BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 11, 2010

*orang biasa yang luarbiasa*

Berada seorang diri memang benar membuatkan kita bosan dan hilang arah. Tidak ada sesiapa pun yang mahu melayari hidup berseorangan. Sebab itulah fitrah manusia yang ingin sentiasa berteman.



Malam ini saya keseorangan di bilik dek 'ditinggalkan' roomate yang berkunjung ke Giant. Mood untuk keluar tak mengunjungi saya tatkala teringat beberapa keping not hijau yang sudah dileburkan sejak beberapa hari lalu ditambah pula dengan persiapan keberangkatan pulang yang masih ala kadar. Hati sejujurnya telah terbang ke kampung halaman, cuma jasad masih tersadai di lembah Ulu Kinta ini bersama rindu yang membuak-buak untuk mencium tangan ibu dan abah serta mengucup mesra pipi si comel Izzul Haziq.


Hambatan masa untuk mengemas membawa saya mengurung diri di dalam bilik berseorangan. Sambil2 itu diri sempat menyertai 'lawatan' ke blog2 sahabat yang baru diupdate. Antara blog yang menarik perhatian saya ialah blog sahabat usrah saya, Tuan Nurul Atikah. Entry beliau adalah mengenai Bulan Penghayatan Solat yang dilaksanakan oleh lajnah beliau, Lajnah Tarbiah.
Ini telah mengingatkan saya kepada pertandingan buku skrap yang saya sertai sempena festival tersebut. Sehingga kini tidak ada sebarang tanda menunjukkan ada usaha untuk menyiapkan buku skrap tersebut padahal ahli kumpulan telah dipilih dan tajuk telah diberikan. Itulah, bila terlalu memberi konsentrasi kepada hal2 duniawi, hal2 ukhrawi begini diletakkan di tepi. Walau bagaimanapun, sedikit inisiatif telah saya ambil dengan mencari maklumat berkaitan tajuk yang diundi iaitu, Solat Dhuha. Usaha bersama rakan2 adalah mengubah informasi atas drawing block. Perkara yang mudah tapi kalau selalu dilengah-lengahkan akan menjadi susah akhirnya.


Usaha lajnah mewujudkan pertandingan sebegini wajar diberi pujian. Biarpun nampak enteng tapi impaknya sangat besar terhadap pembangunan sahsiah dan rohani pelajar. Seperti kata Ustaz Zakaria, "Bila buat pertandingan begini, hasilnya lebih mudah kita nampak dan boleh dimanfaatkan oleh orang lain." Saya setuju sekali dengan kata2 ustaz. Dan semoga dengan semangat yang ada pada saya dan rakan2, harapannya dapatlah usaha kami membuahkan hasil yang bukan saja memberi manfaat kepada kami malah pelatih2 lain.


Ramai antara kita kurang sedar akan potensi diri kita yang mungkin bermanfaat kepada insan lain yang tidak memiliki potensi tersebut. Ini mungkin kerana kita sentiasa pesimis dengan menyandarkan diri kita dengan begitu banyak kelemahan sehingga kelemahan itu menutup mata hati kita untuk menggali potensi dan kelebihan yang ada pada kita. Kadangkala kita terlalu melihat kesempurnaan orang lain sehingga menenggelamkan kesempurnaan kita sendiri. Benar, kita adalah hamba yang lemah tetapi ingatlah, Allah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Jangan jadikan rasa lemah itu sebagai penghalang untuk kita memberi manfaat kepada orang lain yang memerlukannya daripada kita. Seharusnya, setiap dari kita merasakan diri kita adalah istimewa dan sentiasa boleh melakukan yang terbaik dengan bimbingan hidayah daripada Allah. Sentiasa yakin bahawa setiap dari kita yang menghirup udara di bumi ALLAH ini telah dipertanggungjawabkan dengan peranan masing2, cumanya antara sedar atau tidak sahaja peranan apakah yang harus kita mainkan. Kalau kita tidak memuhasabahkan diri, maka kita sendiri tidak akan tahu apakah tujuan kita hidup di dunia ini. Jadi, haruslah sentiasa mengembalikan diri kepada asal kita iaitu Allah supaya kita dekat denganNya lalu kita tahu, faham, dan mengerti apakah tanggungjawab kita padanya. Dan rajinlah bertanya kepada diri sendiri, "Mengapakah aku diciptakan oleh ALLAH? Adakah untuk hidup saja2 di muka bumi ini? Adakah hanya untuk tidur, makan kemudian pergi kelas?" Kemudian, tentu kita akan berfikir jalan mana sebenarnya yang harus kita ikut dan apa sebenarnya yang harus kita perbuat dalam hidup ini dalam cita-cita kita menuju syurga abadi.

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu." surah az-Zariyat ayat 56.
Maka tentunya Allah menciptakan kita bersebab. Sebab utama adalah untuk beribadah kepadaNya. Untuk mencari redhaNya. Namun tidak terbatas kepada satu2 amal sahaja. Mencari redha Allah boleh dalam pelbagai cara asalkan kena dengan hukum dan syariatnya. Lalu kitalah yang menentukan sendiri apa yang kita cari kerana secara dasarnya hidup kita ini mempunyai satu matlamat; syurga atau neraka? Mana satu pilihan hati? Kita tentukan....
footnote: orang yg berjaya adalah orang biasa yang berusaha secara luar biasa...

1 BICARA ANDA:

Iera Roslan said...

Salam fatinnur..awk ade bl0g jg rupenye..add @ f0ll0wla bl0g shirah k? http://nurshahirahroslan.blogspot.com
=)