BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 15, 2013

.:Outdoor at Gua Tempurung:.


Salam alaik

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah
dengan izin Allah, dapat juga menjejakkan kaki ke Gua Tempurung
setelah sekian lama bermimpi-mimpi sejak zaman sekolah menengah lagi sampailah keinginan itu semakin memudar

Perancangan Allah jualah yang terbaik
Ekspedisi Gua Tempurung ni anjuran ISLAMC STUDY CIRCLE (ISC), terbuka kpd semua siswa/siswi IPG IPOH. Jadi kakak yg free hujung minggu ni pun nak ikut jugaklah. Observe pun dah habis jadi tak perlu kelam kabut sgt weekend ni nak fikir lesson plan teaching aids bagai. Plus cuti sampai Isnin kan. Duk rumah pun bela perut je. Plan asal nak teman adik2 je sebab takde pensyarah pengiring. Haa.. bajet mcm hebat sgt kan nak ganti pensyarah. Sebenarnya malas nak berbasahan, tu aje. Heh. Sebab katanya pakej yg diambil ni level 4, kena merangkak dalam air bagai. Bab2 nak basah2 ni mmg leceh la kan. Sebab haruslah kena bwk baju tukar, nak tukar tu pun renyah. Hahha.. semua nak senang je. Tapi dlm hati tu keinginan ada lagi. Berbolak balik juga hati nak masuk ke dalam gua atau tak. Fikir2 balik bila lagi nak masuk kan. Setahun je lagi ada kat Perak ni. Kalau jodoh panjang dapatlah dtg lg. Tp cik abang nak kerr??? hihi
"Kak aten nak bayar tak duit entrance?" tanya Zakirah masa bas mula-mula gerak.
"Nanti sampai akak bayar blh? Fikir tak habis lg. Hehe." sampai kesudah tak fikir2 pun. Mana taknya, tidur je sepanjang perjalanan. Sampai sana barulah decide nak masuk. Tu pun duk main tarik tali berapa lama. Baju tukar tak bawak, kasut pun tak berapa sesuai dgn aktiviti air. Mujur ada adik2 yg senasib, akhirnya masuk jugaklah. Nak rasa thrill sikit. Once in a lifetime katanya.

“Boleh jadi, kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)

Perjalanan bermula
Selepas sarapan dan warming up semua, dalam pukul 10 lbh mcm tu, kami bergerak masuk ke dalam. Di'guide' oleh Encik Nizam. Ada beberapa kumpulan lg yang join tour ni untuk pakej Grand Tour (GT). Oh ya, tip baru dpt, sebelum kita nak mulakan pengembaraan biasakan diri berwuduk terlebih dahulu sbg pelindung dr binatang buas dan makhluk halus dan amalkan membaca "wal yatalatthof wala yashirunna bikum ahada". Baju seeloknya kena berlengan panjang baik lelaki mahupun perempuan untuk mengelakkan terluka atau tergores tangan yg halus mulus itu. Dan kasut tu kena pakai kasut untuk aktiviti air, cth croc. Sport shoes tak berapa sesuailah. Tapi sebab tu je yang bawak, terima je la apa yg akan terjadi lepas tu.

baru sampai

ambik port dulu

taklimat keselamatan oleh akh Muttaqin

warming up session lead by adik Kamil

Masa mula2 masuk, tak la rasa excited sgt sb tgok gaya mcm Gua Kelam jek. Bila dah mula kena daki tangga tu mulalah rasa mengahnya. Tak terhitung berapa lama dah tak excercise. Teruk betul. Agak semput jugalah tapi takkan nak mengalah. 

Allah uji sesuai dengan kemampuanmu

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Part mencabar dalam tour ni adalah bila nak kena slide turun ke bawah. Mak aii, Allah je tahu dup dap hati waktu tu. Kalau bagi yang takut ketinggian saya rasa ambil masa jgk la nak turun. Bila nak turun tu, ada lelaki yg kena sambut di bawah. Lelaki akan tolong sambut kaki, yg perempuan akan sambut tangan. Kalau turun kena gaya, eloklah landingnya, kalau salah cara, lain la landingnya. Haha.. yg tu tak nak cerita. Takut mengaibkan pihak2 tertentu.

Second part adalah bila kena merangkak dalam air. Bayangkan memang muat2 untuk kepala je bernafas. Kalau angkat kepala terhantuk gua, kalau tunduk haruslah telan air. Sampaikan torchlight kena kepit dengan bibir. Kena harungi sungai, terlanggar batu dsb. Seriously, mmg sgt2 mencabar dan mengujakan. Tapi part sliding mmg sgt2 mengerikan. Sakit2 punggung masa jatuh tu biasala kan. Tapi paling tak boleh blah, ada org hadiahkan bahunya masa nak menyambut sampai berdarah gigi gue. Takpe, dimaafkan. Hehe...

Alhamdulillah, dpt keluar dengan jayanya walaupun di akhir2 tu kasut dah nak tertanggal tapaknya. Itulah natijahnya bila pakai sport shoes untuk aktiviti air. Mmg dah ajal kasut tu di situ nak buat mcm mana kan.

sejurus orang gua nampak dunia..hehe

Kerana diriku begitu berharga
Tak jadi masalah pun sebenarnya nak buat outdoor dengan pakaian menutup aurat SEMPURNA ala2 khemah kata orang. Tak ada yg susahnya. Kita yg selalu buat jd payah. Pakai baju labuh longgar tudung besar, pada saya sikitpun tak menyusahkan untuk ber'outdoor' malah ada masa2 tertentu sgt2 membantu. Contohnya, bila nak turun slider tu, ada lelaki yg jaga di bawah yg akn menyambut kaki. Bayangkan kalau pakai seluar pendek time tu, macam manalah agaknya.

Lagi satu yang saya belajar, cuba untuk tidak bergantung. Bukan nak berlagak tak nak pertolongan lelaki ke apa, cuma kena ada self confidence yg kita pun boleh buat. Cth, bila ada part nak turun tu tour guide akan bantu. Jd dia akn hulurkan tangan. Kalau rasa tak mampu mintak dia pegang di bahagian yg berlapik, tu kira paling mudarat. Mereka ni pun faham bila tgok kita yang bertudung. Jadi dia akan tanya dulu sama ada kita boleh ke tak? Di sinilah perlunya keyakinan diri. Kalau yakin, dia akan biar kita turun sendiri. Seboleh2nya biar perempuan yg menyambut kita dari bawah. Kalau tak ada, sekurang2nya pakaian kita tu menutup aurat. InshaAllah, Allah yg akan pelihara diri kita.

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang beriman, Hendaklah mereka menutupkan jilbab mereka ketika keluar rumah. Yang demikian itu lebih memudahkan untuk mengenal mereka dan mereka tidak akan diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-ahzab;59)

Al-Quran dan kehidupan

Allah berfirman: “Turunlah kalian semua dari surga! Sebagian kalian akan menjadi musuh bagi sebagian lainnya. Maka jika datang kepada kalian petunjuk dari-Ku, maka barangsiapa mengikuti petunjuk-Ku niscaya ia tidak akan tersesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan mengumpulkannya pada hari kiamat dalam keadaaan buta.” (QS. Thaha [20]: 123-124) 

Ada bhgn dlm gua tu tersangatlah gelap. Kalau tak ada torchlight mmg boleh tersilap langkah. Sekecil-kecil suluhan pun dah cukup membantu. Sampai bila tak ada cahaya langsung akan kedengaranlah, "Lampu pleaseeee."

Begitulah kehidupan kita sebagai umat Islam. Kita tidak boleh hidup dalam kegelapan. Ke mana pun, akhirnya kita akan mencari cahaya, dan kita memerlukan cahaya itu iaitu al-Quran yg menjadi petunjuk kpd kita. Benar, dlm hidup apa2pun yg berlaku kembalilah kepada Allah, kembali kpd Al-Quran. Tanpa pegangan ini, langkah kita akan terpesong hingga akhirnya kita tergelincir ke lembah yang paling hina. Nauzubillahiminzalik.

Kita dari tanah
Oh ya, disebabkan program ni terbuka untuk semua jadi kami juga menerima penyertaan daripada pelatih bukan Islam. Alhamdulillah. Perancangan awal untuk buka kpd muslim shj, bila di'open' mcm ni tak sangka dpt sambutan dr adik2 non-muslim juga. Dan pelatih muslim pun tak ramai yg join. Hebatkan perancangan Allah, kita harapkan yg lain, Allah beri yg lain tetapi ternyata yg Allah beri itu jauh lbh baik.

Dakwah berlaku tanpa sedar dan tanpa perlu bersusah payah menyampaikan dari mulut ke mulut. Itulah, jalan dakwah itu banyak. Kita cuma pilih dan seharusnya mahu untuk menggerakkannya. Dan alhamdulillah, ukhwah yg diciptakan ini bukan terbatas untuk sesuatu agama sahaja bahkan merentasi itu. Merasai pengalaman suap menyuap roti di dalam gua dgn hanya bertemankan lampu suluh saya kira sesuatu yg sukar untuk dilupakan. Kalau hari2 biasa kita akan buat mcm tu jgk ke? Boleh kira berapa kali kita sanggup melakukannya itupun mesti dgn gengsi kita aje. Betulkan?

lunch together-gether

Moment yg saya tak boleh lupakan adalah setiap kali nak slide ke bwh. Yg akan sambut tangan adalah perempuan which is mereka ni mmg tak pernah kita kenal pun kecuali 2-3 org kawan kita. First time jumpa dlm tour ni. Tanpa memilih bulu ringan shj mereka memberi bantuan. Saya paling teringat bila ada seorang gadis Cina yg badannya sedikit gempal, ingin turun. Setiap kali itulah mata kami akan mengarah kepada beliau. Bukan untuk lihat free show tetapi nak bg semangat kpd beliau. Bayangkan jejak je kaki beliau di tanah, semua akan bertepuk tgn seolah-olah meraikan kejayaan beliau. Manis sungguh ukhwah saat itu. Ukhwah yg kita tidak merancang perjalanannya. Subhanallah.

Suatu ketika Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang lelaki lain. Lalu Umar bertanya kepadanya, “engkau pernah bermusafir dengannya?”

“Tidak pernah,” jawab lelaki itu.

“Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya kamu tidak kenal akan lelaki itu!”

Betul! Dengan bermusafir kita lebih kenal shbt2. Waktu susah biasanya akan terzahir sikap sebenar. Tak perlu takut pun untuk bermusafir, sebab kegunaan 'bertaaruf' sepanjang bermusafir akan kita rasai pada masa2 dan situasi lain. :)

Islam itu mudah
Keluar dari perut gua melalui jalan sungai. Rasa indah dapat tengok dunia akhirnya dengan perjalanan masuk keluar hampir 4 jam. Lama tak lama. Huh. Kami bersiap sedia untuk menunaikan solat Zuhur. Alhamdulillah, dah ada tempat untuk bersolat, sebuah dewan terbuka yg dibersihkan oleh shbt yg menunggu di luar sejak 4 jam yg lalu. Mmg sabar betul diorang. Disebabkan tak bawak baju ganti, terpaksalah solat dgn baju yg sedia dipakai itu. Baju yg kotor dgn tanah dan basah pula. Takpe lah, bukan najis pun. Cuma perlu cuci bhgn yg terkena tanah tu aje dan berwuduk mcm biasa. Dan saya tukar stoking baru yg gelap. Jaket labuh tak dilupakan sb paham2 je la bila baju basah kan. Muslimat, mmg ke mana2 pun kena bwk extra socks especially yg tak suka bwk telekung. Nak solat mudah, janji pakaian yg atas kenalah menutup aurat dgn sempurna. Memang mudah!


Refleksi
Sebelum balik, ada sesi taaruf dan refleksi sekejap. Hujan dah mula turun seakan-akan merestui perjalanan hari ini. Alhamdulillah, nampak semua masih berbahagia walaupun saya tahu ada yg penat camping KRS tak habis lg. Moga Allah berikan rehat yg berkualiti untuk mereka semua selepas ini.

slot refleksi

Selesai program tak bererti ukhwah akan terberhenti di sini saja. Dan usaha dakwah belum menemui titik noktahnya. Ini hanyalah permulaan. InshaAllah, usaha yg baik akan dibimbing oleh Allah sepanjang jalanNya. Moga Allah redha usaha kecil ini. Moga ada jwpn jika ditanya Allah di akhirat kelak usaha apakah yg dilakukan untuk membantu perjuangan Rasulullah.

Tahniah team ISC.
Tahniah para peserta.

Terima kasih shbt2.
Terima kasih Allah.
:) :) :)

sekeping lg sebelum balik

untuk Mesir yg tak pernah dilupakan.. R4BIA


footnote: gambar dlm gua takde sb tak bwk kamera kalis air. Rasa rugi sb tak dapat capture the moments. InshaAllah akan ingat selagi mana Allah pinjamkan ingatan ni.  

0 BICARA ANDA: