BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 18, 2009

Selamat Hari Lahir buat Insan-insan yang Aku Sayangi...

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...
Syukur yg tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana masih memberi kesempatan utk menulis blog lg. Hari2 yg kita nikmati adalah nikmat drpd ALLAH. Alhamdulillah...

Hari ini, 18 ogos 2009, dengan penuh rasa bangga dan syukur yang tidak terhingga aku mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR KE-19 buat roomateku yg terchenta, NURUL SOFIA BINTI MAZLAN atau nama glamour nya Peah (hehehe...). Semoga ALLAH sentiasa memberkati hidupmu wahai roomateku dan berbahagia selalu (tak mau sedih2, the past is passed, life must go on ;-) ).

Dan tak aku lupakan juga adalah roomate lamaku di KMK dulu, NURUL HANIM BINTI MAJID (yg birthdaynya sama dgn Peah juga). Semoga ALLAH sentiasa merahmati hidupmu. Aku harap persahabatan kita sentiasa dipelihara ALLAH. Terima kasih untuk semua kenangan indah di KMK. Uhibbuki fillah abadan abada, ya ukhti!!!

Dan...

Insan paling bermakna dalam hidupku, ZAHTULNIZAH BINTI ZAKARIA, ibuku yang paling aku cintai (ada x perkataan lain yg boleh mewakili perasaan cinta yg infiniti???) yg menyambut ulangtahun kelahiran pada 11 Ogos lalu. Kalau ibu x ada, tentu tak akan aku pada hari ini untuk menulis blog ini. Terima kasih ya ALLAH kerana menjadikan aku seorang anak kepada wanita mulia ini. Alhamdulillah... peliharalah dirinya, ya ALLAH daripada segala keburukan dunia dan juga akhirat. Limpahkan rahmatMu atas dirinya dengan sebanyak-banyaknya. Tempatkanlah dia di antara kekasih2Mu. Amin...

Hmm...untuk blog kali just nak wish birthday je kepada insan2 yg aku sayang. x ada hadiah nak bagi, jd anggaplah ini sebagai satu ingatan aku pada insan2 yg aku sayangi sekalian. Kalau ada sesiapa yg singgah di blog ni, boleh juga tinggalkan ucapan selamat hari lahir anda. Lagi banyak lagi bagus sebabnya itu pun doa juga. Terima kasih...

0 BICARA ANDA: