BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 24, 2013

Melakeee

Salam alaik
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas nikmatNya.

Alhamdulillah, selesai jua KOLOKIUM MAHASISWA PENDIDIK di Melaka. Kolokium ni julung2 kali diadakan, anjuran JPP IPPM MELAKA dgn kerjasama JPP IPG kampus seluruh semenanjung. Ringkasan kolokium adalah seperti berikut:

Nama program: Kolokium Mahasiswa Pendidik
Tarikh: 22 September 2013
Tempat: Auditorium Masjid al-Azhim, Melaka

Slot 1: Pembentangan Kertas Kerja "Falsafah Pendidikan Islam dalam kerangka pemikiran Syed Naquib al-Attas" oleh Asst Prof Dr Mohd Johdi

Slot 2: Pembentangan Kertas Kerja "Muallim Rabbani: Murabbi Pencorak Masyarakat" oleh Ustaz Ridhauddin

Slot 3: Wacana Ilmiah "Masa Depan Pendidikan di Malaysia"

Di sini saya sertakan sedikit isi perbincangan forum. Ni saya copy paste dr fb shbt saya. Kredit kpd beliau. Semoga bermanfaat. :)


Pusingan 1-Masa Depan Pendidikan di Malaysia dari Kaca Mata Panel


Panelis 1: 

1) Selagi mana pendidikan di Malaysia masih mengamalkan teori pendidikan dari barat, maka pendidikan Malaysia akan tidak ke mana-mana.

2) Malaysia tetap akan menjadi sebuah negara dunia ketiga.

Panelis 2:

1) Memetik kata-kata Syed Qutb: Apabila aku melihat Barat, aku nampak orang Barat dan nilai-nilai Islam di dalamnya tetapi apbila aku melihat Timur (negara-negara Islam) aku nampak orang Islam tetapi tidak ada nilai Islam di dalamnya.

2) Nilai-nilai Islam perlu dicedok dengan sepenuhnya ke dalam sistem pendidikan Malaysia tanpa memberi peluang kepada sistem penjajah.

Panelis 3:

1) Guru dapat dibahagikan kepada 3 peringkat mentaliti:

a) Guru mentaliti buat kerja (SYMP-saya yang menurut perintah)
b) Guru mentaliti untuk mencari makan 
-bercakap tentang time-based dan kenaikan pangkat
c) Guru mentaliti untuk membina anak bangsa dan membina tamadun negara yang lebih hebat di Malaysia.

p/s: Kita bakal guru/guru mentaliti kelas ke berapa ye kawan2? Tepuk dada tanya iman.

2) Masa depan pendidikan di Malaysia bergantung kepada kebolehan guru berfikir di luar kotak.

3) Hala tuju pendidikan di Malaysia bergantung kepada:
-cara berfikir guru
-cara bertindak guru

Pusingan 2- Tindakan yang Perlu Dilakukan bagi Memastikan Pendidikan di Malaysia Lebih Baik

Panelis 1:

1) Pembelajaran kita banyak berpandukan kepada penilaian akal semata-mata dari segi objektif pembelajaran yang ingin dicapai.

2) Ilmu itu datangya dari hati, akal tempat menapisnya sahaja.

3) Orang-orang melayu selalu dimomokkan dengan peringatan-peringatan yang dapat menyesatkan pemikiran kita misalnya anak dara yang selalu menyanyi di dapur akan berkahwin dengan lelaki tua. Memang dari segi nilai pengajaran itu bagus kerana tidak mahu masakan di dapur itu dibiar hangus namun ia memberi kesan kepada pemikiran.

4) Akhirnya kita perlu berbalik kepada konsep ilmu yang sebenarnya iaitu:
-ilmu naqli
-ilmu aqli

Panelis 2:

1) Mahasiswa pendidik perlu sedar akan tanggungjawab mereka selaku bakal pendidik anak bangsa.

2) Hakikatnya setiap program yang dianjurkan oleh JPP di kampus-kampus sebagai memberi nilai tambah kepada bakal pendidik hanya dipandang enteng dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat.

3) Adakah mahasiswa pendidik di IPG berada di dalam "comfort zone" kerana diberi elaun, kemudahan sehingga menyangkakan aktiviti-aktiviti yang memberi nilai tambah selain BIG dan aktiviti IPG tidak penting dan tidak ada manfaat?

4) Adakah mahasisiwa IPG ini merupakan proformaisme (terlalu mengikut proforma? Cukupkah jika sekadar mengikut proforma sebagai bekalan untuk menjadi pendidik?

5) Mahasiswa pendidik perlu berfikir dengan lebih serius.

Panelis 3:

1) Para guru takut untuk berfikir di luar kotak pemikiran sehingga mengiakan sistem penjajah yang dibawa oleh barat.

2) Kesannya pemikiran kita telah didoktrin dengan mentaliti penajajah

3) Guru perlu lebih berani bertindak luar biasa hebat, bukan sahaja mengikut syllabus semata-mata.

4) Jangan takut untuk menggalakkan pelajar untuk berfikir di luar syllabus pembelajaran.

5) Corak pendidikan di Malaysia lebih cenderung kepada exam oriented. 

6) Ibu bapa lebih gemar membandingkan anak mereka mendapat berapa A di dalam exam."Anak aku dapat 8A dalam PMR, anak hang ada??"

7) Ini tidak adil kepada pelajar yang mendapat 8B.

Pusingan akhir: RESOLUSI

1) Guru perlu melihat masalah yang datang itu sebagai peluang untuk mencipta perubahan. 

2) Guru perlu mencari nilai tambah. Tidak cukup sekadar mengikut proforma yang ada di IPG.

3) Orang yang berfikir sahaja yang dapat mengajar orang yang berfikir.

4) Siapkan mentaliti pendidik yang akan mendidik.

5) Sentiasa mengupgrade dan mengupdate diri.

6) Elakkan diri manjadi guru yang terjerumus di dalam comfort zone. Takut untuk mengupdate dan mengupgrade diri.

7) Jadilah seperti Imam Malik yang mengiktiraf anak muridnya lebih hebat daripadanya. Guru perlu menanamkan impian bahawa anak muridnya perlu lebih baik daripadanya.

Sebuah analogi tentang isu posting:

Kita: air yang mengalir
Isu posting: batu yang menghalang laluan air berkenaan.

Bila air yang mengalir, jumpa batu maka alirannya tersekat. Tapi air tetap terus mengalir. Kiri, kanan, walaupun pada mana-mana celahan kecil.

Nampaknya batu makin besar. Tak boleh lalu. Tak apa. Kita berhenti kejap, kumpul kekuatan. Cukup tenaganya, kita akan dapat terus mengalir dan silap haribulan, kita boleh 'buang' batu berkenaan



slot forum

Ipoh antara yg hantar ramai perwakilan

kenang mengenang sebelum pulang

Tamat kolokium kami gunakan kesempatan berjalan-jalan di Bandar Melaka. Lama juga tak datang sini, bila tengok perubahan2 yg berlaku teruja jugaklah. Tapi sebab dah petang sgt plus keletihan berkolokium, jalan2 ambil gambar dekat2 je. Tu pun dah cukup memuaskan hati. Ambil gambar, haruslah tentatif wajib kan. :D



ala-ala Belanda gitu

abang Taiwan dgn kakak Poland request nk bergambar. Cantik katanya tgok kami bertudung litup. Alhamdulillah

di depan Muzium Samudera


teruja first time naik Bas London-Bas Panorama




berlatar belakangkan Balai Seni Melaka

di Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka

Masjid Selat Melaka

Melaka best. Byk tempat sebenarnya yg blh dilawati. Kaya dengan warisan dan tinggalan sejarah, maka tak hairanlah diwartakan sbg bandar warisan UNESCO. Ala-ala oversea pun ada gitu. Banggakan jd rakyat Malaysia. :D

Sebelum balik, singgah solat di Masjid Selat. Subhanallah, mmg cantik masjidnya, seronok tengok selat Melaka sekelilingnya. Lepas makan malam, gerak ke Ipoh. And the rest is history...

***
Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.

Terima kasih kpd pihak penganjur atas usaha ini. Mereka juga shbt2 saya, saya bangga dgn inisiatif yg mereka ambil untuk buka minda bakal2 pendidik melihat pendidikan yg seharusnya dibawa oleh kita dan bagaimana harus membawakannya mengikut lunas2 Islam. Ya, saya yakin, Islam adalah jalan keluar yg terbaik.
Moga Allah bayar penat lelah mereka setimpalnya. Program yg saya kira sgt baik dan wajar dilaksanakan untuk masa2 yg akan dtg.

Terima kasih juga kpd rakan2 siswa siswi yg berusaha untuk menghadirkan ke kolokium ini. Moga dgn niat yg ikhlas kerana Allah, akan diganjariNya. Ilmu yg diperoleh sepanjang kolokium ini harapnya dptlah dikongsikan dgn rakan2 yg lain dan dpt juga diaplikasikan ke arah mengIslamisasikan sistem pendidikan di negara ini.
Terharu melihat kesungguhan shbt2 untuk memastikan program ini suatu kejayaan. Barakallah buat mereka.

Terima kasih kpd semua juga. :D

0 BICARA ANDA: