BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 27, 2010

Maggi ooo maggi!!!

Salam alaik...


Akibat diburu kebosanan, perut turut berbunyi tak semena-mena. Tiba-tiba teringat maggi yang saya makan semalam dengan kawan2. Anda suka tak makan maggi? Saya dulu tak suka tapi sekarang dah suka...Dulu tu bukannya tak suka tapi saya pantang waktu tu(kononnye la). Nak SPM kan...Tapi sampai sekarang pun, saya tak la suka sepenuhnya. Ada kawan saya dulu masa kat asrama bau maggi pun dah boleh muntah. Tak kisah la kan, ada orang suka maggi ke tak, tu kan selera masing2. Ni bagi yang suka sangat makan maggi tu especially waktu poket tengah kontang, apa kata buat pembaharuan sikit dengan resepi anda tu. Di sini saya nak kongsikan resepi pizza maggi...


Bahan2 yg diperlukan:

1 Bungkus maggi

2 biji telur gred A

Sosej (ikut suka)

Carrot (dimayang halus)

Cendawan butang (hiris nipis)

Daun sup (dimayang halus)

Bawang besar (dihiris nipis)


Cara2 menyediakan:

Celur maggi, ketepikan.

Pukul telur sehingga agak kembang.

Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggiyang telah dicelur tadi.

Gaul hingga sebati.

Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. *Gunakan kuali yang bertangkai.



Cadangan hidangan:

Makan semasa panas dan boleh dicicah dengan sos dan mayonis.


Ha, senang tak...Cuba la try...Just keluar bajet untuk sosej ngan cendawan je..Maggi tu sure2 la kan ada dalam locker...hehe

~Kisah 5 orang gadis dan seorang puteri~

Salam alaik...
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah, Tuhan yang memegang hati manusia, mencampak rasa kasih dan sayang dalam hati manusia, memberi fitrah rasa cinta dalam hati manusia dalam segenap rasa dan kata...
Wah, sejak2 ym dan thumbler diblock ni makin giat pula saya mengupdate blog. Ada aje entry nak dipost. Ye la kan, blog dengan facebook memang laju tak ingat time ni. Tapi tu la, kadang2 melagha juga dengan benda2 ni...Astaghfirullah al azim...
Saya buat blog walking kat blog sahabat usrah saya tadi, Tuan Atikah. Wah, beliau dengan majunya dah mengupdate blog beliau untuk program usrah pagi ni. Beliau telah membuatkan saya jeles(takde la...) lalu saya berlari balik ke blog saya dan mula menaip. Hari ni saya nak kongsi dengan anda kisah 5 orang gadis dengan seorang puteri. Yuk baca!
Alkisahnya tentang 5 orang gadis dan seorang puteri IPG kampus Ipoh yang pagi2 lagi dah tercegat di PULAKO dengan pakaian sukan sambil menbimbit buku nota. Mereka ni biasa2 saja orangnya tapi istimewa dengan cara mereka sendiri(chewahh). Kalau orang tengok pun mungkin akan ingat mereka ni nak pergi jogging di PULAKO. Tapi tidak, mereka datang bukan untuk berjogging tapi untuk berusrah. Siapa sangka PULAKO pun boleh dibuat tempat usrah.
Usrah mereka itu dikendalikan oleh seorang akak senior yang bernama Puteri Kak Nora seputih salju. Dan adik2 junior adalah Dang Pahana, Dang Fatinnur, Dang Atikah, Dang Izzati, dan Dang Hanim. Hari ini Puteri Kak Nora menjelaskan tentang akidah dan konsepnya. Kata Puteri Kak Nora(kepada Dang2 berlima tu dan saya), akidah ini adalah ikatan dan simpulan. Ciri-ciri akidah pula ada tiga iaitu makrifatullah, makrifatur risaalah dan makrifatul batsi. Puteri Kak Nora turut menjelaskan tentang perbezaan akidah dan ideologi.
Tak lama selepas itu, Dang2 berlima tu dikerah(bunyi macam kena paksa je), bukan, diminta untuk mencari beberapa subjek+objek yang boleh dijadikan sebagai analogi berkaitan akidah. Dang2 berlima ni pun dengan penuh keazaman mencari la apa saja objek yang boleh dibuat analogi. Mereka kemudiannya come out dengan analogi mereka sendiri. Dang Pahana dengan analogi simen dan batanya, Dang Fatinnur dengan analogi urat daun, Dang Atikah dengan cendawannya, Dang Izzati dengan analogi ikan dan air, dan Dang Hanim dengan analogi pokok dan lalang...Dang2 berlima ini kalau disuruh mencari analogi ni memang buleh blako sekyo.
Selepas objek2 tersebut dianalogikan, Puteri Kak Nora pun membuat rumusan tentang pembelajaran mereka pada hari ini. Seperi Puteri Kak Nora selalu kata pada mereka berlima dan saya, bila berada di dalam usrah, kita semua akan menjadi telus. Jadi ketelusan mereka telah terbukti apabila masing2 membuat pengakuan berani mati di depan Puteri Nora tentang masalah yang mereka hadapi sekarang. Puteri Kak Nora pula dengan rasa senang hati memberi solusinya. Jadi, apa yang mereka perlu lakukan ialah, cuba berlapang dada kalau datangnya bab2 membenci manusia ni.
Dan lagi, Dang2 berlima tu turut memberitahu saya kosa kata baru yang mereka belajar hari ni, yang pertama, gerak kerja Islam tidak memilih masa, dan yang kedua, gerak kerja Islam adalah yang pertama tapi akademik bukan yang kedua. Kosa kata baru tu mempunyai makna yang simbolik, lepas ni saya kena fikir2 kan...
Oh ya! Kisah mereka belum habis...Selepas itu, Puteri Kak Nora berbesar hati untuk membelanja Dang2 berlima tu sarapan pagi. Dengan cuma bagi salam kepada pengawal istana, mereka berjaya meloloskan diri tanpa perlu menggunakan pas keluar masuk(psst...pesan mereka, jangan bgtau org). Mereka menjamu selera dengan penuh gumbira dan saya tumpang gumbira juga... Nampaknya mereka sudah mula merasai kemanisan berusarah. Mari kita doakan supaya Allah tetapkan hati mereka. Amin...
Demikianlah kisah 5 orang gadis dan puteri yang saya ingin kongsikan dengan anda. Kalau boleh saya nak mereka sendiri yang bercerita, tapi itulah, Dang Fatinnur tu asyik paksa2 saya saja(hehe..).
Hmm..minta maaflah kalau cerita saya ni kurang menarik dan kurang sesuai dengan jiwa anda tapi apa saya kisah, ni kan blog saya (haha..jahatnya)...
Jumpa lagi di lain waktu. Tata... ;-)

~USRATI~

Salam alaik...
Tadi saya buat blog walking di blog akak usrah saya, Kak Nora. Entah kenapa, bila saya dengar nama Kak Nora atau tengok Kak Nora, mesti ingat usrah. Betul tak tipu, masa mula2 datang sini lagi saya rasa macam tu bila first time tengok Kak Nora di surau. Agaknya Kak Nora memang sinonim dah dengan usrah ni...Lagi satu, anda kena percaya yang saya sangat mengagumi Kak Nora dari dulu. Saya ada alasan yang kukuh untuk itu. Saya bukan nak mengampu beliau ya, tapi ini lah hakikatnya. Kalau anda kenal beliau, patut kata setuju. Dan Kak Nora saya lihat calon yang sesuai untuk menjadi akak usrah saya. Yang lain tu bukan tak bagus tapi Kak Nora dah tawarkan dulu. Walau apapun, saya ucapkan terima kasih yang banyak2 kepada Kak Nora kerana sudi 'menjemput' saya menyertai group usrah beliau. Dan terima kasih kepada Dia kerana menemukan saya dengan Kak Nora. Wahaha..ni tribute to Kak Nora ni...
Saya tertarik untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai usrah. Ini adalah pengenalannya.
Tonggak kepada gerakan Islam ialah usrah. Tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak melahirkan generasi pelapis. Tanpa usrah yang betul maka tidak akan mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan. Segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja berjemaah.
Usrah juga bukan majlis ilmu semata-mata, tetapi majlis untuk meningkatkan komitmen dalam Islam dan usaha memperjuangkannya. Usrah juga merupakan majlis untuk membincangkan masalah organisasi dalam jemaah. Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanannya lesu dan tidak bermaya. Ia juga tidak akan memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jemaah.
DEFINISI USRAH
Usrah bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara angota usrah menyebabkan kadang-kadang ia lebih akrab dari hubungan saudara sekeluarga.
Manakala istilah yang disebut oleh para ulama’ gerakan ialah individu Muslim yang beriman kepada Allah yang berusaha dalam membina fikrah Islam dalam diri dan peribadi Muslim.
Berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam dan melaksanakan amanah yang dipikulkan ke atas mereka dalam mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah serta menjauhkan diri dari pengabdian diri kepada manusia dan taghut.
Kesimpulannya, usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jemaah bagi melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur-menegur antara sesama ahli dan nasihat-menasihati adalah asas kekuatan jemaah. Kemanisan berjemaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati kehendak usrah.
footnote: artikel dipetik dr http://faqli.blogspot.com/2008/05/kepentingan-usrah-dalam-gerakan-islam.html

Thursday, February 25, 2010

SELAMAT HARI LAHIR, YA RASULULLAH



Alhamdulillah...


Sedar tak sedar hari ni dah pun hari Khamis. Hari penuh dengan kepenatan. Tapi hari penuh kegembiraan. Kerana seperti biasa, rutin hari Khamis adik2 manis J5 ni adalah melepak lepas habis PJK sambil santap pisang goreng+cekodok+cucur udang+air buah di bawah pokok rendang. Lebih lega sebab banyak perkara untuk minggu ni dah diselesaikan. Assignment SS dah hantar, Madah Siswa pun dah selamat semalam bersiaran. Esok cuti, ramai pula yang balik. Dan saya pada minggu ini tiada cadangan atau anganan untuk keluar ke mana2, hanyalah beri tumpuan terhadap assignment yang menunggu deadline nya saja...



Oh ya, sebentar tadi telah masuknya tarikh baru dalam kalendar Islam bg seluruh kawasan Malaysia dan kawasan yang sama waktu dengannya iaitu 12 Rabiulawal. Dengan penuh rasa gembira, saya di sini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada junjungan besar kita, nabi Muhammad S.A.W. yang telah diputerakan pada tarikh ini. Anda sekalian jangan buat2 lupa ya tarikh penting ni... Mari cepat ucap selawat kepada baginda!



Sempena Maulidur Rasul saya nak ajak anda renungkan kembali, apakah hadiah yang kita telah sediakan untuk baginda Rasulullah? Ada ke tak ada? Mahal ke tak? Besar ke kecik? Hadiah macam mana tu yek?



Ha, pernah tak kita terfikir untuk beri hadiah pada baginda kalau setiap kali hari lahir ahli keluarga kita, kawan2 kita, kita tak pernah lupa nak bagi hadiah..siap buat sambutan besar-besaran lagi..



Baginda tidak pernah meminta kita memberi hadiah kepada baginda apatah lagi hadiah yang mahal2...cukuplah sekadar kita selalu kita mengingati baginda dalam selawat kita saban waktu ke atas baginda. Bahkan, apabila kita berselawat, Allah memberi pahala pula pada kita.. jadi hadiah apa lagi kita cari untuk diberikan pada baginda kerana selawat itu hadiah paling besar untuk baginda kerana tak perlu tunggu hari keputeraan baginda malah setiap masa boleh diberi tanpa mengeluarkan sedikit tenaga pun... bak kata orang kampung saya, available at any place and any time...lihat betapa senangnya memberi hadiah kepada seorang insan yang bernama Muhammad bin Abdullah ini yang tidak pernah langsung melupakan umatnya biarpun nyawa di hujung jasad..Jadi, umatnya, apa tunggu lagi, cepat selawat kepada baginda!



Kenapa wajib selawat kepada Rasulullah sedangkan kepada nabi lain hanyalah diucapkan salam sejahtera?



1- Apabila seseorang itu berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana menurut perintah Allah SWT sedang Allah juga berselawat ke atas baginda maka selawat Allah SWT bermaksud pujian dan kemuliaan baginda berbanding Rasul dan Nabi yang lain. Manakala selawat manusia ke atas baginda bermaksud doa supaya Allah SWT mengangkat kedudukan baginda ke tempat yang lebih terpuji.




2- Sebagai mentaati perintah Allah SWT ke atas hamba-hambanya agar berselawat ke atas baginda SAW. Dalam surah al-Ahzab Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SWT); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)
Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan
bahawa berterusan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Juga bermaksud kedudukan baginda serta kenikmatan yang diperoleh baginda sama ada di dalam alam barzakh mahupun di dalam syurga adalah sentiasa bertambah dan lebih mulia berbanding dengan Nabi-nabi yang lain.
Sekali gus para ulama berpendapat bahawa Allah SWT hanya berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW secara khusus berbanding dengan Nabi-nabi yang lain. Adapun Nabi dan Rasul-rasul yang lain menerima ucapan kesejahteraan dengan ucapan salam tanpa selawat. Di dalam sepotong hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat yang bernama Bashir bin Sa'ad: Kami diperintah Allah agar mengucapkan selawat ke atas kamu wahai Rasulullah, maka bagaimana caranya kami harus mengucapkan selawat itu, lalu baginda diam terlalu lama sehingga ada yang mengharap alangkah baiknya kalu dia tidak bertanya soalan itu kepada baginda. Kemudian barulah baginda bersabda bahawa: " Ya Allah selawatlah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau telah memberikan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan anugerahi ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau anugerahi Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Nabi Ibrahim di dalam alam sekelian, sesungguhnya engkau adalah yang Maha terpuji lagi Maha Mulia. Kemudian ucapkanlah salam sebagaimana yang telah kamu ketahui. (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasaie, al-Tarmidzhi).



Berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah wajib berdasarkan ayat di atas. Kewajipan ini ditunaikan melalui solat lima waktu yang menjadi selawat itu wajib dalam setiap tasyahud.




3- Baginda Rasulullah SAW adalah penutup seluruh Anbiya, baginda telah menyempurnakan syariat bagi panduan hidup manusia.




4- Baginda Rasulullah SAW adalah pemilik syafaat di mahsyar, bagi mereka yang taat kepada perintah Allah dan Rasulul-Nya juga memperbanyakkan selawat ke atas baginda akan mendapat syafaat.




5- fadilat selawat yang sangat agung, melalui selawat Allah menjanjikan keampunan, kelapangan, keberkatan, kerahmatan dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang menanti orang yang banyak berselawat.



Wednesday, February 24, 2010

.:MADAH bukan sebarang MADAH:.

Salam alaik...
ALHAMDULILLLAH...lafaz syukur pada Allah yang tiada terhingga atas pinjaman ilmuNya kepada kita.
Setelah beberapa hari bertungkus lumus mencanai idea, menggali cerita dan berita, akhirnya segala penat dan lelah terbayar apabila madah siswa J5 sudah selamat bersiaran di Pusat Islam al-Hidayah IPG Kampus Ipoh dengan tajuk kupasan Keruntuhan Akhlak Remaja-Di mana silapnya?. Antara perkara yang dikupaskan ialah faktor yang mendorong berlakunya keruntuhan akhlak remaja pada kini. Turut dikupas ialah pengaruh budaya barat terhadap keruntuhan akhlak remaja. Tenaga kerja berusaha untuk memberi yang terbaik bagi program ini. Kemenangan bukanlah matlamat utama kami tapi kemenangan utama yang paling besar ialah kami dapat menyampaikan ilmu Allah kepada orang lain dan berkongsi pandangan dengan mereka. Andai terdapat kekurangan, kesalahan di luar penelitian, kami memohon maaf dan harapan kami, ini akan menjadi batu loncatan kepada kami untuk melakukan yang lebih baik untuk masa akan datang.
Ini adalah sebahagian aksi yang sempat dirakam:
gabungan mantop 2 MC




ahli panel dan perantara
mereka ini menjaga PA system
sebahagian muslimin yang hadir
pandangan buka minda oleh Kak Ima

Tribute kepada mereka:
J5
ain=MC
muhey=MC
che wan=PA system
syafiq=moderator
ema=panel
pahana=panel
sofia=poster+publisiti
sabiha=poster+publisiti
syazila=script writer
intan=video+laptop
wanie=laptop lender
syai=gift planner
ainul=question
saya hargai anda:
kak Ima=pelontar pandangan
naim=PA system+pelontar pandangan
asyraful=pengaju soalan
humairah=pengaju soalan
ummi=penjawab soalan
ketua blok F=penjawab soalan
farahin=pengaju soalan cepumas
&
semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
semoga usaha kita menjadi pelaburan untuk saham akhirat

buat J5, mari ambil renungan dari Madah Siswa kerana padanya kita sandarkan harapan kita agar:
~ukhwah fillah kita berkekalan dan diredhaNya
~kita bersungguh untuk menjadi lebih baik untuk hari mendatang
~ini menjadi momentum untuk kita dekat diri padaNya
~kita jadi lebih tekun untuk menggali ilmu Allah dan sampaikannya untuk manfaat bersama
~kita sedar bahawa Islam bukan untuk ahli agama sahaja tapi untuk kita juga
~usaha kita menambah redha Dia pada kita

ikhlas dari lubuk hati saya yang paling dalam: J5, saya sayang anda semua!!!

Tuesday, February 23, 2010

~MADAH KAMI, MADAH SISWA~




MASALAH SOSIAL?


Salah siapa perkara ini berlaku?




tontonilah rancangan



SEHARUM KASTURI






di channel J5




jangan lupa temui kami:



di= Pusat Islam al-Hidayah, IPG kampus Ipoh


pada= 24 Februari 2010


jam=7.45 malam




dengan topik perbincangan terhangat masa ini...




bersama ahli panel istimewa kami...



Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin:"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":


1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.

4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahamt ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.

7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan

Sunday, February 21, 2010

3 minggu penuh getir!!!!

Salam alaik...Seminggu lebih dah blog saya ni berhabuk+bersawang. Dah tiba masanya untuk kerja cuci mencuci.

Hari ni dah balik maktab. Kejap aje rasanya...3.30 ptg tadi kat Alor Setar lagi, pukul 6.30 dah pun ada kat Perak. Walaupun jalan agak sesak, tapi Alhamdulillah bas berjaya menjejakkan tayarnya di Medan Gopeng. Ha..minta maaf la sgt2 kepada roomate saya, adik beliau dan cik intan sebab lama tunggu saya kat Medan Gopeng gara2 saya nak naik teksi sekali. Jasamu kukenang...


Sampai saja bilik, adik kesayangan saya, Ainul ajak pula makan di biliknya. Agaknya masa nak masuk pagar maktab tadi saya langkah kaki kanan kut...


Lepas solat Maghrib, sambung makan lagi...Makanan disponsor oleh roomate saya pula, air tangan bonda beliau. Sedap la nasi himpit cecah dengan rendang ayam. Sedap tak hengat dunia la orang kata...


Bila perut dah kenyang, memang patut la jenguk2 homework yang tak siap lagi tu.. Jangan lupa esok lusa short coursework Social Studies dah nak kena hantar. Esok madam nak check...Tapi saya dah siap la..Sekarang ni printer pulak buat masalah.Merajuk dgn saya la tu...


Hmm..macam mana la nak hadapi hari esok..Malas rasanya...MasyaAllah...


Saya bukan fikir pasal hari esok aje tapi tiga minggu ni sebelum balik cuti semula...Tiga minggu macam kejap tapi nak lalui saat2 getir tu....Huih...Sedar tak awak sedang mengeluh ni? Ya, maaf2...


Tapi betul, tiga minggu ni sangat menyesakkan dada saya, rasa macam oksigen tak sampai kat paru2...Hai, belum lalui lagi dah tahu apa nak jadi...Pesimis saya ni kan?


Apa yang buat saya rasa begini?



1) Esok ada Math, saya tak siap pun lagi hw Math...


2) Lusa, scrapt book Bulan Penghayatan Solat kena hantar. Sebutir habuk pun tak sentuh lagi..


3) Tulat, turn Madah Siswa kelas saya. Tak bincang apa2 pun lagi.


4) Minggu ni, sukantara. Saya nak turun sumbangkan mata pun malas rasanya.


5) 1 Mac ni dah start Ujian Kecergasan Jasmani dan Kesihatan. Macam mana nak lari 2.4 km ni? Memang sesak nafas dibuatnya dengan sit up lagi. Hadoi la...


6) 5 Mac deadline untuk short coursework LDV. Saya tak start tulis apa2 lagi..


7) 8 Mac Mock exam dah start. Study kat mana entah...


Kalau tengok list kat atas tak banyak mana pun. Nak selesaikan semua dengan hambatan masa, itulah yang jadi masalah...Sem ni memang agak memenatkan sebab sem lepas tersangatlah lepak+rileks. Kena la bekerja keras sikit untuk tiga minggu ni...Habis tiga minggu ni, lepaskan lelah di rumah pula..


Sedar tak, kalau pun susah tu datang bertubi-tubi tapi lepas tu senang datang bertimpa-timpa. Betullah selepas kesusahan memang ada kesenangan.
Jangan takut susah tapi patut takut bila kita senang. Bila susah kita mesti ingat Allah tapi bila senang adakah selalu kita ingat Allah?


Hmm..tak nak la kan jadi orang yang ingat Allah bila susah je...Bila senang lupa habis kat Allah. Allah tak lupakan kita pun. Cuba bayangkan kalau sedetik Allah lupakan kita, apalah agaknya jadi dengan hidup kita ni...
Semoga Allah terus beri kekuatan kepada kita untuk menyusuri hari2 yang penuh dengan ranjau. Semoga Dia pelihara iman dan akidah kita...Semoga Dia sentiasa melindungi kita...Semoga Dia selalu merahmati hidup kita...Semoga kita jadi hambaNya yang soleh....Amin...

Thursday, February 11, 2010

*orang biasa yang luarbiasa*

Berada seorang diri memang benar membuatkan kita bosan dan hilang arah. Tidak ada sesiapa pun yang mahu melayari hidup berseorangan. Sebab itulah fitrah manusia yang ingin sentiasa berteman.



Malam ini saya keseorangan di bilik dek 'ditinggalkan' roomate yang berkunjung ke Giant. Mood untuk keluar tak mengunjungi saya tatkala teringat beberapa keping not hijau yang sudah dileburkan sejak beberapa hari lalu ditambah pula dengan persiapan keberangkatan pulang yang masih ala kadar. Hati sejujurnya telah terbang ke kampung halaman, cuma jasad masih tersadai di lembah Ulu Kinta ini bersama rindu yang membuak-buak untuk mencium tangan ibu dan abah serta mengucup mesra pipi si comel Izzul Haziq.


Hambatan masa untuk mengemas membawa saya mengurung diri di dalam bilik berseorangan. Sambil2 itu diri sempat menyertai 'lawatan' ke blog2 sahabat yang baru diupdate. Antara blog yang menarik perhatian saya ialah blog sahabat usrah saya, Tuan Nurul Atikah. Entry beliau adalah mengenai Bulan Penghayatan Solat yang dilaksanakan oleh lajnah beliau, Lajnah Tarbiah.
Ini telah mengingatkan saya kepada pertandingan buku skrap yang saya sertai sempena festival tersebut. Sehingga kini tidak ada sebarang tanda menunjukkan ada usaha untuk menyiapkan buku skrap tersebut padahal ahli kumpulan telah dipilih dan tajuk telah diberikan. Itulah, bila terlalu memberi konsentrasi kepada hal2 duniawi, hal2 ukhrawi begini diletakkan di tepi. Walau bagaimanapun, sedikit inisiatif telah saya ambil dengan mencari maklumat berkaitan tajuk yang diundi iaitu, Solat Dhuha. Usaha bersama rakan2 adalah mengubah informasi atas drawing block. Perkara yang mudah tapi kalau selalu dilengah-lengahkan akan menjadi susah akhirnya.


Usaha lajnah mewujudkan pertandingan sebegini wajar diberi pujian. Biarpun nampak enteng tapi impaknya sangat besar terhadap pembangunan sahsiah dan rohani pelajar. Seperti kata Ustaz Zakaria, "Bila buat pertandingan begini, hasilnya lebih mudah kita nampak dan boleh dimanfaatkan oleh orang lain." Saya setuju sekali dengan kata2 ustaz. Dan semoga dengan semangat yang ada pada saya dan rakan2, harapannya dapatlah usaha kami membuahkan hasil yang bukan saja memberi manfaat kepada kami malah pelatih2 lain.


Ramai antara kita kurang sedar akan potensi diri kita yang mungkin bermanfaat kepada insan lain yang tidak memiliki potensi tersebut. Ini mungkin kerana kita sentiasa pesimis dengan menyandarkan diri kita dengan begitu banyak kelemahan sehingga kelemahan itu menutup mata hati kita untuk menggali potensi dan kelebihan yang ada pada kita. Kadangkala kita terlalu melihat kesempurnaan orang lain sehingga menenggelamkan kesempurnaan kita sendiri. Benar, kita adalah hamba yang lemah tetapi ingatlah, Allah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Jangan jadikan rasa lemah itu sebagai penghalang untuk kita memberi manfaat kepada orang lain yang memerlukannya daripada kita. Seharusnya, setiap dari kita merasakan diri kita adalah istimewa dan sentiasa boleh melakukan yang terbaik dengan bimbingan hidayah daripada Allah. Sentiasa yakin bahawa setiap dari kita yang menghirup udara di bumi ALLAH ini telah dipertanggungjawabkan dengan peranan masing2, cumanya antara sedar atau tidak sahaja peranan apakah yang harus kita mainkan. Kalau kita tidak memuhasabahkan diri, maka kita sendiri tidak akan tahu apakah tujuan kita hidup di dunia ini. Jadi, haruslah sentiasa mengembalikan diri kepada asal kita iaitu Allah supaya kita dekat denganNya lalu kita tahu, faham, dan mengerti apakah tanggungjawab kita padanya. Dan rajinlah bertanya kepada diri sendiri, "Mengapakah aku diciptakan oleh ALLAH? Adakah untuk hidup saja2 di muka bumi ini? Adakah hanya untuk tidur, makan kemudian pergi kelas?" Kemudian, tentu kita akan berfikir jalan mana sebenarnya yang harus kita ikut dan apa sebenarnya yang harus kita perbuat dalam hidup ini dalam cita-cita kita menuju syurga abadi.

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu." surah az-Zariyat ayat 56.
Maka tentunya Allah menciptakan kita bersebab. Sebab utama adalah untuk beribadah kepadaNya. Untuk mencari redhaNya. Namun tidak terbatas kepada satu2 amal sahaja. Mencari redha Allah boleh dalam pelbagai cara asalkan kena dengan hukum dan syariatnya. Lalu kitalah yang menentukan sendiri apa yang kita cari kerana secara dasarnya hidup kita ini mempunyai satu matlamat; syurga atau neraka? Mana satu pilihan hati? Kita tentukan....
footnote: orang yg berjaya adalah orang biasa yang berusaha secara luar biasa...

Saturday, February 6, 2010

=cukuplah hanya mereka=

Salam sejahtera buat semua...
Hari ini hari Sabtu. Kalau ikutkan tidak ada bezanya hari Sabtu hari ni dengan hari Sabtu yang lepas-lepas. Tapi disebabkan hari ni adalah hari sekolah ganti, maka adalah perbezaannya(tu dia...nak start merepek dah)...

Hari ini hari ganti sekolah. Kalau ikutkan tidak ada bezanya hari ganti sekolah hari ni dengan hari ganti sekolah yang lepas-lepas. Tapi disebabkan hari ni adalah hari gotong royong perdana, maka adalah perbezaannya.

Hehe...

Seawal 7.50 pagi(tak awal mana pun), pelatih-pelatih IPIP sudah berkumpul di padang hoki. Pensyarah berkumpul di PULAKO(nama baru untuk PKL=Pusat Latihan Kokurikulum). Acara pertama untuk hari ni adalah senamrobik. Bukan main seronok lagi budak2 ni bersenamrobik. Usai senamrobik, perjumpaan rumah sukan diadakan. Pelantikan AJK dilakukan tanpa banyak masalah. Sekali cadang terus sokong, memang bagus, jimat masa, jimat tenaga, jimat air liur...

Kemudian, pelatih menikmati sarapan pagi di kafeteria dengan ditaja oleh diri sendiri. Saya dan kawan2 antara orang awal yang sampai di kafe. Kalau bab makan, saya dan kawan2 memang bagi komitmen 100%.

Lepas makan, pelatih berkumpul di PULAKO. Pensyarah2 pun sudah turun dari bukit dan berehat. En. Radzi memberi taklimat untuk aktiviti gotong royong. J5 bertugas di bilik yang menempatkan kayak. Kayak2 dipunggah keluar dengan kudrat perempuan kami kerana kudrat pelajar lelaki J5 disimpan untuk melepak-lepak saja di bilik. Setelah itu, bilik dibersihkan+dibasuh dengan kerjasama dari pelajar Cina. Tengok pelajar Cina buat kerja, memang saya kagum. Bukan nak kata apa, mereka memang buat kerja sungguh-sungguh. Seronok bekerja dengan mereka.

[senior2 yang kuat lagi perkasa...mereka itu adalah perempuan ya!]

[mengangkat kayak tanpa sebarang penggunaan steroid]

[ahah...bagus betul anak2 dara ni...]

[tu dia..guna jari pun bolehhh!!!]

Budak2 J5 pun apa kurangnya. Memang hari ni kami all out habis. Bila kita enjoy buat sesuatu kerja tu, biar penat+panas, semua tu dah tak jadi hal. Bila kita ikhlas buat kerja tu kerana ALLAH, ALLAH permudahkannya dan hati kita rasa lapang+gembira. Tapi yang tak gembiranya, ada juga yang tidak turut serta. Kami bersangka baik, mungkin mereka tak sihat atau tak boleh kena panas. Tak pe la kan...Kami tak rugi sedikitpun kalau anda tak turut serta malah kami dapat pengalaman+dapat minum Nescafe free lagi.

[upacara punggah memunggah kerusi]


[Timb. Pengarah pun turun PULAKO juga]


[kepenatan tu kita simpan kejap2 dlm hati ye, zahirkan kegembiraan bersama!]




Sedang bergembira menikmati gotong royong perdana, roomate saya tiba-tiba memberi cadangan spontan,"J5, jom kita pergi kemas kelas." Saya menambah, "Alang2 dah penat ni, biar kita penat terus sampai satu hari." Yang bagusnya, adik2 kesayangan saya ni tak membantah langsung dengan cadangan kakak2 mereka ni malah mereka pula yang excited. Ni la yang buat saya sayang sangat kat mereka. Minta maaf ye, dik. Akak2 bukan nak buli tau.

Tamat saja gotong royong, kami bergerak ke kelas. Saya dan Ain ke surau untuk meminjam barang2 mencuci. Sampai di kelas, meja dan kerusi dah pun dikeluarkan. Acara cuci-mencuci dilaksanakan dengan penuh keceriaan dan gelak ketawa.


[sesi perbincangan susun atur meja]

[bila meja dan kerusi diangkut keluar]


Ahh, saya memang terharu habis dengan budak2 ni. Nak cari mana lagi la kawan2 yang macam ni. Yang selalu ada dalam hidup saya susah dan senang. Sebab tu, bila ada orang bertanya kepada saya, "Tak teringin ke nak bercouple?" jawapan saya mudah, "Fitrah kita mempunyai keinginan ke arah berkasih sayang. Tapi tidak semestinya perlu bercouple untuk mencari kasih sayang. Pertamanya, saya takut akan dosa kepada ALLAH kerana cukuplah dosa yang masih ada pada saya yang belum terhapus. Keduanya, saya rasa tidak perlu untuk saya bercouple kerana saya sudah ada ramai insan di sekeliling saya yang sangat menyayangi diri saya dan menerima segala kelemahan saya. Saya tak nafikan, bahawa satu hari nanti saya pasti memerlukan kasih dari seorang lelaki ajnabi tapi buat masa ini, cukuplah sekadar kawan2 saya di sisi yang sentiasa menceriakan hidup saya. Merekalah yang sanggup berkorban untuk saya, merekalah yang sanggup melalui liku-liku di jalan dakwah bersama saya dan merekalah yang selalu ada di hati saya. Tanpa mereka, tentu hidup saya tidak ada indahnya, tanpa mereka bagaimana saya mampu merasakan manisnya ukhwah kerana ALLAH, dan tanpa mereka siapalah saya.

Tribute to mereka yang bergelar sahabat saya:

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku
Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama
footnote: buat Pia, Bihah, Ain, Ainul, Syazi, Wanie dan Pahana, terima kasih untuk hari2 yang terlalu indah ini. Sayang kamu semua!!!

Friday, February 5, 2010

NaK kEjAr YaNg MaNa SaTu Ni???


Salam alaik...

Sebentar tadi, saya menghadiri meeting lajnah 3P di surau. Perjumpaan kali ke berapa saya pun tak ingat. Bukan sebab terlalu banyak buat meeting tapi jarang sangat buat meeting. Kehadiran pun memberangsangkan walaupun tak semua yang hadir. Biasalah, kekangan masa. Alhamdulillah, saya tak begitu disibukkan biarpun tugasan beratur-atur minta disentuh. Meeting pada hari ini berkisar tentang risalah dan poster mingguan yang perlu diterbitkan oleh lajnah 3P. Beberapa prosedur dibincangkan bagi memudahkan gerak kerja. Kemudian, disusuli dengan tugasan untuk Bulan Penghayatan Solat di mana lajnah 3P bertindak sebagai penghebah maklumat dan pengurus pertandingan secara tidak langsung. Sedikit post mortem turut dijalankan untuk Ruhul Jadid edisi Januari. Kami menerima pujian dan tak kurang juga kritikan sebagai respon kepada terbitan pertama kami untuk semester ini. Segala komentar terhadap Ruhul Jadid harapnya dapat dijadikan batu loncatan untuk menambahbaik keluaran yang akan datang. Meeting tambah menarik bila kami diberitakan tentang kehadiran ahli baru tapi orang lama dalam biro agama iaitu Abang Rafiq yang akan menguruskan blog biro. Dengan kehadiran Abang Rafiq dan seorang lagi ahli baru diharapkan akan memperkuat lagi jentera kami di lajnah 3P. Tidak banyak perkara yang dibincangkan dalam meeting kali ini sesuai dengan polisi yang tiba-tiba diwujudkan oleh lajnah iaitu, "meeting kurang, kerja lebih". Biarpun meeting kurang, tetapi hasilnya tetap ada, begitu kata Fathul, ketua lajnah. Meeting lajnah ditamatkan lebih kurang pukul 10 malam. Selepas itu, saya mengertai P.K.U. saya yang mendengar taklimat mengenai pertandingan yang dijalankan sepanjang bulan penghayatan solat.


Usai taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Zakaria, saya dan Pahana bergerak ke kelas. Ada sesuatu yang menarik yang menggamit kami ke sana. Tentunya ayam KFC birthday girl kita, Ainul! Dengan murah hatinya, adik kesayangan saya yang seorang ini membelanja J5 makan KFC. Wah, banyak duit, dik! Kami menikmati masa gembira bersama-sama di dalam kelas sehingga jam 11.


Dalam mengendalikan tugasan dan urusan harian, saya cuba sedaya upaya untuk memberikan komitmen yang terbaik untuk akademik dan gerak kerja dakwah saya. Kerana ini jalan yang saya pilih, maka perlu untuk saya berusaha mengimbangi kedua-duanya. Masa tentunya menjadi kekangan utama dalam gerak kerja dakwah. Kadangkala, terpaksa pula memilih antara keduanya untuk diletakkan keutamaan. Sebab itu, memikul gerak kerja dakwah bukan perkara senang. Ramai lari dari medan dakwah kerana tidak mahu dan mampu untuk memberi komitmen terhadap kerja2 dunia dan kerja2 akhirat dalam satu2 masa. Banyak pengorbanan diperlukan. Tapi jangan cepat putus asa di jalan dakwah kerana ALLAH telah berfirman:


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong(agama)ALLAH, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 47:7


Ayat ini selalu menjadi pegangan saya tatkala diri hampir mengeluh dek hambatan masa kadangkala menggugah pendirian saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar, maka saya yakin dengannya.


Dan satu lagi ayat motivasi daripada ALLAH yang sentiasa lekat di hati saya ialah:


"Dan carilah (pahala)negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." 28:77


Lihat! betapa ALLAH itu tidak menghalang kita menikmati kehidupan di dunia walaupun akhirat adalah tujuan utama kerana dunia ini tempat persinggahan kita mengutip bekalan untuk dibawa ke akhirat. Maka, mengapa perlu diasingkan kedua-duanya dari hidup kita? Kedua-duanya perlu bergerak seiring. Jadi, siapa kata kalau belajar tidak boleh berdakwah? Siapa kata kalau budak surau itu tidak boleh main bola? Ha, fikir-fikirkan...
Kepada teman-teman, sahabat seperjuangan, saya mohon maaf andai saya kurang masa untuk anda, kurang gembira andai kita melanggar perintahNya. Kalau antara redha manusia dan redha ALLAH yang harus saya pilih, tentunya saya pilih redha ALLAH, kerana itulah akan membawa saya ke syurganya. Saya doakan agar satu hari nanti juga akan bersama-sama di jalan yang sedang saya lalui ini, jalan mencari redhaNya. Insyaallah...

~ADAB BERGURU~

Adab orang yang mempelajari ilmu atau murid terbahagi kepada dua:
Pertama:Adab untuk dirinya sebagai muridAdab untuk dirinya sebagai murid pula terdiri daripada tujuh perkara:
1. Membersihkan hati daripada sifat-sifat yang keji dan tercela seperti riya’, sombong, takabbur, hasad dengki dan sebagainya lagi yang termasuk didalam sifat-sifat yang dikeji dan memperelokkannya dengan sifat-sifat yang dipuji yang lain seperti ikhlas, benar, zuhud, tawadhuk dan sifat-sifat terpuji yang lain kerana ilmu itu adalah sebahagian daripada ibadat yang batin dan ibadat tidak dianggap sah kecuali apabila suci daripada najis. Umpamanya solat tidak sah kecuali apabila tempat solat didirikan, tubuh badan dan pakaian orang yang bersolat semuanya suci dan bersih daripada najis yang zahir.
Oleh kerana ilmu itu berupa ibadat yang batin maka dianggap tidak sah melainkan apabila batin, iaitu hati bersih dan suci daripada najis yang batin yakni yang didalam hati. Sifat yang keji dan jahat yang tersembunyi di dalam hati itu adalah najis sepertimana firman Allah:
Ertinya: “ Sesungguhnya orang-orang yang syirik itu najis” (At-Taubah:28)
Menurut Imam Al Ghazali bahawa najis itu tidak semestinya terdapat pada pakian dan tubuh badan secara zahir. Selagi hati masih tercemar dengan sifat-sifat yang keji maka cahaya ilmu yang bermanfaat kepada agama menjadi malap dan tidak dapat menerangi hati itu. Kerana inilah Ibnu Mas’ud r.a berkata:
Ertinya: “Ilmu itu bukan diperolehi dengan banyak periwayatan dan kajian buku-buku tetapi ilmu itu adalah cahaya yang dilontarkan oleh allah kedalam hati.”
2. Mengosongkan hati daripada hal-hal keduniaan dan menjauhkan daripada memikirkan tentang anak dan isteri dan segala yang boleh membimbangkannya agar hati itu tertumpu sepenuhnya kea rah menuntut ilmu, kerana Allah telah berfirman:
Ertinya : “ Allah tidak menjadikan untuk seorang itu dua hati dalam perutnya iaitu tidak masuk ke dalam hati seorang Islam jika ia memikirkan selainnya. “ (Al-Ahzab : 4)
3. Orang yang belajar atau murid itu hendaklah merendah diri meletakkan diri di darjat paling bawah dan tidak menganggapkan dirinya lebih besar daripada ilmu yang diajarkan kepadanya oleh guru. Umpamanya ia berkata di dalam hati : Ilmu ini remeh atau kitab ini kecil sedangkan aku telah banyak belajar, mengapakah guruku menyuruhku belajar menggunakan kitab sekecil ini? Sebaliknya murid hendaklah menerima apa yang di ajarkan oleh guru dan apa yang disuruhnya, tidak menyangkal gurunya dan tidak mengarahkan guru mengajarkannya sesuatu ilmu yang ia mahukan atau mengarahkannya menggunakan sebuah kitab tertentu, tetapi hendaklah menyerahkan kehendaknya itu bulat-bulat kepada gurunya dan menerima sahaja apa yang disuruh oleh guru supaya dipelajari.
Murid juga hendaklah senantiasa berkhidmat kepada gurunya bagi mendapatkan berkat darinya. Saiyidina Abdullah bin Abbas sentiasa berkhidmat kepada gurunya Saiyidina Zaid bin Tsabit. Setiap kali gurunya itu memimpinnya kea rah yang mahu dituju oleh Saiyidina Zaid bin Tsabit sehingga Saiyidina Zaid pernah berkata kepadanya, “ Lepaskan tali kekang itu wahai sepupu Rasulullah s.a.w.?” Saiyidina Abdullah bin Abbas menjawab : “ Itulah yang disuruh kami lakukan kepada pembesar, guru dan ulama’ kami. “ Lalu Zaid bin Tsabit pun mengucup tangan Saiyidina Abdullah bin Abbas dengan berkata. “ Itulah yang disuruh kami lakukan kepada Ahlul Bait dan kerabat Penghulu kami s.a.w.”Sabda Nabi:
Ertinya: “ Bukan daripada akhlak orang mukmin perbuatan menghina diri kerana meminta sesuatu melainkan di dalam menuntut ilmu."
4. Mengelak daripada mendengar ilmu yang menjadi perselisihan di kalangan ulama’ kerana ini boleh menimbulkan kebingungan yang tidak menghasilkan sebarang faedah dari ilmu itu di samping membuatkan hati gagal menentukan yang mana harus di pegang. Oleh itu orang yang baru mula mengikuti jalan. Akhirat hendaklah menuntut ilmu yang menjuruskan hati kea rah ibadat dan tidak bermaksud menuntutnya untuk mengetahui aspek-aspek yang diperselisihkan oleh para ulama’
5. Tidak melepaskan peluang segala seni yang dipuji syara’ andainya mahukan kemahiran, tetapi hendaklah dibuat selepas menuntut Ilmu Fardhu Ain yang bermanfaat itu dan setelah mengamalkannya, dan juga mempunyai masa yang terluang setelahmengerjakan wirid. Ini ialah menuntut ilmu seni kemahiran itu merupakan Fardhu Kifayah, dan sebagaumana sedia maklum sesuatu yang berupa Fardhu Ain itu mesti mendahului sesuatu yang dianggap Fardhu Kifayah
6. Ia hendaklah bersungguh-sungguh menuntut ilmu yang bermanfaat di Akhirat yang dinyatakan. Barangsiapa sibuk dengan menuntut seni ilmu tasawuff memadai baginya, sebab ia mengandungi ilmu usluddin iaitu I’tiqad, Ilmu Feqah iaitu ilmu Ibadat, Ilmu Muamalat dan Ilmu Suluk dan Tariqat yang membawa kepada Ilmu Mukasyafah dan ilmu Haqiqat. Kerana inilah Imam Al Ghazali pernah berkata:
Ilmu muamalat iaitu ilmu dan amalan itu membawa kepada ilmu mukasyafah. Dan mukasyafah ialah Penyingkapan hati seorang itu kea rah Ma’rifatullah Taala iaitu mengenal Allah. Ianya Nur atau cahaya yang dicampakkan Allah ke dalam hati hasil daripada amalan ibadat dan mujahadah iaitu perjuangan menentang hawa nafsu dan hasutan syaitan, dan dia itulah yang seterusnya membawa ke martabat keimanan Saiyidina Abu Bakar As Siddiq r.a. yang jika ditimbangkan dengan keimanan seluruh isi bumi nescaya keimanan Abu Bakar lebih berat lagi disebabkan suatu rahsia yang terpahat di dalam hatinya tanpa perlu kepada bukti-bukti dan hujjah-hujjah. “Imam Al-Ghazali berkata lagi“Dan Ketahuilah bahawa semulia-mulia ilmu dan kemuncaknya ialah ma’rifatullah Ta’ala iaitu mengenal Allah melalui nur keimanan yang terdapat di dalam hati. Ianya merupakan lautan yang tidak diketahui penghujung dalamnya. Para Anbiya’ merupakan manusia yang paling jauh berada di dalamnya, diikuti oleh para Auliya’, kemudian orang-orang yang menyusuli mereka. “
7. Tujuan mereka menuntut ilmu itu hendaklah semata-mata kerana Allah Ta’ala iaitu menjunjung titah perintahNya kerana Akhirat dan kerana mahu memperelokkan dirinya yang zahir kelihatan dengan amalan ibadat kepada Allah Ta’ala dan memperbaiki batinya iaitu hatinya dengan segala sifat yang terpuji dan membersihkannya dari segala sifat yang cela dan keji di samping sentiasa hadir mengingati Allah Ta’ala. Ini akan menyampaikannya kepada ma’rifatullah Taala dan seterusnya kepada martabat yang tinggi dan kepada kedudukan Malaikat Al Muqarrabin.
Kedua:Adab Murid Terhadap GuruyaMengenai adab murid terhadap gurunya maka di sana terdapat juga beberapa perkara. Tetapi yang disebut oleh Imam Al-Ghazali di dalam bukunya Bidayatul-Hidayah ialah 11 Perkara
1. Apabila bertemu atau berdepan dengan guru, murid hendaklah mendahului salam
2. Murid hendaklah mengurangkan percakapan di depan guru
3. Murid tidak boleh berkata sesuatu yang tidak di izinkan gurunya
4. Murid tidak boleh menanyakan sesuatu kepada gurunya melainkan setelah meminta keizinandari gurunya terlebih dahulu
5. Murid tidak boleh menyangkal kata-kata gurunya seperti menyarankan bahawa kata-kata si polan itu bertentangan dengan kata-kata gurunya atau sebagainya
6. Murid tidak boleh memberi isyarat untuk menunjukkan kata-kata gurunya salah dan menganggap akan dirinya lebih betul atau lebih mengetahui daripada gurunya. Perbuatan seperti ini menunjukkan kekurangan adab murid kepada guru, di samping kurang berkatnya
7. Murid tidak boleh berbisik dengan orang-orang yang bersebelahannya ketika sama-sama berdepan dengan guru
8. Murid tidak boleh menoleh ke kiri atau ke kanan ketika berada di depan guru, sebaliknya ia hendaklah duduk dengan menunduk penuh adab sopan seolah-olah berada di dalam sembahyang
9. Murid tidak boleh bertanya kepada gurunya yang kelihatan kurang berminat untuk bercakap atau ketika ia keletihan
10. Apabila guru berdiri atau baru tiba, murid hendaklah berdiri menghormatinya. Ketika guru bangkit dari duduknya, murid tidak boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau sesuatu masalah. Begitu juga ketika guru sedang berjalan hinggalah tiba di tempat duduknya. Pertanyaan boleh dilakukan hanya ketika darurat.
11. Murid tidak boleh berprasangka buruk terhadap gurunya.

Monday, February 1, 2010

Ayuh,MAHASISWA!!!

Saya menulis dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Sebelum tu, maaf la ye..Beberapa hari ni saya tak berapa nak ada mood untuk post entry ilmiah.. Banyak perkara menarik berlaku kepada saya kebelakangan ni. Merasakan ianya pengalaman yang baik lagi menarik, maka saya dengan senang senang hati ingin berkongsi dengan anda. Sudi baca tak?

Hari Jumaat yang lepas, saya terlibat dengan satu kem di Kuala Kangsar. Apa nama kem tu ye? Nanti la saya bagitau. Baca dulu. Dengan hanya berbekal duit RM10 dalam dompet, semangat saya tetap berkobar-kobar ni nak pergi sana. Berapa lama dah tak pergi kem macam ni...Teruja la pulak.

Kami keluar dari maktab dengan jayanya begitu juga beg pakaian macam nak lari maktab je gayanye...hehe Kemudian, bertolak dari masjid Batu 8 menaiki van ala2 roller coaster gitu...hehe...tgh2 jalan pun boleh tidur lagi budak2 ni...haih...
Sampai di Badan Khidmat Masyarakat At-Thoif (PAKAT), muslimat check in dalam bilik bahasa Inggeris. Muslimin, kami tak ambil tau..hehe


Lepas makan malam, muslimin dan muslimat solat jemaah di dewan. Sesi taklimat diadakan seusai solat. Malam tu jugak ada lecture drpd Ustaz Fairuz Hafiz. Antara kata2 ustaz Fairuz yg menarik perjatian saya adalah, "Jangan hipokrit dalam mendidik." Ada makna tersirat tu. Lecture Ustaz Jamaluddin menyusul tak lama selepas itu yakni tentang aqidah. Best memang best tapi bila syaitan dah letak celak kat mata, apa boleh buat kan?

Usai Lecture 1, ada supper jugak. Sebelum tidur, baca al-Mulk beramai-ramai dengan fasi. Lepas tu, tutup lampu.And the rest is history...

5 pagi keesokan harinya adalah hari bangun awal sedunia...hehe..Qiyamullail berjemaah kemudian disusuli solat Subuh berjemaah. Saya diberi peluang memberi tazkirah tau. Hehe..bunyi macam penceramah handalan.Tak la, cuma tazkirah ringkas aje. Saya agak meng'entahapapa'kan tazkirah tu jugak la...Orang kurang ilmu macam tu la...

Riadah pun tak dilupakan walaupun buat ringkas2 aje. Lepas riadah, ada modul untuk lecture aqidah semalam. Memang bagus betul kem ni...Ada lecture, mesti ada modul. Ha, nak tau kem apa? Kan saya kata, baca dulu...
Sarapan pagi kami dijamu dengan nasi goreng Kak Nora and the geng. Sedap woo makan dalam talam...



Lecture kedua menyusul selepas solat Dhuha dengan tajuk Jahiliyah oleh Ustaz Nasir. Selepas lecture adalah sesi modul pula tentang perkara jahiliyah yang berlaku di maktab dan penyelesaiannya. Banyak idea dijana peserta2. Mantop2 belaka...

Lecture ketiga disampaikan oleh Ustaz Faisal mengenai konsep akhlak dalam Islam. Selesai solat Asar dan minum petang adalah waktu untuk sesi latihan bagi Malam Kesenian Islam. Kuliah Maghrib turut diselitkan di bawah tajuk Islam sebagai addin Tajuk yang diberi adalah Islam sebagai addin dengan persembahan merangkumi sketsa, pantun, cerita berangkai dan forum. Tak dapat dinafikan memang bakal2 guru ni berbakat belaka.
Tak lengkap rasanya kalau takde malam muhasabah diri. Malam air mata. Betul ke macam tu? Sebenarnya malam menginsafi dosa2 kita kan? Kalau ikut setiap hari kena insaf dengan dosa2 kita, bukan nak tunggu ada kem aje tapi manusia macam tu la, selalu perlu diingatkan. Orang mungkin akan cakap, "ala, mula2 tu insaf la kejap, lepas tu buat balik perangai lama, pergi kem pun tak guna." Mana lebih bagus, orang yang berubah jadi baik walaupun sekejap atau orang yang tak berubah langsung? Fikirkan. Jadi, jangan pertikaikan kalau perubahan baik seseorang tu tak lama, itu hal dia dengan ALLAH. Jangan asyik menghukum orang saja padahal apa yang kita usahakan untuk diri kita sendiri?
Seperti malam sebelumnya, peserta membaca al-Mulk sebelum tidur dengan mimpi indah setelah menginsafi dosa yang banyaknya pada ALLAH.
Hari Ahad; hari terakhir di kem=hari keberangkatan pulang.
Walaupun nak balik, ada lagi task yang perlu diselesaikan. Tapi ini cantik punya task. Buat kat luar. Sambil menghirup udara segar di pasar besar Kuala Kangsar, cuci mata dengan melihat ragam pembeli dan penjual. Mereka mempraktikkan ajaran Islam atau tak? Modul untuk lecture terakhir semalam juga. Sesi pembentangan dilakukan tak jauh dari pasar. Ala dekat dengan playground tu. Selepas pembentangan modul, sesi resolusi dijalankan dengan menimbang pendapat2 daripada para peserta. Hasil perbincangan dan musyawarah, tiga resolusi dipilih antaranya, solat jemaah tiga kali seminggu di surau al-Hidayah. Saya kira. ini satu resolusi yang sangat praktikal cuma, hendak atau tidak saja. Harapnya, dengan resolusi yang dibuat ni, dapat menambahramaikan lagi jemaah di surau al-Hidayah.
Usai makan tengah hari, peserta bertolak ke Masjid Ubudiah. Subhanallah, tersergam indah depan mata masjid yang selama ni dilihat dalam tv dan kalendar aje. Sayangnya, tak sempat nak merasa solat kat situ. Tak pe, dapat masuk pun bersyukur dah...Sementara menunggu van roller coaster kami, sempat juga makan ais krim sambil melihat rakaman tak berbayar Sharifah Khasif..hehe
Tak lama lepas tu, van yang diidam-idamkan pun sampai. Berduyun2 kami naik. Disebabkan terlampau penat, tertidur semuanya yang ada dalam van tu kecuali abang Firdaus dan pemandu yang butir bicara mereka langsung kami tak dengar dek kerana tidur mati.
Cerita saya untuk kem ni tamat setelah kami berjaya sampai ke maktab...Maksud saya, kemnya sudah selesai tapi pengisiannya, Insyaallah melekat di jiwa kami.
Kem ini memberi impak yang besar kepada saya setelah hilang tarbiyah hampir setengah tahun. Kerana saya mencari-cari perkara yang telah saya hilang sejak ke sini dan kini kembali menemui jalannya. Jalan yang sudah saya mulakan langkah ini, tidak mungkin saya berpatah kembali kerana saya tak ingin mengulangi kesilapan lalu. Kesilapan terbesar dalam jalan dakwah saya. Semoga ALLAH mengampunkan dosa saya dan semoga masih ada peluang untuk saya menjadi daie kepada agama Islam, agama yang diredhaiNya.

Oh, ya! Sebelum terlupa, kem ini namanya PROGRAM MAHASISWA RABANI..Lepas ni kalau ada lagi, bagi yang berminat tu, dialu-alukanlah, jangan segan silu..Kalau segan(malas) nak berubah jadi baik sekarang, nanti di akhirat bersiap sedialah untuk segan(malu) di hadapan ALLAH kerana banyak dosa...
Terima kasih kerana sudi membaca cerita tak seberapa saya ni...