BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Showing posts with label bila hati memegang pena. Show all posts
Showing posts with label bila hati memegang pena. Show all posts

Friday, September 19, 2014

Review Kekasih Waktu



Salam alaik.
Sebelum apa-apa nak belanja kulit dulu. Kulit yg menyimpan makna di sebalik ilustrasinya.


Naskhah ini saya khatam sebagai self-reward usai marathon assignment yg panjang. Sebuah kisah yg manis, ditulis penulis yg manis dgn bahasa yg manis. 
Kalau sesiapa yg pernah membaca karya2 Kak Su sblm ini tentunya watak Zaynn, Najaah, Farhana dan Imran dekat di hati kalian. Dan watak-watak ini terasa hidup di sekeliling kita. Inilah kekuatan penulis yg tak dpt dinafikan selain kemampuan menterjemah latar tempat hingga kita terasa dibawa menikmati momen indah itu. Hai, Kashmir mung tunggu aku datang!


Saya bahagikan kisah ini kpd dua bhgn: 
i)kisah cinta zaynn-dian-najaah
ii)kisah cinta farhana-imran

Mulanya saya hendak letak Rindunya Kian Membara di sebelah tp setelah Kak Su `membantu` membuat flashback saya abaikan hasrat tersebut (tp blh jg nak ulang baca RKM untuk ambil feel kata org). 

Sedikit sinopsis: 
Zaynn yg menyambung pengajian ke Kashmir tlh jatuh hati dgn Dian anak si duta. Mulanya Zaynn menyangka dia cuma bertepuk sebelah tangan. Tapi rupa2nya si nilam yg dia puja juga punya rasa yg sama. Najaah si adik tiri turut menyimpan rasa tetapi dibiarkan menjadi rahsia. 
Si ibu, Farhana bersatu dengan Imran, lelaki yg setia menunggu stlh bbrapa kali trlepas peluang (Mcm mana blh brsatu itu kena baca sndri). Namun, panas tidak sampai ke ptg. Hujan turun tiba2 di tgh hari. Rumahtangga mereka diuji dan mngubah hati keduanya. 
Apakah kesudahan kisah cinta mereka ini? Semua akan terjawab dlm naskhah setebal 418 terbitan rumah JS Adiwarna ini.

Pengajaran yg saya dapat: 
1-Cinta tak semestinya memiliki. Blm tentu percintaan itu akn berakhir di jinjang pelamin. Kalau sungguhpun kita cintakan seseorang sepenuh jiwa, jika Allah sudah tentukan bukan dia yg akn bdampingan dgn kita hingga akhir hayat maka tidaklah. Jadi, antara Dian dgn Najaah ni siapa yg dpt memiliki Zaynn akhirnya? Haaa....Apalagi, baca jgn tak baca. 
2-Tiada pantai tak dilanda ombak. Begitu juga rumah tangga. Saya pernah dengar org kata tempoh untuk sebuah rumahtangga stabil adalah tiga tahun. Tapi itu bkn jaminannya. Kalau tak ada cinta bagaimana ya kalaupun dh hidup bersama bertahun-tahun? Itu yg terjadi kpd rumahtangga Farhana dan Imran. Bila pucuk muda dtg mentunaskan rasa cinta waktu itulah Imran sedar yg dia mengahwini Farhana tanpa ada rasa cinta lg tp hanya simpati. Benarkah stlh dia sendiri mengatakan Farhana itulah rupa untuk mengungkapkan cinta. Farhana pula bagaimana? Adakah lg rasa cinta itu stlh menjeruk rasa pd si suami. Nak tahu kesudahan kisah anah-imran ni kenalah baca ye.
3-Ajal itu rahsia Allah. Kita tak tahu bagaimana kita akan dimatikan. Sedangkan Saidina Khalid al Walid panglima perang berharap mati di medan perang ttp akhirnya ajal beliau di pembaringannya. Tetapi kita boleh memilih dlm keadaan mana kita hendak mati; baik atau sebaliknya. Husnul khatimah atau suul khatimah. Hah, ckp pasal mati ni siapa pulak yg mati? Jeng, jeng, jeng...

Dari segi bahasa saya tak mahu komen. Siapa tak kenal Kak Su kan? Subhanallah, lenggok bahasanya tu boleh buat kita rasa menari2 di awangan tau. P/s: Kredit kpd Js Adiwarna atas usaha meninggikan martabat bahasa Melayu. 
Dari segi input sejarah saya bagi pujian (sedikit sebanyak saya tahu kisah di sebalik cinta Shah Jahan dan Mumtaz juga sejarah berkaitan empayar Moghul). Kritikan sosial juga ada. Membuatkan novel ini terisi. Bukan novel cinta biasa. 
Cuma agak terkilan sedikit krn bahagian Zaynn dan Dian kurang diketengahkan (sb saya mengharapkan lebih drpd itu..hehe) dan kurang sedikit manisnya. Mungkin sb watak Dian itu sendiri kut yg sejuk beku. Almaklumlah, jurutera. Mujur ada Zaynn si anak professor yg pndai bermadah pujangga. Ngee..
Keseluruhannya, kisah manis ini sgt meruntun emosi (mana ada novel kak su yg tak meruntun emosi. Haha).. sampaikan dah tutup buku pun saya sambung menangis lagi. Haha.  (Ah, tak boleh.. sedih betul. Duk teringat-ingat lg ni.  T__T)Terasa hidup betul watak2nya. Angkat ibu jari untuk penulis.

Watak yg paling meninggalkan kesan tentulah hero kita, Zaynn Nur Luthfil. Abang yg baik, anak yg baik, kekasih yg baik. Segala adjektif yg positiflah nak bg ke Zaynn ni. Bagaimana Zaynn yg mulanya mcm tak ada tujuan hidup akhirnya mengubah dirinya mnjadi 'orang' mmbuat saya rasa nak bertukar watak dgn Dian tu. Over sungguh. Sungguh, saya rasa Zaynn ini lelaki yg matang dan bertanggungjawab. Dan saya paling teringat yg Zaynn pernah berkata dlm hati yg dia sanggup menikahi Najaah dan belajar untuk mencintai adiknya itu kalau tak ada sesiapa nakkan Najaah. Tapi apa boleh buat, Dian dtg dlm dulu dalam hatinya. Lagipun, cinta tak boleh dipaksa2kan?
Apa2pun Burhanuddin al-Helmy aka Ustaz Din tetap mnjadi pujaan hatiku. Oh ya, kpd peminat2 Ustaz Din, beliau ada bt cameo dlm novel ni. Begitu juga Durrah dan Haikal (>_<). Apa ceritanya, kome bacalah sendiri.


