda terus saja melindungi saya sehingga akhirnya saya menjauh. Mereka bermain seperti wanita-wanita muda yg suka bermain.


footnote: perempuan itu diciptakan dekat di bahu lelaki untuk dilindungi...

Wednesday, November 18, 2009

AISYAH; WANITA SOLEHAH SEBAGAI SURI TELADAN~part 4


Salam alaik....


Seperti yg dijanjikan dlm entry yg lalu, berikut adalah 9 kelebihan yg diberikan kpd Aisyah yg tdk diberikan kpd wanita lain slps Maryam:


1) Malaikat Jibril pernah turun dgn membawa berita tentang Aisyah dan Rasulullah disuruh mengahwaini Aisyah.

2) Rasulullah berkahwin dengan Aisyah ketika Aisyah masih gadis, dan baginda tdk pernah berkahwin dengan perawan selain Aisyah.

3) Ketika Rasulullah meninggal dunia, kepala baginda di pangkuan Aisyah.

4) Sesungguhnya Aisyah menguburkan baginda di dalam rumahnya.

5) Wahyu diturunkan kpd baginda Rasulullah ketika baginda sedang berselimut bersama Aisyah.

6) Aisyah adalah puteri khalifah dan orang kepercayaan baginda.

7) Diturunkan wahyu utk menyelesaikan perkara Aisyah iaitu membela Aisyah dr tuduhan kaum munafik.

8) Aisyah diciptakan sbg wanita yg baik bg lelaki yg baik.

9) Aisyah diberi janji utk memperoleh ampunan dan rezeki yg baik.


Justeru, tidak hairan jika Aisyah merupakan wanita yg paling beruntung dan paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. di antara isteri2 baginda.