BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 13, 2012

Resipi Butter Cake Simple and Steady

Salam alaik.... hampir seminggu jugak la tak update blog chenta hati ni.. seminggu je pun.. berehat sekejap, merantau ke kota metropolitan Kuala Lumpur cari bekalan akhirat... hehe.. hari ni macam biasa la, housewife to be anak dara pak berahim ni nak share resipi lagik... kekadang rasa blog ni mcm blog masak2 pulak kan... resipi kali ni sangat2 la simple tapi kalau kena cara buatnya, confirm sedap tak engat...ngeh3.. actually, sejak balik dari KL, kurang mood nak baking bagai ni, banyak habiskan masa menulis sb dateline bulan 12 ni... huwawawaaaaa.. sempatkah? memang tak sempat. tapi hari ni mem besar kompelin petang2 takde benda nak makan, so rajin2kanlah jugak diri untuk merosek segala ingredient dalam almari tu. mujur mem besar sendiri yg suggest resipi ni. actually, family saya ni bukan jenis beradun pun, makan setiap masa ikut time, ada minum petang, supper semua bagai tapi kadang2 orang datang umah kalau ada hidangan ringan macam ni senang kerja. bancuh air, hidang kek, siap. ok la daripada takde langsung kan? hehe
 
Ok la, bebel banyak la pulak kan, baiklah... cik tenno mempersembahkan resipi Butter Cake Simple and Steady.. haha
p/s: resipi ni pun ambik dr belog org sbnrnya tp modify ikut rasa hati
 
Bahan-bahan:
150 gram gula kastor/halus
200 gram tepung gandum
3/4 sudu besar baking powder
250 gram butter
5 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar susu pekat manis
 
Cara membuatnya:
1-Pukul butter dengan gula sampai kembang lagi gebu.
2-Masukkan esen vanila dan susu pekat manis.
3-Masukkan telur satu persatu.
4-Masukkan tepung dan baking powder. Pukul ke gaul ke, janji sebati.
5-Yang last ni optional, boleh tabur chocolate rice atau apa2 hiasan yang diingini. Kebetulan ada both chocolate chip and chocolate rice kat rumah so, jadilah misi tabur menabur untuk menghabiskan stok.
6-Bakar di dlm oven selama 45 minit (masa ni tak tentu, kadang2 masak cepat jadi kena tgok2 selalu takut hangit) dgn suhu 170 darjah Celcius.
 
kat bahagian atas tu jd rangup sb ada chocolate rice... chocolate chip dah cair kt tgah2... :)
 
Tadaa... mudah kan? Cubalah walaupun nampak macam takde klass je kan kek macam ni... ada ku kesah? janji sedap dan kenyang.. ngeh3 (^_^)

1 BICARA ANDA:

anie_imtiaz said...

Belajar masak pulak ke.hehe...