BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 15, 2010

Hari Jumaat penghulu segala hari. Hari penuh keberkatan dan hari penuh kebahagiaan. Hari Jumaat adalah hari yang saya paling tunggu2 dalam seminggu mungkin kerana; hari Jumaat kelas habis awal dan hari Jumaat selalu membuat hati saya berasa tenang. Kalau di rumah, hari Jumaat boleh dikatakan hari yang agak sibuk bagi kami adik beradik perempuan. Ya la, hari Jumaat kan cuti, jadi semua orang ada di rumah. Makanya, kena la memasak untuk hidangan tengah hari. Ibu memang rajin memasak dan rajin juga cuba resepi2 baru. Jadi, seboleh-bolehnya beliau akan cari masa untuk memasak juga walaupun yang ringkas2. Ibu memang betul2 jaga perut abah dan kami adik beradik. Sebab tu la, agaknya saya tak pernah rasa kenyang makan melainkan dengan masakan ibu sendiri. Waktu selepas solat Jumaat adalah waktu yg paling mengujakan buat kami. Berkumpul di meja makan berjemaah dan berkongsi makanan sama2 memang menyeronokkan.Kadang2 kami akan balik makan di kampung sebelah ibu.Kadang2 makan tengah hari di rumah ayah saudara.Apa yang menarik, kami pun akan membawa lauk kami sendiri untuk dijamah bersama-sama.Jadi, banyaklah menunya dan tak pula menyusahkan tuan rumah.Begitulah caranya kami menikmati hidangan tengah hari kami pada hari Jumaat, hari yang penuh dengan rahmat.

Islam amat menggalakkan hidup berjemaah. Konsep berjemaah ini bukan sahaja wujud dalam amalan ibadah, bahkan ia juga digalakkan dalam perkara-perkara sosial dan perhubungan.

Diriwayatkan Rasulullah saw tidak pernah makan secara sendirian. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “Makanlah secara berjemaah dan bacalah Bismillah, nescaya kamu akan beroleh keberkatan.”
[iftar bulan Ramadan di IPIP tahun lalu]
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w sering makan sedulang dengan anggota keluarganya. Allah s.w.t menjanjikan keberkatan kepada keluarga yang makan bersama.

Makan berjemaah itu tidak semestinya makan di dalam dulang tetapi makan beramai-ramai daripada sumber yang sama.

Sebelum makan, pastikan ada seorang yang akan mengetuai bacaan doa.Kalau tak nak baca doa yg panjang2, sebut nama ALLAH saja pun tak mengapa. Bacaan basmallah sebenarnya sudah cukup untuk mengelakkan kita daripada makan bersama-sama dengan syaitan.Jika kita terlupa,bacalah ‘bismillah min awal u akhir’ yang bermaksud ‘dengan nama Allah dari awal hingga akhir’.Sahabat nabi pernah terlupa membaca basmallah,lalu dia membaca ayat tadi.Rasulullah menceritakan syaitan memuntahkan balik apa yang dimakan bersamanya tadi.

Makan berjemaah banyak 'khasiat'nya. Antaranya,


1. Mengikut sunnah nabi. Banyak pahala tu...

2. Merapatkan ukhwah dan silaturahim. Mungkin selama ni kita cuma kenal seseorang tu dari jauh aje, saling membalas senyuman tapi tak pernah bercakap. Jadi, ni la masanya nak kenal lebih dekat dan tambah kenalan. Mana tau rupa2nya dia tu sedara bau2 bacang kita...

3. Beroleh berkat. Walaupun kita makan beramai-ramai dengan sumber yg sikit tp tetap kenyang. Tu la namanya berkat. Minum daripada bekas orang lain pun sunnah nabi jugak...Mungkin kalau kita minum dari bekas orang2 yg bijak pandai, nanti kita pun akan mewarisi sedikit kebijaksanaan beliau.

4. Mengelakkan pembaziran. Makan ramai dr sumber yg sikit mmg confirm licin. Selalu pun, kalau hidang makanan dalam talam mesti letak sikit je kan. Kalau tak cukup baru tambah.Jadi, takde la makanan yg tak dihabiskan. Maka terhindarlah kita drpd menjadi golongan syaitan.

Banyak lagi sebenarnya kebaikan makan berjemaah ni yang tak dapat saya nyatakan di sini. Namun, apa yg saya kongsikan di sini harapnya dapatla kita praktikkan lepas ni. Percaya la, besssst makan ramai2...Bak kata orang, sharing is caring!


footnote: teringat masa kat matriks dulu ada kawan yg sanggup beli talam sbb nak makan berjemaah...

0 BICARA ANDA: