BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 8, 2010

Siapa mangsanya???

Salam alaik...

Selamat hari Jumaat, penghulu segala hari. 
Hari ni saya sekadar berkongsi sebuah cerita utk anda dan saya fikir2kan...

Satu hari, si B mengikut si A ke kedai jahit. Kata si A, tukang jahit di kedai ni mmg boleh dipercayai hasil kerja tangannya. Hajat si B ni nak tempah baju manakala si A ni nak ambil baju yg dah berkurun-kurun ditempah tak dituntut-tuntut. Si B malas meminta bukti dari si A tentang jaminan kualiti jahitan tukang jahit yg dinyatakan walhal si A juga baru pertama kali menghantar bajunya ke situ. 


Sampai di kedai jahit, si A bertanyakan tentang bajunya yg dah lama dihantar tapi tak dituntut-tuntut. Si B pulak menunggu saja. Kalau dilihat baju si A tu cantik, maka jadilah utk si B menempah bajunya sendiri.

Tukang jahit pun memberi baju kpd si A. Setelah diperhati dan dibelek-belek, berlaku sedikit kecacatan pd baju si A tadi. Lalu si A bertanyakan sebab bajunya jd begitu.

Tukang jahit berdalih, "Eh, mana saya tau jd mcm tu. Bukan saya yg jahit, kawan saya yg jahit. Tp dia dah tak kerja kat sini dah."
"$&(())_@##$$%%????" terasa sebal si A mendengar jawapan selamba dr tukang jahit sedangkan baju itu diamanahkan kpd tukang jahit tu utk dijahit, bukan kawannya. Sudah la bajunya tu bukan drpd kain yg sembarangan.


Si A meminta supaya tukang jahit bertanggungjawab ke atas kerosakan bajunya tetapi tukang jahit tetap tidak mahu mengakui kesalahan itu berpunca drpd dirinya dan kawannya malah tukang jahit asyik mengatakan "saya tak tahu." Perasaan marah si A semakin meluap-luap melihat sikap sambil lewa tukang jahit tanpa memikirkan kebajikan pelanggannya. Si B yg diam sedari tadi terus saja menjadi pemerhati.

Si A kemudian meminta supaya wangnya dikembalikan. Disebabkan takut rugi, tukang jahit meminta agar diberi sedikit masa lagi untuk membaiki kecacatan baju si A sedangkan si A ingin memakai baju barunya dalam masa terdekat ini. Tukang jahit berjanji akan membaiki mana yg patut.

Tidak lama kemudian, si A mengajak si B pulang kerana merasakan masalah itu 'mungkin' akan dpt diselesaikan. Si B serta merta teringatkan bungkusan berisi 2 pasang suit kain cotton berharga RM 19.80 semeter yg masih berada di tangannya. Hajat yg hampir saja dilupakan. Si B lantas memandang si A penuh tanda tanya. Keyakinan si B tadi sedikit sebanyak telah dibunuh oleh peristiwa antara si A dgn tukang jahit td. Lalu...



Apakah yg harus dilakukan oleh si B?

a) tempah saja baju pd tukang jahit krn bukan tukang jahit yg menyebabkan baju si A rosak
-lagipun tukang jahit dah berjanji utk baiki baju yg rosak itu
b) tunggu dulu sehingga baju si A siap dibaiki, jika elok baru tempah
c) cari tukang jahit yg lain, yg kehandalannya juga belum diketahui

Si A yg teraniaya pula bagaimana?
a) tunggu sehingga baju yg rosak dibaiki semula, mana tau akan cantik semula
b) terus mendesak supaya wang dikembalikan
c) mengugut akan melaporkan pd polis atau menyaman tukang jahit
d) ambil saja baju dan halalkan wang yg telah dibayar


Si A dan si B, kedua-duanya adalah mangsa. Si A blh dikatakan sbg mangsa penipuan, si B pula walaupun belum ditipu sudah menjadi mangsa kecelaruan. Lalu, tindakan apa yg harus mereka ambil utk menyelesaikan konflik dalaman dan luaran yg mereka alami? Walaupun pd kaca mata anda, kes merekai ini nampak biasa2 saja, ttp cuba letakkan diri anda di dlm situasi mereka. Perkara sebegini selalu terjd walau situasinya berbeza2. Jawapan mana yg akan anda pilih?


Moral of the story:
1) jgn terlalu percayakan org berdasarkn first impression atau cakap2 org
2) bertanggungjawablah dgn apa yg diamanahkan kpd kita
3) jgn malu utk mengaku kesalahan itu kalau mmg kita yg lakukannya
4) beranilah utk tuntut hak kita kalau itu mmg hak kita
5) jgn biar diri mudah tertipu, berfikir sblm bertindak
6) jgn cepat melatah atas sesuatu perkara yg berlaku krn itu akn menampakkan satu sisi yg buruk pd diri kita
7) dlm perniagaan, kebajikan & kepuasan pelanggan harus diutamakan krn merekalah sumber keuntungan kita 

footnote:
~tanya ibu,"baju kurung Along dah siap lama dah. Bila nak balik ambik?"
inilah untungnya kalau lahir dr rahim seorang tukang jahit ni..hehe

1 BICARA ANDA:

iamtain said...

k. ten...org pnh jd cm A..ha3 XD so jwb D >.< last2 kna la pakai jugak cna pn...tu lah niat xmo mnyusahkan mak skli diri sendri yg ssh..ha3 :D