BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 5, 2010

NaK kEjAr YaNg MaNa SaTu Ni???


Salam alaik...

Sebentar tadi, saya menghadiri meeting lajnah 3P di surau. Perjumpaan kali ke berapa saya pun tak ingat. Bukan sebab terlalu banyak buat meeting tapi jarang sangat buat meeting. Kehadiran pun memberangsangkan walaupun tak semua yang hadir. Biasalah, kekangan masa. Alhamdulillah, saya tak begitu disibukkan biarpun tugasan beratur-atur minta disentuh. Meeting pada hari ini berkisar tentang risalah dan poster mingguan yang perlu diterbitkan oleh lajnah 3P. Beberapa prosedur dibincangkan bagi memudahkan gerak kerja. Kemudian, disusuli dengan tugasan untuk Bulan Penghayatan Solat di mana lajnah 3P bertindak sebagai penghebah maklumat dan pengurus pertandingan secara tidak langsung. Sedikit post mortem turut dijalankan untuk Ruhul Jadid edisi Januari. Kami menerima pujian dan tak kurang juga kritikan sebagai respon kepada terbitan pertama kami untuk semester ini. Segala komentar terhadap Ruhul Jadid harapnya dapat dijadikan batu loncatan untuk menambahbaik keluaran yang akan datang. Meeting tambah menarik bila kami diberitakan tentang kehadiran ahli baru tapi orang lama dalam biro agama iaitu Abang Rafiq yang akan menguruskan blog biro. Dengan kehadiran Abang Rafiq dan seorang lagi ahli baru diharapkan akan memperkuat lagi jentera kami di lajnah 3P. Tidak banyak perkara yang dibincangkan dalam meeting kali ini sesuai dengan polisi yang tiba-tiba diwujudkan oleh lajnah iaitu, "meeting kurang, kerja lebih". Biarpun meeting kurang, tetapi hasilnya tetap ada, begitu kata Fathul, ketua lajnah. Meeting lajnah ditamatkan lebih kurang pukul 10 malam. Selepas itu, saya mengertai P.K.U. saya yang mendengar taklimat mengenai pertandingan yang dijalankan sepanjang bulan penghayatan solat.


Usai taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Zakaria, saya dan Pahana bergerak ke kelas. Ada sesuatu yang menarik yang menggamit kami ke sana. Tentunya ayam KFC birthday girl kita, Ainul! Dengan murah hatinya, adik kesayangan saya yang seorang ini membelanja J5 makan KFC. Wah, banyak duit, dik! Kami menikmati masa gembira bersama-sama di dalam kelas sehingga jam 11.


Dalam mengendalikan tugasan dan urusan harian, saya cuba sedaya upaya untuk memberikan komitmen yang terbaik untuk akademik dan gerak kerja dakwah saya. Kerana ini jalan yang saya pilih, maka perlu untuk saya berusaha mengimbangi kedua-duanya. Masa tentunya menjadi kekangan utama dalam gerak kerja dakwah. Kadangkala, terpaksa pula memilih antara keduanya untuk diletakkan keutamaan. Sebab itu, memikul gerak kerja dakwah bukan perkara senang. Ramai lari dari medan dakwah kerana tidak mahu dan mampu untuk memberi komitmen terhadap kerja2 dunia dan kerja2 akhirat dalam satu2 masa. Banyak pengorbanan diperlukan. Tapi jangan cepat putus asa di jalan dakwah kerana ALLAH telah berfirman:


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong(agama)ALLAH, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 47:7


Ayat ini selalu menjadi pegangan saya tatkala diri hampir mengeluh dek hambatan masa kadangkala menggugah pendirian saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar, maka saya yakin dengannya.


Dan satu lagi ayat motivasi daripada ALLAH yang sentiasa lekat di hati saya ialah:


"Dan carilah (pahala)negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." 28:77


Lihat! betapa ALLAH itu tidak menghalang kita menikmati kehidupan di dunia walaupun akhirat adalah tujuan utama kerana dunia ini tempat persinggahan kita mengutip bekalan untuk dibawa ke akhirat. Maka, mengapa perlu diasingkan kedua-duanya dari hidup kita? Kedua-duanya perlu bergerak seiring. Jadi, siapa kata kalau belajar tidak boleh berdakwah? Siapa kata kalau budak surau itu tidak boleh main bola? Ha, fikir-fikirkan...
Kepada teman-teman, sahabat seperjuangan, saya mohon maaf andai saya kurang masa untuk anda, kurang gembira andai kita melanggar perintahNya. Kalau antara redha manusia dan redha ALLAH yang harus saya pilih, tentunya saya pilih redha ALLAH, kerana itulah akan membawa saya ke syurganya. Saya doakan agar satu hari nanti juga akan bersama-sama di jalan yang sedang saya lalui ini, jalan mencari redhaNya. Insyaallah...

0 BICARA ANDA: