BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 13, 2009

Hari pertamaku sebagai seorang blogger...

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam...
Alhamdulillah... tercapai jgk akhirnya hasrat aku nk ada blog sendiri dan mencoret something (sbb aku x de diari nk luahkan perasaan aku). Aku mmg sgt2 suka menulis(dr seremeh-remeh benda sampai la yg serius-seriusnya). Tp blog aku ni bukan la tmpt aku nk hebahkan segala mslh aku pd umum. Cuma, kalau ada mslh2 yg x dpt diselesaikan tu mgkn jgk blh dptkn 'bantuan' drpd pengunjung2. dan mgkn jgk sgla komen dn nsht tu blh diguna pakai oleh org lain utk kebaikan bersama. Pd pandangan aku, kdg2 ada jgk perkara(baik) yg berlaku dlm hidup kita perlu dikongsi dgn org lain supaya blh menjd satu motivasi. Dan x semua perkara (buruk) perlu disimpan dlm hati, takut nanti mkn diri. Dan sentiasalah ingtkan diri kita bhw ALLAH adlh sebaik-baik tmpt mengadu.
p/s:
sblm aku coret lbh byk, aku mohon maaf kpd pencinta bhs Melayu (yg mengunjungi blog ni) mgkn sebhgn besar bhs yg akn diguna pakai adlh bhs rojak, bhs SMS dn bhs santai...

1) Blog, blog, dan blog...
Hari ini ramai yang memperkatakan tentang blog. Blog di sini. Blod di sana. Pendek kata blog di mana-mana. Biarpun dunia blog ini masih baru tetapi sudah ramai 'penghuni'nya. Hal ini demikian kerana, blog dilihat sebagai satu medium untuk orang ramai meluahkan rasa, membincangkan isu semasa, mengutarakan pendapat, dan sebagainya tanpa sebarang sekatan selagi mana tidak menyentuh sensitiviti masyarakat. Blog juga menyediakan peluang yang luas untuk seseorang berkarya melalui e-novel, e-cerpen, dan banyak lagi.
Namun begitu, terdapat juga beberapa pihak yang menyalah gunakan blog untuk tujuan peribadi dan untuk menjatuhkan pihak lain. Hal ini dilihat satu perkembangan yang tidak sihat dalam dunia blog kerana kita mengharapkan komunikasi akan menjadi lebih mudah dan terarah dengan adanya blog.
Walau bagaimanapun, setiap individu mempunyai hak masing-masing dan setiap daripada kita dipertanggungjawabkan atas setiap perlakuan kita. Akal dan minda yang waras seharusnya digunakan dalam usaha kita 'memelihara' dunia blog kerana jika dimanfaatkan dengan baik, pulangan yang baik akan kembali kepada kita tetapi jika kita mencemarkannya, natijahnya kita sendiri yang akan terima. Oleh itu, fikir-fikirkanlah, tepuk dada tanya selera. WASSALAM...

0 BICARA ANDA: