BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 1, 2010

Ayuh,MAHASISWA!!!

Saya menulis dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Sebelum tu, maaf la ye..Beberapa hari ni saya tak berapa nak ada mood untuk post entry ilmiah.. Banyak perkara menarik berlaku kepada saya kebelakangan ni. Merasakan ianya pengalaman yang baik lagi menarik, maka saya dengan senang senang hati ingin berkongsi dengan anda. Sudi baca tak?

Hari Jumaat yang lepas, saya terlibat dengan satu kem di Kuala Kangsar. Apa nama kem tu ye? Nanti la saya bagitau. Baca dulu. Dengan hanya berbekal duit RM10 dalam dompet, semangat saya tetap berkobar-kobar ni nak pergi sana. Berapa lama dah tak pergi kem macam ni...Teruja la pulak.

Kami keluar dari maktab dengan jayanya begitu juga beg pakaian macam nak lari maktab je gayanye...hehe Kemudian, bertolak dari masjid Batu 8 menaiki van ala2 roller coaster gitu...hehe...tgh2 jalan pun boleh tidur lagi budak2 ni...haih...
Sampai di Badan Khidmat Masyarakat At-Thoif (PAKAT), muslimat check in dalam bilik bahasa Inggeris. Muslimin, kami tak ambil tau..hehe


Lepas makan malam, muslimin dan muslimat solat jemaah di dewan. Sesi taklimat diadakan seusai solat. Malam tu jugak ada lecture drpd Ustaz Fairuz Hafiz. Antara kata2 ustaz Fairuz yg menarik perjatian saya adalah, "Jangan hipokrit dalam mendidik." Ada makna tersirat tu. Lecture Ustaz Jamaluddin menyusul tak lama selepas itu yakni tentang aqidah. Best memang best tapi bila syaitan dah letak celak kat mata, apa boleh buat kan?

Usai Lecture 1, ada supper jugak. Sebelum tidur, baca al-Mulk beramai-ramai dengan fasi. Lepas tu, tutup lampu.And the rest is history...

5 pagi keesokan harinya adalah hari bangun awal sedunia...hehe..Qiyamullail berjemaah kemudian disusuli solat Subuh berjemaah. Saya diberi peluang memberi tazkirah tau. Hehe..bunyi macam penceramah handalan.Tak la, cuma tazkirah ringkas aje. Saya agak meng'entahapapa'kan tazkirah tu jugak la...Orang kurang ilmu macam tu la...

Riadah pun tak dilupakan walaupun buat ringkas2 aje. Lepas riadah, ada modul untuk lecture aqidah semalam. Memang bagus betul kem ni...Ada lecture, mesti ada modul. Ha, nak tau kem apa? Kan saya kata, baca dulu...
Sarapan pagi kami dijamu dengan nasi goreng Kak Nora and the geng. Sedap woo makan dalam talam...



Lecture kedua menyusul selepas solat Dhuha dengan tajuk Jahiliyah oleh Ustaz Nasir. Selepas lecture adalah sesi modul pula tentang perkara jahiliyah yang berlaku di maktab dan penyelesaiannya. Banyak idea dijana peserta2. Mantop2 belaka...

