BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Showing posts with label ambiltahu. Show all posts
Showing posts with label ambiltahu. Show all posts

Saturday, December 22, 2012

izzul haziq's penmanship

Salam alaik
Alhamdulillah, dh sebulan lbh jd babysitter tak bergaji. Tengok Chik2 membesar depan mata is such a great thing. Untung juga jd kakak kpd adik kecil pd usia2 begini sbb everyday is a learning process. Tambah2 untuk bakal guru spt saya. ngeh3... Apa shj yang kita belajar di kampus, balik rumah rasa nak praktik pd adik. Time bljr child development mesti nak relatekan dgn Chik2. Chik2 buat mcm ni tak? Chik2 buat mcm tu tak? Tu antara soalan yg selalu berlegar dlm kepala. OK, kalau tak buat, mcm mana nak ajar untk dia buat supaya dia lalui tumbesaran tu secara normal. Alhamdulillah, selama tiga tahun ni, perkembangan Chik2 masih menepati teori ye..haha.. Cuma ada bbrapa perkara yg terlalu advance untk usia 3 tahun, yg tu tak blh nak elak sb Allah punya aturan.
 
Tahun dpn InsyaAllah, Chik2 dh 4tahun. Ada jgk plan untuk hantar dia ke taska. He can talk fluently (sbijik mcm Upin Ipin..haha), makan sndiri (w'pun cara genggam nasi tu tak brapa nak betul lg) dn dia dh pndai poo2 kat toilet! haha... Cuma fail bab pakai baju sendiri (anak manja!). Dia pun keep telling me, "Chik nak pi skolah dgn adik Ayiep (his kazen)". Tu blm masuk bab dia bgtahu abah dan ibu, "Chik nak sunat, nanti boleh dpt kereta control". haha.. Chik2 dn mainan tak dpt dipisahkan smpaikan dia selalu imagine yg dlm syurga tu ada byk mainan. Chik2 rasa dia dah cukup besar agaknya. Tapi penakut piang, jumpa dragonfly melalak mcm kena histeria.
 
Bbrp hari lps, Teteh bwk balik colour pencils. Seplastik ada la. Lepas tu bermulalah episod warna-mewarna oleh Chik2. Colouring books (Upin Ipin n Angry Bird) habis dia warna (conteng sbnrnya). Mata habis semua hijau, caca merba la buku tu jdnya. Tp xblh blah punya soalan,
"Nape Along tulis (dia still claim mewarna, melukis tu adlh menulis!) muka Upin Ipin ni coklat ha?"
"Kan kulit orang warna coklat. Kulit Chik2 warna apa?"
"Kulit Chik2 putih."
"$%^&*%#$##"
Dgn budak trlebih pndai, jgn dilawan ckp. Titik.
 
Kisah Mr Fred dan Penmanship
Sem ni (bakal mnjdi last sem), belajar subjek 'Teaching Writing Skill for ESL Primary School'. So, Mr Fred awal2 lg masuk kelas, "Now, show me how you hold the pencil." Semua pakat tunjuk dgn penuh confident. Dlm hati, pegang pensel je pun, apa susahnya. Mr Fred buat spotcheck siap. Lalu meja depan, "Wrong." Singgah meja saya,"Wrong." Pusing belakang, "Wrong." Dalam 16 org dlm kelas tu, rasanya ada sorg je pegang pen (penmanship) dgn cara yg betul. Mr Fred pun buat demo sikit. Time tu barulah sedar rupanya sepanjang hidup 22 tahun ni salah rupanya cara aku pegang pensel.
So, terfikir-fikir jugak, bila masuk kelas nanti, penmanship adalah prkara utama yg perlu diberi perhatian especially untk primary school children. Kesilapan yg cikgu lalui dahulu tak mungkin diulangi kpd anak muridnya. Tak mungkin anak ketam dpt brjln lurus kalau ayah ketam pun jalan tak lurus.
 
Jadi skng ni saya mula membiasakn Chik2 dgn penmanship yang betul. Tak nak jd spt kakaknya ni (w'pun tulisan cantik..hahaha) tp penmanship salah, mcm terseksa je nk menulis nengoknye..hehe.. Payah sikit la tp practice make perfect. Kanak-kanak otaknya masih kosong so kalau apa-apa input yg kita bg dia akn store dgn mudahnya. Bila dah besar akan payah nak membiasakan yg betul.
 
this is WRONG! Tapi ramai yg pegang mcm ni kan? Termasuklah saya. ngee...
 
So, cara yg betul mcm mana?
1. Sediakan pensel dgn kertas, pensel tu bg panjang sikit, jgn kontot sgt.
 
2. Buat bentuk senapang. Letak pensel atas jari tengah yg dibengkokkan, then antara ibu jari dn jari telunjuk.
 
 
3. Cengkam pensel dengan ibu jari dan jari telunjuk. Biarkan pensel stay atas jari tengah sbg support.
 
bukan namanya pegang pen tu, tu picit pen..haiya
p/s:untuk permulaan, kaki tu blh dimaafkan.. next time mmg kena ajar ilmu adab :)
 
OK, dah ada improvement skit.. kipidap!
 
~ayuh teruskan usaha Chik2.. aja2 fighting!!!
 
 
footnote: Chik2 tdk mewarisi keunikan saya dn Adik di mana kami adalah KIDAL! hahaha

Wednesday, November 28, 2012

::HUKUM BERGAMBAR UNTUK PERKAHWINAN DAN PRA-PERKAHWINAN::

Salam alaik...
Lately ni saya kerap berjalan di alam maya mencari wedding photographer wanita.. hehe... Saje nk survey2. Serius saya mmg minat sgt dgn photography, org tak cantik xpe asal gmbr cantik.. ngeh3... Jgn memperlekehkan kebolehan wanita dlm bidang ni tau. Ramai photographer wanita skng yg dh blh capture gmbr ala2 Saiful Nang gitu. Cth mcm kak Nono Fara. I adore her so much.. wink3 >_<
 
Nak dijadikan cerita, ada la terjumpa satu link ni. Saya kira menarik untuk dikongsikan bersama sbg panduan especially for those yg tgh cari photographer untuk engagement ke, reception ke dn bagai2la... selamat membaca! 
 
SOALAN

Minta jasa baik Dr, untuk menerangkan trend orang berkahwin masa kini yang biasanya membuat sesi pre-wedding atau selepas kahwin. Bagaimana pula pendapatan atau upah bagi jurugambar yang terbabit. Terima Kasih.

JAWAPAN

Menurut hukum Islam, perkahwinan sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan untuk menganjurkan majlis kenduri kendara. Selain menyambut hari bahagia, ia juga sebagai iklan kepada masayarakat berkenaan perkahwinan yang dibuat bagi mengelak salah tanggapan terhadap pasangan di kemudian hari. Hukum kenduri kahwin dan menghebahkannya ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda:

"Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Pun begitu, diakui bahawa hari ini sudah semakin merebak trend menggunakan khidmat jurugambar professional atau separa professional untuk aktiviti bergambar sebagai kenangan perlu diteliti hukumnya.

Ringkasnya begini:-

1. Hukum bergambar secara umum : ia adalah harus dan tertakluk kepada jenis gambar yang diambil. Demikian fatwa majoriti ulama kontemporari termasuk Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

2. Bergambar selepas bernikah

Ia bergantung kepada beberapa keadaan seperti berikut :-

a- Pakaian yang dipakai oleh pihak pengantin : Sekiranya pakaiannya mendedahkan aurat secara jelas atau sipi-sipi terdedah. Penggambaran itu adalah DIHARAMKAN jika diambil oleh jurugambar bukan mahram kedua-dua pengantin. Jika diambil oleh mahram kedua-duanya, maka tidaklah mengapa dengan syarat gambar yang dipetik tidak disiarkan kepada awam sama ada di flicker, facebook, youtube, blog atau lainnya. Ia hanya untuk kenangan peribadi sahaja.

Berhias (tabarruj) dengan menampakkan aurat dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah:

Bermaksud: Dan janganlah kamu bersolek(berhias) seperti mana wanita jahiliyah berhias."Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

b- Pakaian menutup aurat namun dengan aksi peluk memeluk, cium mencium dan lain-lain aksi yang agak boleh mengghairahkan: Ia juga haram sekiranya jurugambar bukan mahram khususnya bagi pengantin wanita.

c- Pakaian menutup aurat dengan sempurna cuma bersolek dan berhias menarik dengan jurugambar asing atau bukan mahram. Dalam konteks ini, saya berpandangan, hukumnya adalah DIBENARKAN dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar. Gambar juga DIBENARKAN untuk disebarkan kepada rakan taulan secara berpatutan sekadar memberi maklum perkahwinan telah dilangsungkan.

Adapun, jika timbul perasaan riya’, berbangga dengan pakaian yang dipakai dan majlis yang dianjurkan, itu merupakan dosa berasingan yang dilakukan oleh pasangan. Itu tidaklah menjadikan seluruh majlis dan aktiviti bergambar itu sebagai haram. Ia dianggap sebagai haram lighairihi jika berlaku.

Justeru, jika ada pasangan yang merasakan persiapan dan pakaian mereka terlalu mahal dan secara logiknya akan mengundang perasaan cemburu berlebihan di kalangan awam yang melihat, sebaiknya gambar yang terpapar diminimakan dari sebarang hebahan awam bagi menjaga hati sendiri dan orang lain yang akan melihat.

1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)

Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-

a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud:
 
“Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26)

Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).

b. Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang mana petikan beritanya berbunyi :

Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.

Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.

"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.

UPAH JURUGAMBAR

Manakala upah jurugambar semuanya tertakluk kepada hukum yang disebut di atas tadi. Jelasnya ia menjadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding.
Boleh pula menjadi halal lagi DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.

Juga upahnya menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu untuk memetik gambar mereka dan dihias menggunakan teknik fotografi yang canggih bagi mencantikan hasilan foto. Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.

Boleh menjadi HARUS walau jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang boleh kebiasaan boleh merangsang nafsu biasa lelaki.

Sekian

Dr Zaharuddin Abd Rahman
 
ustaz Don, pinjam gmbr ye! (^_^)
 

 
 
 
 

Monday, January 3, 2011

APA BEZANYA???

Salam alaik...hampir sebulan lebih blog tidak berusik, bermakna juga diri hampir sebulan lebih tidak berada di alam maya. Jadi ada bbrp perkara yang terlepas pandang spt mesej di Shoutbox dsb. Follower pun makin bertambah, alhamdulillah...bila ada insan yang membaca tulisan kita, itu beerti dia menghargai usaha yang kita lakukan. InsyaAllah, yg mana jadi follower saya, saya akan follow balik cuma cepat atau lambat saja. Harapan saya, apa yg saya tulis akan menjadi manfaat untuk diri saya dan sahabat2 sekalian. Kerana hidup saya ini tidak banyak bekalan untuk dibawa ke sana, mungkin ini salah satu daripadanya seperti sabda Rasulullah S.A.W.:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (2) 
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Hendak menyampaikan, berkongsi, atau memberi ilmu bukan perkara yang mudah jika diri tak punya ilmu. Jangan disebabkan ilmu yang kita berikan salah, habis hidup manusia lain musnah juga. Bila berbicara tentang manusia dan ilmu, saya teringat akan perihalnya si katak. Oh ya, cerita Putera Katak kat TV3 pun dah habis. Seperti cerita2 dongeng lain yg dimomokkan kepada kita sejak kecil (berbanding sirah2 nabi), kisahnya berakhir dengan happy ending-si putera berubah menjadi katak semula setelah menemui cinta sejati. Persoalan saya, hebat sangatkah seekor/seorang putera katak ni. Kalau dah namanya pun katak tetap haiwan juga. Tak ada bezanya kalau katak tu diganti dengan kera sekalipun. Cinta sejati tu bukan cinta manusia, cinta sejati tu datang drpd Allah. Kan lebih baik letakkan kebergantungan kepada Allah untuk jadikan semula diri tu sebagai manusia. Setiap hasil perlulah ada usahanya.

Sejak kecil kita dah diajar dengan peribahasa Melayu-KATAK DI BAWAH TEMPURUNG. Kalau ada yg lupa apa maksudnya, saya bagitau. Maksud peribahasa ni, orang yg tak tahu apa2 yg berlaku di sekelilingnya. Macam katak yg duk bawah tempurung yg gelap tu, hujan panas pun tak sedar, entah2 berapa lama duk bawah tempurung tu pun tak sedar juga. Jadi diringkaskan, katak bawah tempurung ni samalah dengan orang yg tak berilmu. 



Tapi itu kan zaman dulu, waktu TV, internet,fb, blog tak wujud lagi. Dalam konteks zaman sekarang, peribahasa KATAK BAWAH KACA lebih sesuai kot. ya lah, sekarang ni nak dapatkan ilmu cukup2 mudah. Sekali klik, semua cerita dan isu boleh baca. Tapi itulah, ramai yg sedar manfaat teknologi sebenarnya. Orang yg macam katak bawah kaca ni sedar tapi malas nak bertindak. Kemudahan depan mata tak nak guna untuk perkara2 yg bermanfaat. Samalah macam katak bawah kaca, dia nampak apa yg berlaku tapi tak tahu apa yg berlaku. Sekadar tengok saja tanpa boleh bertindak.



Jadi antara kedua2 jenis katak ni mana satu lebih bagus? Kalau tak pda saya, dua2 pun tak bagus. Tak ada bezanya katak bawah tempurung atau katak bawah kaca hatta katak bawah tangga sekalipun. kalau dah namanya katak, tetap katak. Kita bukan nak jadi katak yg lebih baik atau lebih buruk tetapi kita nak jadi manusia yg lebih baik, yg lebih berguna dan bermanfaat untuk orang lain. Kalau hidup setakat nak jadi katak yg bangga kerana diri tau cerita panas artis-artis tapi sirah nabi pun tak hafal, lebih baik jadi ayam je. Dapat juga sembelih buat masak kicap. Lagi sedap.

Saya menyeru diri saya dan sahabat2 sekalian supaya kita letakkan azam dan usaha yg tinggi untuk memperbanyakkan ilmu di dada. Semestinya ilmu2 yg boleh menjamin akhirat kita. Jangan malas dan culas kerana ilmu Allah ni terlalu luas. Kata Imam Shafie, "semakin banyak ilmuku, terasa semakin banyak yang aku tidak tahu."


footnote: kagum sgt dgn mereka2 yg tahu byk sirah nabi dan sahabat...



Friday, October 8, 2010

Siapa mangsanya???

Salam alaik...

Selamat hari Jumaat, penghulu segala hari. 
Hari ni saya sekadar berkongsi sebuah cerita utk anda dan saya fikir2kan...

Satu hari, si B mengikut si A ke kedai jahit. Kata si A, tukang jahit di kedai ni mmg boleh dipercayai hasil kerja tangannya. Hajat si B ni nak tempah baju manakala si A ni nak ambil baju yg dah berkurun-kurun ditempah tak dituntut-tuntut. Si B malas meminta bukti dari si A tentang jaminan kualiti jahitan tukang jahit yg dinyatakan walhal si A juga baru pertama kali menghantar bajunya ke situ. 


Sampai di kedai jahit, si A bertanyakan tentang bajunya yg dah lama dihantar tapi tak dituntut-tuntut. Si B pulak menunggu saja. Kalau dilihat baju si A tu cantik, maka jadilah utk si B menempah bajunya sendiri.

Tukang jahit pun memberi baju kpd si A. Setelah diperhati dan dibelek-belek, berlaku sedikit kecacatan pd baju si A tadi. Lalu si A bertanyakan sebab bajunya jd begitu.

Tukang jahit berdalih, "Eh, mana saya tau jd mcm tu. Bukan saya yg jahit, kawan saya yg jahit. Tp dia dah tak kerja kat sini dah."
"$&(())_@##$$%%????" terasa sebal si A mendengar jawapan selamba dr tukang jahit sedangkan baju itu diamanahkan kpd tukang jahit tu utk dijahit, bukan kawannya. Sudah la bajunya tu bukan drpd kain yg sembarangan.


Si A meminta supaya tukang jahit bertanggungjawab ke atas kerosakan bajunya tetapi tukang jahit tetap tidak mahu mengakui kesalahan itu berpunca drpd dirinya dan kawannya malah tukang jahit asyik mengatakan "saya tak tahu." Perasaan marah si A semakin meluap-luap melihat sikap sambil lewa tukang jahit tanpa memikirkan kebajikan pelanggannya. Si B yg diam sedari tadi terus saja menjadi pemerhati.

Si A kemudian meminta supaya wangnya dikembalikan. Disebabkan takut rugi, tukang jahit meminta agar diberi sedikit masa lagi untuk membaiki kecacatan baju si A sedangkan si A ingin memakai baju barunya dalam masa terdekat ini. Tukang jahit berjanji akan membaiki mana yg patut.

Tidak lama kemudian, si A mengajak si B pulang kerana merasakan masalah itu 'mungkin' akan dpt diselesaikan. Si B serta merta teringatkan bungkusan berisi 2 pasang suit kain cotton berharga RM 19.80 semeter yg masih berada di tangannya. Hajat yg hampir saja dilupakan. Si B lantas memandang si A penuh tanda tanya. Keyakinan si B tadi sedikit sebanyak telah dibunuh oleh peristiwa antara si A dgn tukang jahit td. Lalu...



Apakah yg harus dilakukan oleh si B?

a) tempah saja baju pd tukang jahit krn bukan tukang jahit yg menyebabkan baju si A rosak
-lagipun tukang jahit dah berjanji utk baiki baju yg rosak itu
b) tunggu dulu sehingga baju si A siap dibaiki, jika elok baru tempah
c) cari tukang jahit yg lain, yg kehandalannya juga belum diketahui

Si A yg teraniaya pula bagaimana?
a) tunggu sehingga baju yg rosak dibaiki semula, mana tau akan cantik semula
b) terus mendesak supaya wang dikembalikan
c) mengugut akan melaporkan pd polis atau menyaman tukang jahit
d) ambil saja baju dan halalkan wang yg telah dibayar


Si A dan si B, kedua-duanya adalah mangsa. Si A blh dikatakan sbg mangsa penipuan, si B pula walaupun belum ditipu sudah menjadi mangsa kecelaruan. Lalu, tindakan apa yg harus mereka ambil utk menyelesaikan konflik dalaman dan luaran yg mereka alami? Walaupun pd kaca mata anda, kes merekai ini nampak biasa2 saja, ttp cuba letakkan diri anda di dlm situasi mereka. Perkara sebegini selalu terjd walau situasinya berbeza2. Jawapan mana yg akan anda pilih?


Moral of the story:
1) jgn terlalu percayakan org berdasarkn first impression atau cakap2 org
2) bertanggungjawablah dgn apa yg diamanahkan kpd kita
3) jgn malu utk mengaku kesalahan itu kalau mmg kita yg lakukannya
4) beranilah utk tuntut hak kita kalau itu mmg hak kita
5) jgn biar diri mudah tertipu, berfikir sblm bertindak
6) jgn cepat melatah atas sesuatu perkara yg berlaku krn itu akn menampakkan satu sisi yg buruk pd diri kita
7) dlm perniagaan, kebajikan & kepuasan pelanggan harus diutamakan krn merekalah sumber keuntungan kita 

footnote:
~tanya ibu,"baju kurung Along dah siap lama dah. Bila nak balik ambik?"
inilah untungnya kalau lahir dr rahim seorang tukang jahit ni..hehe

Wednesday, October 6, 2010

Sekolah oh sekolah...

Salam alaik

3 Oktober 2010; 8-12 pm
Venue : ACS Ipoh 

Outdoor xtvt for TESLIANs. Watching The Three Musketeers at ACS.(hah, sudah! apesal tetiba daku ber'speaking' pulak ni?). Ni 2nd time tgok live play lps senior punya Merchant of Venice dulu. ACS boleh tahan hebat jugak ye. Eh, tak! Memang hebat pun. Tiga hari berturut2 pentaskan cerita yg sama, tak cukup hebat lagi ke tu? Tercabar team Macbeth dibuatnya.Tercabar ke? Haha...

Athos, Porthos, Aramis

Apa yg best?
~costume yg cun (mcm org nak kahwin pun ada)
~sound system pun OK la
~dewan tak padan dgn kecik, air-cond bukan main byk (dewan sri tanjung bila lg yek?)
~pronunciation n articulation mmg bagus la (biasa la, sek2 speaking kan)

ni versi Melayu ke?


Yang tak bestnya...
~ada adik2 duduk sebelah menyebelah lelaki dan perempuan. Alasan tak cukup tempat duduk tak blh diterima sbb boleh je kan duduk kt tepi2 mcm kawan2 yg lain. Tak sedap pulak mata akak ni memandang walaupun dlm gelap. Lagipun kita pergi dgn tujuan yg baik kan...
~adegan berpegangan dan berpelukan berlawanan jantina turut diselitkan dlm drama..hmmm..
~makanan agak mahal (hah, nugget 2 ketul singgit? biar betik betul!)

Tapi, saya nk ingtkan ACS ni adalah singkatan kpd Anglo Chinese School. So majoriti studentnya adalah kaum Cina n India. Budak Melayu, kira dgn jari tangan pun dah cukup. That's why la pegang dan peluk tu tak jadi hal pd mereka. Tak boleh la nak salahkan mereka sbb ni bukan sekolah agama or sekolah yg majoriti studentnya Muslim. Dan kebanyakan mereka tak mempunyai fikrah Islam pun. Lain la kalau Muslim buat kan. Mmg nak kena sekeh sgt la tu. Sah2 la dosa, sekali dgn yg tengok dpt sahamnya. Apa2 pun credit utk mereka sbb tak ada pelajar Muslim involve dlm play ni. Pelajar Muslim jd pegawai trafik je. Dan adegan yg ditonjolkan tak la keterlaluan walaupun cara pemakaian boleh tahan seksi 'mantap' jugak. Ahha.. 

Pada saya, kalau nak anak2 mahir dan fasih berbahasa Inggeris, sekolah ni salah satu pilihan yg bijak, pelajar di sini didedahkan dgn bermcm2 ilmu spt muzik, lakonan dsb. Tapi disebabkan majoriti studentnya bukan Muslim, saya mungkin akan berfikir pat lima nam kali dulu kut utk menghantar anak saya ke sini. Bukan mendiskriminasi, tp kena pastikan basic agama dan aqidahnya betul2 mantop dulu baru boleh hantar ke sekolah yg ada byk 'cabaran' ni supaya boleh beza yg mana satu dosa, yg mana satu pahala, yg mana satu Allah suka, yg mana satu Allah murka. Saya duk kt maktab ni pun dah debar semacam je, kalau duk kat sana tu, wallahu'alam. Saya pun ada jgk kawan2 yg bljr kat ACS dulu dan alhamdulillah, mereka OK je. Sebenarnya benda ni, depend la kpd diri masing2, pandangan masing2. Kalau rasa mampu, go on, tak ada masalah. Sekolah yg majoriti studentnya Muslim pun tak semestinya boleh hasilkan product 100% berkualiti. Yang penting, sejauh mana kekuatan kita utk menghadapi cabaran2 terhadap iman dan aqidah ni. Macam duk oversea jugak, hidup sbg golongan minoriti. Kalau tak kuat, takkan mampu nak hidup sbg seorang Muslim yg benar2 Muslim. Semuanya berbalik kpd diri kita sendiri. Apa yang penting? Kerjasama!   Keredhaan Allah mesti diletak di hadapan.

Satu hari, saya tanya ibu, "Ibu nak tak hantar Chik2 pi sekolah Cina?" -atas rasional boleh kuasai banyak bahasa dan belajar mcm mana org cina bljr lalu jd bijak mcm mereka
jawab ibu, "sapa nak hantaq?"
"hmmmm..."
~bila fikir2 balik, bukan masalah jarak atau siapa yg nak hantar di sini, tp cukup bersediakah kami utk beri didikan agama yg kuat dan kukuh pd Chik2 di samping ilmu dunia? Huh, saya pula yg terasa beratnya tanggungjawab ni. 4 tahun lg Chik2 akan melangkah ke alam pra sekolah, saya pula akan memulakan tugas sbg pendidik. Mampukah saya utk mendidik Chik2 dgn tangan saya sendiri sedangkan saya tak pasti waktu itu abah dan ibu masih terdaya atau tak. Harapan saya pd Chik2 tidak la terlalu besar tp alangkah baiknya kalau dlm keluarga saya nanti ada seorang ustaz,seorang yg ada al-quran di hatinya, kalau bukan ustaz tp mcm ustaz pn dh kira OK. Ye la kan nak tunggu kakaknya dpt ustaz tak tau la bila kan. Hahaha...

thanks Syai utk baju raya Izzul Haziq!

Izzul Haziq jgn suka hentak2 kepala ye, nanti tak pandai dah adik Along


footnote: nasib baik la ada usrah, kalau tak Fatinnur dah lama 'mati lemas" kat maktab ni...Terima kasih Kak Nora utk taujihad dan tarbiyah yg tak putus2. Memang kak usrah terbaeklah!

Friday, October 1, 2010

Manifesto sesi kedua

Salam alaik...

Manifesto sesi kedua

30 September 2010

Tempat: Dewan Sri Melati
Masa: 9.00 malam

Alhamdulillah...manifesto sesi terakhir melibatkan 13 calon berlangsung dgn lancar. Walaupun kebanyakan calon utk sesi ini menang tanpa bertanding, tetapi manifesto tetap diberikan. Tahniah kpd yg sudah menang awal.

LEGA! itu saja perkataan yg mampu diucapkan usai manifesto semalam. Setelah seminggu menanggung debaran separuh mati, akhirnya Allah permudahkan jalan..

Pulang saja ke bilik, diri mula merasakan betapa berat dan besarnya amanah yg sudah tergalas di bahu. Hati hanya berharap, Allah terus permudahkan jalan utk berjuang di jalanNya. Amin....

Terima kasih kpd:
my roomate : Sofia mazlan (yg memperkenalkn saya dgn dunia blog)
my P.A tak berbayar : Pahana dan Farihah 
my classmate yg manis : adik2 dan kwn2 J5 (tukang sokong dan sorak)
my kakak usrah n da geng : Kak Nora (yg bg taujihad dn nasihat)
my ahli lujnah : especially Pina, Amar, Fathul, Bibah dll
my kwn2 TESL : especially Mc-T n da geng, dll
&
semua yg memberi sokongan dr jauh dan mendoakan saya.
Terima kasih. Jazakumullahu khairan jaza.

Walaupun merealisasikan hasrat itu bukan mudah tetapi, saya akan berusaha melakukan yg terbaik. InsyaAllah. Terus mendoakan kejayaan saya.

(ni gaya mcm dh menang award aje)=banyak sedikit poyo di situ!

(walaupun tentera Islam sedikit, Allah tetap beri kemenangan kpd mereka. Yakinlah dgn Allah. Islam akan menang akhirnya)


footnote:
Madam Kana peluk I td tau. You all jgn jealous plak..hehe
~gambar tak ada utk sesi ni ye..mintak maaf..


Wednesday, September 29, 2010

Manifesto Sesi Pertama

Salam sejahtera...
Sebelum anda terus membaca post ini, ingin saya ingatkan ini adalah blog peribadi saya yg berkongsi pandangan peribadi saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana2 pihak. Diharap jgn memanipulasi atau mengkontroversikan sebarang kenyataan di sini.Terima kasih...

27 September 2010


Manifesto sesi pertama pilihanraya JPP IPG Ipoh
Tempat: Dewan Sri Tanjung
Masa: 9 malam


Alhamdulillah, sesi pertama telah selesai dgn calon2 memberi manifesto masing2. Auta atau fakta, tak ingin saya ulaskan di sini. Anda yg menyaksikan, anda sendiri yg menentukan. Cumanya, dari manifesto ini sedikit sebanyak kita sudah boleh membuat penilaian calon manakah yg layak diangkat menjadi pemimpin yg bukan saja mampu memperjuangkan suara mahasiswa tp juga menjana perubahan.

Di sini, saya kongsikan sedikit beberapa gambar yg di snap semalam. Gambar2 ini tidak menjelaskan pendirian saya kepada mana2 calon. Undi saya adalah rahsia... >_<

ucapan drpd Pengerusi SPR

bakal2 pemacu perubahan


aik, blh undi pakai SMS ke???


bakal2 pejuang


tanpa mereka, siapalah calon...


apasal byk krusi kosong ni???

SAUDARA YUSUF (calon YDP)

SAUDARA NAIM (calon NYDP)

SAUDARA SYAFIQ (calon TIMB EXCO KOLEJ KEDIAMAN) 

SAUDARA AFIZI (calon TIMB EXCO SUKAN, REKREASI & KEBUDAYAAN)

SAUDARI NAJIBAH (calon EXCO PENERBITAN & PENERANGAN)


SAUDARA AZIZI (calon TIMB EXCO SUKAN, REKREASI & KEBUDAYAAN)

SAUDARI SANISHA (calon TIMB EXCO SOCIAL & KEBAJIKAN)

SAUDARA AZLAN (calon TIMB EXCO PERHUBUNGAN LUAR & PENGANTARABANGSAAN)

SAUDARA NAJIB (calon TIMB EXCO PERHUBUNGAN LUAR & PENGANTARABANGSAAN)

photographers of the night!

~gambar di atas tidak mewakili undi saya. Sekali lagi, undi adalah RAHSIA!
~maaf ye, x semua gmbr blh diupload disbbkn masalah teknikal (gmbr rosak dsb)
~credit to:
tukang tangkap muat gambar :shapinatul nashira
tukang upload gambar :empunya blog
tukang tengok gambar: ANDA la...


 

Saturday, September 25, 2010

Orang mengidam disuapkan ayam

Salam alaik...
Selamat sejahtera, selamat hari sabtu..
Hari ni ganti kelas utk hari Selasa cuti raya hari tu, dua minggu lg ganti pulak utk hari Rabu. Itulah natijahnya kalo org bg cuti seminggu tp nk extend smpai 2 minggu. Alasannya, hw byk takot tak feel nk beraya. Sudahnya, hw tak siap2 pun. Bg la cuti sebulan pon, cuti tu bukan waktu utk buat hw. Cuti tu utk bercuti la..hehe

Minggu pertama puasa, saya balik rumah dgn hajat nk meraikan awal puasa dgn family. Masa lalu kat Kubang Lembu, tengok signboard HPA dh dinaikkan di bekas restoran sajian Melayu (kalau kat Jitra org panggil restoran Etong). Radix FC nk bukak kat Jitra. Wow, seronoknya! Tapi saya tak sempat sbb waktu tu tak siap pun lg sepenuhnya dan saya dh balik ke maktab.

Lebih kurang dua minggu kemudian, saya balik utk cuti raya. Lalu lg kat situ dan terlihat signboard Radix FC yg dh dinaikkan. Dalam kesamaran cahaya lampu pantulan dari Radix FC Jitra, saya lihat ramai org kat situ tp apakan daya, waktu tu dh nak berbuka, jd tak sempat lg nak pergi Radix FC. Kempunan lg...

Waktu org lain sibuk2 nk makan itu ini kat bazar Ramadan, saya sorang je yang mengidam nk makan Radix FC. Ada satu malam tu, saya suruh adik belikan tp sayangnya Radix FC terlalu crowded dgn manusia waktu tu. Sudahnya, saya makan burger lebai depan Bank Islam tu je. Kempunan lg...

Tidur pun tak lena mengenangkan Radix FC. Setiap kali lalu, tengok org mesti penuh.Bila la nk dpt makan, fried chicken pun jd la...

Sampai habis puasa pun saya masih tak dpt mkn Radix FC. Kesian kat saya. Dah la tak pergi lagi kat tempat baru bukak. Tapi apa nk buat, sabar je la. Kalau ada rezeki, Allah tetap akan bg, cuma cepat atau lambat je. Itu je la yg saya fikir.

Akhirnya, pada hari raya keenam, sedang saya asyik dok menghadap tv, adik datang memanggil, "Along, jom pi makan Radix FC kat umah tok.". "Betoi ka?" Anda boleh bayangkan betapa terujanya muka saya waktu tu. Macam budak2 dpt ais krim je. Saya pergi rumah tok dan tengok sedara mara yg lain termasuk ibu, abah dan chik2 tgh sedap menikmati Radix FC. Akhirnya pada malam 7 Syawal, tertunailah hasrat saya utk makan Radix FC. Alhamdulillah....

logo RFC

ni la Radix FC Jitra; bekas restoran yg tak maju HPA ambil utk majukan industri makanan halal..cayalah.. 

belum cuba belum tahu, sudah cuba pasti mahu..sumpah tak menyesal..


ni pulak RFC Alor Setar; first time makan RFC kat sini la...


Banyak perubahan Radix FC dulu dan sekarang. Mcm brg2 HPA jugk, dulu yg org tau ubat gigi HALAGEL saja tp skng bak kata Pak Abas, "macam2 ada..."

Jadi tak da la alasan utk tak mencari brg yg halal. Lagipun mencari yg halal tu kan fardhu. Sebenarnya industri makanan halal ni sgt2 diperlukan di negara ni. Rakyat negara ni bukannya tak ada kesedaran nak guna barang yg halal cuma kadang2 tu susah betul nak cari barang halal ni kat pasaran.Orang Islam yg nak memajukan industri halal ni berapa kerat aje. Yg ada tu pun dilingkupkan oleh orang Islam sendiri sbb pemahaman dan pemikiran yg berbeza2. Bila la Islam nak maju kalau saudara seagama kita sendiri pun kita tindas. Sepatutnya berbangga, mereka2 ni lah yg nak menyelamatkan kita dr kena sambar api neraka nanti. Jadi pesan saya, sokonglah usahawan Islam kita yg berusaha memajukan industri halal. Kalau Islam saja tp jual barang haram pun tak boleh jugak. Bukan mahal pun, kalau beli KFC set snack plate tu dh RM  7.25+air RM 1.80=RM 9.25 tp kalau beli beli RFC chicken delight set A ade wedges 3 keping baru RM 6.90+air RM 1.40=RM 8.30. Pandai math kan? Kira tgok mana lg jimat. Siap dtg dgn pakej 3 dlm 1 (halal+murah+sedap). Hehe
Senang je kan nk cari makanan halal? Antara nak dgn tak nak je. Antara kenal dosa pahala dgn tak je. Semuanya Allah tlh nyatakan dgn jelas:

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi ini.” (QS al-Baqarah: 168)

Rasulullah S.A.W juga bersabda:

“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkan-Nya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.”

footnote: kat Ipoh bila agaknya boleh tgok logo RFC ye?
~ada sape2 nk belanja HOT DUJAJ tak?