Salam
alaik
Alhamdulillah,
akhirnya selesai mengkhatam dan menghadam (barangkali) Cintaku Luruh di Oxford.
Karya gandingan pasangan merpati dua sejoli kak Noor Suraya dan abang Imaen ini
adalah novel yang saya tunggu-tunggu tahun ini. Jadi, sampai saja baucer buku
ke tangan, terus beli tanpa was-was lagi. Hai, buah tangan kak Su siapa yang
boleh tangguh-tangguh nak beli kan. Lebih-lebih lagi kali ini berganding pula
dengan Inche Housemate Kak Su itu. Lagilah teruja nak membaca kan.
Secara
keseluruhannya, Cintaku Luruh di Oxford sepertimana karya2 Kak Su yang lain,
tak pernah mengecewakan saya. Macam Kak Su sebut dalam novel beliau, lebih
kurang, “bila dah cinta, kita nampak yang baik2 saja.” Jadi, haruslah jadi bias
kan dengan penulis kegemaran kita. ;)
Kisah
Falah-Zuha
Falah
dan Zuha bertemu di Oxford, saling memendam rasa. Zuha yang tiba-tiba terpaksa
berhenti belajar dan pulang ke Malaysia ditambah pula salah sangka Falah
terhadap hubungan Zuha-Wassim menjadikan hubungan yang belum tercipta itu
tergantung begitu saja. Begitu juga salah faham Zuha terhadap hubungan
Falah-Damina yang menyebabkan Zuha bertindak mengundurkan diri.
Takdir
Allah tiada siapa yang boleh menduga, sekembalinya Falah ke Malaysia, dia
dipertemukan kembali dengan Zuhanya. Di saat bahagia hampir menjadi milik
mereka, dugaan datang lagi.
Adakah
bahagia masih milik Zuha dan Falah tatkala Zuha sudahpun diikat Wassim atau
bagaimana? Dan siapa si kecil Aqil dalam hidup Falah? Bacalah sendiri untuk
mengetahui pengakhiran kisah mereka.
Komen
Okey,
mahu jujur. Kisah cinta Falah-Zuha ni bagi saya kisah biasa, yang mungkin
dilalui oleh kebanyakan orang. Suka sama suka tapi memilih untuk berdiam. Tapi,
dengan latar belakang Oxford dan Bukit Dussek (ah, sampai sekarang duk
terbayang rumah Falah atas Bukit Dussek tu dengan kebun bunganya) Kak Su dan Abang Imaen buat cerita ini jadi luar biasa. Itulah kemahiran Kak Su, menterjemah latar tempat
sampai kita terbawa-bawa ke situ. Macam juga kegemaran Kak Su, membawa kembali
nostalgia lama ke masa ini. Kopi Ismail Guru Quran, Changlun, haruslah buat
anak Kedah macam saya ini terus jatuh cinta kan. (^_^)
Mula
membaca novel ini, saya tercari-cari di manakah ‘gandingan’ itu berlaku. Sebab
rasanya gaya dan lenggok bahasanya memang milik Kak Su. Tercari-cari bahagian
di mana Abang Imaen ‘memunculkan’ diri. Sampai kadang-kadang saya terlupa yang
novel ini adalah novel kolaborasi. Tapi sesuatu yang saya sedar, pemikiran
Imaen bagai diterjemah di dalam novel ini terutama hal berkenaan politik,
ekonomi, dll (bagi yang pernah membaca karya-karya beliau). Jadi, saya
merasakan ceritanya seimbang, ada inputnya, bukan cerita cinta kosong. Jadi,
untuk bahagian itu, saya beri pujian sebab lambakan novel cinta di pasaran
sekarang (maaf cakap), adalah picisan. Novel cinta yang tak membangunkan
pemikiran dan jati diri. Bagaimana Kak Su menerapkan elemen mencintai bahasa
dan budaya Melayu itu sendiri menyedarkan saya, tak ramai penulis yang menulis
dengan bermatlamat memartabatkan bahasa Melayu macam Kak Su. Saya memang tabik
dengan spring dengan usaha2 begini.
Apa
yang buat saya jatuh cinta sungguh2 dgn CLDO ini tentulah watak Zuha itu
sendiri, terasa betul2 dekat dgn diri saya. Walaupun Zuha itu penuntut jurusan English
Language & Literature tapi cintanya pada bahasa ibunda itu sangat mendalam.
Jurusan yang saya ambil sekarang hampir sama dengan Zuha, dan InsyaAllah tidak
lama lagi juga bakal bergelar guru Bahasa Inggeris. Tapi Zuha menyedarkan saya,
sehebat mana pun kita berbahasa asing, bahasa ibunda kita tetap tinggi
martabatnya. Mungkin sebab itulah, saya jarang-jarang membaca novel Inggeris,
sebab saya cinta sungguh dengan bahasa Melayu ini! Dan-dan kan. Tapi bila
kemaskini status di muka buku pun guna bahasa rojak juga kan. Tapi bila ada
kawan-kawan bilang, saya ni guru BI yang minat sastera Melayu, adalah sedikit
kembang. Puji diri la pula kan.
bahagian ini buat saya geli hati sendiri.. (^_^)
Bahagian
yang lainnya rasa tak perlu saya kupas, bagi saya, karya ini cukup rempah
ratusnya. Bagaimana Kak Su dan Abang Imaen membawa kita merasai apa yang ada
dalam diri setiap watak itu, itulah formula yang saya cari-cari hingga kini.
Bagaimana rasa tawar hati Zuha pada Falah dan Wassim kerana terasa dipermainkan
diterjemahkan sehingga pembaca seperti saya juga mampu merasainya, boleh jatuh
cinta pada Falah dan pada saat lainnya, jadi tidak ada perasaan pada Falah, dan
boleh pula hampir-hampir jatuh suka dengan Wassim sampaikan boleh terlupa
pangkat ‘Pak Cik’ si Wassim itu. Ah, hebatkan bahasa kalau kena pada
lenggoknya.
Jadi,
udah baca haruslah kita ‘promote’ kan. InsyaAllah, novel setebal 738 muka surat
ini berbaloi untuk dimiliki. Siapa yang ada keahlian Popular boleh dapat rebate
20% lagi. Beli tau.
0 BICARA ANDA:
Post a Comment