BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Monday, May 5, 2014

TUTORIAL JAHIT SHAWL NIKAH

Salam alaik

InshaAllah hari ni nak kongsi dgn anda semua sedikit tutorial shawl/veil nikah/tunang
Sebenarnya ambil kesempatan aje post tutoarial ni memandangkan alang2 dah buatkan shawl tunang untuk my bestie, Sofia.
This is my first trial sebenarnya sebab dah lama teringin nak DIY shawl nikah. Nak tunggu diri sendiri punya entah bila tak tahu.. Hahaha

So, here the tutorial. 



barang2 yg kena ada: shawl (yg ni wajib), lace, jarum peniti, beads, benang dan jarum jahit
shawl; kalau malas nak jahit boleh beli yg ready made aje, kat uptown RM5-RM10 dah boleh dapat utk warna plain. Atau kalau jenis pemakai shawl tegar, recycle balik aje shawl mane yg ada. Untuk yg rasa nak buat ikut saiz dan kelabuhan sendiri, beli kain chiffon kat kedai kain, potong bentuk halfmoon dan kelim tepi. Kalau kos jahit sendiri lagi mahal dr beli kat pasar malam, baik beli dah siap aje kan? Kata nak jimat.
Untuk Sofia punya shawl ni disponsor oleh our bestie jgk, Wanie. Thanks, Wanie!

Step seterusnya adalah jahit lace pada shawl. Sebelum jahit tu ukur dulu kat muka posisi lace tu nak diletakkan. Kalau yg nak buat veil kedudukan lace biasanya betul2 kat tengah.
Lagi satu, nak pilih lace kena bijak juga. Lace cantik, harga pun cantiklah kan. Belilah ikut kemampuan. Kalau lace tu kecil, pandai2 gunting dan susun bagi jadi besar. Susunan lace ikut citarasa masing2. Sebelum jahit lace pd shawl, susun letak biar molek dulu supaya boleh diadjust. Dan semat dgn jarum peniti. Kalau dah jahit karang, salah, payah pula nak membukanya ya? 

Selepas lace itu berjaya dijahit dengan cantiknya pd shawl, bolehlah mula kerja2 menjahit beads. Harga beads agak mahal sebenarnya bergantung kpd kualiti. Kalau kualiti baik, tahan lama, tak luntur walau dibasuh berkali-kali. Antaranya beads dari Jepun dan Taiwan. Ada mcm2 jenis dan harga. Bg saya, saya prefer pearl beads kot. Pemilihan warna pula bergantung kpd warna lace. Warna beads biar menyerlah kalau tak, macam takde guna aje letak kan. Jadi, bila membeli beads tu bawalah sekali lace anda. If possible, put more than one colour. Jgn sampai jadi pelangi sudah engkorang punya shawl.. Bak kata org, the less is more.. hehe

Satu perkara yg menjadi persoalan adalah bagaimana nak menyusun beads pula. Kalau saya, saya akan cari kuntuman bunga yg besar2 dulu. Jahit manik di tengah kuntuman bunga. So, pakai beads yg besar sikit la tp jgn sampai menenggelamkan bunga tu pulak. Yg beads kecik2 boleh letak ikut random mana2 yg dirasakan sesuai. Tak ada teknik yg tepat sebenarnya, tp bergantung kepada art of seeing kita. Chewahh.. anak murid Saiful Nang ni..haha

ni adalah model tak berbayar. Dia buat muka kesian nak try, so saya bagilah. hehe.. Thanks, Nad!

ni lah hasilnya. Cantik tak cantik dah selamat pun dipakai tuannya. Nak tahu siapa tuannya???

Taraaa... inilah pemiliknya. Cik Nurul Sofia. My ex-rumate merangkap classmate.
Selamat bertunang, Pia!


Saturday, January 19, 2013

DIY project: HB n brooch

  Salam alaik
Dlm entri2 yg sblm ni saya ada post tntg project quilling saya untuk my sister’s wedding. Seingat saya, yg tu la the first and the last time saya buat quilling tu bersungguh-sungguh. Saya memang jenis yg suam2 tahi ayam. Belajar bila rasa minat, dah tahu buat sekali cukup. Teruk kan? Tp kalau ada yg request for sure saya akan buat jgk quilling tu sb minat sgt main2 dgn kertas ni. hehe… Cuma skng tak berhajat nk run business on it. Saya tak pandai berniaga. Tp ibu selalu akan berleter, “skng ni kn dh ada fb, blog smua, jual la kt situ.. tak payah nak cakap semua.” Hehe… ada benarnya tu..
Ok, merepek dah… nak cakap pasal apa sbnrnya? Oh, bukan pasal quilling. Nak cerita pasal project terbaru time cuti ni. DIY PROJECT. Sblm ni pun dah start dgn project ni tp buat sikit2 je tu pun nak try test then bg kat kwn2. Nak berniaga? Tak terfikir pun sampai la satu hari tu kwn2 bgtau yg start tahun dpn diorg nk jual felt brooch bagai ni. Jd saya pun offer la nk jd supplier. Kot2 la ada income sikit kan... Dah deal semua kira jd la project hujung tahun ni. Sambil2 tu saya pun dh start DIY project untuk hb drpd kain felt n chiffon. Skng ni tgh cari idea lg nk buat design2 yg menarik dn kreatif. Mood pun kdg2 hidup segan mati tak mahu je. Tapi insyaAllah, slps apa yg belajar hari ni nak tanamkan azam sungguh2 untuk bisnes ni. Tak mengharapkan pun untuk beli kereta semua, dpt tampung prbelanjaan makan minum hari2 dh memadai.. :)
ni HB untk 2 tema warna... masih separuh jalan... huhu

felt brooch

 ros felt brooch  

brooch kain 

rozet bunga ros drpd ribbon

 rozet bunga ros drpd renda
 
untuk tempahan hubungi:
013-4269655
@

Sunday, December 18, 2011

Carbonara macaroni~

Salam alaik....

Alhamdulillah. Hasrat untuk menyediakan macaroni carbonara tercapai jugak akhirnya hari ni. Dah berangan-angan sejak sebelum cuti lagi sebenarnya, barang pun beli dah berkurun sampai berkepuk kat dalam almari. Nampak sangat la pemalasnya tu. Disebabkan petang ni tak lah begitu busy jadi ambil masa sekejap untuk masak macaroni ni. Tak lama mana pun plus senang je nak sediakan...heee


Macam mana nak buat? Meh nak share. Sharing kan is caring. Tak gitu???

Bahan-bahan:
macaroni (tak kisah bentuk apa pun, saya pakai jenama San Remo)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dicincang halus)
1 tin Prego carbonara
1 cawan susu (saya pilih susu HL sebab ada rasa lemak2 gitu)
daging kisar (terpulang la nak guna chicken atau beef, janji halal)
sosej (nak letak atau tak, ikut suka hati)
sedikit lada (serbuk atau yg biji, terpulang)
oregano (kalau tak letak pun tak pe)
cheese (saya pakai cheddar sbb ni aje yg ada kt rumah)
garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Rebus macaroni dalam air. Letak garam sikit dan minyak supaya tak melekat. Angkat, tos dan asingkan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar dalam kuali.
3. Bila bawang dah naik bau, masukkan sosej dan daging kisar. Goreng sekejap.
4. Kemudian, masukkan carbonara sauce. Gaul dan biarkan sekejap sampai mendidih.
5. Tuang susu dan gaul lagi. (kacau selalu takut melekat)
6. Masukkan lada dan garam secukup rasa.
7. Akhir sekali, taburkan serbuk oregano dan cheese yang diparut halus.
Sedia untuk dihidang!

#boleh tambah cili kalau nak lebih pedas, sayur pun boleh letak...lagi satu blh pilih sama ada nak makan berasingan atau goreng terus.
Tips mudah: campak je, asal ada rasa..tak gitu??

Selamat mencuba!

* * *
Actually, family saya jarang sebenarnya makan western food ni. Saya sendiri pun sebelum ni susah lidah nak terima makanan2 macam ni. Sejak2 duk Perak ni, kawan2 banyak ajar makan makanan2 yg luar dari kebiasaan. Kena cuba sebab kalau pergi hotel biasanya dia akan jamu juga makanan ni, jd membazir bayar kalau tak makan. Not bad la sebenarnya, tak ada la teruk sgt pun rasanya, janji halal dan mengenyangkan. Walaubagaimanapun, masakan kampung tetap pilihan no. 1. >_<

Dan saya bersyukur sebab ibu rajin memasak. She loves cooking and baking so much!! Stok brg masak dan buat kek sentiasa ada di rumah. Kalau lupa nak beli, rembat je. Ni la antara sebab saya suka balik rumah, tak buat pun tolong tengok pun jadilah. Dan ofkos la sebagai anak perempuan, kena tahu memasak. Tolong la setuju. Malas tu lain cerita, yg penting tahu. Kalau tahu saja pun tapi tak apply pun tak expert2 juga kan. Tolong setuju sekali lagi di situ.

Ibu selalu pesan, "sehari dua boleh la tak masak. setahun dua, larat ke laki tu nak makan kat kedai? jangan laki pi cari 'orang' lain suruh masak kat dia sudah." Betul juga kan. Sebab tu la org cakap kan, "nak ikat suami melalui perutnya." Sejauh mana kebenaran statement ni, wallahua'lam. Orang yg dah berkahwin mungkin boleh jawab.

Saya pun bukanlah pandai sangat masak, sekarang pun tengah belajar, dan banyak lagi nak belajar. Tell u what, tak perlu rasa benci pun nak masak. Part yg paling best ialah bilamana kita tengok betapa bahagianya muka org kekenyangan makan masakan kita. Yang penting IKHLASSS (buat gaya izzul haziq di situ). Sebab tu la, mostly kita takkan compare masakan mak kita dgn masakan mak orang lain. For us, our mum's cooking is always the best in the world. Betul tak? Semua ni sebab mak kita masak dgn hati yg ikhlas dan air tangan dia tu berkat.

So, cik adik manis di luar sinun, jom kita belajar masak jom!

Sunday, December 4, 2011

my first felt craft project...

Salam alaik...
Lama sungguh tak update...Terasa sungguh2 nak menulis tp idea kering kontang lagi kosong minda... Dan masa banyak dihabiskan di fb saja, update status dan comment sana sini...

Hari ni jari jemari yg tak begitu runcing ni berupaya juga bergerak sb ada sesuatu yg nak dikongsikan bersama. Mungkin tak begitu berilmiah dan bermanfaat, sekadar suka-suka.

Selepas sekian lama kain felt yang dibeli tersimpan kemas dalam kotak, hari ni dikeluarkan bila tiba-tiba datang idea nak buat case untuk handphone. Sementara nak beli case baru yg lebih tahan lasak dan cantik, terfikir nak buat guna kain felt dulu la...

Tengok la bagaimana hasilnya...

 
mulakan dgn design yg simple2 je, tu pun jenuh jg nak gunting part2 yg halus tu...

sama tak?? hehe...mcm kebetulan plak, ada kain yg warna biru turquoise sama mcm button kt tgh phone tu...

Case ni blm siap sepenuhnya lagi, nak kena tambah tali supaya blh sangkut kat leher. Tetiba rasa teruja pulak nak pakai..wink3 >_<

InsyaAllah lepas ni blh start utk order drpd Zati, Kak Zura dan Zura. Harap2 sempat siap sblm hujung tahun ni. Tp buat masa ni blm ada idea nak buat design apa. Adik punya order pun tak sentuh lagi, dia dah siap perli2 tadi...hehe

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless u!

Sunday, October 2, 2011

i'm back: My first quilling project

Salam alaik...

Setelah berehat lama dari dunia quilling, saya kembali dgn project pertama saya. Bukan la project besar berjuta-juta, untuk wedding kakak je. Saya buat atas permintaan kakak dan juga nak try test 'keseriusan' saya dengan minat baru ni.

hasilnya...



Alhamdulillah,siap jugk untuk meja guestbook walaupun ada beberapa benda yg tak sempat nk buat...harap kakak puas hati
Terbukti tak 'keseriusan'ku?


footnote: thnks to kak miyyah n others, you inspired me a lot!

Wednesday, May 11, 2011

My Quilling~first trial

Setelah sekian lama bertangguh, tercapai juga hasrat nak mulakan quilling ni. Dah lama nak buat tp tak terbuat2. Hari ini, alhamdulillah, sambil melihat rumate meng'spam' fb adik Wanie, tergerak pulak tangan ni. Moh kita tengok apa la hasil pertama ni....


Sebelum mulakan quilling, barang2 yg kita perlukan adalah:




Quilling paper
Quilling paper ni kalau rajin boleh potong sendiri asalkan sama saiz. Tapi disebabkan saya malas, saya beli terus je kat sini. Hehe




Needle quilling tool
Disebabkan tak mampu lagi nak miliki needle quilling tool tu, saya rembat je lidi sate dan buat cabang kat hujung tu. Tak kisah la kan, asal dapat gulung kertas tu.



Gam
Gam ni pakai yg polisterine punya tau sbb transparent, nanti tak de la bertompok2 kertas kita tu dengan kesan gam. Saya pakai cap Giant je...



Quilling tweezer
Ni untuk senang nak tweez dan pegang kertas tu. Bagi yang tak mampu + baru nak belajar macam saya ni boleh pakai tweezer yg biasa je.


Untuk starting ni, tak perlu guna banyak tool. Tahu basic skills pun dah ok rasanya. Kalau tak elok tu perkara biasa la mereka yg baru first time buat.

Gulung punya gulung, penyek punya penyek, gam punya gam, siap la satu....

Tadaaa....








Amacam? Jadi ke tak? Kalau tak jadi sila gelakkan beramai-ramai....
(tengoklah, saiznya tak sama, serabut, dan segala bagai lagi la..haih)


~sori sebab gambar tu x brapa clear, almaklumlah ambik pakai handset cikai je...
~nak ucapkan terima kasih kepada blog ini, blog ini, dan blog ini juga kerana banyak memberi tunjuk ajar dan inspirasi kpd saya. You guys are really awesome!