Sedikit cebisan kata2 daripada penulis:

Mencintai itu seperti menjaga.

Menjaga agar tak ada luka. Menjaga agar tak ada kecewa.

Itulah yang Najaah buat untuk Zaynn yang dia cinta. Sungguhpun mereka suka bertikam-lidah tetapi dalam diam-diam dia tetap menatang hati Zaynn. Sayangnya, hanya ada Dian Zahra dalam hati Zaynn. Tidak terlintas untuk Zaynn jatuh kasih pada adik tirinya sendiri. Kalau jatuh kasihan itu adalah.


Kerana hakikat cinta itu damai.
Mendamaikan dua hati yang bertentangan.

“Cuba Najaah buka hati pada orang, tentu hidup Najaah lebih bermakna.”
“Umi dulu?”
“Umi doakan Najaah dapat jodoh dengan pemuda baik-baik.” Dr. Farhana ibu tirinya itu enggan bercerita tentang sejarah hati sendiri.

Hakikat cinta adalah dekat.
Mendekatkan setiap hati yang berjauhan.

13 tahun berlalu
Dr. Farhana selalu merasakan dia sudah berjaya mengikat hati suami seperti jalinan permaidani Kashmir: teguh dan kuat. Tetapi hati lelaki bukan begitu fitrahnya. Ada waktu-waktunya dia terlepas bebas bak layang-layang ditiup angin.

Siapa pun bersetuju yang rumah tangga itu seperti sehelai permaidani. Semakin lama semakin bernilai dan mahal. Kita tidak akan mudah-mudah membeli yang baharu kalau kita sudah memiliki sebidang yang cantik dan berharga di rumah.

Benarlah pepatah Arab berkata, perkahwinan itu pertemuan dua hati yang ada seribu perbezaan. Jadi, usah diungkit kalau kita tak serupa.


Saya ingatkan, walaupun novel ni berlatarkan belakangkan India terutamanya di Kashmir tp ni bukan cerita hindustan yg mcm Jab Jab Phool Khile tu. Haa.. tak ada ya adegan menari guling2 atas rumput tu. Bg yg suka cerita 'rare' anda pasti tak rasa 'rare' dgn ending yg 'rare'. Ha, pening tak? Apa2pun slmt membeli dan membaca.

Zaynn digambarkan ada iras2 Shashi Kapoor. Sungguhlah melting mak cik2 kalau yg melihat ni...

mcm ni lah agaknya kalau Zaynn duduk di atas shikara tu...


Sami Yusuf ke Ustaz Din ni? haa..

dapat free gift note pad lagi :)

terima kasih kak su sudi t/tgn utk peminat yg mengada2 ni..ngee

daripada 5 bintang saya saya bg 4.8 :D

Sunday, October 6, 2013

Urusan Hati Belum Selesai

Hati raja di kerajaan diri
Selamanya diam di jasad ini
Tapi ia tetap kepunyaan Ilahi
Dia yang memegangnya sampai akhir nanti

Alahai sukarnya menguruskan sekeping hati
Di sepanjang perjalanan itu bermacam-macam Dia uji
Ya, susah hendak menetapkan hati
Bila ada dua pilihan yg menanti
Bersama ragu-ragu syaitan yg menghasuti
Istikharah jualah penawar sakti

Ibarat gelas air penuh terisi
Masakan mampu membendung lagi
Andai mahu ditambah lagi
Harus dibuang kesemuanya sekali
Baru yg baru dapat memenuhi

Begitu juga bila hati sudah diisi
Sukar untuk dikosongkan lagi
Bukan seminit dua selesailah misi
Semua memerlukan bantuan dari ya Rabbi

Pandu aku ya Allah dalam menguruskan segumpal darah ini
Moga pilihan ini terbaik untuk duniawi dan ukhrawi
Jangan ada yg berbolak balik lagi
Tekadkan hati

Jika 'dia' yg terbaik untuk diri
Dekatkanlah di hati
Jika 'dia' bisa membinasakan diri
Hindarkanlah sejak awal lagi

Hati 
Semoga bertemu pemilik yang abadi
Yang membawa ketenangan diri
Yang memimpin ke redha Ilahi

Sunday, March 31, 2013

Resensi Cintaku Luruh di Oxford


Salam alaik
Alhamdulillah, akhirnya selesai mengkhatam dan menghadam (barangkali) Cintaku Luruh di Oxford. Karya gandingan pasangan merpati dua sejoli kak Noor Suraya dan abang Imaen ini adalah novel yang saya tunggu-tunggu tahun ini. Jadi, sampai saja baucer buku ke tangan, terus beli tanpa was-was lagi. Hai, buah tangan kak Su siapa yang boleh tangguh-tangguh nak beli kan. Lebih-lebih lagi kali ini berganding pula dengan Inche Housemate Kak Su itu. Lagilah teruja nak membaca kan.

Secara keseluruhannya, Cintaku Luruh di Oxford sepertimana karya2 Kak Su yang lain, tak pernah mengecewakan saya. Macam Kak Su sebut dalam novel beliau, lebih kurang, “bila dah cinta, kita nampak yang baik2 saja.” Jadi, haruslah jadi bias kan dengan penulis kegemaran kita. ;)

Kisah Falah-Zuha
Falah dan Zuha bertemu di Oxford, saling memendam rasa. Zuha yang tiba-tiba terpaksa berhenti belajar dan pulang ke Malaysia ditambah pula salah sangka Falah terhadap hubungan Zuha-Wassim menjadikan hubungan yang belum tercipta itu tergantung begitu saja. Begitu juga salah faham Zuha terhadap hubungan Falah-Damina yang menyebabkan Zuha bertindak mengundurkan diri.
Takdir Allah tiada siapa yang boleh menduga, sekembalinya Falah ke Malaysia, dia dipertemukan kembali dengan Zuhanya. Di saat bahagia hampir menjadi milik mereka, dugaan datang lagi.
Adakah bahagia masih milik Zuha dan Falah tatkala Zuha sudahpun diikat Wassim atau bagaimana? Dan siapa si kecil Aqil dalam hidup Falah? Bacalah sendiri untuk mengetahui pengakhiran kisah mereka.

Komen  
Okey, mahu jujur. Kisah cinta Falah-Zuha ni bagi saya kisah biasa, yang mungkin dilalui oleh kebanyakan orang. Suka sama suka tapi memilih untuk berdiam. Tapi, dengan latar belakang Oxford dan Bukit Dussek (ah, sampai sekarang duk terbayang rumah Falah atas Bukit Dussek tu dengan kebun bunganya) Kak Su dan Abang Imaen buat cerita ini jadi luar biasa. Itulah kemahiran Kak Su, menterjemah latar tempat sampai kita terbawa-bawa ke situ. Macam juga kegemaran Kak Su, membawa kembali nostalgia lama ke masa ini. Kopi Ismail Guru Quran, Changlun, haruslah buat anak Kedah macam saya ini terus jatuh cinta kan. (^_^)

Mula membaca novel ini, saya tercari-cari di manakah ‘gandingan’ itu berlaku. Sebab rasanya gaya dan lenggok bahasanya memang milik Kak Su. Tercari-cari bahagian di mana Abang Imaen ‘memunculkan’ diri. Sampai kadang-kadang saya terlupa yang novel ini adalah novel kolaborasi. Tapi sesuatu yang saya sedar, pemikiran Imaen bagai diterjemah di dalam novel ini terutama hal berkenaan politik, ekonomi, dll (bagi yang pernah membaca karya-karya beliau). Jadi, saya merasakan ceritanya seimbang, ada inputnya, bukan cerita cinta kosong. Jadi, untuk bahagian itu, saya beri pujian sebab lambakan novel cinta di pasaran sekarang (maaf cakap), adalah picisan. Novel cinta yang tak membangunkan pemikiran dan jati diri. Bagaimana Kak Su menerapkan elemen mencintai bahasa dan budaya Melayu itu sendiri menyedarkan saya, tak ramai penulis yang menulis dengan bermatlamat memartabatkan bahasa Melayu macam Kak Su. Saya memang tabik dengan spring dengan usaha2 begini. 

Apa yang buat saya jatuh cinta sungguh2 dgn CLDO ini tentulah watak Zuha itu sendiri, terasa betul2 dekat dgn diri saya. Walaupun Zuha itu penuntut jurusan English Language & Literature tapi cintanya pada bahasa ibunda itu sangat mendalam. Jurusan yang saya ambil sekarang hampir sama dengan Zuha, dan InsyaAllah tidak lama lagi juga bakal bergelar guru Bahasa Inggeris. Tapi Zuha menyedarkan saya, sehebat mana pun kita berbahasa asing, bahasa ibunda kita tetap tinggi martabatnya. Mungkin sebab itulah, saya jarang-jarang membaca novel Inggeris, sebab saya cinta sungguh dengan bahasa Melayu ini! Dan-dan kan. Tapi bila kemaskini status di muka buku pun guna bahasa rojak juga kan. Tapi bila ada kawan-kawan bilang, saya ni guru BI yang minat sastera Melayu, adalah sedikit kembang. Puji diri la pula kan.



bahagian ini buat saya geli hati sendiri.. (^_^)


Bahagian yang lainnya rasa tak perlu saya kupas, bagi saya, karya ini cukup rempah ratusnya. Bagaimana Kak Su dan Abang Imaen membawa kita merasai apa yang ada dalam diri setiap watak itu, itulah formula yang saya cari-cari hingga kini. Bagaimana rasa tawar hati Zuha pada Falah dan Wassim kerana terasa dipermainkan diterjemahkan sehingga pembaca seperti saya juga mampu merasainya, boleh jatuh cinta pada Falah dan pada saat lainnya, jadi tidak ada perasaan pada Falah, dan boleh pula hampir-hampir jatuh suka dengan Wassim sampaikan boleh terlupa pangkat ‘Pak Cik’ si Wassim itu. Ah, hebatkan bahasa kalau kena pada lenggoknya.

Jadi, udah baca haruslah kita ‘promote’ kan. InsyaAllah, novel setebal 738 muka surat ini berbaloi untuk dimiliki. Siapa yang ada keahlian Popular boleh dapat rebate 20% lagi. Beli tau.



Saturday, December 22, 2012

izzul haziq's penmanship

Salam alaik
Alhamdulillah, dh sebulan lbh jd babysitter tak bergaji. Tengok Chik2 membesar depan mata is such a great thing. Untung juga jd kakak kpd adik kecil pd usia2 begini sbb everyday is a learning process. Tambah2 untuk bakal guru spt saya. ngeh3... Apa shj yang kita belajar di kampus, balik rumah rasa nak praktik pd adik. Time bljr child development mesti nak relatekan dgn Chik2. Chik2 buat mcm ni tak? Chik2 buat mcm tu tak? Tu antara soalan yg selalu berlegar dlm kepala. OK, kalau tak buat, mcm mana nak ajar untk dia buat supaya dia lalui tumbesaran tu secara normal. Alhamdulillah, selama tiga tahun ni, perkembangan Chik2 masih menepati teori ye..haha.. Cuma ada bbrapa perkara yg terlalu advance untk usia 3 tahun, yg tu tak blh nak elak sb Allah punya aturan.
 
Tahun dpn InsyaAllah, Chik2 dh 4tahun. Ada jgk plan untuk hantar dia ke taska. He can talk fluently (sbijik mcm Upin Ipin..haha), makan sndiri (w'pun cara genggam nasi tu tak brapa nak betul lg) dn dia dh pndai poo2 kat toilet! haha... Cuma fail bab pakai baju sendiri (anak manja!). Dia pun keep telling me, "Chik nak pi skolah dgn adik Ayiep (his kazen)". Tu blm masuk bab dia bgtahu abah dan ibu, "Chik nak sunat, nanti boleh dpt kereta control". haha.. Chik2 dn mainan tak dpt dipisahkan smpaikan dia selalu imagine yg dlm syurga tu ada byk mainan. Chik2 rasa dia dah cukup besar agaknya. Tapi penakut piang, jumpa dragonfly melalak mcm kena histeria.
 
Bbrp hari lps, Teteh bwk balik colour pencils. Seplastik ada la. Lepas tu bermulalah episod warna-mewarna oleh Chik2. Colouring books (Upin Ipin n Angry Bird) habis dia warna (conteng sbnrnya). Mata habis semua hijau, caca merba la buku tu jdnya. Tp xblh blah punya soalan,
"Nape Along tulis (dia still claim mewarna, melukis tu adlh menulis!) muka Upin Ipin ni coklat ha?"
"Kan kulit orang warna coklat. Kulit Chik2 warna apa?"
"Kulit Chik2 putih."
"$%^&*%#$##"
Dgn budak trlebih pndai, jgn dilawan ckp. Titik.
 
Kisah Mr Fred dan Penmanship
Sem ni (bakal mnjdi last sem), belajar subjek 'Teaching Writing Skill for ESL Primary School'. So, Mr Fred awal2 lg masuk kelas, "Now, show me how you hold the pencil." Semua pakat tunjuk dgn penuh confident. Dlm hati, pegang pensel je pun, apa susahnya. Mr Fred buat spotcheck siap. Lalu meja depan, "Wrong." Singgah meja saya,"Wrong." Pusing belakang, "Wrong." Dalam 16 org dlm kelas tu, rasanya ada sorg je pegang pen (penmanship) dgn cara yg betul. Mr Fred pun buat demo sikit. Time tu barulah sedar rupanya sepanjang hidup 22 tahun ni salah rupanya cara aku pegang pensel.
So, terfikir-fikir jugak, bila masuk kelas nanti, penmanship adalah prkara utama yg perlu diberi perhatian especially untk primary school children. Kesilapan yg cikgu lalui dahulu tak mungkin diulangi kpd anak muridnya. Tak mungkin anak ketam dpt brjln lurus kalau ayah ketam pun jalan tak lurus.
 
Jadi skng ni saya mula membiasakn Chik2 dgn penmanship yang betul. Tak nak jd spt kakaknya ni (w'pun tulisan cantik..hahaha) tp penmanship salah, mcm terseksa je nk menulis nengoknye..hehe.. Payah sikit la tp practice make perfect. Kanak-kanak otaknya masih kosong so kalau apa-apa input yg kita bg dia akn store dgn mudahnya. Bila dah besar akan payah nak membiasakan yg betul.
 
this is WRONG! Tapi ramai yg pegang mcm ni kan? Termasuklah saya. ngee...
 
So, cara yg betul mcm mana?
1. Sediakan pensel dgn kertas, pensel tu bg panjang sikit, jgn kontot sgt.
 
2. Buat bentuk senapang. Letak pensel atas jari tengah yg dibengkokkan, then antara ibu jari dn jari telunjuk.
 
 
3. Cengkam pensel dengan ibu jari dan jari telunjuk. Biarkan pensel stay atas jari tengah sbg support.
 
bukan namanya pegang pen tu, tu picit pen..haiya
p/s:untuk permulaan, kaki tu blh dimaafkan.. next time mmg kena ajar ilmu adab :)
 
OK, dah ada improvement skit.. kipidap!
 
~ayuh teruskan usaha Chik2.. aja2 fighting!!!
 
 
footnote: Chik2 tdk mewarisi keunikan saya dn Adik di mana kami adalah KIDAL! hahaha

Monday, June 4, 2012

~backpacking and me~

Salam alaik...


Alhamdulillah...bila dpt buka blog ni maknanya Allah belum hilangkan ingatan...ye la, lama tak bukak blog takut lupa password..alhamdulillah, dpt tukar chatbox baru yg dh expired...haha..nmpk sgt la kan dh brkurun blog dibiar berkepuk smpai chatbox dh expired...minta maaf la kalau ada yg nak komen atau tinggalkan jejak tp tak kesampaian..minta maaf jugak kalau ada yg tertunggu entry tp tak muncul2 jg..ada ke yg ternanti-nanti tulisanku yg ntahapapa ni..hihi (^_^)

Untuk entry permulaan bulan 6 ni (cover sekali yg bulan 5) tak ada apa sgt nk dikongsikan pun..sekadar update catatan peribadi yg tak begitu peribadi. Kalau terlalu peribadi rasanya tak molek yang dikisahkan di sini sebab blog ni tak diprivatekan..nak update kt fb mcm poyo la pulak kan...

* * *
Bila baca tajuk entry kt atas mungkin ada yg familiar dgn perkataan tu dan mungkin ada yg tak pernh dgr..kalau anda peminat setia Hlovate, WAJIB tahu! untuk menyelami dunia backpacking dlm sisi yg lbh baik, bacalah CONTENGAN JALANAN :)

B-A-C-K-P-A-C-K-I-N-G
Backpacking ni apa benda sebenarnya? Kalau definisi yg pnjg lg accurate, boleh tanya inche google...kalau tanya saya, the simplest definition i can give is, backpacking=travelling
I love travelling so much (^_^)...travelling bunyi mcm tak adventurous sgt sbb travel ni blh jd mcm vacation sometime. Saya prefer term backpacking sb nmpk lbh adventurous dan independent...term musafir pulak meaning dia bg saya terlalu tinggi maqamnya nak dibandingkan dgn term2 lain sb musafir ni niat dan tujuannya kena betul. Kalau tak, jgn sesuka hati nak claim travel kita tu sbg bermusafir..sbg cth, nak pegi tgok konsert K-pop kt Putrajaya, jd tak bolehla nak katakan tu sbg bermusafir...tapi kalau nak pi himpunan hijau kt Stadium Darul Aman tu blh la kan..hehehe..jgn mare...(^_^)V

Sblm msuk maktab, tak pernah backpacking, travel jauh2 tu biasa la..sb blajar pun dah jauh dr rumah...travel ni kurang menyengat sbb selalunya kita merancang prjalanan kita, kurang adventurous sb dah plan awal...backpacking ni selalunya berlaku tanpa dirancang. Contohnya, kita just plan nk pi certain tempat tu tapi tak tau nak pi cemana, nak tidur kat mana, dan adakalanya first time pi tempat tu...

Pengalaman backpacking
Bila masuk maktab, dapat kwn2 yg sgt suka berjalan and trying out something new...every week kitaorang akan round Ipoh cari tempat2 baru yg kdg2 org lain yg dh lama kt mktb tu pun tak pernah pegi...our first backpacking adalah ke book fair dua tahun lepas...masa tu pegi in a group of 5, first time pegi PWTC, first time naik komuter tanpa parents di sisi, first time naik monorel sendiri dan first time jg cari hotel badget on the spot without any plan...everything is the first time...tp for sure la kan, it is very interesting... =)
met my favourite author, Kak Su for the 1st time =)


my backpackingmate, Sofia...thanks a lot dear =)

Second backpacking adalah ke Bukit Merah...ingat lagi berpiknik makan nasi goreng-tak berapa jadi kt tempat parking kereta kat Bukit Merah Laketown Resort...then bermalam di Taiping gara2 nak panjat Maxwell Hill...w'pun hajat tak kesampaian nak tengok bunga tulip di puncak bukit, akhirnya plan bertukar mnjd sight seeing di Zoo Taiping..apa2 pun tetap best =)

Starting from that, bermula la episod2 backpacking yg lain...

latest backpacking to Kelantan with 'new' backpacking mate...awak, nnti kita pi lagi neh...hihi

insha Allah, tahun ini akn travel pula dgn shbt2 ke Cambodia dan menyambut raya qurban di sana. Doa2kan (^_^)

Apa yg best tentang backpacking?
Kalau orang yang suka berjalan, jawapannya tentu la BEST! bg saya, tak ada perkara yang lebih best melainkan TARBIAH. Itupun kalau backpacking dgn niat yg betul. Kalau sekadar nak suka2 maka sia2, kita tak dapat apa2 dr perjalanan jauh tu melainkan penat dan habis duit aje. Tarbiah drpd Allah hasil backpacking tu sgt2 la manis, bg yang benar2 mencari dan sedia ditarbiah dalam pelbagai bentuk dan keadaan...

Pengalaman adalah satu perkara lagi yg tak dapat dicari di mana2. Pengalaman blh mengajar banyak perkara tentang erti hidup. Bila berbackpacking, serius, byk perkara yg kita belajar; tentang norma hidup masyarakat di tempat tu, tentang peribadi sahabat2 dan banyak la...tp depends on how we reflect the journey itself la jgk..ada org dia pegi backpacking, balik tak dpt apa2 drpd backpacking tu kecuali brg2 shopping dan ada jg org yg spnjg backpacking tu dia try untuk dapatkan sebnyak mana ilmu yg boleh, mncuba byk bnda baru dn dlm masa yg sama muhasabah diri lalu dia merasakan dirinya terlalu kerdil di hadapan Allah...

Tips berbackpacking
Sekadar berkongsi sedikit pengalaman yg ada spnjg menceburkan diri dalam dunia backpacking ni dan usia pun baru setahun jagung...
1) apa2pun betulkan niat dulu sb setiap amalan itu dimulakan dgn niat..kalau niat nak dpt redha Allah, maka insha Allah beroleh redhaNya, kalau niat nak shopping je, insha Allah dapat la budu dan seangkatan dengannya. (kenapakah budu? sb baru2 ni shopping budu kt kelantan..fine.)
2) jgn bawak beg besar mcm gaya nak balik kg tu sb kita tak tau kita akan bjalan sejauh mana dan tidur di mana. beg yg besar dan berat akan menyukarkan pergerakan..tak pun bawak bagpack je..saiz beg pack brgantung kpd jumlah hari backpacking kita...perasan tak kalau mat salih nk dtg negara kita mesti sehelai sepinggang je tp bila dh travelling, beg bukan main besar lg..
3) baju pun jgn bwk byk2...seluar tu sehelai dua dh memadai..pandai la rotate kan..kalau tak cukup nnti boleh beli...kata nak adventure, jd ulang pakai baju yg sama bukanlah satu masalah yg besar rasanya...
4) pastikan bateri hp penuh dan top up pun byk, takut kalau ada emergency blh la mnghubungi pihak2 yg berkenaan...nk lebih mudah, sediakan siap2 kad top up tu dalam wallet..tak payah la berkejar ke sana ke mari mncari kedai top up
5) pastikan duit sntiasa mncukupi sama ada di dalam wallet ataupun di dalam bank =) sb time2 backpacking ni byk bnda yg trjangka boleh berlaku...nk byr duit tmpt penginapan lg, nk makan lg, bla bla bla dn kena bersedialah untuk korbankan wang anda bila jumpa brg2 yg anda minat..hihi
6) jgn segan utk bertanya krn sesungguhnya org yg sesat jln itu adalah org yg malu bertanya...lgpula, sekali tu aje kita jumpa org yg kita brtanya tu, so nk malu apa kan...kalau agak2 malu nk brtnya, carilah peta di mana2 kedai yg mnjualnya...kt hotel2 selalunya disediakan percuma =)
7) bg yg baru lg berjinak2 dgn hobi ni, elakkan backpacking seorang diri especially di tmpt yg kita tak biasa dgnnya..bawak lah teman bersama..tp kena ingat teman tu mesti la mahram kita
8) kelebihan yg ada pd seorg backpacker adalah bila dpt menguasai pelbagai bahasa dan loghat..sb ianya akan memudahkan interaksi dgn pnduduk setempat terutamanya time shopping. Ada sesetengah peniaga ni bila dia tau kita org luar, dan2 dia naikkan harga, jd bila blh bercakap dalam loghat mereka, kira advantage la..kalau nasib baik, dpt murah tak pun dapat extra gift, kalau nasib baik lagi, mak cik peniaga tu offer jd menantu dia...haha
9) last but not least, sentiasalah bergantung kepada Allah..jgn putuskan pergantungan kpd Allah dgn merasakan diri kita ni dah cukup hebat walhal bumi yg kita pijak itu adalah milik Allah...bykkan berdoa semoga Allah prmudahkan urusan kita dan berserah diri kepadaNya..

ada satu lagu ni saya suka sgt, ada kaitan dgn kembara

::HIKMAH KEMBARA::
by: Mirwana
 
Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

(CHORUS)
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita
Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yang setia
 
 
ni aje la kot, sharing2 yg tak seberapa...for those yg sudi membaca, terima kasih byk2, yg tak lalu nak baca, maaf dipinta andai coretanku ini buat anda rasa nak memuntahkan segala isi perut ats ke'annoying'annya...peace!
 
 
footnote: semoga bertemu soulmate yg suka berjalan jgk. amin...(>_<)V

Sunday, December 18, 2011

Carbonara macaroni~

Salam alaik....

