Salam alaik...
Selamat sejahtera, selamat hari sabtu..
Hari ni ganti kelas utk hari Selasa cuti raya hari tu, dua minggu lg ganti pulak utk hari Rabu. Itulah natijahnya kalo org bg cuti seminggu tp nk extend smpai 2 minggu. Alasannya, hw byk takot tak feel nk beraya. Sudahnya, hw tak siap2 pun. Bg la cuti sebulan pon, cuti tu bukan waktu utk buat hw. Cuti tu utk bercuti la..hehe
Minggu pertama puasa, saya balik rumah dgn hajat nk meraikan awal puasa dgn family. Masa lalu kat Kubang Lembu, tengok signboard HPA dh dinaikkan di bekas restoran sajian Melayu (kalau kat Jitra org panggil restoran Etong). Radix FC nk bukak kat Jitra. Wow, seronoknya! Tapi saya tak sempat sbb waktu tu tak siap pun lg sepenuhnya dan saya dh balik ke maktab.
Lebih kurang dua minggu kemudian, saya balik utk cuti raya. Lalu lg kat situ dan terlihat signboard Radix FC yg dh dinaikkan. Dalam kesamaran cahaya lampu pantulan dari Radix FC Jitra, saya lihat ramai org kat situ tp apakan daya, waktu tu dh nak berbuka, jd tak sempat lg nak pergi Radix FC. Kempunan lg...
Waktu org lain sibuk2 nk makan itu ini kat bazar Ramadan, saya sorang je yang mengidam nk makan Radix FC. Ada satu malam tu, saya suruh adik belikan tp sayangnya Radix FC terlalu crowded dgn manusia waktu tu. Sudahnya, saya makan burger lebai depan Bank Islam tu je. Kempunan lg...
Tidur pun tak lena mengenangkan Radix FC. Setiap kali lalu, tengok org mesti penuh.Bila la nk dpt makan, fried chicken pun jd la...
Sampai habis puasa pun saya masih tak dpt mkn Radix FC. Kesian kat saya. Dah la tak pergi lagi kat tempat baru bukak. Tapi apa nk buat, sabar je la. Kalau ada rezeki, Allah tetap akan bg, cuma cepat atau lambat je. Itu je la yg saya fikir.
Akhirnya, pada hari raya keenam, sedang saya asyik dok menghadap tv, adik datang memanggil, "Along, jom pi makan Radix FC kat umah tok.". "Betoi ka?" Anda boleh bayangkan betapa terujanya muka saya waktu tu. Macam budak2 dpt ais krim je. Saya pergi rumah tok dan tengok sedara mara yg lain termasuk ibu, abah dan chik2 tgh sedap menikmati Radix FC. Akhirnya pada malam 7 Syawal, tertunailah hasrat saya utk makan Radix FC. Alhamdulillah....
logo RFC
ni la Radix FC Jitra; bekas restoran yg tak maju HPA ambil utk majukan industri makanan halal..cayalah..
belum cuba belum tahu, sudah cuba pasti mahu..sumpah tak menyesal..
ni pulak RFC Alor Setar; first time makan RFC kat sini la...
Banyak perubahan Radix FC dulu dan sekarang. Mcm brg2 HPA jugk, dulu yg org tau ubat gigi HALAGEL saja tp skng bak kata Pak Abas, "macam2 ada..."
Jadi tak da la alasan utk tak mencari brg yg halal. Lagipun mencari yg halal tu kan fardhu. Sebenarnya industri makanan halal ni sgt2 diperlukan di negara ni. Rakyat negara ni bukannya tak ada kesedaran nak guna barang yg halal cuma kadang2 tu susah betul nak cari barang halal ni kat pasaran.Orang Islam yg nak memajukan industri halal ni berapa kerat aje. Yg ada tu pun dilingkupkan oleh orang Islam sendiri sbb pemahaman dan pemikiran yg berbeza2. Bila la Islam nak maju kalau saudara seagama kita sendiri pun kita tindas. Sepatutnya berbangga, mereka2 ni lah yg nak menyelamatkan kita dr kena sambar api neraka nanti. Jadi pesan saya, sokonglah usahawan Islam kita yg berusaha memajukan industri halal. Kalau Islam saja tp jual barang haram pun tak boleh jugak. Bukan mahal pun, kalau beli KFC set snack plate tu dh RM 7.25+air RM 1.80=RM 9.25 tp kalau beli beli RFC chicken delight set A ade wedges 3 keping baru RM 6.90+air RM 1.40=RM 8.30. Pandai math kan? Kira tgok mana lg jimat. Siap dtg dgn pakej 3 dlm 1 (halal+murah+sedap). Hehe
Senang je kan nk cari makanan halal? Antara nak dgn tak nak je. Antara kenal dosa pahala dgn tak je. Semuanya Allah tlh nyatakan dgn jelas:
“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi ini.” (QS al-Baqarah: 168)
Rasulullah S.A.W juga bersabda:
“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkan-Nya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.”
footnote: kat Ipoh bila agaknya boleh tgok logo RFC ye?
~ada sape2 nk belanja HOT DUJAJ tak?
0 BICARA ANDA:
Post a Comment