BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 16, 2009

Aku yang masih mencari...

Salam buat semua yang masih sudi mengunjungi blogku. Semoga ALLAH sentiasa merahmati kalian. Amin... Dan semoga ALLAH sentiasa mempermudahkan usaha jihadku mencari setitis ilmu di bumiNya. Sedar tak sedar, dah nak masuk dua bulan aku di sini. Aku sudah mula dapat menerima perubahan yang sedang berlaku dalam hidup aku kini walaupun pada mulanya rasa macam hidup aku dah berpusing totally 360 darjah semenjak datang sini . Mana taknya, hidup(jiwa sebenarnya)rasa kosong, dan paling menyedihkan adalah iman aku yang senipis kulit bawang ni semakin menipis dan terus menipis kesan kurangnya tarbiyah. Ini la perkara yang paling aku takutkan masa mula2 nak masuk sini dulu? Boleh ke nak cari kawan yang boleh tarbiyah kita, yang boleh sentiasa ingatkan kita bila kita lupa, dan sentiasa ajak kita dekatkan diri dengan ALLAH? Buat masa ni, aku masih mencari kawan itu, dan jikalau anda yang membaca post ini adalah kawan yang aku cari, sudilah untuk memimpin aku ke jalan ALLAH. Dan satu faktor lagi yang aku perasan adalah, aku susah nak lupakan kenangan lama aku yang menyeronokkan dengan kawan2 di matrik dulu sampaikan buat apa pun kat sini rasa macam tak best dan participate dalam aktiviti pun tak semangat aje. Teringat pulak kata-kata sahabat baik aku (dunia akhirat), " Kita rasa tak seronok sebab kita sendiri yang create suasana tu. Kalau nak suasana yang seronok, kita la yang kena buat benda tu jadi seronok.Jangan asyik set dalam minda kita yang semuanya tak seronok, sebab tu jadi tak seronok(banyak betul seronoknya)". Menyedari hakikat tu, aku mula untuk ubah mindset aku sikit2. Dan Alhamdulillah, keadaan aku dah semakin baik. Semalam, dengan tak semenanya-mena(takdir ALLAH sebenarnya), ada seorang akhwat tu merangkap senior aku ajak untuk join pengisian dia. Macam orang mengantuk disorongkan selimut dan bantal aku tersenyum sampai ke telinga dengar pelawaan tu. Memang berbunga aje rasa hati. Sekali lagi ALLAH mempermudahkan urusan aku dan apa yang terdetik kat hati aku waktu tu ialah, ALLAH masih nak pelihara aku dan imanku yang tak setebal mana ni. Alhamdulillah...

Hmm...tiba-tiba rasa tergerak hati pulak nak cerita pasal tarbiyah ni. Minta maaf kepada pengunjung yang tak biasa dengan istilah ni, mungkin rasa berat sikit tapi saya mohon anda teruskan membaca semoga terbuka minda dan fikiran kita kerana kita sentiasa perlukan perubahan ke arah yang lebih baik dalam hidup kita.

Apa tarbiyah tu sebenarnya?

Tarbiyah adalah perkataan arab yang maksudnya: pendidikan, asuhan. Tarbiyah ni adalah proses berterusan untuk membentuk tingkah laku anak didik. Saya ulangi, ia satu proses yang berterusan. Tarbiyah dapat membentuk kepribadian seseorang selaras dengan nilai-nilai dan prinsip Islam. Jadi, apa pentingnya tarbiyah? Pertama, ia membentuk generasi yang Islami. Pendidikan Islam(tarbiyah Islamiyah) adalah satu-satunya cara terbaik dalam membentuk individu berkeperibadian, masyarakat yang ideal dan manusia yang bertamadun tinggi. Apabila ketiga-tiga aspek tersebut wujud, maka akan melahirkan kebaikan-kebaikan dan kebahagiaan hidup. Semua itu dapat diwujudkan melalui tarbiyah. Kedua, ia merupakan keperluan manusia. Manusia adalah makhluk Allah yang mempunyai firasat, watak, dan kecenderungan yang berbeza-beza. Ada orang yang hidupnya dijajah oleh nafsu. . Tetapi ada pula manusia yang mampu meningkatkan darjatnya ke tingkat yang paling tinggi. Namun ada juga manusia yang mengikuti kehendak syaitan. Jika manusia dibiarkan dengan kecenderungan dan watak masing-masing tanpa ada upaya pembentukan melalui media pendidikan yang sesuai dengan fitrah kejadiannya, nescaya panorama bumi akan diwarnai dengan kezaliman dan permusuhan. Sehubungan dengan itu satu-satunya media untuk menyelamatkan manusia dari kenistaan dan jeratan konflik akibat adanya pertentangan ialah tarbiyah yang menyeluruh terutama pembinaan iman dan keyakinan. Ketiga, tarbiyah adalah suatu kewajipan agama. Pendidikan Islam adalah wajib, kerana ia merupakan sarana terlaksananya kewajipan agama iaitu ibadah. Ta’lim adalah cabang dari tarbiyah. Tetapi perlu kita sedari, tanpa adanya tarbiyah mustahil bagi kita melahirkan individu yang memiliki sahsiah Islamiyah.
Tarbiyah sangat2 penting dalam hidup kita. Kadang2 kita rasa kita ni dah cukup baik, mungkin sebab kita ni tak mencuri, tak minum arak, tak bercouple, dan etc tapi kita sebenarnya tak pernah ambil kisah untuk siapakah hati dan cinta kita sebenarnya. Dan kadang2 tu kita tak fikir pun macam mana kita nak raih cinta ALLAH yang mahal nilainya. Kita rasa bila tak buat dosa, maka boleh masuk syurga tapi kita tak pulak tambah pahala kita. Jadi di darjat syurga yang manakah patut kita dicampakkan? Adakah cukup amal ibadah kita selama ni untuk menjamin kita masuk syurga atau tidak? Layakkah kita memasuki syurga ALLAH? Tentu kita tak pernah terfikir pasal tu kan? Kalau fikir pun, tak ada tindakan yang kita ambil. Fikir2 kejap, lepas tu tak ingat dah. Hidup kita ni sebenarnya dah banyak ditipu oleh perkara dunia yang melalaikan sehingga bawa kita jauh dari ALLAH. Melalui tarbiyah la kita belajar untuk mengenal ALLAH dan menanam rasa cinta untukNya sekaligus dekat denganNya. Jadi, jangan takut untuk belajar men'tarbiyah' diri kita sendiri. Dan jangan takut untuk buat suatu perubahan besar dalam hidup kita kerana tujuan kita hidup ni cuma satu; untuk mencapai mardhotillah(keredhaan ALLAH). ALLAH berfirman dalam surah ar-Ra'd ayat 11: "Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." Berdasarkan firman tersebut, sudah terang, jelas dan nyata bahawa segala keputusan terletak di tangan kita sendiri. ALLAH telah mengurniakan akal kepada kita, jika kita tahu bersyukur maka kita tahu bagaimana untuk menggunakannya. Wallahualam....

p/s: mohon maaf kerana isi topik ni baru mukadimah aje[masih mencari]
~ maaf jugak kalau entry nya ntahahapa...

0 BICARA ANDA: