BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 31, 2010

Berapa harga pengalaman ni???

Pernahkah ketika anda ke pasar, anda bertanya kepada pak cik penjual sayur begini, "Pak cik, berapakah harga pengalaman pak cik berniaga sayur ni?" Pernah? Kalau jawapan anda ya, mungkin andalah orang pertama yang bertanyakan soalan luar alam begini. Tapi jangan pelik kalau ada orang bertanya anda sedemikian. Kalau anda tanya saya pun, saya takkan kata anda gila.Ya, pengalaman ada harganya juga. Tapi itulah, kalaupun letak nilai pada pengalaman, sampai bila2 takkan sama dengan nilainya sebuah Lamborghini mahupun rumah banglo lima tingkat dengan swimming pool 5 buah. Sebab apa? Sebab, pengalaman itu tak ternilai harganya. Kalau lah pengalaman itu boleh berkata-kata, bisa saja dia cakap begini, "Kerana diriku begitu berharga." Ececeh, pesanan penaja pulak...Betul, tidakkah anda sedar pengalaman itu memang berharga? Pengalaman berharga sebab semua orang akan merasai pengalaman yang berbeza-beza walaupun melakukan perkara yang sama. Pengalaman tak boleh dibeli di mana2 kedai borong mahupun kedai bundle dan reject shop. Pengalaman tak boleh dijumpai di tepi longkang begitu saja. Tapi pengalaman itu perlu dicari. Mungkin kadang2 ada juga pengalaman yang tidak kita cari tapi datang dengan sendiri. Contohnya, pengalaman diragut mat rempit...eh silap, samseng jalanan...Haa, bukannya kita minta untuk diragut kan? Tapi bila pengalaman itu datang sendiri pada kita, dapat juga la kita merasanya macam mana kena ragut dan lepas tu baru la belajar macam mana nak elakkan drpd diragut. Pengalaman ni macam cikgu la jugak kan? Mengajar kita tanpa kita sedar. Benar, bukan perkara dalam hidup kita ni akan diajar oleh ibu bapa dan guru semata-mata. Apabila dapat satu pengalaman baru, maka dapat lagi 'guru' baru. Tak ke untung namanya tu. Lagi banyak pengalaman kita dapat, maka lagi banyak keuntungan yang kita raih. Sebab itulah kalau nak temuduga kerja misalnya, mesti dia akan tanya dulu sama kita ni ada pengalaman bekerja atau tak. Kalau tak ada, mungkin tidak mengapa sebab itu boleh jadi pengalaman pertama. Kalau ada banyak pengalaman, kira bonus la tu...Tak rugi kumpul pengalaman banyak2, sekali pun cukuplah, sekurang-kurangnya dapat la juga merasa kan? Tapi jangan la pulak kutip pengalaman dari perkara yang tak sepatutnya. Contohnya, "Saya bangga sebab saya ada pengalaman meniru assignment kawan." Ni contoh aje...Haa, banyak perkara baik yang kita boleh jadikan pengalaman cuma terpulang sama ada nak mencuba atau tak sebab selera itu ada di dada kita masing2. Tepuk la untuk tanya bagaimana.

Hari Jumaat lepas, saya dapat satu pengalaman baru. Tak baru juga la sebenarnya, mungkin pengalaman kedua atau ketiga tetapi di tempat yang berbeza dengan suasana yang berbeza. Kira baru la tu di IPG ni. Bukan saya saja tau yang dapat pengalaman baru tapi kawan2 saya juga. J5 bertugas untuk mengendalikan perhimpuan mingguan. Pertama kali kami semua turun perhimpunan awal, 7.15. Matahari pun tak nampak batang hidung lagi. Eh, sejak bila matahari ada batang hidung? Ni, personifikasi la..Saya jadi Pengacara majlis tau..Hehe...

Sehari sebelum:

P.K.U. merangkap adik kesayangan saya bagi skrip perhimpunan kpd saya. Petang tu jugak kami ke staff room untuk cari KJ Pengajian Melayu. Dr. Shsharuddin Shaari sudi untuk berucap pd perhimpunan esok pagi. Malamnya kami ada short meeting dgn Saudara Syed Fadzroul dan Kak Syaq. Waktu tu jugak la saya kena berlatih dengan depan Kak selepas skrip diedit sikit. Komen Kak Syaq:

Bagus, bakat tu ada cuma kena gilap lagi...(wah, waktu tu saya dah tersenyum malu2 arnab). Kak Syaq pun ada tanya sama ada saya join kursus pengacaraan atau tidak. Kata saya, pada awalnya ya tapi disebabkan saya ada komitmen dengan program lain maka saya serahkan pada classmate saya, Cik Intan(saya tak rasa menyesal pun, saya bukan la teringin sgt nak jadi pengacara, spt saya cakap tadi, nak cari pengalaman aje...) Balik saja di bilik, beberapa orang classmate saya yang kebetulan ada di situ terpaksa menadah telinga mendengar saya berlatih. Nasib korang la tapi saya seronok sebab mereka itu sangat supportive especially my roomate and my PKU la...
[sound check2..123]
Hari kejadian:
Editting dibuat lagi dengan penambahan beberapa perkara. Walaupun mula2 tu ada sikit misunderstand tapi Alhamdulillah dapat diselesaikan dgn baik. Masa mula2 naik rostrum tu, ALLAH saja yang tahu perasaan saya waktu tu. Nak kata 100% nervous pun tak juga tapi more kpd takut la. Dulu masa di sekolah teks ucapan dalam bahasa Inggeris (berlagak la tu, astaghfirullah) dan lebih ringkas. Kalau dalam bahasa Melayu ni, nak kena pula jaga ke'baku'annya. Tengah2 perhimpunan tu, Encik Deva pula panggil minta buat pengumuman dan Timbalan Pengarah pun tiba2 muncul. Paling tak boleh lupa, macam mana saya boleh tersalah sebut nama ayah KJ Pengajian Melayu, Dr. Shsharuddin. Shaari dikatanya Salleh padahal dalam notebook saya pun tertulis Shaari. Mujurlah Tuan Haji Isa (yg pakai baju hijau tu) tegur. Apalah saya ni, buat malu saja kan? Lepas perhimpunan saya telah memohon maaf kepada Dr. Shsharuddin atas kekhilafan saya. Fuh, lega!
Menjadi pengacara majlis bukan sekadar berdiri di depan orang ramai lalu berucap tapi apa yang penting ada insan2 yang memberi penghargaan kpd saya yang membuat saya jadi terharu. Kata mereka:
Saudara Prabu (sebelum perhimpunan): Eh, kamu bukan pakai speck ke? Nampak ke ni nak baca skrip?- hehe..see, tak sangka inche Prabu tu sedar kewujudan saya kat maktab ni padahal saya cakap pun tak pernah dengan dia.
Saudara Prabu lagi (selepas perhimpunan): Terima kasih ye jadi MC.
Saudara Rafifi pun ucap terima kasih juga.
Kak Ain: Bagus2...
Timb. Exco Protokol: Walaupun ada salah sikit tapi OK la tu.
Ainul: Lain la kak
Abang Firdaus (bertembung di staff room): Bagus2...
Waktu dapat penghargaan rasa macam terapung-apung di awan aje. Saya bukan la mengharapkan pujian daripada sesiapapun kerana segala puji-pujian itu hanyalah untuk ALLAH. Cumanya bila ada ada insan2 yang menghargai usaha saya, itulah momentum untuk saya buat lebih baik lagi. Pengalaman dan penghargaan: perkara yang berbeza tapi kedua-duanya memberi erti hidup. Kedua-dua bukannya nilai RM10. Kalau lah boleh dijual, tentu saja saya akan melayangkan cek untuk membelinya daripada anda? Boleh?


footnote: bersyukur dengan kepada ALLAH kerana Dia masih memberi peluang kpd kita merasai bermacam2 perkara di dunia ini. Lantas nikmat Tuhan yang manakah mahu kamu dustakan?

Sunday, January 24, 2010

~Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris~

Pemansuhan PPSMI tidak bermakna Kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris. Sebaliknya, penguasaan bahasa Inggeris pelajar akan dipertingkatkan dengan beberapa langkah menambahbaik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Kenyataan ini telah disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika membuat pengumuman mengenai strategi “Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” (MBMMBI) baru-baru ini.
Ini termasuklah menambah bilangan guru bahasa Inggeris, menambah waktu belajar bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan, memperkenalkan program sastera kontemporari kanak-kanak untuk mengukuhkan asas penguasaan bahasa Inggeris di peringkat umur yang awal, memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, menekankan komponen tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dan mendedahkan pelajar dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.
Pihak Kementerian juga telah bersetuju untuk mewujudkan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Inggeris khusus untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris. Kementerian juga secara dasarnya telah bersetuju untuk menempatkan guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru yang akan diambil dari luar negara di kawasan luar bandar bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar luar bandar. Insentif khusus akan diberikan kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia untuk berkhidmat di luar bandar. Jawatan pembantu guru bahasa Inggeris juga akan diwujudkan bagi kelas besar, seperti kelas yang melebihi 35 orang murid, untuk meningkatkan “contact-time” antara guru dan murid. Dengan mewujudkan jawatan guru pembantu bahasa Inggeris ini, tumpuan yang lebih boleh diberikan kepada pelajar-pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris. Mereka ini boleh dibimbing secara lebih dekat untuk membolehkan mereka menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik.
Dengan melakukan penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, disertai dengan komitmen para guru untuk menggunakan kaedah terbaik dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, Kerajaan menaruh keyakinan bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita akan meningkat. Untuk mencapai matlamat ini, warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda untuk menterjemahkan dasar dan strategi pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan. Kita sesungguhnya tidak mempunyai banyak masa untuk mencapai matlamat penting ini. Keupayaan negara untuk melahirkan modal insan yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan kompeten terletak di bahu warga pendidik.
Pemantapan penguasaan bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan penguasaan bahasa Malaysia. Untuk tujuan ini, Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia di kalangan pelajar melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penekanan juga akan diberikan kepada penghayatan dan apresiasi kesusasteraan Melayu bagi pelajar di peringkat sekolah menengah.
Keputusan mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan juga merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkukuh dan memartabatkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan negara. Dengan pelaksanaan keputusan ini komponen Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di Tahap 1 sekolah kebangsaan meningkat daripada 60 peratus kepada 75.6 peratus, manakala di Tahap 2 meningkat daripada 60 peratus kepada 80 peratus. Peningkatan yang sama juga berlaku di peringkat sekolah menengah.
Melihat ke hadapan, dasar “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita. Kementerian Pelajaran pada ketika ini sedang melakukan persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012 nanti. Satu pendekatan soft-landing akan diambil untuk memastikan pencapaian pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas.
Pihak Kementerian juga telah membentuk enam Jawatankuasa Kecil sebagai persiapan untuk melaksanakan dasar baru ini. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, lojistik, personel dan penerangan. InsyaAllah, berkat kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh warga pendidik dalam menjayakan dasar baru ini, kita akan dapat mencapai matlamat menambahbaik kualiti pendidikan di negara kita secara berterusan demi kepentingan masa depan negara.
footnote: artikel dipetik drpd http://www.mudahbelajar.com/?p=325

Saturday, January 23, 2010

.:PETUA BERSAHABAT:.


Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah S.A.W.) kepada anaknya:

Pertama:
~Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua:
~Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga:
~Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat:
~Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima:
~Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat, kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.




footnote: artikel dipetik drpd Islamic Compass, Pusat Islam Kolej Matrikulasi Kedah 08/09

RP's Presentation

Buat pertama kali untuk sem 2 ni...
J5 mempersembahkan kepada anda....
~RECEIVED PRONUNCIATION~

[grup Che, Muhey n Syafiq]


[grup Yuha, Niwah n Ling]

[grup Syai, Intan, Ema n Ain]


[grup saya, Piya,Pah n Wani]


[cantik kan? kan?]



footnote: tima kasih kawan2 utk presentation yg sgt menarik+menghiburkan.Sayang korang!

~belum cuba belum tau~

Suatu pagi yang indah di bumi IPIP....

En. Sharifudin: gerko cikgu2 hoki ye...dgn saya...
J5: ha! hoki????ala...nak tenis...
J5: hoki? tak larat dah aku nak main. Jemu...
J5: ala..aku tak pernah main seumur hidup...macam mana ni?

Inilah sebahagian drpd reaksi kami bila mula2 dapat tahu GERKO kami utk sem 2 ni adalah HOKI. Diulang ye, H.O.K.I! Rata2 antara kami ramai yg tak pernah main hoki apatah lagi pegang kayu hoki. Mula2 macam tak ikhlas juga nak main, maklumlah lain yg diharap, lain pula yg dapat tp mujurlah En. Sharifudin jd penyelamat. Untuk pengetahuan semua, En. Sharifudin adalah penasihat GERKO kami utk sem 1. Beliau mudah dibawa berbincang dan sgt memahami malah sporting pula. Maka kami tetap gembira bertemu lg dgn beliau.

[masing2 turun ke pdg, ambil side masing2]

Banyak perkara yg kami belajar antaranya:
~cara nak pegang kayu hoki
~cara nak tolak bola hoki
~cara nak tampan bola
~cara nak pukul bola
[my roomate sdg menunjukkan skillnye sbg pemain baru belajar]



[bila 2 roomate bertemu di padang]


[ainul dan tok gurunya;che wan]


[Perlawanan 4 sebelah: minta maaf ye En. Sharifudin, kami main tak ikut rule tp ikut suka hati]


[main ramai2, simpan dua2 je??]


Tak kenal maka tak cinta. Begitu kata orang. Kata kami???
BELUM CUBA BELUM TAU. DAH CUBA BARU TAU! Tak susah mana sebenarnya main hoki. Kalau kita buat jadi mudah, maka mudahlah...Anggap la utk suka2, at least dpt jugk ilmu baru kan...



footnote: dialog di atas adalah rekaan minda saya saja...tak ada kena mengena dgn orang lain kecuali budak2 J5 saja...LOL

Wednesday, January 20, 2010

SAFAR kembali menjenguk kita...

Bulan Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka.
Peristiwa penting bulan Safar

~Perkahwinan Baginda saw dengan Khadijah binti Khuwailid r.a, ianya berlaku sebelum Nabi saw dilantik menjadi Rasul.
~Kebenaran berperang (2 Hijrah), peperangan pertama yang dihadiri oleh Rasulullah saw adalah 'Wudan' atau 'Abwak' bagi menentang kekufuran.
~Tragedi Ar-Raji', berlaku pada tahun ketiga Hijriyah (pendapat lain, 4 Hijriyah). Seramai tujuh orang sahabat Baginda saw diutus untuk mengajar agama Islam kepada kaum 'Udal dan Al-Qarah, tetapi mereka telah mengkhianati perutusan tersebut dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan yang bernama Ar-Raji' di daerah 'Usfan (kawasan di antara Mekah dan Madinah).
~Di antara yang menyertai perutusan itu Khubaib bin 'Adiy, Marthad bin Abi Marthad Al Ghanawiy, 'Asim bin Thabit dan Zaid bin ad-Dathanah.
~Kesemua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib bin 'Adiy yang dibawa ke Mekah dan dibunuh di sana. Beliau merupakan orang yang pertama menunaikan dua raka'at sunat sebelum dibunuh yang kemudiannya menjadi ikutan sunnah.
~Peperangan Bi'ru Ma'unah (4 Hijrah), di bawah pimpinan Al-Munzir bin 'Amr As Sa'idiy yang ditugaskan untuk berda'wah dan mengajar tentang agama Islam dan Al-Quran kepada Bani 'Amir disertai oleh 40 orang sahabat Baginda s.a.w.
~Pembukaan Khaibar (kubu orang Yahudi) pada tahun ketujuh Hijriyah, disertai juga oleh 20 orang sahabat wanita di antaranya Ummu Salamah, Safiyah binti Abd. Mutallib dan Ummu Aiman. Seramai 15 orang sahabat gugur syahid manakala di pihak Yahudi pula seramai 73 orang mati terbunuh. Orang Yahudi pada mulaannya merasakan bahawa mereka tidak boleh ditewaskan kerana keteguhan kubu, jumlah alat kelengkapan senjata dan bilangan mereka yang ramai.
~Peperangan Maraj Rahit pada tahun ke-13 Hijriyah di pinggiran bandar Damsyik, Syria di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid.
~Pelantikan 'Abd. Rahman Al Ghafiqiy sebagai Gabenor Andalusia pada tahun 113 Hijrah.
~Kewafatan panglima Islam Salahuddin Al-Ayyubiy pada 27 Safar 589 Hijrah.
~Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah yanb berpusat di Baghdad ke tangan Tatar pada tahun 656 Hijriyah. Khalifah 'Abbasiah, Al-Mu'tasim Billah, terbunuh beserta ahli keluarganya, orang-orang kenamaan negara dan ratusan ribu orang Islam. Beribu-ribu kitab Islam musnah.
Amalan sunat di bulan Safar
Amalan-amalan sunat di bulan Safar adalah sama seperti amalan-amalan sunat di bulan-bulan lain. Tiada amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan Safar yang menjadi amalan Rasulullah saw ataupun para sahabat mahupun salafus-soleh.
Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan baik dari hari ke hari tanpa mengira apa jua bulan dalam taqwim.

Tingkatkan mutu amalan-amalan fardhu dan tambah amalan-amalan sunat pada setiap masa seperti yang disarankan oleh Islam tidak kira di dalam bulan mana sekalipun.
Yang penting adalah niat yang disertakan keikhlasan.
Kepercayaan dan amalan-amalan Khurafat

Walaupun sudah semakin kurang namun masih ada segelintir di kalangan masyarakat kita yang masih berpegang dengan kepercayaan dan amalan-amalan karut datuk nenek moyang kita yang entah dari mana asasnya.
Di antara kepercayaan dan amalan-amalan karut yang berlaku dan ada kaitan dengan bulan Safar itu ialah;
# Rabu terakhir adalah hari malang
# Biawak petanda celaka
# Burung hantu petanda kemudharatan
# Burung gagak petanda kematian
# Bulan Safar adalah bulan bala
# Kononnya untuk mengelakkan petanda-petanda buruk ini dari berlaku maka disunatkan mandi Safar, berpuasa dan membuat kenduri tolak bala khas di bulan Safar. Kepercayaan dan amalan-amalan di atas tadi adalah khurafat kerana tiada asas ataupun sumber rujukan dari mana asalnya.

Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:

"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''
Adapun ada hadith-hadith yang mengatakan tentang perkara-perkara tersebut adalah ditolak kerana ia adalah hadis palsu yang sengaja direka-reka dan sudah dinafikan oleh satu hadith shahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Maksudnya: Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa.

Maka hukum berpegang dengan kepercayaan karut adalah ditolak. Jika ia berkaitan atau menyalahi akidah maka ia boleh membawa kepada syirik dan merosakkan iman. Apabila iman sudah rosak, maka ia akan mempengaruhi amalan maka amalan juga tidak akan diterima oleh Allah subhanahu wa ta'ala.
Beramal dengan perkara-perkara tersebut juga adalah ditolak kerana ia adalah bid'ah dhalalah. Maka beramal dengan perkara-perkara bid'ah dhalalah adalah haram hukumnya. Dan ada banyak lagi kepercayaan dan amalan-amalan yang karut berkaitan dengan bulan Safar ini mengikut kawasan-kawasan dan kaum-kaum tertentu.

Saturday, January 16, 2010

GuRu TaNpA sUaRa

Manusia tak bisa meramal apa yg akan berlaku pd masa akan datang begitu juga sesaat yg akan tiba kerana hanya ALLAH yg Maha Mengetahui apa yg ada di langit dan di bumi. Manusia tidak akan tahu bila dia akan diuji oleh ALLAH dan sesukar manakah ujian tersebut. Tidak ada satu manusiapun yg akan terlepas dr ujian ALLAH.

Namun apa yg pasti ALLAH tidak akan membebani hambaNya dengan perkara yg mereka tidak sanggupi. Segala ujian yg ditimpakan setimpal dengan daya kekuatan kita sebagai hamba ciptaanNya.

Ramai menganggap ujian itu sesuatu yg pahit, penuh dgn kesakitan, kegetiran, kepayahan dan segala macam kesukaran. Tapi berapa ramai yg merasai betapa manisnya sebuah ujian itu jika dihadapi dengan sabar, redha dan tawakkal kepada ALLAH. Mengapa harus melihat ujian dari sudut yg negatif tanpa memikirkan mengapakah ALLAH menurunkan ujian tersebut kpd kita. Ujian yg ditimpakan kpd kita apalah sangat jika dibanding dengan ujian kpd Rasulullah dan para sahabat. Dan lihat kemanisan di sebalik ujian itu adalah,Islam berkembang sehingga ke hari ini.

Ujian ditimpakan untuk mengukur tahap keimanan. Analogi mudah yg saya beri sama ketika kita menduduki peperiksaan.

Peperiksaan=ujian ALLAH

Persiapan/bekalan: ilmu pengetahuan=sabar=redha

Kayu ukur: keputusan cemerlang=ketinggian iman

Setiap peperiksaan perlunya persediaan yg rapi yakni ilmu yg cukup dan pengetahuan yg luas. Jikalau ilmu kurang, manakan dapat mengecapi kejayaan yg cemerlang. Jikalau ilmu yg banyak, pengetahuan pula luas, maka InsyaALLAH dengan izinNya kejayaan berada di genggaman, tak perlu dikhuatirkan. Sama juga dengan konsep ujian ALLAH ini. Anggap saja sabar dan redha itu sebagai persediaan kita menghadapi dan mengharungi ujian ALLAH untuk menentukan tahap keimanan kita kepadaNya. Kalau ditimpa ujian sedikit sudah mengalah lagi berputus asa, maka ukur sendiri setinggi manakah keimanan kita. Jikalau setiap ujian dihadapi dengan kesabaran yg tiada batasan maka InsyaALLAH kita sedang merasai kelazatannya ilmu sebuah guru yg bernama ujian, tidak bercakap tapi sangat mengajar dan mendidik. Ujian itu kan tarbiyah ALLAH. Tarbiyah pula kan mendidik.Jadi, ALLAH tidak saja2 menurunkan ujian kalau Dia tidak tahu apa yg ingin di'ajar'kan pada hambaNya.

Macam guru dengan pelajar di sekolah. Misalnya seorang murid yg melakukan kesalahan mencuri dirotan oleh gurunya. Tentulah tujuan guru tersebut adalah untuk menyedarkan murid tersebut supaya tidak mengulangi perbuatannya dan berubah menjadi lebih baik. Kemudian, terpulang kpd murid itu sendiri sama ada untuk mengambilnya sebagai pengajaran ataupun sebaliknya.

Belajarlah utk tidak mudah melatah dengan ujian yg ditimpakan kerana di sebalik satu kesusahan tersirat seribu kesenangan, di sebalik satu ujian terselit sejuta hikmah. Berbaik sangkalah kepada ALLAH apabila setiap kali dia menguji kita. Dia menguji kita kerana Dia sayangkan kita. Dia menguji kita kerana ingin mengukur rasa cinta kita kepada Dia. Jika diuji dengan ujian sekecil semut sudah jatuh rebah dan rasa mengalah, maka ditakuk manakah cinta kita kepada Dia. Jika percintaan sesama manusia dikatakan akan menjadi utuh jika selalu diuji kenapa tidak dengan cinta kita dengan Dia kerana cinta Dia melebihi apapun yg ada di muka bumi ini.Wallahu'alam...
footnote: Hari ni saya diuji dgn kehilangan cermin mata kesayangan saya.Hikmahnya: akhirnya sy dpt jg merasa pkai kanta lekap(smntara tgu c/mata siap)hehe....

~PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI~

HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad

CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat
malam.


Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.


Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.


Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam
kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.


Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.


Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.


ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru : "Assolatu jami'ah"
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).


INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin
Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara
perlahan, manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring.





footnote: Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Friday, January 15, 2010

Hari Jumaat penghulu segala hari. Hari penuh keberkatan dan hari penuh kebahagiaan. Hari Jumaat adalah hari yang saya paling tunggu2 dalam seminggu mungkin kerana; hari Jumaat kelas habis awal dan hari Jumaat selalu membuat hati saya berasa tenang. Kalau di rumah, hari Jumaat boleh dikatakan hari yang agak sibuk bagi kami adik beradik perempuan. Ya la, hari Jumaat kan cuti, jadi semua orang ada di rumah. Makanya, kena la memasak untuk hidangan tengah hari. Ibu memang rajin memasak dan rajin juga cuba resepi2 baru. Jadi, seboleh-bolehnya beliau akan cari masa untuk memasak juga walaupun yang ringkas2. Ibu memang betul2 jaga perut abah dan kami adik beradik. Sebab tu la, agaknya saya tak pernah rasa kenyang makan melainkan dengan masakan ibu sendiri. Waktu selepas solat Jumaat adalah waktu yg paling mengujakan buat kami. Berkumpul di meja makan berjemaah dan berkongsi makanan sama2 memang menyeronokkan.Kadang2 kami akan balik makan di kampung sebelah ibu.Kadang2 makan tengah hari di rumah ayah saudara.Apa yang menarik, kami pun akan membawa lauk kami sendiri untuk dijamah bersama-sama.Jadi, banyaklah menunya dan tak pula menyusahkan tuan rumah.Begitulah caranya kami menikmati hidangan tengah hari kami pada hari Jumaat, hari yang penuh dengan rahmat.

Islam amat menggalakkan hidup berjemaah. Konsep berjemaah ini bukan sahaja wujud dalam amalan ibadah, bahkan ia juga digalakkan dalam perkara-perkara sosial dan perhubungan.

Diriwayatkan Rasulullah saw tidak pernah makan secara sendirian. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “Makanlah secara berjemaah dan bacalah Bismillah, nescaya kamu akan beroleh keberkatan.”
[iftar bulan Ramadan di IPIP tahun lalu]
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w sering makan sedulang dengan anggota keluarganya. Allah s.w.t menjanjikan keberkatan kepada keluarga yang makan bersama.

Makan berjemaah itu tidak semestinya makan di dalam dulang tetapi makan beramai-ramai daripada sumber yang sama.

Sebelum makan, pastikan ada seorang yang akan mengetuai bacaan doa.Kalau tak nak baca doa yg panjang2, sebut nama ALLAH saja pun tak mengapa. Bacaan basmallah sebenarnya sudah cukup untuk mengelakkan kita daripada makan bersama-sama dengan syaitan.Jika kita terlupa,bacalah ‘bismillah min awal u akhir’ yang bermaksud ‘dengan nama Allah dari awal hingga akhir’.Sahabat nabi pernah terlupa membaca basmallah,lalu dia membaca ayat tadi.Rasulullah menceritakan syaitan memuntahkan balik apa yang dimakan bersamanya tadi.

Makan berjemaah banyak 'khasiat'nya. Antaranya,


1. Mengikut sunnah nabi. Banyak pahala tu...

2. Merapatkan ukhwah dan silaturahim. Mungkin selama ni kita cuma kenal seseorang tu dari jauh aje, saling membalas senyuman tapi tak pernah bercakap. Jadi, ni la masanya nak kenal lebih dekat dan tambah kenalan. Mana tau rupa2nya dia tu sedara bau2 bacang kita...

3. Beroleh berkat. Walaupun kita makan beramai-ramai dengan sumber yg sikit tp tetap kenyang. Tu la namanya berkat. Minum daripada bekas orang lain pun sunnah nabi jugak...Mungkin kalau kita minum dari bekas orang2 yg bijak pandai, nanti kita pun akan mewarisi sedikit kebijaksanaan beliau.

4. Mengelakkan pembaziran. Makan ramai dr sumber yg sikit mmg confirm licin. Selalu pun, kalau hidang makanan dalam talam mesti letak sikit je kan. Kalau tak cukup baru tambah.Jadi, takde la makanan yg tak dihabiskan. Maka terhindarlah kita drpd menjadi golongan syaitan.

Banyak lagi sebenarnya kebaikan makan berjemaah ni yang tak dapat saya nyatakan di sini. Namun, apa yg saya kongsikan di sini harapnya dapatla kita praktikkan lepas ni. Percaya la, besssst makan ramai2...Bak kata orang, sharing is caring!


footnote: teringat masa kat matriks dulu ada kawan yg sanggup beli talam sbb nak makan berjemaah...

Tuesday, January 12, 2010

Yummy, yummy....

Anda suka makan? Sudah tentu! Jawab perut (hehe). Saya sedang men'download' nota2 untuk play Trifles yg sdg saya belajar. Sementara menunggu internet connection yg boleh dikatakan hidup segan mati tak mahu, saya tiba2 menerima isyarat dari otak untuk mencari resepi Trifle di internet. Isyarat berbentuk impulse dihantar ke tangan dan jari-jemari dengan lajunya menaip laman web resepi Trifle. Akhirnya saya ditemukan dgn resepi Trifle versi Malaysia. Walaupun yang omputih punya nampak lebih sedap tp untuk permulaan ni saya ingat nak pakai yg Malaysia punya dulu la..Belajar yg mudah dulu, bila dah pandai baru boleh try yg tahap up skit kan??

Bagi yg suka memasak tu, boleh la baca, kalau tak suka memasak pun, baca jugak! hehe..
Bahan-bahan ( 25-30 bekas )
1 tin buah laici
1 tin kiub nenas
Swiss Roll Cake (Perisa kesukaan masing2)
1 tin susu cair (*)
6 sudu tepung kastard (*)
1/2 cawan gula (*)
5 cawan air (*)
Sekotak Jelly segera perisa strawberry
Cara-cara
1. Potong swiss roll kecil2 dan susun ke dalam acuan (lebih kurang mcm 1/3 bekas acuan)
2. Campurkan semua bahan2 bertanda (*). Gaul hingga sebati. Dan panaskan di atas api sehingga agak pekat.
3. Biarkan sejuk sikit dan tuangkan kastard ke atas swiss roll td. Tunggu sehingga keras sedikit.
4. Susun buah-buahan (Nenas dan laici) di atas kastard td.
5. Sediakan jelly mengikut cara yg tertera di kotak bungkusan. (Masukkan serbuk jelly ke dalam 2 cawan air yg mendidih)
6. Tuang jelly ke dalam bekas triflles td. Biarkan sejuk. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Siap di hidang(Sesuai di hidangkan sejuk)
* NOTA : Buah-buahan dan kek boleh di ubah mengikut selera tekak masing2


[Chocolate Cherry Trifle]

[Raspberry & Rose Trifles]

[Happy Hour Trifles]

Sunday, January 10, 2010

~GURU YANG EFEKTIF MENURUT IMAM GHAZALI~

Al-Ghazali telah memberikan lapan ciri-ciri guru yang efektif, merangkumi aspek kualiti dan tugas seorang guru yang cemerlang.
1. Mempunyai rasa simpati kepada murid dan menganggap serta melayani mereka sebagaimana anaknya sendiri.
2. Mengikuti tingkah laku dan sunnah Nabi Muhammad dan tidak meminta imbuhan atas perkhidmatan yang diberinya.
3. Tidak menasihati atau membenarkan muridnya melaksanakan sesuatu tugas kecuali dia (guru) benar-benar terlatih dan berpengatahuan tentang perkara tersebut.
4. Menasihati murid-muridnya supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut, bukannya dengan memarahi mereka.
5. Tidak sekali-kali merendah-rendahkan disiplin ilmu yang lain dihadapan murid-muridnya.
6. Hadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pemahaman murid dan tidak sekali-kali memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan.
7. Menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal murid khususnya murid yang kurang pintar.

%malang tidak berbau tapi asap berbau%

Malang tidak berbau tapi asap berbau. Ini lah yang terjadi pada kami seawal pagi lagi bila tiba2 saja plug dlm bilik terbakar gara2 masak air panas. Mulanya saya cuma terhidu macam ada benda yg terbakar. Ingatkan cerek letrik tu memang berbau macam tu. Ye la, pinjam yg orang kan(sebabnya semalam cerek roomate dah pun terbakar..hehe).

Makin lama bau pun makin teruk dan buat saya tak sedap hati aje. Tengok2 kat plug utama dah keluar asap sekali ngan percikan api. Dah... fikir waktu tu, 'terbakar la bilik aku karang sekali ngan aku'. My roomate plak kebetulan turun bawah jemur baju. Saya ingat waktu tu nak simbah je air dengan cebok kalau api tu x padam sendiri. Mujurlah lepas tu api terpadam tp yg harunya bilik penuh dengan asap yang busuk macam apa lagi. Saya pun pergi cari roomate. Menggelabah la kitaorang berdua dalam bilik. Bau asap dah bertebaran ke seluruh aras asrama. Mujur warden tak de kat sini kalau tak jenuh juga nak menjawab. Lepas ni kena pergi buat aduan kerosakan la.

[begini la keadaannya bila plug dh terbakar, kesian~gmbr sekadar hiasan]

Puncanya tak tau. Yang pasti bukan salah kami mahupun cerek letrik. Kalau tau nak jadi mesti la awal2 tak buat kan? Itulah yang kita panggil nasib. Bukan setiap masa nasib baik aje tetapi sesekali ditimpa malang kelakar jugak. Begitulah ALLAH ciptakan hidup kita penuh dengan warna warni... :)

"Ayah, bolehkah saya pinjam 10 ringgit?"

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....






Anak: Ayah...ayah. Boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah...Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?Jerkah ayahnya lagi..
Anak: Oh..20 ringgit..Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?



Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit,kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju kebilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni"Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.Kanak- kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu??Dan dari mana kamu dapat duit tu??"Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan. ....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah dipejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."


Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...



Kadangkala kita tidak sedar betapa perlu kita di sisi orang2 yg menyayangi kita. Mungkin kita terlalu sibuk menyegerakan urusan kita sehingga kita tidak memberi sedikitpun kasih sayang kepada insan mendambakannya. Sesuatu yg ada di depan mata kita akan menjadi terlalu berharga apabila sudah tiada lagi. Maka hargai apa yang kita ada sekarang biarpun kita mencari apa yg kita belum ada. Wassalam...
footnote: terima kasih abah krn membanting tulang & memerah keringat demi kami..Sayang abah!!!

=LOBAK~TELUR~KOPI=

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahubagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketigatiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi." jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerangtipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"


Untuk renungan bersama.........


Bagaimana dengan anda?

Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, anda menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.



Atau... Apakah anda adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamik? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraianatau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah anda menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?



Ataukah anda adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimum pada suhu 100ºC. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika anda seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, anda akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar anda juga menjadi semakin baik.


Wallahua'lam
footnote: teringat pula keENAKan kopi Mak Ndak Dah yg tiada tandingan... ;-)

Saturday, January 9, 2010

~Mata Aku daripada DIA~

Bangun pd td saya rasa kegatalan yg teramat sgt di mata saya. Kemudian diikuti dengan mukus yg jernih iaitu air mata. Mata terasa sedikit lenguh. Saya gagahkan diri ke bilik air. Imej di cermin menayangkan mata saya yg sakit sudahpun bertukar kemerah-merahan. Terlintas di hati waktu itu tak lain tak bukan, SAKIT MATA!
Macam mana tiba-tiba boleh sakit mata pun tak tau. No sign.

Sakit itu suatu penghapusan dosa. ALLAH sayang kita, kerana itu dia turunkan musibah, penyakit, gundah gulana lalu segala kesusahan itu digantikan dengan penghapusan dosa. Subhanallah...


Kalau begitu sakit itu penghapus dosa2 yang lalu, maka saya REDHA...


[mata saya tidaklah secantik ni, mgkn lebih cantik dr ni?#%^$#]

Kuingin lihat Dia
Akan kubawa mata ini ketika menemuiNya
Akan kujaga mata ini
Daripada pandangan nista
Yang bisa memberi hina
Akan kujaga mata ini
Kerana kuterlalu ingin lihat Dia
footnote:hmm...kena cegah sebelum parah.Wish me...

~Kisah 3 Orang Sahabat~

Cerita ini telah saya dapati di iLuvislam.com yg ditulis oleh norayhunt. Artikel yg asalnya berbahasa Inggeris telah saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Semoga artikel memberi manfaat kpd semua biarpun sekadar cerita ringkas. Yuk baca!

Tidak lama dulu, ada tiga orang sahabat berkunjung ke New York. Mereka memutuskan untuk menginap di sebuah hotel sepanjang lawatan mereka ke sana.

Bilik hotel tempat mereka menginap berada di tingkat 60. Kebetulan, hotel tersebut mempunyai polisinya iaitu selepas jam 12 tengah malam, lif tidak beroperasi lagi atas sebab keselamatan. Paada hari berikutnya, ketiga-tiga sahabat itu menyewa sebuah kereta lalu keluar bersiar-siar di bandar. Mereka menghabiskan masa dengan menonton wayang, konsert dan bermacam-macam lagi sepanjang hari tersebut. Sampai satu masa, mereka teringat bahawa mereka harus pulang ke hotel sebelum jam 12 tengah malam.

Setibanya tiba di hotel, jam sudah melepasi angka 12. Lif sudah pun ditutup. Tidak ada cara lain lagi yang boleh dilakukan untuk pulang ke bilik melainkan menggunakan tangga hingga ke tingkat 60. Secara tiba-tiba salah seorang daripada mereka mendapat idea.


Dia berkata," Untuk 20 tangga yang pertama, saya akan menceritakan cerita jenaka. Seorang lagi akan bercerita tentang cerita bijaksana untuk 20 tangga seterusnya. Kemudian, kita melangkah 20 tangga terakhir dengan cerita sedih. Maka sahabat yang pertama pun memulakan cerita jenakanya. Dengan gelak tawa dan kegembiraan, mereka berjaya memijakkan kaki ke tangga ke-20. Sahabat yang kedua memulakan peranannya dengan cerita yang penuh dengan kebijaksanaan sehingga tangga ke-40. Sekarang tibalah masanya untuk mendengar cerita sedih. Sahabat yang ketiga pun memulakan ceritanya,"Cerita sedih yang pertama ialah...saya telah tertinggal kunci bilik di dalam kereta sewa." #%$S*@!


Jadi, apakah yang tersirat di sebalik kisah ini?

Cerita ini sebenarnya menggambarkan kitaran hidup kita. Untuk 20 tahun hidup yang pertama, kita banyak menghabiskan masa dengan berseronok dengan apa sahaja yang ada di dunia ini. Kemudian, setelah mencecah umur 20 tahun, kita bekerja, mendirikan rumah tangga dan memiliki anak. Pada waktu tersebut, kita menggunakan kebijaksanaan kita untuk menguruskan perkara2 tersebut. Setelah kita menempuh usia 40 tahun, kita akhirnya mula nampak uban2 yang mula tumbuh dan mula berfikir yang hidup ini sudah tiba ke penghujungnya dan kesedihan pun bermula.


Lebih baik jika kita mulakan hidup kita dengan mengingati kematian daripada mempersiapkan diri untuk kematian apabila umur telah mencecah tua dan bila kudrat waktu itu hanya tinggal tidak banyak mana untuk beribadah kepada ALLAH. Kita juga perlu sentiasa ingat bahawa tidak ada jaminan kepada sesiapa pun antara yang kita akan hidup sehingga usia 60 tahun. Banyak juga yang telah meninggalkan dunia ini sebelum berusia 60 tahun.
Semoga ALLAH mengurniakan kemudahan kepada kita untuk menjadikan hidup kita berguna di dunia dan akhirat. Wallahualam...


footnoote: cerita mana yg anda akan mulakan? anda tentukan...
~gambar di atas tiada kaitan dgn yg hidup atapun telah meninggal dunia

Friday, January 8, 2010

=pAKu di hATi=


Bbrp ketika yg silam, ada seorg tua yg mempunyai seorg nak lelaki yg bernama Mat. Mat membesar menjadi seorg yg lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun tkh berbuih ajakan dan nasihat serta perintah drpd ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa, dan lain2 amal kebajikan, Mat tetap meninggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu macam kaki lagi menjd kemegahannya. Suatu hari lelaki tua td memanggil anaknya dan berkata,"Mat, kau ni terlalu sgt lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akn pacakkan satu paku tiang di halaman rumah kita. Stp kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini."

Bapanya berbuat sepertimana yg dijanjikan dan stp hari dia akan memukul bbrp btg paku ke tiang trsbut. Kadang2 berpuluh-puluh paku dlm sehari. Jarang benar dia mencabut keluar paku dr tiang. Hari bersilih ganti, bulan berganti bulan, dr musim ribut tengkujuh hingga musim kemarau, tahun berganti tahun. Tiang yg berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dgn tusukan paku2 dr bwh sampai atas. Hampir stp permukaan tiang itu dipenuhi dgn paku. Ada yg berkarat dek hujan dan panas.

Setelah melihat keadaan tiang yg bertusukan dgn paku yg menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu. Maka dia berazamlah utk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dr tiang. Besoknya sembahyang lg ditambah dgn sunat2nya. Lebih banyak lg paku dicabut.Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa2 maksiat yg melekat. Maka semakin byklah tercabut paku2 td. Hari demi hari makin byk kebaikan yg dilakukan oleh Mat dan semakin byk maksiat yg ditinggalkan hingga akhirnya tinggal sebatang paku shj di tiang.

Maka ayahnya pun memanggil anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir dan aku akan cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pd tiang tersebut, ttp disebalik melahirkan rasa gembira sbg yg disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. "Kenapa anakku?"tanya ayahnya, "Aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku tlh tiada." Dalam nada yg sayu, Mat mengeluh,"Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku2 itu telah tiada, tp aku bersedih kerana parut2 lubang dr paku itu tetap kekal di tiang bersama dgn karatnya."

Dengan dosa2 dan kemungkaran yg seringkali diulangi hinggakan mnjd suatu kebiasaan, kita mungkin blh mengatasinya atau cara beransur-ansur menghapuskannya tp ingatlah bahawa parut2nya akan kekal. Dari itu, bila mana kita menyedari diri kita melakukan suatu kemungkaran, ataupun sedang di ambang pintu tabiat/habit yg buruk, maka berhentilah serta merta kerana setiap kali kita bergelumang dgn kemungkaran, maka kita tlh membenamkan sebilah paku lg yg akn meninggalkan parut pd jiwa kita meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatahlagi kalau dibiarkan ianya berkarat dlm diri sblm dicabut. Lebih2 lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tidak dicabut. Wallahualam...

* Wanita Si Pohon Semalu*

Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada ayahandanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.



1. Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

2. Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

3. Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yg sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

4. Semalu akan kuncup dengan akhirnya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.






Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia sekadar pohon yang kecil...



footnote: artikel dipetik drpd Islamic Compass;Pusat Islam Kolej Matrikulasi Kedah 08/09