Lecture ketiga disampaikan oleh Ustaz Faisal mengenai konsep akhlak dalam Islam. Selesai solat Asar dan minum petang adalah waktu untuk sesi latihan bagi Malam Kesenian Islam. Kuliah Maghrib turut diselitkan di bawah tajuk Islam sebagai addin Tajuk yang diberi adalah Islam sebagai addin dengan persembahan merangkumi sketsa, pantun, cerita berangkai dan forum. Tak dapat dinafikan memang bakal2 guru ni berbakat belaka.
Tak lengkap rasanya kalau takde malam muhasabah diri. Malam air mata. Betul ke macam tu? Sebenarnya malam menginsafi dosa2 kita kan? Kalau ikut setiap hari kena insaf dengan dosa2 kita, bukan nak tunggu ada kem aje tapi manusia macam tu la, selalu perlu diingatkan. Orang mungkin akan cakap, "ala, mula2 tu insaf la kejap, lepas tu buat balik perangai lama, pergi kem pun tak guna." Mana lebih bagus, orang yang berubah jadi baik walaupun sekejap atau orang yang tak berubah langsung? Fikirkan. Jadi, jangan pertikaikan kalau perubahan baik seseorang tu tak lama, itu hal dia dengan ALLAH. Jangan asyik menghukum orang saja padahal apa yang kita usahakan untuk diri kita sendiri?
Seperti malam sebelumnya, peserta membaca al-Mulk sebelum tidur dengan mimpi indah setelah menginsafi dosa yang banyaknya pada ALLAH.
Hari Ahad; hari terakhir di kem=hari keberangkatan pulang.
Walaupun nak balik, ada lagi task yang perlu diselesaikan. Tapi ini cantik punya task. Buat kat luar. Sambil menghirup udara segar di pasar besar Kuala Kangsar, cuci mata dengan melihat ragam pembeli dan penjual. Mereka mempraktikkan ajaran Islam atau tak? Modul untuk lecture terakhir semalam juga. Sesi pembentangan dilakukan tak jauh dari pasar. Ala dekat dengan playground tu. Selepas pembentangan modul, sesi resolusi dijalankan dengan menimbang pendapat2 daripada para peserta. Hasil perbincangan dan musyawarah, tiga resolusi dipilih antaranya, solat jemaah tiga kali seminggu di surau al-Hidayah. Saya kira. ini satu resolusi yang sangat praktikal cuma, hendak atau tidak saja. Harapnya, dengan resolusi yang dibuat ni, dapat menambahramaikan lagi jemaah di surau al-Hidayah.
Usai makan tengah hari, peserta bertolak ke Masjid Ubudiah. Subhanallah, tersergam indah depan mata masjid yang selama ni dilihat dalam tv dan kalendar aje. Sayangnya, tak sempat nak merasa solat kat situ. Tak pe, dapat masuk pun bersyukur dah...Sementara menunggu van roller coaster kami, sempat juga makan ais krim sambil melihat rakaman tak berbayar Sharifah Khasif..hehe
Tak lama lepas tu, van yang diidam-idamkan pun sampai. Berduyun2 kami naik. Disebabkan terlampau penat, tertidur semuanya yang ada dalam van tu kecuali abang Firdaus dan pemandu yang butir bicara mereka langsung kami tak dengar dek kerana tidur mati.
Cerita saya untuk kem ni tamat setelah kami berjaya sampai ke maktab...Maksud saya, kemnya sudah selesai tapi pengisiannya, Insyaallah melekat di jiwa kami.
Kem ini memberi impak yang besar kepada saya setelah hilang tarbiyah hampir setengah tahun. Kerana saya mencari-cari perkara yang telah saya hilang sejak ke sini dan kini kembali menemui jalannya. Jalan yang sudah saya mulakan langkah ini, tidak mungkin saya berpatah kembali kerana saya tak ingin mengulangi kesilapan lalu. Kesilapan terbesar dalam jalan dakwah saya. Semoga ALLAH mengampunkan dosa saya dan semoga masih ada peluang untuk saya menjadi daie kepada agama Islam, agama yang diredhaiNya.

Oh, ya! Sebelum terlupa, kem ini namanya PROGRAM MAHASISWA RABANI..Lepas ni kalau ada lagi, bagi yang berminat tu, dialu-alukanlah, jangan segan silu..Kalau segan(malas) nak berubah jadi baik sekarang, nanti di akhirat bersiap sedialah untuk segan(malu) di hadapan ALLAH kerana banyak dosa...
Terima kasih kerana sudi membaca cerita tak seberapa saya ni...

1 BICARA ANDA:

Mcjust said...

bestnye kem~ =D