BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Showing posts with label hasiltanganku. Show all posts
Showing posts with label hasiltanganku. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

Carbonara macaroni~

Salam alaik....

Alhamdulillah. Hasrat untuk menyediakan macaroni carbonara tercapai jugak akhirnya hari ni. Dah berangan-angan sejak sebelum cuti lagi sebenarnya, barang pun beli dah berkurun sampai berkepuk kat dalam almari. Nampak sangat la pemalasnya tu. Disebabkan petang ni tak lah begitu busy jadi ambil masa sekejap untuk masak macaroni ni. Tak lama mana pun plus senang je nak sediakan...heee


Macam mana nak buat? Meh nak share. Sharing kan is caring. Tak gitu???

Bahan-bahan:
macaroni (tak kisah bentuk apa pun, saya pakai jenama San Remo)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dicincang halus)
1 tin Prego carbonara
1 cawan susu (saya pilih susu HL sebab ada rasa lemak2 gitu)
daging kisar (terpulang la nak guna chicken atau beef, janji halal)
sosej (nak letak atau tak, ikut suka hati)
sedikit lada (serbuk atau yg biji, terpulang)
oregano (kalau tak letak pun tak pe)
cheese (saya pakai cheddar sbb ni aje yg ada kt rumah)
garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Rebus macaroni dalam air. Letak garam sikit dan minyak supaya tak melekat. Angkat, tos dan asingkan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar dalam kuali.
3. Bila bawang dah naik bau, masukkan sosej dan daging kisar. Goreng sekejap.
4. Kemudian, masukkan carbonara sauce. Gaul dan biarkan sekejap sampai mendidih.
5. Tuang susu dan gaul lagi. (kacau selalu takut melekat)
6. Masukkan lada dan garam secukup rasa.
7. Akhir sekali, taburkan serbuk oregano dan cheese yang diparut halus.
Sedia untuk dihidang!

#boleh tambah cili kalau nak lebih pedas, sayur pun boleh letak...lagi satu blh pilih sama ada nak makan berasingan atau goreng terus.
Tips mudah: campak je, asal ada rasa..tak gitu??

Selamat mencuba!

* * *
Actually, family saya jarang sebenarnya makan western food ni. Saya sendiri pun sebelum ni susah lidah nak terima makanan2 macam ni. Sejak2 duk Perak ni, kawan2 banyak ajar makan makanan2 yg luar dari kebiasaan. Kena cuba sebab kalau pergi hotel biasanya dia akan jamu juga makanan ni, jd membazir bayar kalau tak makan. Not bad la sebenarnya, tak ada la teruk sgt pun rasanya, janji halal dan mengenyangkan. Walaubagaimanapun, masakan kampung tetap pilihan no. 1. >_<

Dan saya bersyukur sebab ibu rajin memasak. She loves cooking and baking so much!! Stok brg masak dan buat kek sentiasa ada di rumah. Kalau lupa nak beli, rembat je. Ni la antara sebab saya suka balik rumah, tak buat pun tolong tengok pun jadilah. Dan ofkos la sebagai anak perempuan, kena tahu memasak. Tolong la setuju. Malas tu lain cerita, yg penting tahu. Kalau tahu saja pun tapi tak apply pun tak expert2 juga kan. Tolong setuju sekali lagi di situ.

Ibu selalu pesan, "sehari dua boleh la tak masak. setahun dua, larat ke laki tu nak makan kat kedai? jangan laki pi cari 'orang' lain suruh masak kat dia sudah." Betul juga kan. Sebab tu la org cakap kan, "nak ikat suami melalui perutnya." Sejauh mana kebenaran statement ni, wallahua'lam. Orang yg dah berkahwin mungkin boleh jawab.

Saya pun bukanlah pandai sangat masak, sekarang pun tengah belajar, dan banyak lagi nak belajar. Tell u what, tak perlu rasa benci pun nak masak. Part yg paling best ialah bilamana kita tengok betapa bahagianya muka org kekenyangan makan masakan kita. Yang penting IKHLASSS (buat gaya izzul haziq di situ). Sebab tu la, mostly kita takkan compare masakan mak kita dgn masakan mak orang lain. For us, our mum's cooking is always the best in the world. Betul tak? Semua ni sebab mak kita masak dgn hati yg ikhlas dan air tangan dia tu berkat.

So, cik adik manis di luar sinun, jom kita belajar masak jom!

Wednesday, May 11, 2011

My Quilling~first trial

Setelah sekian lama bertangguh, tercapai juga hasrat nak mulakan quilling ni. Dah lama nak buat tp tak terbuat2. Hari ini, alhamdulillah, sambil melihat rumate meng'spam' fb adik Wanie, tergerak pulak tangan ni. Moh kita tengok apa la hasil pertama ni....


Sebelum mulakan quilling, barang2 yg kita perlukan adalah:




Quilling paper
Quilling paper ni kalau rajin boleh potong sendiri asalkan sama saiz. Tapi disebabkan saya malas, saya beli terus je kat sini. Hehe




Needle quilling tool
Disebabkan tak mampu lagi nak miliki needle quilling tool tu, saya rembat je lidi sate dan buat cabang kat hujung tu. Tak kisah la kan, asal dapat gulung kertas tu.



Gam
Gam ni pakai yg polisterine punya tau sbb transparent, nanti tak de la bertompok2 kertas kita tu dengan kesan gam. Saya pakai cap Giant je...



Quilling tweezer
Ni untuk senang nak tweez dan pegang kertas tu. Bagi yang tak mampu + baru nak belajar macam saya ni boleh pakai tweezer yg biasa je.


Untuk starting ni, tak perlu guna banyak tool. Tahu basic skills pun dah ok rasanya. Kalau tak elok tu perkara biasa la mereka yg baru first time buat.

Gulung punya gulung, penyek punya penyek, gam punya gam, siap la satu....

Tadaaa....








Amacam? Jadi ke tak? Kalau tak jadi sila gelakkan beramai-ramai....
(tengoklah, saiznya tak sama, serabut, dan segala bagai lagi la..haih)


~sori sebab gambar tu x brapa clear, almaklumlah ambik pakai handset cikai je...
~nak ucapkan terima kasih kepada blog ini, blog ini, dan blog ini juga kerana banyak memberi tunjuk ajar dan inspirasi kpd saya. You guys are really awesome!