Salam alaik….
Alhamdulillah…
Lama sungguh tak update. Selain
malas, tak cukup masa, tak tahu juga apa yg nak diupdate. Alhamdulillah hari ni
Allah gerakkan minda, hati dan tangan untuk update. Mgkn tak ada apa, sekadar
prkongsian biasa, tak ada yg luar biasa sebab yg menulis ni pun seorang insan
biasa…
Tadi sempat berbual dgn Angah melalui telefon. Sejak dia masuk ke UM, kerap juga saya menelefon dia. Bukan sekadar bertanya
khabar, banyak yg kami bualkan. Ya, kami memang suka berbual. Kalau dalam
kereta keluar ke mana2, di meja makan hatta sebelum tidur pun kami memang
banyak berbual. Dari isu cinta sampai ke isu politik ada saja perkara yang kami
bualkan. Serius, seronok berbual dgn Angah. Of course la sbb she’s the only
sister yg saya ada. Nak luahkan kat siapa lg kan. Ok, cukup bab itu dulu…
Dalam berbual tadi sempat juga
bertanya aktiviti hujung minggunya di kampus…
“Awat tak balik umah kakak minggu
ni?”
“Angah ada perjumpaan dgn
pentadbiran hari tu.”
“Usrah tak pi ka?”
“Kakak usrah busy skrg dgn PRK.”
Sambung Angah lagi, “Pastu tolong
Pro-M cat banner.”
“Apa? Gilak la.”
Dalam rasa terkejut tu rasa nak
ketawa pun ada. Angah, angah… Angah tak tau ke org kata Pro-M tu pembangkang hahaha (mata ke atas, tangan ke bahu)…
berani betul Angah ni kan… kena tangkap karang dgn HEP baru tau… hahaha…
Bila Angah bercerita tentang itu,
teringat pulak sekarang ni musim PRK di kampus2 besar di seluruh negara. Angah
berada di kampus Lembah Klang jd tentulah ke’hangat’an tu lebih terasa tambah2
lg dengarnya ada konspirasi nak tawan semua kampus ni oleh pihak2 tertentu.. Betul
ke? Jeng3x… Demokrasi ke konspirasi ni? Haaaa...
Untungnya dia
Untunglah Angah, baru masuk U dah
didedahkan dgn banyak benda. Untung sebab dia dapat masuk U, kakak dia maktab
je pun kan…hahaha…Bukan nak kata tak untung masuk maktab, rezeki orang
berbeza-beza, Allah aturkan sangat2 cantik untuk hambanya. Yg penting
bersyukur. Alhamdulillah… InsyaAllah semoga persekitaran
dan suasana baru akan lebih mematangkan dia dalam banyak aspek. Hopefully dia
takkan jd typical Afrina yg masih berselimut zaman pra-U dulu tu. Semoga Afrina
keluaran UM ni adalah Afrina yg terbaik bukan untuk keluarganya saja tapi untuk
agamanya. Takbir!!!
Kena ambil tahu, tak boleh buat
tak tahu!
“Wei, duk kat kampus tak yah nak
politik sangat la… ko makan pun kerajaan yg bagi… belajar la wei lagi bagus. Nanti
ko dah grad ko politik la sampai mampus!” Kalau ada lg yg masih nak
mengeluarkan statement mcm ni, memang saya nak tolong gelakkan… isy2..xjadi,
xjadi…kesian2x… sebab apa kesian? Sebab dah bg belajar tinggi2 pun masih tak
tahu nak berfikir. Mgkin di kampus tu kerja dia mengulit dalam selimut agaknya
sampai apa yg berlaku kat org sebelah katil pun mgkin dia tak tahu. Kalau tanya
tentang political education lg la tak tahu gamaknya. Jangan mare….hihihi
Mahasiswa yg menjadi pencorak kepada
suasana kampus tu sendiri. Contoh, kita nak naikkan martabat sukan kat kampus
kita, so of course la kita akan elect pemimpin yg blh bt pgrm sukan byk2 kan? Contoh
lagi, kita nakkan biah solehah wujud kat kampus kita, for sure la kan kita kena
elect pemimpin yg blh anjurkan program2 Islamik dan yg berkaitan…nk contoh lg? Lu
pikir la sendiri….
Tolak ketepi semua fahaman
politik kepartian, sebab PRK kampus ni bukan PRU… BN ke, PAS ke, DAP ke, main
jauh2… kalau ada yg tak nak ambil tahu tntng PRK sb mengaitkannya dgn parti
politik, itu adalah tindakan yg sgt tidak bijak, bukan tindakan seorang mahasiswa….
Nama pun Student Power, biarlah kuasa mencorak masa depan kampus tu di tangan
student juga, tak perlu campur tangan pihak2 yg tidak berkaitan apatah lg pihak
yg berkepentingan politik…ok? No offense….
