BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Showing posts with label kenyangperutsukahati. Show all posts
Showing posts with label kenyangperutsukahati. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Resipi Butter Cake Simple and Steady

Salam alaik.... hampir seminggu jugak la tak update blog chenta hati ni.. seminggu je pun.. berehat sekejap, merantau ke kota metropolitan Kuala Lumpur cari bekalan akhirat... hehe.. hari ni macam biasa la, housewife to be anak dara pak berahim ni nak share resipi lagik... kekadang rasa blog ni mcm blog masak2 pulak kan... resipi kali ni sangat2 la simple tapi kalau kena cara buatnya, confirm sedap tak engat...ngeh3.. actually, sejak balik dari KL, kurang mood nak baking bagai ni, banyak habiskan masa menulis sb dateline bulan 12 ni... huwawawaaaaa.. sempatkah? memang tak sempat. tapi hari ni mem besar kompelin petang2 takde benda nak makan, so rajin2kanlah jugak diri untuk merosek segala ingredient dalam almari tu. mujur mem besar sendiri yg suggest resipi ni. actually, family saya ni bukan jenis beradun pun, makan setiap masa ikut time, ada minum petang, supper semua bagai tapi kadang2 orang datang umah kalau ada hidangan ringan macam ni senang kerja. bancuh air, hidang kek, siap. ok la daripada takde langsung kan? hehe
 
Ok la, bebel banyak la pulak kan, baiklah... cik tenno mempersembahkan resipi Butter Cake Simple and Steady.. haha
p/s: resipi ni pun ambik dr belog org sbnrnya tp modify ikut rasa hati
 
Bahan-bahan:
150 gram gula kastor/halus
200 gram tepung gandum
3/4 sudu besar baking powder
250 gram butter
5 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar susu pekat manis
 
Cara membuatnya:
1-Pukul butter dengan gula sampai kembang lagi gebu.
2-Masukkan esen vanila dan susu pekat manis.
3-Masukkan telur satu persatu.
4-Masukkan tepung dan baking powder. Pukul ke gaul ke, janji sebati.
5-Yang last ni optional, boleh tabur chocolate rice atau apa2 hiasan yang diingini. Kebetulan ada both chocolate chip and chocolate rice kat rumah so, jadilah misi tabur menabur untuk menghabiskan stok.
6-Bakar di dlm oven selama 45 minit (masa ni tak tentu, kadang2 masak cepat jadi kena tgok2 selalu takut hangit) dgn suhu 170 darjah Celcius.
 
kat bahagian atas tu jd rangup sb ada chocolate rice... chocolate chip dah cair kt tgah2... :)
 
Tadaa... mudah kan? Cubalah walaupun nampak macam takde klass je kan kek macam ni... ada ku kesah? janji sedap dan kenyang.. ngeh3 (^_^)

Thursday, November 29, 2012

Resipi : Durian Crepe

Meh2 nak share satu resepi lg. Mgkin agak trlmbt tp it's ok bgku dlm belajar xde yg trlambt. Skng ni mmg molek la musim durian, di sini durian, di sana durian, di mana2 pun makan durian..hehe... mcm lagu pengakap daa... pulut durian sudah, tempoyak sudah, ratah durian pun sudah. Durian yg belambak tu nak buat apa kn? Jeles jg duk tgok org update status makan durian crepe. So, saya pun nk try. Alhamdulillah, cubaan pertama berhasil. Kt sini nak share resipi durian crepe yg saya modify sikit ikut bahan2 yg ada di rumah. Mudah sgt. Yg penting rasanya terangkat! (^_^)V
 
Kulit crepe:
250gm tepung gandum
500ml santan (kalau santan 350ml, campur air 150ml)
3bj telur
1 sudu kecil tepung ubi
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil perwarna (terpulang, sb saya org Kedah jd Dc saya warna hijau kuning, kalo minat warna 1Malaysia letak la biru ke, merah ke.. ate, lalu ke kome nk makan???)
 
Cara membuatnya:
1-Gaulkan kesemua bahan di atas.
2-Blend semua bahan td.
3-Tapiskan.
4-Sendukkan dan leperkan atas kuali. Boleh bayang tak? Mcm buat peknga tu. Peknga tu tau tak apa? hehe
5-Biar sampai masak. Tak perlu terbalikkan.
6-Buat byk2 smpi hbs adunan.
 
Filling crepe:
Whipping cream
Isi durian
 
Cara membuatnya:
# Actually byk cara nk bt krim putar, bergantung kpd apa bhn yg kita ada. Biasanya org guna whipping cream yg dah siap sedia di bakery. Sb saya mls nk kuar cr brg, saya guna apa yg ada dlm almari ibu je. Mujur ada shortening. Ni cara nk buat whipping cream tu.
 
Bahan-bahan:
100gm shortening
100gm butter/planta
150g-200gm gula aising (diayak, takde gula aising, pakai gula biasa, tp blend dulu)
1 sudu besar susu pekat manis
 
Cara membuatnya:
1-Pukul butter, shortening, gula aising dan susu pekat sampai kembang.
-senang je. Dah siap pun whipping cream.
 
Ok. Berbalik kpd Dc kita td. Dah siap kulit dan inti, tiba masa untuk bungkus. Ambik kulit crepe td dan terbalikkan. Kiranya permukaan atas yg licin akan jd kulit luar, yg menggerutu tu kita letak dalam. Letak whipping cream, letak isi durian, then letak lg whipping cream. Lepas tu, boleh la balut. Saiz ikut suka hati, kalo besar kulit, besar la Dc tu nanti. Bentuk pun tak kisah janji gembira. (^_^)
Ok ye. SELAMAT MENCUBA!

Persembahan dia kurang menarik sikit. Nama pun beginner kan.. :)
 

Tuesday, November 27, 2012

Baking class with ibu: Brownies Kukus Buah-buahan

Kek menjadi menu wajib setiap kali cuti. Sb selalu sgt dh makan kek, smlm tercetus la idea baru. Sesekali tukar selera. Jd BROWNIES KUKUS BUAH-BUAHAN menjadi pilihan. Actually, saya tak brapa suka sgt kek buah atau adik beradiknya. Kalau ada siapa yg tak suka jg, maka anda tahu sebabnya. Tp sb ikut kelas, kena la ikut menu master chef..hehe.. Tp bila diri sendiri yg buat, kena la paksa untuk jatuh cinta dgn masakan sendiri. haha.. Teruk punya olang. Entri kali saje nk share resipi brownies tu. Senang sgt nk buat. Mcm saya kt rumah, bahan2 ni mmg dh sedia ada. Jd kerja2 tu lebih cepat dn mudah. Kalau tak cukup, modify la apa yg patut. (^_^)
 
Bahan-bahan
250gm tepung almond
200gm mentega
100gm gula halus
10gm susu tepung penuh krim
30gm bijan bakar
80gm tepung Superfine (tepung ni xde dlm stok so ganti dgn tepung gandum biasa je)
50 gm parutan kulit limau
200gm coklat parut (simpan dlm fridge selama 15 minit)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
kismis, ceri merah, ceri hitam (dikeringkan)
 
Cara-cara membuatnya:
1- Masukkan mentega, gula halus dan esen vanila. Pukul sampai kembang dan putih.
2- Masukkan telur satu persatu dan terus pukul.
3- Masukkan susu tepung, tepung almond, tepung Superfine dan serbuk penaik. Gaul sehingga sebati.
4- Masukkan kismis n the gang, parutan kulit limau dan parutan coklat. Gaulkan jg.
5- Tuang adunan ke dalam loyang.
6- Taburkan bijan di atas adunan.
7- Kukus selama 30 minit.
 
 
tadaaa... ni la hasilnya yg tak seberapa... untuk 1st trial... rasa coklat yg mencair tu, tak dpt digambarkan dgn kata2..hehe
 
Mudah kan? SELAMAT MENCUBA!
 
 
p/s: next: durian crepe..hohoho
 

Saturday, February 27, 2010

Maggi ooo maggi!!!

Salam alaik...


Akibat diburu kebosanan, perut turut berbunyi tak semena-mena. Tiba-tiba teringat maggi yang saya makan semalam dengan kawan2. Anda suka tak makan maggi? Saya dulu tak suka tapi sekarang dah suka...Dulu tu bukannya tak suka tapi saya pantang waktu tu(kononnye la). Nak SPM kan...Tapi sampai sekarang pun, saya tak la suka sepenuhnya. Ada kawan saya dulu masa kat asrama bau maggi pun dah boleh muntah. Tak kisah la kan, ada orang suka maggi ke tak, tu kan selera masing2. Ni bagi yang suka sangat makan maggi tu especially waktu poket tengah kontang, apa kata buat pembaharuan sikit dengan resepi anda tu. Di sini saya nak kongsikan resepi pizza maggi...


Bahan2 yg diperlukan:

1 Bungkus maggi

2 biji telur gred A

Sosej (ikut suka)

Carrot (dimayang halus)

Cendawan butang (hiris nipis)

Daun sup (dimayang halus)

Bawang besar (dihiris nipis)


Cara2 menyediakan:

Celur maggi, ketepikan.

Pukul telur sehingga agak kembang.

Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggiyang telah dicelur tadi.

Gaul hingga sebati.

Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. *Gunakan kuali yang bertangkai.



Cadangan hidangan:

Makan semasa panas dan boleh dicicah dengan sos dan mayonis.


Ha, senang tak...Cuba la try...Just keluar bajet untuk sosej ngan cendawan je..Maggi tu sure2 la kan ada dalam locker...hehe

Tuesday, January 12, 2010

Yummy, yummy....

Anda suka makan? Sudah tentu! Jawab perut (hehe). Saya sedang men'download' nota2 untuk play Trifles yg sdg saya belajar. Sementara menunggu internet connection yg boleh dikatakan hidup segan mati tak mahu, saya tiba2 menerima isyarat dari otak untuk mencari resepi Trifle di internet. Isyarat berbentuk impulse dihantar ke tangan dan jari-jemari dengan lajunya menaip laman web resepi Trifle. Akhirnya saya ditemukan dgn resepi Trifle versi Malaysia. Walaupun yang omputih punya nampak lebih sedap tp untuk permulaan ni saya ingat nak pakai yg Malaysia punya dulu la..Belajar yg mudah dulu, bila dah pandai baru boleh try yg tahap up skit kan??

Bagi yg suka memasak tu, boleh la baca, kalau tak suka memasak pun, baca jugak! hehe..
Bahan-bahan ( 25-30 bekas )
1 tin buah laici
1 tin kiub nenas
Swiss Roll Cake (Perisa kesukaan masing2)
1 tin susu cair (*)
6 sudu tepung kastard (*)
1/2 cawan gula (*)
5 cawan air (*)
Sekotak Jelly segera perisa strawberry
Cara-cara
1. Potong swiss roll kecil2 dan susun ke dalam acuan (lebih kurang mcm 1/3 bekas acuan)
2. Campurkan semua bahan2 bertanda (*). Gaul hingga sebati. Dan panaskan di atas api sehingga agak pekat.
3. Biarkan sejuk sikit dan tuangkan kastard ke atas swiss roll td. Tunggu sehingga keras sedikit.
4. Susun buah-buahan (Nenas dan laici) di atas kastard td.
5. Sediakan jelly mengikut cara yg tertera di kotak bungkusan. (Masukkan serbuk jelly ke dalam 2 cawan air yg mendidih)
6. Tuang jelly ke dalam bekas triflles td. Biarkan sejuk. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Siap di hidang(Sesuai di hidangkan sejuk)
* NOTA : Buah-buahan dan kek boleh di ubah mengikut selera tekak masing2


[Chocolate Cherry Trifle]

[Raspberry & Rose Trifles]

[Happy Hour Trifles]