BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 16, 2009

Penat...Apa nak buat???

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Penat...itu saja perkataan yang ada(rasanya)untuk aku gambarkan keletihan yang menggigit sendi-sendi dan urat nadi. Minggu yang sangat sibuk dan meletihkan. Assignment yang bertimbun-timbun menuntut untuk disempurnakan. Sampai satu masa rasa tak ada ruang nak bernafas langsung sebab tak terkejar dek masa nak siapkan assignment(tapi sempat juga curi2 masa utk tulis blog). Sekarang baru rasa yang aura-aura 'student' tu dah wujud dalam diri (sbb dah lama tinggalkan zaman sekolah..hehe..) Tapi penat menuntut ilmu taklah seteruk mengangkat senjata pergi berperang macam zaman RASULULLAH s.a.w. dulu, dengan panas teriknya, segala macam kesusahan. Tak pernah pula RASULULLAH dan para sahabat bercakap tentang kepenatan dan keletihan. Kita yang dituntut berjihad dengan mata pena bukannya dengan mata pedang ni seharusnya bersyukur. Ini tidak, bila penat sikit dah nak menyerah kalah. Dan mulalah nak merungut itu ini. Astaghfirullah al azim...


Kita ada ALLAH yang setiap masa, saat, detik, sehari 25 jam, 8 hari seminggu(sampai akhir hayat) akan mendengar doa dan segala macam rintihan. Apa nak dirisaukan, ALLAH ada di mana-mana, bila-bila masa shj..cuma kita fikirkanlah sama ada kita meletakkan ALLAH dalam hati kita pada setiap masa dan tempat atau tidak...

Berbalik kepada cerita assignment yang bertimbun-timbun tadi(tak bertimbun manapun sebenarnya, aku sendiri yg 'menimbunkannya'), Ada beberapa assignment yang perlu dihantar selepas cuti semester ni dan aku masih cuba untuk mencari seberapa maklumat yang penting untuk menyiapkan esei (dlm English)yang panjangnya 400-500 pth perkataan. Lama rasanya tak menulis sesuatu yang serius macam ni dan lepas ni otak pulak lah yang kena bekerja keras sikit.

Minggu depan, assignment (kedua) ICT pulak kena hantar. Mujur dah cari maklumat cuma tinggal nak edit dan print. Dan mujur juga la assignment kali ni boleh ditaip. Assignment LDV (Language Development) pun tak siap lagi. Sepatutnya minggu ni dah kena siapkan sebab tu tugasan untuk minggu ni, tapi sebab tak pandai sgt bab2 ICT ni, terbengkalai la kejap. tapi bukan itu alasannya. Kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ni semua pasal suka tangguh kerja la ni. Bila la nak berubah...

Minggu depan juga Mdm K nak semak fail ISL (individual self learning), dan ada lagi assignment berkaitan yg tak siap. Unicorn in the garden dan A&P menuntut untuk dianalisis. Mujur semalam dah dapat fail, kalau tak serabut serabai kepala otak tengok kertas-kertas yang tak bersusun. Mana taknya, dengan Learning Support lagi, L.Des (Language Description) lagi, memang tak menang tangan la nak manage semuanya dalam satu masa(kecuali kalau bijak gunakan masa).

Dan...

Minggu depan dah nak balik untuk cuti semester. Tak sabarnya nak balik jumpa abah, ibu, angah, adik dan especially HAZIQ!!! rindunya kat Haziq... cuma yang tak berapa bestnya, dpt balik dua hari je sb lepas tu terlibat dgn merdeka kt KL. huhu..sedihnya...itu la siapa suruh pergi volunteer diri...hehe Tapi kalau fikir secara optimisnya, mana lagi nk dpt peluang mcm tu, sekali seumur hidup sj...betul tak???

Waktu dua hari cuti tu, mmg kena struggle sikit la siapkan Learning Support (esei BI tu). Dan mungkin juga akan ada assignment lain yg akan menyusul lepas ni. Siapa tahu??? Dan waktu tu kenalah bersiap sedia mental dan fizikal. Walau apapun, kena optimis dan bersungguh-sungguh. you can do it!!!(bg motivasi kt diri sendiri la pulak..hehe)

Ini adalah part yang paling best sekali rasanya...

Dapat sahur dan berbuka dgn family pd hari pertama puasa. Yeehaa!!! tak sabarnya nak tunggu bulan Ramadhan dtg. Ahlan wasahla Ya Ramadhan!!! Ya ALLAH! Aku mohon diberi kesempatan untuk melalui bulan Ramadhan pada kali ini dan beribadat kepadaMu dengan sebanyak-banyaknya. Amin.

Dan bulan puasa pun ada assignment juga. Kena siapkan tazkirah tentang fadilat bulan Ramadhan. Alhamdulillah...ALLAH permudahkan jalan, maklumat dah dapat cuma nak edit sikit sj lg... Dan 'assignment' untuk diri sendiri harap2nya dapat disempurnakan dgn sebaik mungkin sepanjang Ramadhan ni.

Hmm...rasanya dah banyak sgt kecek untuk sesi hari ini. Skrg mari kita buat ibrah sikit. Kalau penat tu, memang perkara biasa. tak ada benda pun yang tak memenatkan. Tapi semuanya terpulang kepada diri sendiri macam mana nak uruskan rasa penat tu. Kalau kita ikhlas buat sesuatu kerana ALLAH dan kerana nak dptkan redaNya, penat pun akn rasa berbaloi. Walau apapun, sentiasalah bergantung harap pada ALLAH kerana Dialah sebaik-baik tempat mengadu. Minta2 supaya ALLAH sentiasa teguhkan hati kita kepada Islam dan tingkatkan iman kepada ALLAH.Amin...

Doa untuk hari ini:
Ya ALLAH, aku berlindung kepadaMu drpd rasa lemah dan malas, aku berlindung kepadaMu drpd sifat pengecut dan kikir, dan aku berlindung kepadaMu drpd lilitan hutang dan tekanan orang lain. Amin ya rabbal 'alamin...

0 BICARA ANDA: