BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Showing posts with label seniituindah. Show all posts
Showing posts with label seniituindah. Show all posts

Sunday, December 4, 2011

my first felt craft project...

Salam alaik...
Lama sungguh tak update...Terasa sungguh2 nak menulis tp idea kering kontang lagi kosong minda... Dan masa banyak dihabiskan di fb saja, update status dan comment sana sini...

Hari ni jari jemari yg tak begitu runcing ni berupaya juga bergerak sb ada sesuatu yg nak dikongsikan bersama. Mungkin tak begitu berilmiah dan bermanfaat, sekadar suka-suka.

Selepas sekian lama kain felt yang dibeli tersimpan kemas dalam kotak, hari ni dikeluarkan bila tiba-tiba datang idea nak buat case untuk handphone. Sementara nak beli case baru yg lebih tahan lasak dan cantik, terfikir nak buat guna kain felt dulu la...

Tengok la bagaimana hasilnya...

 
mulakan dgn design yg simple2 je, tu pun jenuh jg nak gunting part2 yg halus tu...

sama tak?? hehe...mcm kebetulan plak, ada kain yg warna biru turquoise sama mcm button kt tgh phone tu...

Case ni blm siap sepenuhnya lagi, nak kena tambah tali supaya blh sangkut kat leher. Tetiba rasa teruja pulak nak pakai..wink3 >_<

InsyaAllah lepas ni blh start utk order drpd Zati, Kak Zura dan Zura. Harap2 sempat siap sblm hujung tahun ni. Tp buat masa ni blm ada idea nak buat design apa. Adik punya order pun tak sentuh lagi, dia dah siap perli2 tadi...hehe

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless u!

Sunday, October 2, 2011

i'm back: My first quilling project

Salam alaik...

Setelah berehat lama dari dunia quilling, saya kembali dgn project pertama saya. Bukan la project besar berjuta-juta, untuk wedding kakak je. Saya buat atas permintaan kakak dan juga nak try test 'keseriusan' saya dengan minat baru ni.

hasilnya...



Alhamdulillah,siap jugk untuk meja guestbook walaupun ada beberapa benda yg tak sempat nk buat...harap kakak puas hati
Terbukti tak 'keseriusan'ku?


footnote: thnks to kak miyyah n others, you inspired me a lot!

Wednesday, May 11, 2011

My Quilling~first trial

Setelah sekian lama bertangguh, tercapai juga hasrat nak mulakan quilling ni. Dah lama nak buat tp tak terbuat2. Hari ini, alhamdulillah, sambil melihat rumate meng'spam' fb adik Wanie, tergerak pulak tangan ni. Moh kita tengok apa la hasil pertama ni....


Sebelum mulakan quilling, barang2 yg kita perlukan adalah:




Quilling paper
Quilling paper ni kalau rajin boleh potong sendiri asalkan sama saiz. Tapi disebabkan saya malas, saya beli terus je kat sini. Hehe




Needle quilling tool
Disebabkan tak mampu lagi nak miliki needle quilling tool tu, saya rembat je lidi sate dan buat cabang kat hujung tu. Tak kisah la kan, asal dapat gulung kertas tu.



Gam
Gam ni pakai yg polisterine punya tau sbb transparent, nanti tak de la bertompok2 kertas kita tu dengan kesan gam. Saya pakai cap Giant je...



Quilling tweezer
Ni untuk senang nak tweez dan pegang kertas tu. Bagi yang tak mampu + baru nak belajar macam saya ni boleh pakai tweezer yg biasa je.


Untuk starting ni, tak perlu guna banyak tool. Tahu basic skills pun dah ok rasanya. Kalau tak elok tu perkara biasa la mereka yg baru first time buat.

Gulung punya gulung, penyek punya penyek, gam punya gam, siap la satu....

Tadaaa....








Amacam? Jadi ke tak? Kalau tak jadi sila gelakkan beramai-ramai....
(tengoklah, saiznya tak sama, serabut, dan segala bagai lagi la..haih)


~sori sebab gambar tu x brapa clear, almaklumlah ambik pakai handset cikai je...
~nak ucapkan terima kasih kepada blog ini, blog ini, dan blog ini juga kerana banyak memberi tunjuk ajar dan inspirasi kpd saya. You guys are really awesome!


Friday, May 6, 2011

Ya Allah
lindungi mereka
dari kemungkaran
jauhkan mereka
dari kemurkaanMu
selamatkan mereka
dari azabMu

sesungguhnya
aku menyayangi mereka
aku mencintai mereka

sungguh-sungguh...

Thursday, August 19, 2010

Bertuahnya kalau dapat yg begini...

Salam alaik...
Sudah lama saya tidak menulis. Kekangan masa sangat meruntun saat ini. Assignment bagaikan berbaris-baris menunggu giliran untuk disiapkan. Saya kurang masa untuk memikirkan entry apa yg harus di post. Beberapa hari lepas, sahabat saya, Hamizah men'tag' saya pd satu note di fb beliau. Disebabkan kurang masa untuk menulis saya memutuskan untuk berkongsi dengan anda note tersebut. Harap sudi membaca.

* * *
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakkan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran di atas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah di luar bidang kuasasaya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,zat, sifat, asma, af'al. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu duapertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al-fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi AnNu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapaImam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isterikita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apapula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya ke halaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di tengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,s egera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.

footnote: hati saya sgt tersentuh di saat menghabiskan artikel ini, anda saya tak tau la...
-saya kurang pasti sama ada ini adalah cerita benar atau sekadar nukilan ttp ia sgt2 memberi kesan kpd saya
-susah nk jumpa lelaki mcm ni sekarang tp saya yakin masih ada di luar sana.
-ini kata2 Hamizah:
doa2kan moga kita dapat suami yg dpt membimbing kita ke jln yg diradhai ALLAH...dan dapat pimpin tangan kita sama2 kesyurga bersamanya...amin...~~~

tapi kita pun kena berusaha jadi yg terbaik jugak la...
-kata2 saya: jgn mencari yg terbaik, jadilah yg terbaik, baru akan dpt yg terbaik... :) :) :)

Sunday, October 4, 2009

~MADAH BUAT SAHABAT~

Ya Allah kiranya RasulMu bersahabat,

Kurniakan jua aku sahabat,

Tapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong yang membenarkanMu seperti kebenaran Assiddiq..

Biarlah sahabat-sahabat dari pintu-pintu ilmuMu seperti Ali Karamallahuwajwah..

Ya Allah,

kiranya semua itu tidak layak buatku,

Aku bersyukur kerana dipertemukan sahabat yang SATU ini.

Mungkin padanya ada segalanya yang tak pernah aku selami..

Mungkin padanya letaknya apa yang aku impikan selama ini..

Tapi jika aku seorang sahabat yang tak menghargai,

Kau ampunkanlah dosaku dan kau kurniakan kegembiraan kepada sahabatku ini..

Amin




Hmm...tetiba, aku teringat plak kt kengkawan kt matriks dulu(nak start scene sedih la ni).Buat kerja semua sama2 sampai kn nk masuk xtvt pape pun kalo sorg x masuk, semua x nak masuk jgk. Terima ksh sbb terima diri aku seadanya...Nasihat, tunjuk ajar dan segala kenangan manis yg korang bg kat aku, aku ingt sampai bila2.Moga ALLAH sentiasa pelihara persahabatan kita...Ni aku tujukan madah kt ats untuk korang semua yg pernah dan masih menjadi sahabat aku.

feetnote: adakah masih ada waktu lg utk aku mencari shbt yg blh membawaku ke jln yg diredhai ALLAH???

Monday, September 28, 2009

PERCATURAN ALLAH...

Aku minta kepada ALLAH setangkai bunga segar
DIA memberi kaktus berduri
Aku minta kupu2
Diberikanku ulat berbulu
Aku sedih dan kecewa
Namun kemudian,kaktus itu berbunga,indah sekali
Dan ulat itupun menjadi kupu2 yang cantik
Itulah jalan ALLAH
Indah pada masanya
ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan
Tetapi memberi apa yang kita perlukan
Kadang kala kita sedih,kecewa,terluka
Tapi jauh di atas sana
DIA sedang mengatur yang terbaik untuk kehidupan kita....