BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 3, 2009

Ramadhan, aku menantikanmu...


Salam...Syukur Alhamdulillah kerana ALLAH masih beri kesempatan untuk menulis setelah seminggu lebih berehat. Dan syukur juga kerana masih lagi dipertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun ni. Sedar atau tidak kita sudahpun menjejak ke fasa ketiga bulan Ramadhan dan tidak lama Ramadhan akan melabuhkan tirainya(apakah perasaan kita pada waktu ini;sedihkah atau gembirakah?). Apa yang dikatakan dengan fasa2 ni sebenarnya? Bulan Ramadhan(mengikut beberapa hadis yg diriwayatkan) terbahagi kepada tiga fasa; fasa pertama ialah rahmat, fasa kedua ialah keampunan dan fasa ketiga ialah pelepasan daripada api neraka. Kita telah meninggalkan fasa keampunan beberapa hari yg lalu. Namun, adakah kita pasti kita sudah mendapat rahmatNya dan juga keampunanNya? Jawapannya, sudah tentu tidak. Kerana melepasi fasa pertama dengan jayanya(tidak meninggalkan puasa mahupun solat terawih walau sekali) tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai sebanyak mana rahmat yg kita peroleh. Nilai amal ibadah dan iman kita kepada ALLAH, hanya ALLAH yang mengetahuinya. Kalaulah nilai iman itu boleh diterjemah dalam bentuk satu parameter, agaknya berapa peratuskah tahap iman kita berada di kala ini. Sampaikah 50%??? Atau 1% pun tak cecah lagi??? Jawapan kita sudah pasti tidak boleh diterjemah dalam bentuk angka tapi kita tuan empunya badan rasanya boleh menilai(mungkin juga mengagak)sendiri tahap keimanan kita kepada ALLAH. Kalau setakat maksiat yang kecil-kecil pun diringan-ringankan, maka sendiri-sendiri ambil fahamlah...

Menyentuh tentang fasa ketiga(10 malam terakhir) ni, rasanya ramai yang tahu tentang peristiwa penting yang berlaku(hanya pada bulan Ramadhan). Kalau tanya pada pelajar sekolah rendah pun sebahagian besar akan menjawabnya dengan betul tanpa was-was lagi. Malam Lailatul qadar. Jawapan yang ringkas dan padat tapi penuh dengan makna. Saya sangat tertarik untuk berkongsi sedikit bahan yang dimuat turun daripada sebuah laman web, yang kemudiannya saya adun menggunakan ayat sendiri. Harapan saya, titipan ini memberi manfaat kepada pengunjung.


Malam lailatul qadar merupakan kemuncak bagi bulan Ramadhan. Malam yang ditunggu-tunggu oleh para anbiya dan para salihin. Malam yang muncul dalam 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W. sangat menantikan malam lailatul qadar hingga baginda begitu tekun mengerjakan ibadah pada 10 malam terakhir. Apakah yang ada pada malam lailatul qadar sebenarnya?

Antara kelebihan malam lailatul qadar ialah;


  • Amalan yang dilakukan pada malam tersebut akan diberi ganjaran seperti beramal selama 1000 bulan bersamaan lebih 83 tahun.

  • Malam tersebut antara waktu mustajab untuk memohon doa kepada ALLAH.

Pada malam 10 terakhir ini, menjadi pemandangan biasa kalau kita melihat di mana-mana masjid mahupun surau kembali dipenuhi dengan makmum untuk solat terawih(pertengahan Ramadhan boleh dikira berapa ramai yang konsisten mengerjakan solat terawih). Tak perlu lagi bertanya bagaimana itu boleh berlaku, jawapannya pasti cliche," Ni kan malam sepuluh terakhir. Nak cari malam lailatul qadar." Bila jawapan ini dikeluarkan oleh sesetengah pihak(mungkin juga kita) maka kita dapat membuat satu penilaian. Adakah malam lailatul qadar itu boleh dicapai dengan hanya mengerjakan solat terawih pada 10 malam terakhir saja? Jawapannya sudah tentu tidak. Mencapai malam lailatul qadar bukan semudah yang kita impikan dan kita hajatkan. Tanpa amal ibadah, maka impian itu tinggal impian saja, hajat itu tinggal hajat saja. Oleh itu, untuk menjadi hamba yang bertuah itu, perbanyakkanlah amal ibadah kepada ALLAH. Ambillah seberapa banyak masa dan peluang yang ada untuk menunaikan ibadah. Alangkah baiknya jika masa yang ada untuk berseronok dengan perkara dunia digunakan untuk melakukan qiyamullail, membaca al-quran dan amal ibadah lain. Jika kita boleh meluangkan masa untuk melawat blog2 dan facebook, apa kata luangkan sedikit untuk menyembah diri kepada ALLAH. Dan cuba renungkan bersama; apakah kita akan hidup sehingga usia 83 tahun untuk beribadah kepada ALLAH? Mungkin ada yang akan berkata ya, tetapi cuba fikirkan, berapa banyakkah masa yang telah kita sia-sia dalam hidup ini berbanding masa yang digunakan untuk beribadah kepada ALLAH? Apakah kita pasti segala amal ibadah kita selama ini diterima ALLAH? oleh itu, saya menyeru diri saya dan pengunjung2 sekalian, gunakanlah kesempatan yang berharga ini untuk mengejar malam lailatul qadar. Jangan sia-siakan peluang yang ada kerana mungkin tahun hadapan kita tidak akan bertemu dengan Ramadhan lagi. Sekian dahulu coretan saya untuk waktu ini. Doakan agar saya terus diberi kekuatan untuk menulis. Moga2 ALLAH sentiasa merahmati hidup kita di atas muka bumi ini. Amin...

WASSALAM...


0 BICARA ANDA: