BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 9, 2010

~Kisah 3 Orang Sahabat~

Cerita ini telah saya dapati di iLuvislam.com yg ditulis oleh norayhunt. Artikel yg asalnya berbahasa Inggeris telah saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Semoga artikel memberi manfaat kpd semua biarpun sekadar cerita ringkas. Yuk baca!

Tidak lama dulu, ada tiga orang sahabat berkunjung ke New York. Mereka memutuskan untuk menginap di sebuah hotel sepanjang lawatan mereka ke sana.

Bilik hotel tempat mereka menginap berada di tingkat 60. Kebetulan, hotel tersebut mempunyai polisinya iaitu selepas jam 12 tengah malam, lif tidak beroperasi lagi atas sebab keselamatan. Paada hari berikutnya, ketiga-tiga sahabat itu menyewa sebuah kereta lalu keluar bersiar-siar di bandar. Mereka menghabiskan masa dengan menonton wayang, konsert dan bermacam-macam lagi sepanjang hari tersebut. Sampai satu masa, mereka teringat bahawa mereka harus pulang ke hotel sebelum jam 12 tengah malam.

Setibanya tiba di hotel, jam sudah melepasi angka 12. Lif sudah pun ditutup. Tidak ada cara lain lagi yang boleh dilakukan untuk pulang ke bilik melainkan menggunakan tangga hingga ke tingkat 60. Secara tiba-tiba salah seorang daripada mereka mendapat idea.


Dia berkata," Untuk 20 tangga yang pertama, saya akan menceritakan cerita jenaka. Seorang lagi akan bercerita tentang cerita bijaksana untuk 20 tangga seterusnya. Kemudian, kita melangkah 20 tangga terakhir dengan cerita sedih. Maka sahabat yang pertama pun memulakan cerita jenakanya. Dengan gelak tawa dan kegembiraan, mereka berjaya memijakkan kaki ke tangga ke-20. Sahabat yang kedua memulakan peranannya dengan cerita yang penuh dengan kebijaksanaan sehingga tangga ke-40. Sekarang tibalah masanya untuk mendengar cerita sedih. Sahabat yang ketiga pun memulakan ceritanya,"Cerita sedih yang pertama ialah...saya telah tertinggal kunci bilik di dalam kereta sewa." #%$S*@!


Jadi, apakah yang tersirat di sebalik kisah ini?

Cerita ini sebenarnya menggambarkan kitaran hidup kita. Untuk 20 tahun hidup yang pertama, kita banyak menghabiskan masa dengan berseronok dengan apa sahaja yang ada di dunia ini. Kemudian, setelah mencecah umur 20 tahun, kita bekerja, mendirikan rumah tangga dan memiliki anak. Pada waktu tersebut, kita menggunakan kebijaksanaan kita untuk menguruskan perkara2 tersebut. Setelah kita menempuh usia 40 tahun, kita akhirnya mula nampak uban2 yang mula tumbuh dan mula berfikir yang hidup ini sudah tiba ke penghujungnya dan kesedihan pun bermula.


Lebih baik jika kita mulakan hidup kita dengan mengingati kematian daripada mempersiapkan diri untuk kematian apabila umur telah mencecah tua dan bila kudrat waktu itu hanya tinggal tidak banyak mana untuk beribadah kepada ALLAH. Kita juga perlu sentiasa ingat bahawa tidak ada jaminan kepada sesiapa pun antara yang kita akan hidup sehingga usia 60 tahun. Banyak juga yang telah meninggalkan dunia ini sebelum berusia 60 tahun.
Semoga ALLAH mengurniakan kemudahan kepada kita untuk menjadikan hidup kita berguna di dunia dan akhirat. Wallahualam...


footnoote: cerita mana yg anda akan mulakan? anda tentukan...
~gambar di atas tiada kaitan dgn yg hidup atapun telah meninggal dunia

0 BICARA ANDA: