BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 27, 2010

~USRATI~

Salam alaik...
Tadi saya buat blog walking di blog akak usrah saya, Kak Nora. Entah kenapa, bila saya dengar nama Kak Nora atau tengok Kak Nora, mesti ingat usrah. Betul tak tipu, masa mula2 datang sini lagi saya rasa macam tu bila first time tengok Kak Nora di surau. Agaknya Kak Nora memang sinonim dah dengan usrah ni...Lagi satu, anda kena percaya yang saya sangat mengagumi Kak Nora dari dulu. Saya ada alasan yang kukuh untuk itu. Saya bukan nak mengampu beliau ya, tapi ini lah hakikatnya. Kalau anda kenal beliau, patut kata setuju. Dan Kak Nora saya lihat calon yang sesuai untuk menjadi akak usrah saya. Yang lain tu bukan tak bagus tapi Kak Nora dah tawarkan dulu. Walau apapun, saya ucapkan terima kasih yang banyak2 kepada Kak Nora kerana sudi 'menjemput' saya menyertai group usrah beliau. Dan terima kasih kepada Dia kerana menemukan saya dengan Kak Nora. Wahaha..ni tribute to Kak Nora ni...
Saya tertarik untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai usrah. Ini adalah pengenalannya.
Tonggak kepada gerakan Islam ialah usrah. Tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak melahirkan generasi pelapis. Tanpa usrah yang betul maka tidak akan mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan. Segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja berjemaah.
Usrah juga bukan majlis ilmu semata-mata, tetapi majlis untuk meningkatkan komitmen dalam Islam dan usaha memperjuangkannya. Usrah juga merupakan majlis untuk membincangkan masalah organisasi dalam jemaah. Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanannya lesu dan tidak bermaya. Ia juga tidak akan memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jemaah.
DEFINISI USRAH
Usrah bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara angota usrah menyebabkan kadang-kadang ia lebih akrab dari hubungan saudara sekeluarga.
Manakala istilah yang disebut oleh para ulama’ gerakan ialah individu Muslim yang beriman kepada Allah yang berusaha dalam membina fikrah Islam dalam diri dan peribadi Muslim.
Berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam dan melaksanakan amanah yang dipikulkan ke atas mereka dalam mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah serta menjauhkan diri dari pengabdian diri kepada manusia dan taghut.
Kesimpulannya, usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jemaah bagi melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur-menegur antara sesama ahli dan nasihat-menasihati adalah asas kekuatan jemaah. Kemanisan berjemaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati kehendak usrah.
footnote: artikel dipetik dr http://faqli.blogspot.com/2008/05/kepentingan-usrah-dalam-gerakan-islam.html

2 BICARA ANDA:

abdulfattah said...

Salam, syukran atas perkongsian ilmu yg berguna ttug usrah..."usrah tunjang tarbiah"...Rasulullah S.A.W sendiri pn ad usrah baginda sendiri contohnya peristiwa shbt2 berkumpul di rumah al arqam bin abi arqam, bermula disitulah jumlah pendokong2 agama suci Islam semakin hr semakin meningkat. Kerana itu usrah ini penting untuk melahirkan pendokong2 agama Islam yg ikhlas mperjuangkan Islam dan takkan berhenti u meletakkan Islam di tempat tertinggi..seperti mana saudari nyatakan dlm post saudari..semoga kita semua istiqamah dgn usrah..amin

kak nora said...

hamdallah dipulangkan pada Allah...
takde ape yang ada pada kak dik... cme nak berkongsi...tahniah kepada pengertian usrah yang mantop... akk pun dapat ilmu...inilah usrah...=)