Antara tiga golongan
Lately ni byk isu peringkat
mahasiswa yg berlegar-legar di sekitar kampus. Di maktab perguruan (so called
IPG) pun ada isu besar. Haa??? Mau ada yg terkejut baca statement ni. Isu besar
apa??? Jeng3x… Hah, nak tau pergi google, baca surat khabar, surf tenet, buat
la apa2 yg patut. Belum terlambat untuk ambil tahu sb soal masa depan, nak tak
nak kena ambil tahu.
Dalam sibuk duk membicarakan soal
ini berapa kerat je yg betul2 cakna. Yg lain pi mana? Busy dgn assignment
barangkali.. Tak pe, diorang kan tak nak mensia-siakan duit yg diberi pinjaman
oleh kerajaan tu kan.. Semoga mereka berjaya grad dengan cemerlangnya. Amin…. Itu
golongan yg pertama. Kemudian ada lg satu golongan, suka cakna juga dgn isu
semasa. Bagus. Tapi sayang seribu kali sayang mereka ini sibuk duk membincangkan
isu2 remeh, isu2 picisan, isu2 hingusan, isu2 teknikal yg tak ada benefit untuk
masa depan umat dan negara langsung. Kalau di fb, memang merekalah yg
terkehadapan, merekalah yg paling lantang bersuara tp bila diamati betul2 isu
yg dibawa itu, org hanya akan berkata, “Nak cari publisiti murahan la tu.” Isu kecil
suka dibesarkan sampai bertelagah bermasam muka, walhal impaknya sangat
sedikit. Lama –kelamaan senyap begitu saja. Huh, banyak kan masa mereka sebab
tu agaknya suka dibuang macam tu saja. Bukan berniat nak membakulsampahkan isu2
remeh sebegini, come on, banyak lagi isu besar yg boleh kita bahaskan, isu yg menuntut
perhatian kita. Sedar atau tidak, kita sudah terlalu lama membuang masa!
Datang pula golongan yg ketiga. Mereka
ini adalah golongan yg cakna juga pada isu semasa, bukan isu kampus shj malah isu2
negara sudah berada dlm tangan mereka. Isu2 murahan bukan lagi dalam pemerhatian
mereka bahkan ada isu yg lbh besar yg perlu mereka bicarakan. Mereka berfikir,
merancang dan bertindak untuk melakukan perubahan. Bukan nak kata golongan
terakhir ni hebat sangat di kampus tu tapi mereka inilah pencorak suasana dan
pemikiran masyarakat di kampus itu sebenarnya. Org akan berkata mereka inilah
yg banyak buang masa, buang duit kerajaan, buat perkara sia-sia demo sana sini
tapi hakikatnya golongan inilah yg berjaya mencapai matlamat falsafah
pendidikan negara.
"Pendidikan di Malaysia
adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
Nah, ambik. Cikgu bagi FPN lagi.
So, nk jd golongan yg mana? Renung2kan
dan selamat beramal!
Bangkit dari selimut selesamu
itu!
Kalau statement di atas hendak dinafikan,
terpulang… Barangkali boleh menafikan statement ini juga, “Pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara.” Nampak tak kuatnya relationship anak muda dgn
masa depan negara? Anak muda tu siapa? Kita la wei! Mahasiswa pun anak muda jg.
Kalau mahasiswa pun mandom, tak yah gebang la nak negara maju setanding negara
kelas pertama bla…bla…bla. Bg yg tak merasakan alam kampus tu penting, harus
ubah mindset dari sekarang. Alam kampus bukan alam bunian atau alam fantasi, tp
medan mempersiapkan diri supaya dah grad nanti dpt jd kakitangan kerajaan
rakyat yg blh memberi sumbangan kepada negara kelak. Pointer bukan nilaian
seseorang itu akan berjaya atau tak pada masa akan datang, tapi sejauh mana dia
boleh memberi sumbangan dari ilmu yg dikutip masa belajar dulu untuk membantu
agama, masyarakat dan negara.
Iktibar daripada katak
Seekor katak diletakkan di dalam
belanga yang airnya pada paras suhu biasa. Dalam keadaan ini, katak tidak
merasakan dirinya terancam dan hanya kekal diam di dalam air itu. Kemudian,
suhu air dinaikkan sedikit. Katak kelihatan selesa dan semakin khayal setelah
air dipanaskan secara perlahan. Air itu terus dipanaskan sedikit demi sedikit
hingga mendidih, akhirnya katak tidak lagi berupaya menyelamatkan diri seperti
dalam eksperimen pertama. Katak mati direbus!
Belajarlah untuk keluar dari
comfort zone. Jgn jd mcm katak. Jangan terhantuk baru tengadah. Jangan tercuit
sikit sudah melatah.
Salam muhasabah.
Notakaki: entry ini adalah
pandangan peribadi penulis sendiri, ada sikit kena mengena dgn yg hidup, kalau
terasa maksudnya masih ada iman di dada. Peace!!! (^_^)V
0 BICARA ANDA:
Post a Comment