BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 19, 2009

TUGASAN MANA LEBIH PENTING???

Salam buat semua...


Hmm,,,hari ni banyak masa dihabiskan untuk berkemas-kemas. Tak sampai 48 jam lg, aku akan meninggalkan maktab terchenta ini untuk menghabiskan cuti dua bulan bersama keluarga di kampung. Sambil2 tu, sempat juga membuat blog tour di blog kawan2. Rata2 menulis ttg cuti dan tak kurang juga memberi ucapan selamat maju jaya dlm peperiksaan SPM yg bermula semalam lg. Adikku juga menduduki SPM. Harapanku moga ALLAH mempermudah urusan Angah dan rakan2nya (yg kukenal Fidah, Sal, Farah, Izzaty)menjawab soalan. Amin...


Cuti dua bulan ini tidak mungkin berlalu begitu saja kerana kami dah dibekali assignment dan ada juga lecturer yang bakal 'mengirim' tugasan cuti terancang melalui emel. Harap2 dengan adanya 'bekalan2' dapat mengurangkan sedikit masa student untuk melakukan perkara2 lagha(berdating, menonton movie, melepak2..hehe..) dan meluangkan lebih banyak masa di rumah. Mungkin dapat tolong mak ayah apa yg patut. Pahala dapat, dosa pun dapat dihindari.

Namun, ada satu lagi tugasan yg sangat penting untuk cuti ni. Tugasan untuk menjaga iman dan nafsu. Tugasan yg aku kira paling mencabar untuk dilaksanakan. Menjaga nafsu pada aku sama pentingnya dengan menjaga iman. Aku beri analogi yg mudah. Bayangkan HATI kita adalah sebuah negara yang di dalam terdapat dua buah negeri iaitu IMAN dan NAFSU. MANUSIA ialah pemerintah kepada negeri2 tersebut.Kedua-dua buah 'negeri' ini saling berlumba untuk meluaskan jajahan masing2. Negeri2 ini dibahagikan oleh satu sempadan. Negeri yang mempunyai jajahan yg lebih luas akan berhak menguasai dan menentukan corak pemerintahan negara. Pemerintah negara akan tunduk kepada negeri yang lebih kuat.

Jika IMAN lebih kuat drpd NAFSU, maka negara akan sentiasa berada dalam keadaan aman, damai, makmur dan sentosa. Andai kata, NAFSU pula lebih kuat, maka negara menjadi kucar kacir, tidak aman, dan huru hara. Dalam usaha mempertahankan dan meluaskan jajahan negeri IMAN, IBADAH(solat,mutabaah dsb) bertindak sebagai tentera. Jika tentera tidak diberi penekanan(latihan, perhatian, dsb) yang sewajarnya, maka usaha mempertahankan IMAN sangat sukar dilaksanakan. Ini akan memberi peluang kepada NAFSU untuk menguasai negeri IMAN kerana NAFSU selalunya diberi pertolongan hebat oleh pihak yang bernama SYAITAN.

Secara konseptualnya, ibadah merupakan elemen yg penting dalam menjaga iman. Ibadah bukan setakat menunaikan solat malah lebih dari itu. Membaca al-quran, berzikir, beristighfar, qiyamullail juga dikira ibadah. Namun, kadangkala melakukan perkara2 sunat begini lebih sukar kerana mentaliti masyarakat Islam zaman sekarang ialah menunaikan yg wajib sudah mencukupi. Tetapi mereka tidak sedar bahawa ibadah wajib yang dilakukan belum tentu sempurna dan diterima ALLAH. Jadi, ibadah2 sunat inilah yang membantu menampung apa yang kurang. Benar, bangun tahajud di tengah malam bukan perkara yg mudah bg yg belum pernah melakukannya tetapi percayalah jika sekali melakukannya hati dan jiwa akan tenang sepanjang hari.
Wahai orang yang berselimut(Muhammad)! Bangunlah (untuk solat) pada malam hari kecuali sebahagian kecil, (iaitu) separuhnya atau kurang sedikit daripada itu, Atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu. Sesungguhnya, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan bacaan (di waktu itu) lebih berkesan. (73:1-6)
Benar juga, menghabiskan satu juzuk 4 juzuk al-Quran dalam masa seminggu bukan senang apatah lagi bagi mereka yg membaca al-Quran pun jarang2 tetapi jika tidak dimulakan usahanya maka jangan katakan 4 juzuk seminggu, 30 juzuk setahun pun belum tentu boleh dilakukan. Setiap seribu langkah itu kan dimulakan dengan langkah yg pertama.. :-)

NAFSU pula sangat senang meluaskan pengaruhnya kerana SYAITAN itu ada di mana2 utk menyesatkan anak Adam. Dalam al-Quran, perkataan nafsu ditujukan kepada golongan fasiq, yahudi nasrani, dsb termasuk juga orang yg beriman. Di sini, dinyatakan firman ALLAH kepada orang beriman berkaitan nafsu.
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (an-nisa :135)
Nafsu itu ada peringkatnya iaitu nafsu amarah, nafsu lawwamah, dan nafsu mutmainnah serta beberapa lagi yg tdk dpt dinyatakan di sini. Nafsu amarah adalah nafsu yg tunduk kepada syaitan dan nafsu syahwat. Nafsu ini merupakan tahap terendah dalam kehidupan manusia. Manusia yg dirinya dipenuhi nafsu ini tidak peka dengan kesalahan dan dosa2 yg tlh dilakukan. Melakukan maksiat dan kemungkaran adalah perkara biasa bagi mereka. Ini adalah akibat daripada hati yang tidak terisi dgn ilmu, akal tidak berfikir secara bijaksana. Nafsu lawwamah pula nafsu tercela akibat kelalaian tuannya menunaikan perintah ALLAH. Rasanya, ramai orang yang memiliki nafsu seperti ini. Mereka mudah menyesali kesilapan mereka dan berniat untuk kembali ke pangkal jalan. Mereka juga mudah menerima teguran orang lain dan mudah membaiki kesilapan diri. Sebagai contoh, mereka berdating dengan pasangan couple mereka lalu berlakulah beberapa perkara yg tidak elok, kemudian mereka sedar mereka telah melakukan zina mata,hati, tangan, jari dsb. Mereka bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Mereka yg memiliki nafsu ini juga selalu memikirkan baik buruk sesuatu perkara, halal haram, dosa pahala terhadap sesuatu tindakan. Walau apapun, ini lebih baik drpd mereka yg mempunyai nafsu amarah. Walaupun ada nafsu yg baik seperti nafsu mutmainnah tetapi hanya segelintir manusia sahaja yg mampu mencapainya. Mereka yg hatinya sentiasa mengingati ALLAH dalam senang mahupun susah, reda dengan ketentuan ALLAH, maka layaklah memiliki nafsu ini. Justeru, doakanlah moga2 kita tergolong dalam golongan ini. Amin...

Antara iman dan nafsu, kedua2nya merebut peluang untuk merajai hati manusia. Jika manusia gagal mengawal iman mereka, maka mereka akan didorong oleh nafsu untuk melakukan sesuatu kemungkaran. Oleh itu, sangatlah penting bagi kita untuk sentiasa men'top up' dan meng'upgrade' iman dengan wang 'amal ibadah' supaya nafsu kita dapat dikekang. Berusaha untuk melakukan pembaharuan dalam diri kita ke arah yg lebih baik. Tinggalkan perkara2 maksiat biarpun sekadar yang ringan kerana yang besar itu bermula dengan sesuatu yang kecil.

Rakan2 sekalian, ambillah peluang masa cuti ini untuk muhasabah diri kita kembali apa yg telah kita lakukan sepanjang satu semester berada di maktab ini. Adakah kita telah dapat apa yang kita cari atau kita telah siakan banyak peluang yang sepatutnya kita perolehi?Masih belum teerlambat untuk kita memperbaiki diri kita bagi menghadapi semester depan kerana pastinya lebih banyak cabaran yg menanti di hadapan sana. Hanya dengan imanlah yang menentukan jatuh bangunnya kita umat Islam.


Akhir kalam, jaga diri, jaga iman...Bawalah ALLAH dalam hatimu selalu.



SELAMAT BERCUTI!!!



feetnote: Syukran ukhti Syikin, ukhti Aini, ukhti Arma, dan semua yg x pernah melupakan aku malam hari. Uhibbukifillah abadan abada...

Wednesday, November 18, 2009

AISYAH; WANITA SOLEHAH SEBAGAI SURI TELADAN~part 4


Salam alaik....


Seperti yg dijanjikan dlm entry yg lalu, berikut adalah 9 kelebihan yg diberikan kpd Aisyah yg tdk diberikan kpd wanita lain slps Maryam:


1) Malaikat Jibril pernah turun dgn membawa berita tentang Aisyah dan Rasulullah disuruh mengahwaini Aisyah.

2) Rasulullah berkahwin dengan Aisyah ketika Aisyah masih gadis, dan baginda tdk pernah berkahwin dengan perawan selain Aisyah.

3) Ketika Rasulullah meninggal dunia, kepala baginda di pangkuan Aisyah.

4) Sesungguhnya Aisyah menguburkan baginda di dalam rumahnya.

5) Wahyu diturunkan kpd baginda Rasulullah ketika baginda sedang berselimut bersama Aisyah.

6) Aisyah adalah puteri khalifah dan orang kepercayaan baginda.

7) Diturunkan wahyu utk menyelesaikan perkara Aisyah iaitu membela Aisyah dr tuduhan kaum munafik.

8) Aisyah diciptakan sbg wanita yg baik bg lelaki yg baik.

9) Aisyah diberi janji utk memperoleh ampunan dan rezeki yg baik.


Justeru, tidak hairan jika Aisyah merupakan wanita yg paling beruntung dan paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. di antara isteri2 baginda.

Monday, November 16, 2009

~:SI TUKANG GUNTING RAMBUT:~

SEORANG PELANGGAN LELAKI TELAH PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UNTUK MENGGUNTING RAMBUT DAN MENCUKUR JANGGUTNYA. TATKALA SI TUAKNG GUNTING RAMBUT MEMULAKAN KERJANYA, MEREKA MULA BERCERITA TENTANG PELBAGAI PERKARA. KETIKA MENYENTUH TENTANG TOPIK BERKAITAN ALLAH, SI TUKANG GUNTING RAMBUT DENGAN YAKIN BERKATA,"SAYA TAK PERCAYA YANG ALLAH ITU WUJUD."

"KENAPA KAMU KATA BEGITU?" TANYA PELANGGAN LELAKI PULA.

"KAMU CUBA PERGI TENGOK DEKAT TEPI2 JALAN DAN LORONG2 DI LUAR TU, KEMUDIAN KAMU AKAN SEDAR YANG ALLAH TU TAK WUJUD. BERITAHU SAYA, KALAU BENAR ALLAH TU WUJUD, KENAPA ADA BEGITU RAMAI ORANG YANG SAKIT? KENAPA ADA RAMAI ANAK TERBIAR? KALAU ALLAH TU BENAR2 WUJUD, MESTI TAK ADA PENDERITAAN DAN KESENGSARAAN DI DUNIA NI. SAYA TAK BOLEH BAYANGKAN BAHAWA ALLAH YANG PENYAYANG TU BOLEH BIARKAN SEMUA NI BERLAKU." KATA SI TUKANG GUNTING RAMBUT DENGAN ANGKUHNYA.

PELANGGAN LELAKI ITU BERFIKIR SEJENAK TETAPI TIDAK MEMBERI SEBARANG RESPON KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN SEBARANG PERBALAHAN. SI TUKANG GUNTING RAMBUT MENYELESAIKAN KERJANYA DAN PELANGGAN LELAKI PUN MENINGGALKAN KEDAI TERSEBUT. KELUAR SAJA DARI KEDAI, PELANGGAN LELAKI TADI TERNAMPAK SEORANG LELAKI DI TEPI JALAN DALAM KEADAAN RAMBUTNYA PANJANG, KUSUT MASAI, KOTOR DAN JANGGUTNYA TIDAK TERURUS. KEADAAN LELAKI ITU NAMPAK TERUK SEKALI.

PELANGGAN LELAKI TERSEBUT MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK BERPATAH BALIK KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI. PELANGGAN LELAKI ITU MASUK KE DALAM KEDAI DAN BERKATA KEPADA SI TUKANG GUNTING RAMBUT,"KAMU TAHU, TUKANG GUNTING RAMBUT SEBENARNYA TAK WUJUD."

"MACAM MANA KAMU BOLEH KATA BEGITU?"UJAR SI TUKANG GUNTING RAMBUT DENGAN NADA TERKEJUT. "SAYA KAN ADA DI SINI DAN SAYA SEORANG TUKANG GUNTING RAMBUT. SAYA BARU SAJA MENGGUNTING RAMBUT KAMU TADI!" UJAR SI TUKANG GUNTING RAMBUT LAGI. KALI INI DENGAN LEBIH TEGAS.

"TAK!"PELANGGAN LELAKI PULA MEMBALAS. "TUKANG GUNTING RAMBUT TAK WUJUD. KALAULAH MEREKA WUJUD TENTU TAKKAN ADA ORANG YANG RAMBUTNYA KOTOR DAN PANJANG DAN JANGGUT YANG TAK TERURUS, MACAM LELAKI KAT LUAR TU."

