BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 13, 2012

.:TIGA GOLONGAN AWAL DIBICARAKAN:.

Salam alaik

Rasulullah SAW telah menyatakan di dalam sebuah hadis bagaimana pada Hari Kiamat kelak ada tga golongan manusia yang awal-awal dipanggil untuk dibicara di hadapan Allah SWT.
Orang yang pertama dipanggil ialah seorang yang alim, lalu dinyatakan kepadanya : "Apakah yang engkau amalkan di dalam kehidupan di dunia dahulu?" . Lalu dia menjawab : "aku menuntut ilmu dan aku diberi ilmu oleh Mu, wahai Tuhanku, dan aku sebarkan ilmu itu kepada orang ramai."
Padahal dia menyebarkan ilmu dengan tidak ikhlas, lalu Allah SWT mendedahkan : "Kamu belajar ilmu dan sebarkannya supaya dikatakan orang bahawa kamu alim tetapi bukan kerana Aku".
Lalu ilmunya ditolak oleh Allah dan dia diseret masuk ke dalam neraka.
Sementara orang yang kedua yang dipanggil ialah seorang yang kaya kemudian ia ditanya : "Apakah amalan kamu pada kehidupan di dunia dahulu?".
Mereka menjawab : "Wahai Tuhanku, aku bekerja bertungkus-lumus, aku diberi rezeki kekayaan oleh-Mu, aku memberi sumbangan derma."
Lalu Allah menempelak : "Engkau bohong! Memang betul engkau memberi sumbangan, tetapi dengan sumbangan itu supaya engkau dikatakan orang bahawa seorang yang pemurah dan bukan kerana Allah SWT. 
Lalu amalan mereka ditolak. Mereka diseret ke dalam api neraka.
Manakala golongan yang ketiga dipanggil ialah orang yang berjihad. Mereka ditanya oleh Allah : "Apakah yang dia laukan di dunia dahulu.?"
Dia menjawab : "Wahai Tuhanku, di dunia dahulu aku berjihad untuk menegakkan agamamu".
Lalu Allah berfirman : "Betul engkau berjihad, tapi bukan kerana Aku. Engkau berjihad supaya dikatakan orang bahawa engkau seorang yang berani".
Lalu amalannya ditolak oleh Allah dan dia diseret masuk ke dala api neraka.

* * *
Bila berbicara tentang keikhlasan ni bukan suatu isu yang kecil. Keikhlasan ini berkait rapat dengan hati. Hati pula bukan organ macam tangan dan kaki. Hati itu raja di kerajaan diri.


Memang payah mahu menjaga hati apatah lagi mendidik hati menjadi ikhlas terhadap sesuatu yang kita kerjakan kerana keikhlasan itu bukan konkrit, keikhlasan itu tiada ada alat khas untuk mengukurnya, tiada juga parameter untuk diukur. Keikhlasan itu dalam nilaian Allah. Tetapi itu tidak bermakna, dari pandangan mata kasar manusia tidak boleh melihat keikhlasan seseorang itu. Kadangkala, kita mampu mengukur keikhlasan seseorang itu melalui kesungguhan yg ditunjukkannya. Ya, barangkali. Sbg contoh, jika seseorang itu ikhlas mengerjakan sesuatu pekerjaan tanpa mengharapkan upah mahupun balasan, maka sedikit atau banyak upah itu bukanlah menjadi ukurannya. Pekerjaan itu akan ditetapkan disempurnakan dengan sebaik mungkin. Bagi orang yg sentiasa mengharapkan balasan pula, jika balasan yg diberikan tidak setimpal dgn usaha yg diberikan maka timbullah rasa kurang senang di hatinya, bahkan mungkin tidak bersyukur dgn apa yg diberikan.

* * *

عَنْ عُمَرَ بْنِ الخَطَابِ قًالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
فَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ إِلى اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ 
وَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنَّيَا يُصِيْبُهَا أَوِمْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهَجْرَتُهُ إِلَى مَا هَا جَرَإِلَيْهِ

Dari Umar bin Khattab r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Amal itu hanya dengan niat,
Setiap orang hanya memperoleh menurut apa yang diniatkan.
Sesiapa yang ada niat hijrahnya kerana Allah dan RasulNya,
maka hijrahnya memperoleh (pahala hijrah) kerana Allah dan RasulNya
Dan barang siapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak
dicapainya atau wanita yang hendak dikahwininya, maka
hijrahnya (mendapat balasan) menurut tujuan hijrahnya".

Hadis pertama cukup menerangkan tentang niat. Hasil yg bakal kita peroleh bergantung kepada niat kita. Apalah gunanya jika balasannya bernilai jutaan ringgit tp tiada nilai di sisi Allah. 

Benar, bukan mudah berniat mengerjakan sesuatu kerana Allah, permulaannya pasti kerana desakan sesuatu. Persis kita sewaktu kecil, kita 'dipaksa' solat dan puasa oleh ibu ayah. Ganjarannya mungkin wang saku yg lebih, baju baru dan mungkin juga alat mainan yg kita suka. Sebelum hati kita mula berubah niatnya kerana Allah, itulah yg kita lalui. Kita lakukan kerana apa yg dihajati. Begitulah juga kita mengharapkan keredhaan Allah, itulah yang akan kita peroleh. Itulah yg jauh lebih bernilai daripada apa-apa yg kita harapkan di muka bumi ini.

* * *

Saya menyeru diri saya dan sahabat2, sama2lah kita belajar dan menanamkan tekad di dalam hati untuk mengikhlaskan niat kita dalam apa jua yg kita kerjakan. Jangan mengharapkan apa-apa balasan mahupun pujian melainkan keredhaan Allah semata-mata atas apa yg kita lakukan. Kerana itu lebih manis!

Wallahua'lam

0 BICARA ANDA: