BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 25, 2010

SELAMAT HARI LAHIR, YA RASULULLAH



Alhamdulillah...


Sedar tak sedar hari ni dah pun hari Khamis. Hari penuh dengan kepenatan. Tapi hari penuh kegembiraan. Kerana seperti biasa, rutin hari Khamis adik2 manis J5 ni adalah melepak lepas habis PJK sambil santap pisang goreng+cekodok+cucur udang+air buah di bawah pokok rendang. Lebih lega sebab banyak perkara untuk minggu ni dah diselesaikan. Assignment SS dah hantar, Madah Siswa pun dah selamat semalam bersiaran. Esok cuti, ramai pula yang balik. Dan saya pada minggu ini tiada cadangan atau anganan untuk keluar ke mana2, hanyalah beri tumpuan terhadap assignment yang menunggu deadline nya saja...



Oh ya, sebentar tadi telah masuknya tarikh baru dalam kalendar Islam bg seluruh kawasan Malaysia dan kawasan yang sama waktu dengannya iaitu 12 Rabiulawal. Dengan penuh rasa gembira, saya di sini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada junjungan besar kita, nabi Muhammad S.A.W. yang telah diputerakan pada tarikh ini. Anda sekalian jangan buat2 lupa ya tarikh penting ni... Mari cepat ucap selawat kepada baginda!



Sempena Maulidur Rasul saya nak ajak anda renungkan kembali, apakah hadiah yang kita telah sediakan untuk baginda Rasulullah? Ada ke tak ada? Mahal ke tak? Besar ke kecik? Hadiah macam mana tu yek?



Ha, pernah tak kita terfikir untuk beri hadiah pada baginda kalau setiap kali hari lahir ahli keluarga kita, kawan2 kita, kita tak pernah lupa nak bagi hadiah..siap buat sambutan besar-besaran lagi..



Baginda tidak pernah meminta kita memberi hadiah kepada baginda apatah lagi hadiah yang mahal2...cukuplah sekadar kita selalu kita mengingati baginda dalam selawat kita saban waktu ke atas baginda. Bahkan, apabila kita berselawat, Allah memberi pahala pula pada kita.. jadi hadiah apa lagi kita cari untuk diberikan pada baginda kerana selawat itu hadiah paling besar untuk baginda kerana tak perlu tunggu hari keputeraan baginda malah setiap masa boleh diberi tanpa mengeluarkan sedikit tenaga pun... bak kata orang kampung saya, available at any place and any time...lihat betapa senangnya memberi hadiah kepada seorang insan yang bernama Muhammad bin Abdullah ini yang tidak pernah langsung melupakan umatnya biarpun nyawa di hujung jasad..Jadi, umatnya, apa tunggu lagi, cepat selawat kepada baginda!



Kenapa wajib selawat kepada Rasulullah sedangkan kepada nabi lain hanyalah diucapkan salam sejahtera?



1- Apabila seseorang itu berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana menurut perintah Allah SWT sedang Allah juga berselawat ke atas baginda maka selawat Allah SWT bermaksud pujian dan kemuliaan baginda berbanding Rasul dan Nabi yang lain. Manakala selawat manusia ke atas baginda bermaksud doa supaya Allah SWT mengangkat kedudukan baginda ke tempat yang lebih terpuji.




2- Sebagai mentaati perintah Allah SWT ke atas hamba-hambanya agar berselawat ke atas baginda SAW. Dalam surah al-Ahzab Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SWT); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)
Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan
bahawa berterusan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Juga bermaksud kedudukan baginda serta kenikmatan yang diperoleh baginda sama ada di dalam alam barzakh mahupun di dalam syurga adalah sentiasa bertambah dan lebih mulia berbanding dengan Nabi-nabi yang lain.
Sekali gus para ulama berpendapat bahawa Allah SWT hanya berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW secara khusus berbanding dengan Nabi-nabi yang lain. Adapun Nabi dan Rasul-rasul yang lain menerima ucapan kesejahteraan dengan ucapan salam tanpa selawat. Di dalam sepotong hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat yang bernama Bashir bin Sa'ad: Kami diperintah Allah agar mengucapkan selawat ke atas kamu wahai Rasulullah, maka bagaimana caranya kami harus mengucapkan selawat itu, lalu baginda diam terlalu lama sehingga ada yang mengharap alangkah baiknya kalu dia tidak bertanya soalan itu kepada baginda. Kemudian barulah baginda bersabda bahawa: " Ya Allah selawatlah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau telah memberikan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan anugerahi ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau anugerahi Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Nabi Ibrahim di dalam alam sekelian, sesungguhnya engkau adalah yang Maha terpuji lagi Maha Mulia. Kemudian ucapkanlah salam sebagaimana yang telah kamu ketahui. (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasaie, al-Tarmidzhi).



Berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah wajib berdasarkan ayat di atas. Kewajipan ini ditunaikan melalui solat lima waktu yang menjadi selawat itu wajib dalam setiap tasyahud.




3- Baginda Rasulullah SAW adalah penutup seluruh Anbiya, baginda telah menyempurnakan syariat bagi panduan hidup manusia.




4- Baginda Rasulullah SAW adalah pemilik syafaat di mahsyar, bagi mereka yang taat kepada perintah Allah dan Rasulul-Nya juga memperbanyakkan selawat ke atas baginda akan mendapat syafaat.




5- fadilat selawat yang sangat agung, melalui selawat Allah menjanjikan keampunan, kelapangan, keberkatan, kerahmatan dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang menanti orang yang banyak berselawat.



0 BICARA ANDA: