BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 3, 2011

APA BEZANYA???

Salam alaik...hampir sebulan lebih blog tidak berusik, bermakna juga diri hampir sebulan lebih tidak berada di alam maya. Jadi ada bbrp perkara yang terlepas pandang spt mesej di Shoutbox dsb. Follower pun makin bertambah, alhamdulillah...bila ada insan yang membaca tulisan kita, itu beerti dia menghargai usaha yang kita lakukan. InsyaAllah, yg mana jadi follower saya, saya akan follow balik cuma cepat atau lambat saja. Harapan saya, apa yg saya tulis akan menjadi manfaat untuk diri saya dan sahabat2 sekalian. Kerana hidup saya ini tidak banyak bekalan untuk dibawa ke sana, mungkin ini salah satu daripadanya seperti sabda Rasulullah S.A.W.:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (2) 
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Hendak menyampaikan, berkongsi, atau memberi ilmu bukan perkara yang mudah jika diri tak punya ilmu. Jangan disebabkan ilmu yang kita berikan salah, habis hidup manusia lain musnah juga. Bila berbicara tentang manusia dan ilmu, saya teringat akan perihalnya si katak. Oh ya, cerita Putera Katak kat TV3 pun dah habis. Seperti cerita2 dongeng lain yg dimomokkan kepada kita sejak kecil (berbanding sirah2 nabi), kisahnya berakhir dengan happy ending-si putera berubah menjadi katak semula setelah menemui cinta sejati. Persoalan saya, hebat sangatkah seekor/seorang putera katak ni. Kalau dah namanya pun katak tetap haiwan juga. Tak ada bezanya kalau katak tu diganti dengan kera sekalipun. Cinta sejati tu bukan cinta manusia, cinta sejati tu datang drpd Allah. Kan lebih baik letakkan kebergantungan kepada Allah untuk jadikan semula diri tu sebagai manusia. Setiap hasil perlulah ada usahanya.

Sejak kecil kita dah diajar dengan peribahasa Melayu-KATAK DI BAWAH TEMPURUNG. Kalau ada yg lupa apa maksudnya, saya bagitau. Maksud peribahasa ni, orang yg tak tahu apa2 yg berlaku di sekelilingnya. Macam katak yg duk bawah tempurung yg gelap tu, hujan panas pun tak sedar, entah2 berapa lama duk bawah tempurung tu pun tak sedar juga. Jadi diringkaskan, katak bawah tempurung ni samalah dengan orang yg tak berilmu. 



Tapi itu kan zaman dulu, waktu TV, internet,fb, blog tak wujud lagi. Dalam konteks zaman sekarang, peribahasa KATAK BAWAH KACA lebih sesuai kot. ya lah, sekarang ni nak dapatkan ilmu cukup2 mudah. Sekali klik, semua cerita dan isu boleh baca. Tapi itulah, ramai yg sedar manfaat teknologi sebenarnya. Orang yg macam katak bawah kaca ni sedar tapi malas nak bertindak. Kemudahan depan mata tak nak guna untuk perkara2 yg bermanfaat. Samalah macam katak bawah kaca, dia nampak apa yg berlaku tapi tak tahu apa yg berlaku. Sekadar tengok saja tanpa boleh bertindak.



Jadi antara kedua2 jenis katak ni mana satu lebih bagus? Kalau tak pda saya, dua2 pun tak bagus. Tak ada bezanya katak bawah tempurung atau katak bawah kaca hatta katak bawah tangga sekalipun. kalau dah namanya katak, tetap katak. Kita bukan nak jadi katak yg lebih baik atau lebih buruk tetapi kita nak jadi manusia yg lebih baik, yg lebih berguna dan bermanfaat untuk orang lain. Kalau hidup setakat nak jadi katak yg bangga kerana diri tau cerita panas artis-artis tapi sirah nabi pun tak hafal, lebih baik jadi ayam je. Dapat juga sembelih buat masak kicap. Lagi sedap.

Saya menyeru diri saya dan sahabat2 sekalian supaya kita letakkan azam dan usaha yg tinggi untuk memperbanyakkan ilmu di dada. Semestinya ilmu2 yg boleh menjamin akhirat kita. Jangan malas dan culas kerana ilmu Allah ni terlalu luas. Kata Imam Shafie, "semakin banyak ilmuku, terasa semakin banyak yang aku tidak tahu."


footnote: kagum sgt dgn mereka2 yg tahu byk sirah nabi dan sahabat...



0 BICARA ANDA: