Salam alaik...
Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat dan redhaNya...
Mood ber'facebooking' dan ber'blogging' datang bersilih ganti..Bila dtg mood nk update status kt fb, berceretet la post, yg semenggah ada yg tak semenggah pn byk, menambah lg dosa2 yg sedia ada...sob3..insaf meta...bila mood nak update blog dtg, berjela2 la menulis smpai tak ingt lg dunia dan seisinya ni...
Alhamdulillah, masuk hari ni, dh hampir 3 minggu kat rumah. Cuti pun berbaki tak byk lagi. Seronok memang seronok ada kt umah bila dpt spend time dgn family, jd surirumah-bibik-babysitter tak bergaji, masa rasa terisi juga dgn perkara2 yg berfaedah tp bila ada time senggang mula la rasa gelisah. Serius ada satu perasaan yg pelik sejak kebelakangan ni. Entah kenapa asyik teringatkan Ipoh je. Kadang-kadang rasa macam nak balik kejap Ipoh, jenguk-jenguk lepaskan rindu then balik Kedah semula...Citt, ingat Kedah-Ipoh tu macam Jitra-Kodiang ke?
Ke ada apa-apa kat Ipoh tu? Mustahil nak rindu tak pasal-pasal padahal rumah lagi best kan? Mengaku la, ada perkara lain yg dirindukan kt Ipoh tu. Yes, memang rindu pun. Rindukan 'mereka-mereka' kat Ipoh tu (walaupun mereka pun ada kg masing2 sekarang ni). Rindu yg sungguh-sungguh. Tak tipu. Tak sabar nak jumpa 'mereka'. hik3..Malu la pulak..
* * *
Masuk tahun depan, cukup 2 tahun setengah saya di Ipoh, kira-kira dah hampir 8 tahun kat bumi Perak ni. Hampir separuh daripada hidup ni dihabiskan di Perak. Sebab tu agaknya rasa macam Perak ni selalu dekat di hati. Dulu hampir-hampir nak merantau ke Kelantan lps matriks, tp jodoh dgn Perak ni kuat sangat agaknya, last2 balik ke sini juga. Pernah satu hari Mak Su berkata dlm loghat Kuale Kangsornye, "aihh, entah2 kamu ni si Patin kawen dgn oghang Perak gamoknye". Waktu tu dalam hati, berdoa-doa sungguh2, janganlah teman dpt oghang Perak. Takmau, takmau!
Saya ber'mastautin' di Perak seawal usia 13 tahun, bermula di Kampung Gajah. Ipoh dengan Kampung Gajah memang banyak bezanya, Kampung Gajah udahle jauh bebenor ke dalam, nak masuk pun brapa kali naek basnye, Ipoh tu brenti teruih aje di Medan Gopeng nek teksi balik ke ghomah sewa, Kampung Gajah nu, kome transit di Medan Gopeng, hambik bas pule ke Medan Kid, dr Medan Kid baru le dpt nek bas ke Kampung Gajah (eh, apekah tetibe teman cakap Bote pule ni)...hehe...
Kampung Gajah tak macam Ipoh, Ipoh ada macam2, nak shopping boleh pilih je nak pegi mana, JJ, Ipoh Parade, janji duit ada dalam poket maa...Kampung Gajah tu paling high standard waktu tu pun Pasaraya Halida je, nak up sikit gi Teluk Intan naik bas dalam setengah jam, dapatla merasa gi Billion, Fajar... Nak outing Ipoh memang jrg2 sekali la, itupun kalo ada event2 penting dptlah jejakkan kaki kat Ipoh. Jauh pn boleh tahan juga, kalau naik bas dalam 45 minit, tu tak masuk kes bas penuh kena berdiri lagi. Pernah terjadi sekali nak ke Medan Kid, kena berdiri sepanjang jalan dalam bas yg bersesak-sesak dgn manusia segala ragam dan bau, dengan penat lepas habis kelas tambah mengantuk lagi, memang menguji keimanan sungguh. Bila difikirkan balik macam mana la boleh survive selama 5 tahun di sana yg serba serbi kekurangan-penuh rintangan. Tapi itulah, Allah mempermudahkan jihad, sampai 5 tahun tu rasa dah lali dgn segala macam yg menduga.
Alhamdulillah, Allah bagi banyak tarbiyah semasa di Kampung Gajah. Kenal erti hidup berdikari, kenal budaya orang Perak dan di situlah mula kenal apa itu usrah; melihat betapa tingginya pengorbanan kakak2 usrah yang sanggup bermotor dr kampus mereka ke Kampung Gajah semata-mata nak bagi pengisian. Dan di Kampung Gajah juga la saya bertemu 'turning point' untuk berubah dan mendekatkan diri dengan Allah. Terima kasih Allah...
Hmm, rindu sungguh pd Kampung Gajah...goreng pisang mak cik dekat stesen bas, Pasaraya Halida, kedai Rafflesia (entah ada ke tidak lg semua ni...),rindu segala2nya tentang Kampung Gajah...huhuhu
Hmm, rindu sungguh pd Kampung Gajah...goreng pisang mak cik dekat stesen bas, Pasaraya Halida, kedai Rafflesia (entah ada ke tidak lg semua ni...),rindu segala2nya tentang Kampung Gajah...huhuhu
gambar: credit to Tok Senawi a.k.a Sarjan Misai..hahaha..jgn mare...
ni trademark Kg Gajah,"durian besar" kitaorang panggil
punya la banyak durian sampai sekolah boleh buat Pesta Durian lg...
pemandangan arah depan sekolah saya, ni je yg inche Google mampu bg...
yg ni view dr atas, Meen ambil masa melintas kt atas...
zaman persekolahan yg sgt menggumbirakan...hohoho
Pesanan dariku buat adik2 yg masih bersekolah:
Ramai antara adik2 yg dapat result bagus mahupun tak seberapa nak masuk sekolah berasrama dengan alasan nak belajar berdikari. Jika adik2 diberi peluang untuk sambung belajar di sekolah yang jauhnya beratus-ratus kilometer, maka ambillah peluang tersebut. Lagi jauh lagi mencabar sebenarnya. "Jauh perjalanan, luas pemandangan"; ungkapan yg tepat sebenarnya, nak tambah sikit lagi, "...banyak pengalaman". Pengalaman adalah guru yg tidak boleh dibeli. Salah satu nk dapat pengalaman ni adalah dengan travel, lg jauh travel lg byk pengalaman. Bestttt...
Bagi akak, tak sama konsep berdikari tinggal di sekolah asrama dekat-dekat rumah dengan tinggal di sekolah asrama jauh dr rumah. Akak bercakap berdasarkan pengalaman setahun duduk di Matriks Changlun. Bila duduk dekat dgn rumah, walaupun asrama sikit2 mesti nak telefon mak ayah minta hantar itu ini, kalau boleh weekend mesti nak suruh mak ayah dtg melawat. Berbanding bila duduk di asrama yg jauh dr rumah, masa untuk berjumpa keluarga mungkin waktu cuti semester shj. Jd, bila jarang berjumpa kita akan lebih menghargai saat-saat bersama yg tersayang. Bila nak telefon suruh pos itu ini pun fikir banyak kali kerana tak mahu menyusahkan mak ayah.
Bila nak belajar pula, semangat tu berlebih2...Sungguh, sebab kita rasa ada satu amanah dr mak ayah yg dibawa jauh2 untuk tengok kita berjaya. Kita akan lebih menghargai pengorbanan mak ayah menghantar kita jauh-jauh untuk menuntut ilmu. InsyaAllah, kita tidak akan mensia-siakan harapan mereka.
Tapi adik2 kena ingat, tujuan asal kita nak tinggal di asrama ni, bukan sebab nak lari dari pandangan mak ayah supaya kita boleh buat benda2 terlarang di belakang mereka. Ingatlah, sejauh mana pun kita lari dari pandangan manusia, kita tetap takkan terlepas dr pemerhatian Allah. Kena sematkan azam di hati bahawa kita hendak mencari ilmu kerana Allah, kerana kita mahu ditarbiyah oleh Allah...
Bagi yg tinggal di asrama, selalulah hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu, selalu turun solat berjemaah di surau, bergerak aktif dalam badan dakwah dan gunakan segala kesempatan yg ada untuk memantapkan tarbiyah diri. Sesungguhnya, tak sama tarbiyah di sekolah asrama dgn tarbiyah di rumah bila mana kita bukan lahir dr keluarga yg berlatarbelakangkan agama. Percayalah, adik2 pasti merindui saat2 itu bila keluar nanti.
Oh Tuhan, betapa aku merindui tarbiyahMu!
Wah3x, Kak Fatin sudah masuk aura2 Ustazah Bahiyah. Tudiaa aih...Boleh ke? Kalau lama lg, tentu byk lg yg nak ditulis ni..Insyaallah, setakat ini dulu. Sekadar perkongsian dr hamba Allah yg tak punya apa2, yg hidup di muka bumi atas ihsan Allah...Semoga yg ditulis ada manfaatnya untuk pembaca biarpun sedikit, supaya menjadi modal saham di akhirat nanti...InsyaAllah...
Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless us! >_<
p/s: plez don't claim me as Kedahan murtad b'coz I rarely speak Kedahan...what to do, lidah teman udah brtahun2 mkn tempoyak..kikiki..sometimes, it's necessary for us to be flexible...tak gitu??? jgn marah no oghang Kedah...
1 BICARA ANDA:
grad nanti, cukup 10 thun duduk perak. hihi. pasaraya halida...hihi. nama tak boleh blahh
Post a Comment