Alhamdulillah. Hasrat untuk menyediakan macaroni carbonara tercapai jugak akhirnya hari ni. Dah berangan-angan sejak sebelum cuti lagi sebenarnya, barang pun beli dah berkurun sampai berkepuk kat dalam almari. Nampak sangat la pemalasnya tu. Disebabkan petang ni tak lah begitu busy jadi ambil masa sekejap untuk masak macaroni ni. Tak lama mana pun plus senang je nak sediakan...heee


Macam mana nak buat? Meh nak share. Sharing kan is caring. Tak gitu???

Bahan-bahan:
macaroni (tak kisah bentuk apa pun, saya pakai jenama San Remo)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dicincang halus)
1 tin Prego carbonara
1 cawan susu (saya pilih susu HL sebab ada rasa lemak2 gitu)
daging kisar (terpulang la nak guna chicken atau beef, janji halal)
sosej (nak letak atau tak, ikut suka hati)
sedikit lada (serbuk atau yg biji, terpulang)
oregano (kalau tak letak pun tak pe)
cheese (saya pakai cheddar sbb ni aje yg ada kt rumah)
garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Rebus macaroni dalam air. Letak garam sikit dan minyak supaya tak melekat. Angkat, tos dan asingkan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar dalam kuali.
3. Bila bawang dah naik bau, masukkan sosej dan daging kisar. Goreng sekejap.
4. Kemudian, masukkan carbonara sauce. Gaul dan biarkan sekejap sampai mendidih.
5. Tuang susu dan gaul lagi. (kacau selalu takut melekat)
6. Masukkan lada dan garam secukup rasa.
7. Akhir sekali, taburkan serbuk oregano dan cheese yang diparut halus.
Sedia untuk dihidang!

#boleh tambah cili kalau nak lebih pedas, sayur pun boleh letak...lagi satu blh pilih sama ada nak makan berasingan atau goreng terus.
Tips mudah: campak je, asal ada rasa..tak gitu??

Selamat mencuba!

* * *
Actually, family saya jarang sebenarnya makan western food ni. Saya sendiri pun sebelum ni susah lidah nak terima makanan2 macam ni. Sejak2 duk Perak ni, kawan2 banyak ajar makan makanan2 yg luar dari kebiasaan. Kena cuba sebab kalau pergi hotel biasanya dia akan jamu juga makanan ni, jd membazir bayar kalau tak makan. Not bad la sebenarnya, tak ada la teruk sgt pun rasanya, janji halal dan mengenyangkan. Walaubagaimanapun, masakan kampung tetap pilihan no. 1. >_<

Dan saya bersyukur sebab ibu rajin memasak. She loves cooking and baking so much!! Stok brg masak dan buat kek sentiasa ada di rumah. Kalau lupa nak beli, rembat je. Ni la antara sebab saya suka balik rumah, tak buat pun tolong tengok pun jadilah. Dan ofkos la sebagai anak perempuan, kena tahu memasak. Tolong la setuju. Malas tu lain cerita, yg penting tahu. Kalau tahu saja pun tapi tak apply pun tak expert2 juga kan. Tolong setuju sekali lagi di situ.

Ibu selalu pesan, "sehari dua boleh la tak masak. setahun dua, larat ke laki tu nak makan kat kedai? jangan laki pi cari 'orang' lain suruh masak kat dia sudah." Betul juga kan. Sebab tu la org cakap kan, "nak ikat suami melalui perutnya." Sejauh mana kebenaran statement ni, wallahua'lam. Orang yg dah berkahwin mungkin boleh jawab.

Saya pun bukanlah pandai sangat masak, sekarang pun tengah belajar, dan banyak lagi nak belajar. Tell u what, tak perlu rasa benci pun nak masak. Part yg paling best ialah bilamana kita tengok betapa bahagianya muka org kekenyangan makan masakan kita. Yang penting IKHLASSS (buat gaya izzul haziq di situ). Sebab tu la, mostly kita takkan compare masakan mak kita dgn masakan mak orang lain. For us, our mum's cooking is always the best in the world. Betul tak? Semua ni sebab mak kita masak dgn hati yg ikhlas dan air tangan dia tu berkat.

So, cik adik manis di luar sinun, jom kita belajar masak jom!

Thursday, December 15, 2011

teman dan Perak...


Salam alaik...
Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat dan redhaNya...

Mood ber'facebooking' dan ber'blogging' datang bersilih ganti..Bila dtg mood nk update status kt fb, berceretet la post, yg semenggah ada yg tak semenggah pn byk, menambah lg dosa2 yg sedia ada...sob3..insaf meta...bila mood nak update blog dtg, berjela2 la menulis smpai tak ingt lg dunia dan seisinya ni...

Alhamdulillah, masuk hari ni, dh hampir 3 minggu kat rumah. Cuti pun berbaki tak byk lagi. Seronok memang seronok ada kt umah bila dpt spend time dgn family, jd surirumah-bibik-babysitter tak bergaji, masa rasa terisi juga dgn perkara2 yg berfaedah tp bila ada time senggang mula la rasa gelisah. Serius ada satu perasaan yg pelik sejak kebelakangan ni. Entah kenapa asyik teringatkan Ipoh je. Kadang-kadang rasa macam nak balik kejap Ipoh, jenguk-jenguk lepaskan rindu then balik Kedah semula...Citt, ingat Kedah-Ipoh tu macam Jitra-Kodiang ke?

Ke ada apa-apa kat Ipoh tu? Mustahil nak rindu tak pasal-pasal padahal rumah lagi best kan? Mengaku la, ada perkara lain yg dirindukan kt Ipoh tu. Yes, memang rindu pun. Rindukan 'mereka-mereka' kat Ipoh tu (walaupun mereka pun ada kg masing2 sekarang ni). Rindu yg sungguh-sungguh. Tak tipu. Tak sabar nak jumpa 'mereka'. hik3..Malu la pulak..

* * *
Masuk tahun depan, cukup 2 tahun setengah saya di Ipoh, kira-kira dah hampir 8 tahun kat bumi Perak ni. Hampir separuh daripada hidup ni dihabiskan di Perak. Sebab tu agaknya rasa macam Perak ni selalu dekat di hati. Dulu hampir-hampir nak merantau ke Kelantan lps matriks, tp jodoh dgn Perak ni kuat sangat agaknya, last2 balik ke sini juga. Pernah satu hari Mak Su berkata dlm loghat Kuale Kangsornye, "aihh, entah2 kamu ni si Patin kawen dgn oghang Perak gamoknye". Waktu tu dalam hati, berdoa-doa sungguh2, janganlah teman dpt oghang Perak. Takmau, takmau!

Saya ber'mastautin' di Perak seawal usia 13 tahun, bermula di Kampung Gajah. Ipoh dengan Kampung Gajah memang banyak bezanya, Kampung Gajah udahle jauh bebenor ke dalam, nak masuk pun brapa kali naek basnye, Ipoh tu brenti teruih aje di Medan Gopeng nek teksi balik ke ghomah sewa, Kampung Gajah nu, kome transit di Medan Gopeng, hambik bas pule ke Medan Kid, dr Medan Kid baru le dpt nek bas ke Kampung Gajah (eh, apekah tetibe teman cakap Bote pule ni)...hehe...

Kampung Gajah tak macam Ipoh, Ipoh ada macam2, nak shopping boleh pilih je nak pegi mana, JJ, Ipoh Parade, janji duit ada dalam poket maa...Kampung Gajah tu paling high standard waktu tu pun Pasaraya Halida je, nak up sikit gi Teluk Intan naik bas dalam setengah jam, dapatla merasa gi Billion, Fajar... Nak outing Ipoh memang jrg2 sekali la, itupun kalo ada event2 penting dptlah jejakkan kaki kat Ipoh. Jauh pn boleh tahan juga, kalau naik bas dalam 45 minit, tu tak masuk kes bas penuh kena berdiri lagi. Pernah terjadi sekali nak ke Medan Kid, kena berdiri sepanjang jalan dalam bas yg bersesak-sesak dgn manusia segala ragam dan bau, dengan penat lepas habis kelas tambah mengantuk lagi, memang menguji keimanan sungguh. Bila difikirkan balik macam mana la boleh survive selama 5 tahun di sana yg serba serbi kekurangan-penuh rintangan. Tapi itulah, Allah mempermudahkan jihad, sampai 5 tahun tu rasa dah lali dgn segala macam yg menduga.

Alhamdulillah, Allah bagi banyak tarbiyah semasa di Kampung Gajah. Kenal erti hidup berdikari, kenal budaya orang Perak dan di situlah mula kenal apa itu usrah; melihat betapa tingginya pengorbanan kakak2 usrah yang sanggup bermotor dr kampus mereka ke Kampung Gajah semata-mata nak bagi pengisian. Dan di Kampung Gajah juga la saya bertemu 'turning point' untuk berubah dan mendekatkan diri dengan Allah. Terima kasih Allah...

Hmm, rindu sungguh pd Kampung Gajah...goreng pisang mak cik dekat stesen bas, Pasaraya Halida, kedai Rafflesia (entah ada ke tidak lg semua ni...),rindu segala2nya tentang Kampung Gajah...huhuhu

gambar: credit to Tok Senawi a.k.a Sarjan Misai..hahaha..jgn mare...

ni trademark Kg Gajah,"durian besar" kitaorang panggil

punya la banyak durian sampai sekolah boleh buat Pesta Durian lg...

pemandangan arah depan sekolah saya, ni je yg inche Google mampu bg...

yg ni view dr atas, Meen ambil masa melintas kt atas...

zaman persekolahan yg sgt menggumbirakan...hohoho

Pesanan dariku buat adik2 yg masih bersekolah:
Ramai antara adik2 yg dapat result bagus mahupun tak seberapa nak masuk sekolah berasrama dengan alasan nak belajar berdikari. Jika adik2 diberi peluang untuk sambung belajar di sekolah yang jauhnya beratus-ratus kilometer, maka ambillah peluang tersebut. Lagi jauh lagi mencabar sebenarnya. "Jauh perjalanan, luas pemandangan"; ungkapan yg tepat sebenarnya, nak tambah sikit lagi, "...banyak pengalaman". Pengalaman adalah guru yg tidak boleh dibeli. Salah satu nk dapat pengalaman ni adalah dengan travel, lg jauh travel lg byk pengalaman. Bestttt...

Bagi akak, tak sama konsep berdikari tinggal di sekolah asrama dekat-dekat rumah dengan tinggal di sekolah asrama jauh dr rumah. Akak bercakap berdasarkan pengalaman setahun duduk di Matriks Changlun. Bila duduk dekat dgn rumah, walaupun asrama sikit2 mesti nak telefon mak ayah minta hantar itu ini, kalau boleh weekend mesti nak suruh mak ayah dtg melawat. Berbanding bila duduk di asrama yg jauh dr rumah, masa untuk berjumpa keluarga mungkin waktu cuti semester shj. Jd, bila jarang berjumpa kita akan lebih menghargai saat-saat bersama yg tersayang. Bila nak telefon suruh pos itu ini pun fikir banyak kali kerana tak mahu menyusahkan mak ayah.

Bila nak belajar pula, semangat tu berlebih2...Sungguh, sebab kita rasa ada satu amanah dr mak ayah yg dibawa jauh2 untuk tengok kita berjaya. Kita akan lebih menghargai pengorbanan mak ayah menghantar kita jauh-jauh untuk menuntut ilmu. InsyaAllah, kita tidak akan mensia-siakan harapan mereka.

Tapi adik2 kena ingat, tujuan asal kita nak tinggal di asrama ni, bukan sebab nak lari dari pandangan mak ayah supaya kita boleh buat benda2 terlarang di belakang mereka. Ingatlah, sejauh mana pun kita lari dari pandangan manusia, kita tetap takkan terlepas dr pemerhatian Allah. Kena sematkan azam di hati bahawa kita hendak mencari ilmu kerana Allah, kerana kita mahu ditarbiyah oleh Allah...

Bagi yg tinggal di asrama, selalulah hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu, selalu turun solat berjemaah di surau, bergerak aktif dalam badan dakwah dan gunakan segala kesempatan yg ada untuk memantapkan tarbiyah diri. Sesungguhnya, tak sama tarbiyah di sekolah asrama dgn tarbiyah di rumah bila mana kita bukan lahir dr keluarga yg berlatarbelakangkan agama. Percayalah, adik2 pasti merindui saat2 itu bila keluar nanti.

Oh Tuhan, betapa aku merindui tarbiyahMu!

