BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 19, 2009

TUGASAN MANA LEBIH PENTING???

Salam buat semua...


Hmm,,,hari ni banyak masa dihabiskan untuk berkemas-kemas. Tak sampai 48 jam lg, aku akan meninggalkan maktab terchenta ini untuk menghabiskan cuti dua bulan bersama keluarga di kampung. Sambil2 tu, sempat juga membuat blog tour di blog kawan2. Rata2 menulis ttg cuti dan tak kurang juga memberi ucapan selamat maju jaya dlm peperiksaan SPM yg bermula semalam lg. Adikku juga menduduki SPM. Harapanku moga ALLAH mempermudah urusan Angah dan rakan2nya (yg kukenal Fidah, Sal, Farah, Izzaty)menjawab soalan. Amin...


Cuti dua bulan ini tidak mungkin berlalu begitu saja kerana kami dah dibekali assignment dan ada juga lecturer yang bakal 'mengirim' tugasan cuti terancang melalui emel. Harap2 dengan adanya 'bekalan2' dapat mengurangkan sedikit masa student untuk melakukan perkara2 lagha(berdating, menonton movie, melepak2..hehe..) dan meluangkan lebih banyak masa di rumah. Mungkin dapat tolong mak ayah apa yg patut. Pahala dapat, dosa pun dapat dihindari.

Namun, ada satu lagi tugasan yg sangat penting untuk cuti ni. Tugasan untuk menjaga iman dan nafsu. Tugasan yg aku kira paling mencabar untuk dilaksanakan. Menjaga nafsu pada aku sama pentingnya dengan menjaga iman. Aku beri analogi yg mudah. Bayangkan HATI kita adalah sebuah negara yang di dalam terdapat dua buah negeri iaitu IMAN dan NAFSU. MANUSIA ialah pemerintah kepada negeri2 tersebut.Kedua-dua buah 'negeri' ini saling berlumba untuk meluaskan jajahan masing2. Negeri2 ini dibahagikan oleh satu sempadan. Negeri yang mempunyai jajahan yg lebih luas akan berhak menguasai dan menentukan corak pemerintahan negara. Pemerintah negara akan tunduk kepada negeri yang lebih kuat.

Jika IMAN lebih kuat drpd NAFSU, maka negara akan sentiasa berada dalam keadaan aman, damai, makmur dan sentosa. Andai kata, NAFSU pula lebih kuat, maka negara menjadi kucar kacir, tidak aman, dan huru hara. Dalam usaha mempertahankan dan meluaskan jajahan negeri IMAN, IBADAH(solat,mutabaah dsb) bertindak sebagai tentera. Jika tentera tidak diberi penekanan(latihan, perhatian, dsb) yang sewajarnya, maka usaha mempertahankan IMAN sangat sukar dilaksanakan. Ini akan memberi peluang kepada NAFSU untuk menguasai negeri IMAN kerana NAFSU selalunya diberi pertolongan hebat oleh pihak yang bernama SYAITAN.

Secara konseptualnya, ibadah merupakan elemen yg penting dalam menjaga iman. Ibadah bukan setakat menunaikan solat malah lebih dari itu. Membaca al-quran, berzikir, beristighfar, qiyamullail juga dikira ibadah. Namun, kadangkala melakukan perkara2 sunat begini lebih sukar kerana mentaliti masyarakat Islam zaman sekarang ialah menunaikan yg wajib sudah mencukupi. Tetapi mereka tidak sedar bahawa ibadah wajib yang dilakukan belum tentu sempurna dan diterima ALLAH. Jadi, ibadah2 sunat inilah yang membantu menampung apa yang kurang. Benar, bangun tahajud di tengah malam bukan perkara yg mudah bg yg belum pernah melakukannya tetapi percayalah jika sekali melakukannya hati dan jiwa akan tenang sepanjang hari.
Wahai orang yang berselimut(Muhammad)! Bangunlah (untuk solat) pada malam hari kecuali sebahagian kecil, (iaitu) separuhnya atau kurang sedikit daripada itu, Atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu. Sesungguhnya, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan bacaan (di waktu itu) lebih berkesan. (73:1-6)
Benar juga, menghabiskan satu juzuk 4 juzuk al-Quran dalam masa seminggu bukan senang apatah lagi bagi mereka yg membaca al-Quran pun jarang2 tetapi jika tidak dimulakan usahanya maka jangan katakan 4 juzuk seminggu, 30 juzuk setahun pun belum tentu boleh dilakukan. Setiap seribu langkah itu kan dimulakan dengan langkah yg pertama.. :-)

NAFSU pula sangat senang meluaskan pengaruhnya kerana SYAITAN itu ada di mana2 utk menyesatkan anak Adam. Dalam al-Quran, perkataan nafsu ditujukan kepada golongan fasiq, yahudi nasrani, dsb termasuk juga orang yg beriman. Di sini, dinyatakan firman ALLAH kepada orang beriman berkaitan nafsu.
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (an-nisa :135)
Nafsu itu ada peringkatnya iaitu nafsu amarah, nafsu lawwamah, dan nafsu mutmainnah serta beberapa lagi yg tdk dpt dinyatakan di sini. Nafsu amarah adalah nafsu yg tunduk kepada syaitan dan nafsu syahwat. Nafsu ini merupakan tahap terendah dalam kehidupan manusia. Manusia yg dirinya dipenuhi nafsu ini tidak peka dengan kesalahan dan dosa2 yg tlh dilakukan. Melakukan maksiat dan kemungkaran adalah perkara biasa bagi mereka. Ini adalah akibat daripada hati yang tidak terisi dgn ilmu, akal tidak berfikir secara bijaksana. Nafsu lawwamah pula nafsu tercela akibat kelalaian tuannya menunaikan perintah ALLAH. Rasanya, ramai orang yang memiliki nafsu seperti ini. Mereka mudah menyesali kesilapan mereka dan berniat untuk kembali ke pangkal jalan. Mereka juga mudah menerima teguran orang lain dan mudah membaiki kesilapan diri. Sebagai contoh, mereka berdating dengan pasangan couple mereka lalu berlakulah beberapa perkara yg tidak elok, kemudian mereka sedar mereka telah melakukan zina mata,hati, tangan, jari dsb. Mereka bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Mereka yg memiliki nafsu ini juga selalu memikirkan baik buruk sesuatu perkara, halal haram, dosa pahala terhadap sesuatu tindakan. Walau apapun, ini lebih baik drpd mereka yg mempunyai nafsu amarah. Walaupun ada nafsu yg baik seperti nafsu mutmainnah tetapi hanya segelintir manusia sahaja yg mampu mencapainya. Mereka yg hatinya sentiasa mengingati ALLAH dalam senang mahupun susah, reda dengan ketentuan ALLAH, maka layaklah memiliki nafsu ini. Justeru, doakanlah moga2 kita tergolong dalam golongan ini. Amin...

Antara iman dan nafsu, kedua2nya merebut peluang untuk merajai hati manusia. Jika manusia gagal mengawal iman mereka, maka mereka akan didorong oleh nafsu untuk melakukan sesuatu kemungkaran. Oleh itu, sangatlah penting bagi kita untuk sentiasa men'top up' dan meng'upgrade' iman dengan wang 'amal ibadah' supaya nafsu kita dapat dikekang. Berusaha untuk melakukan pembaharuan dalam diri kita ke arah yg lebih baik. Tinggalkan perkara2 maksiat biarpun sekadar yang ringan kerana yang besar itu bermula dengan sesuatu yang kecil.

Rakan2 sekalian, ambillah peluang masa cuti ini untuk muhasabah diri kita kembali apa yg telah kita lakukan sepanjang satu semester berada di maktab ini. Adakah kita telah dapat apa yang kita cari atau kita telah siakan banyak peluang yang sepatutnya kita perolehi?Masih belum teerlambat untuk kita memperbaiki diri kita bagi menghadapi semester depan kerana pastinya lebih banyak cabaran yg menanti di hadapan sana. Hanya dengan imanlah yang menentukan jatuh bangunnya kita umat Islam.


Akhir kalam, jaga diri, jaga iman...Bawalah ALLAH dalam hatimu selalu.



SELAMAT BERCUTI!!!



feetnote: Syukran ukhti Syikin, ukhti Aini, ukhti Arma, dan semua yg x pernah melupakan aku malam hari. Uhibbukifillah abadan abada...

0 BICARA ANDA: