~Entri ini tiada kena mengena dgn kahwin.HM (^_^)
Salam alaik... alhamdulillah... semalam result sem 4 dah keluar (semakin dekat dgn praktikum..huwawaaaa...takutnye). Penuh di wall fb dgn status2 result exam. Alhamdulillah, tahniah kpd semua shbt2 perjuangan, satu course atau yg berlainan course ats pencapaian cemerlang dalam exam. Dgrnya ramai juga dpt4rata 4flat. Tahniah sekali lagi. Tumpang gembira untuk semua :). Biasanya kalau dpt result bagus, mesti org akn sibuk tanya result kita pulak, tp kalau result pakat merudum time tu, takde nye yg nak tanya sb takut kena tanya balik. hehe... Then, ada la yg tanya saya pasal result semua. Dalam bab2 result exam ni, saya selalu memilih untuk bertenang. Saya bukan jenis yg result keluar pukul 10:00, terus check pukul 10:00:01. Kalau boleh sebulan lepas tu baru nak check. haha... Seriously, saya tak sukakan debaran, lbh suka buat kerja dalam keadaan rilek2 je. Sebab tu semalam pun check agak lambat jugak la. Bg semua org habis excited dulu, barulah kita excited pulak. hehe... Dah habis tengok bola semua baru rasa nak check. Tetap kena check juga kan. Memang neves jugak la, takut sem ni jatuh, kwn2 lain pakat naik dan maintain belaka.
Salam alaik... alhamdulillah... semalam result sem 4 dah keluar (semakin dekat dgn praktikum..huwawaaaa...takutnye). Penuh di wall fb dgn status2 result exam. Alhamdulillah, tahniah kpd semua shbt2 perjuangan, satu course atau yg berlainan course ats pencapaian cemerlang dalam exam. Dgrnya ramai juga dpt
Saya tak pernah meletakkan target yg tinggi untuk exam, dpt maintain 3.50 ke atas dah memadai dgn kemampuan dan course yg saya ambil ni. Alhamdulillah, Allah selalu beri lebih dari apa yg kita minta. Allah mmg sgt pemurah dan baik hati. W'pun kali ni naik pun sikit je, tapi syukur sgt2 tak jatuh. Harap dpt maintain atau better for the next 4 sems. Semoga dpt further study in MASTER!
"
Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya
Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu"
surah Muhammad:7
Ayat inilah yg saya selalu pegang bila kadangkala rasa sgt2 down dgn assignment yg bertimbun, buku tak sempat baca lg sedangkan exam dh dekat sgt2 tp dlm masa yg sama kerja2 dakwah tak boleh ditinggalkan begitu saja. Bila tgok kwn2 yg selalu siap kerja awal, dpt study awal, tak boleh lari dr rasa cemburu kadang2 tapi saya usir perasaan tu jauh2, ingatkan diri, yg beban dakwah ni pun fardhu jugak, sama mcm ilmu. Ni bukanlah alasan untuk tidak berdakwah. Saya pujuk diri, 'aku patut bersyukur Allah bg peluang dan kefahaman begini, agar aku dpt kejar dua2, dunia dan akhirat'. Dan akhirnya, hasil yg diterima sgt2 mengesankan. Allah tidak pernah mungkir janji. Terima kasih Allah :)!
Akademik dan gerak kerja dakwah adalah sama penting. Seorang daie perlu menjadi contoh kpd mad'unya. Tak guna hebat berpencak berpidato tetapi jauh tertinggal dalam akademik. Jangan sampai kita sendiri mnjadi fitnah kpd agama kita. Nauzubillah. Oleh itu, saya dengan seberapa daya cuba untuk berlaku adil terhadap kedua-duanya, dakwah yg utama, akademik yg perdana (haa... dh mcm lagu adinda kekanda dah). Sebab akademik yg akan menentukan pekerjaan masa depan, dan dakwah pula adalah pekerjaan sepenuh masa. Memang sgt2 risau memikirkan mampukah untuk terus menyeimbangkan kedua-duanya. Senior2 yg dah grad sebelum ni membuktikan apabila berdakwah tak semestinya tak boleh fokus study. Malah ada di antara mereka yg dpt 1st class degree pun. Kenapa tidak saya mencontohi mereka kn? InsyaAllah, selagi mampu saya akan teruskan. Semuanya dengan izin Allah. Moga Allah terus kurniakan istiqamah.
p/s: jazakallah semua yg selama ni sentiasa support saya dr belakang (doa ibu dan abah, zati salleh dan zura mamat yg tak jemu jd teman study saya stp sem dan semualah).. terima kasih sgt2...muahhh... (^_^)
all the best buat smua shbt sperjuangan di U yg akn menempuh peperiksaan.. untuk Angah juga! :)
0 BICARA ANDA:
Post a Comment