Wah3x, Kak Fatin sudah masuk aura2 Ustazah Bahiyah. Tudiaa aih...Boleh ke? Kalau lama lg, tentu byk lg yg nak ditulis ni..Insyaallah, setakat ini dulu. Sekadar perkongsian dr hamba Allah yg tak punya apa2, yg hidup di muka bumi atas ihsan Allah...Semoga yg ditulis ada manfaatnya untuk pembaca biarpun sedikit, supaya menjadi modal saham di akhirat nanti...InsyaAllah...

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless us! >_<


p/s: plez don't claim me as Kedahan murtad b'coz I rarely speak Kedahan...what to do, lidah teman udah brtahun2 mkn tempoyak..kikiki..sometimes, it's necessary for us to be flexible...tak gitu??? jgn marah no oghang Kedah...

Tuesday, November 15, 2011

golden dream...

Suatu ketika, saya pernah bercerita kepada sahabat tentang impian-impian yang saya pasang untuk dicapai dalam hidup ini. Antaranya saya ingin menjadi seorang penulis buku. Biarpun sekadar sebuah buku tetapi saya tetap ingin menghasilkan sebuah buku yang tercetus dari buah fikiran saya sendiri. Sebabnya menulis sudah menjadi keghairahan sekian lamanya. Keduanya, saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dan PhD. Kalau boleh biarlah di luar negara sebab teringin nak merasa merantau di negara orang. Kemudian, nak berkhidmat sebagai pensyarah pula semoga dapat memberi bakti kepada bakal-bakal guru yang akan mencorakkan masa depan umat kelak. InsyaAllah. Dan satu lagi golden dream terbesar dalam hidup yang saya, yang mungkin tidak dapat dibayangkan oleh ramai orang, yang saya kira biarlah dirahsiakan buat masa ini. Hehe…

Begitulah antara impian yang saya ada untuk hidup ini yang saya gelarkankannya sebagai “golden dream”. Saya pernah ditempelak oleh beberapa orang tentang hal ini, “Gila ambitious kau ni. Bilanya kau nak kahwin?” Saya hanya mampu tersenyum. Kahwin pun sebahagian daripada golden dream juga kan! >_<

Mungkin ada yang akan berkata, “Tak payah nak berangan lebih-lebih. Angan-angan ni tak ada yang jadi kenyataan.” Itu stigma mereka yang menganggap ini sebagai anganan. Harus diingat, anganan dan impian adalah dua perkara yang berbeza!

Memasang impian itu sunnah nabi!

Lepas membaca kenyataan ini tentu ramai yang akan mula memasang impian. Mengapa saya katakan memasang impian itu juga sunnah nabi? Mari saya bawa anda menyoroti sirah Perang Khandak. Ramai yang rajin membaca sirah sedia maklum apa itu Perang Khandak. Sekadar ‘revision’, saya ceritakan secara ringkas tentang perang ini.

Perang Khandak atau dikenali juga sebagai Perang Ahzab berlaku pada bulan Syawal tahun kelima Hijrah. Sebelum mencapai kejayaan, tentera Muslimin diuji dengan pelbagai cubaan dan dugaan yang sangat hebat. Dan paling sinonim dengan Perang Khandak tentulah strategi menggali parit yang digunakan oleh tentera Muslimin.

Satu perkara yang menarik ialah ketika seorang sahabat bertanya kepada baginda nabi, “Ya Rasulullah, antara Rom Timur dan Rom Barat, yang mana satukah akan dibuka dahulu?”

Nabi menjawab soalan sahabat dengan penuh keazaman dan semangat yang berkobar-kobar, “"Rom Timur (yakni Istanbul, Konstantinopel). Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin ketika itu, dan sebaik-baik tentera adalah tentera ketika itu."

Ketika perang Khandak berlaku, baginda nabi sentiasa memberikan motivasi kepada sahabat-sahabat untuk berjuang biarpun ketika itu jumlah tentera Islam sangat sedikit dan kalau diikutkan logik akal, tak terlawan dengan tentera Yahudi. Pernah satu ketika, seketul batu yang besar menghalangi parit yang sedang digali baginda nabi. Baginda mengetuk batu tersebut lalu bertakbir. Apabila ditanya oleh sahabat baginda menjawab, “Aku melihat Rom akan dibuka.” Pada takbir yang kedua baginda menyebut, “Aku melihat Parsi akan dibuka.” Dan begitulah kali ketika baginda berkata, “Aku melihat Konstantinopel akan dibuka.”

Ibrah dari peristiwa ini

1)Pemikiran dan imginasi sahabat-sahabat yang jauh ke hadapan. Kalau diikutkan secara realistiknya pada ketika itu, Makkah belum pun menerima Islam sepenuhnya inikan pula pertanyaan sahabat tentang kemenangan Rom yang masih jauh lagi untuk dicapai. Namun begitu harus dilihat pada pandangan mereka yang ‘advanced’ dan ‘ambitious’ dalam matlamat perjuangan Islam dan keyakinan mereka terhadap kemenangan Islam pada akhirnya.

(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (48:4)

Dan Rasulullah sendiri menjawab dengan penuh semangat tanpa sedikitpun memperlekehkan pertanyaan sahabat.

2) Rasulullah turut mempunyai impian dan imaginasi yang besar untuk melihat kemenangan Islam. Rasulullah begitu positif bahawa Islam akan menakluki Rom Timur walhal Islam di Makkah belumpun menang pada ketika itu. Sikap Rasulullah ini turut mempengaruhi semangat juang yang ditunjukkan oleh para sahabat. Nah, akhirnya tentera Islam berjaya dalam Perang Khandak!

Kesimpulannya…

Tidak salah untuk memasang impian. Impian akan menjadi ‘catalyst’ untuk kita bersungguh-sungguh mencapai apa yang diingini. Tapi ingat, jangan sampai impian menjadi anganan. Beza impian dan anganan itu terletak pada USAHA yang diberikan terhadap keinginan itu.

Rasulullah juga memasang impian dan punya golden dream. Terbukti kan memasang impian juga sunnah nabi? Jadi, jangan takut untuk memasang impian dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Jangan sesekali berputus asa bilamana ada suara-suara yang memperlekehkan cita-cita kita. Ya cita-cita kita tak sama!

Footnote: semoga Allah mempermudahkan usaha untuk saya mencapai impian. :)
p/s: gambar di atas sekadar hiasan...rumah idamanku...