"AH!" BENTAK SI TUKANG GUNTING RAMBUT. "TAPI TUKANG GUNTING MEMANG WUJUD! ITULAH YANG BERLAKU KALAU MEREKA TAK DATANG PADA SAYA." BALAS SI TUKANG GUNTING RAMBUT.

"TEPAT SEKALI." BALAS PELANGGAN LELAKI TIBA2 DENGAN RIAK MUKA GEMBIRA SEOLAH-OLAH DIA TELAH MEMENANGI PERBAHASAN TERSEBUT. "ALLAH PUN BEGITU. ALLAH TU WUJUD. ITULAH YANG BERLAKU KALAU MANUSIA TAK DATANG CARI ALLAH DAN MINTA TOLONG DARINYA. SEBAB TU LAH BANYAK SANGAT PENDERITAAN DAN KESENGSARAAN KAT DUNIA NI." JAWAPAN PELANGGAN LELAKI MEMBUATKAN SI TUKANG GUNTING RAMBUT TERDIAM SERIBU BAHASA.

Penciptaan manusia dan alam semesta merupakan salah satu bukti ALLAH itu wujud. ALLAH menciptakan setiap makhluk dengan penuh teratur dan kesempurnaan serta berkait rapat antara satu sama lain. Maka mustahillah jika ada dakwaan yg mengatakan bahawa segala makhluk yg ada di muka bumi ini tercipta secara kebetulan.Kalau sesuatu itu terjadi secara kebetulan, maka pada awalnya pasti tidak teratur. Jika makhluk itu tidak tercipta dengan sendirinya dan tidak tercipta secara kebetulan, maka pasti ada yang menciptakannya, iaitu ALLAH ya Rabbal 'alamin.
ALLAH telah berfirman dalam surah at-Thur ayat 35:
Maksudnya: Atau apakah mereka tercipta tanpa asal usul ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)?
Ayat di atas menjelaskan bahawa makhluk tidak diciptakan tanpa pencipta dan tidak menciptakan dirinya sendiri. Jadi, tanpa ragu2 lagi, yang menciptakan makhluk itu adalah ALLAH S.W.T.
Sebenarnya, banyak lagi bukti lain yang menunjukkan ALLAH itu wujud. Manusia yang tidak mempercayai ALLAH ada di mana2. Bibirnya sahaja mengaku percaya pada ALLAH tapi hatinya siapa yang tahu. Ramai manusia percaya ALLAH itu wujud tetapi tidak mengimani rukun iman dengan betul. Ramai juga yang mengaku hamba ALLAH tetapi tidak meletakkan ALLAH pada tempat yang sepatutnya. Malah, ada juga yang mengabaikan pergantungan harap kepada ALLAH dalam mengendalikan urusan seharian. Sesungguhnya, ALLAH tidak akan sedikitpun mengalami kerugian jikalau manusia tak meminta kepada ALLAH dan seringkali melupakanNya tetapi manusia pasti terkapai-kapai walaupun sedetik ALLAH melupakan kita.
Firman ALLAH S.W.T. yg bermaksud:
"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan ALLAH; dan ALLAH Dialah yang Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji." surah Fatir ayat 15.
"Wahai manusia! Sungguh, janji ALLAH itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang ALLAH" (35:5)
feetnote: mari sama2 kita hayati lirik lagu Aku Tanpa Cintamu nyanyian Mirwana

Friday, November 13, 2009

MEMBERI SALAM KEPADA LELAKI

Islam amat menganjurkan umatnya memberi salam kepada orang yang dikenali dan juga orang yang tidak dikenali. Orang lelaki memberi salam pada orang lelaki dan wanita memberi salam kepada wanita. Walau bagaimanapun, ada kelongggaran di mana wanita boleh memberi salam kepada orang lelaki yang dikenali seperti saudara mara, jiran terdekat, kakitangan sepejabat dalam urusan tertentu dan sebagainya.

Indahnya Islam, dalam syariat yang ketat mengawal kehormatan wanita masih ada kelonggaran2 untuk menjalin silaturahim dengan pihak tertentu. Kelonggaran ini tidak bermaksud wanita boleh memberi salam sesuka hatinya tanpa batas yang tertentu.

Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: Wahai ister-isteri nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik(sesuai dan sopan).

Walau bagaimanapun, keringanan untuk memberi salam kepada lelaki perlulah mengikut syarat2 yang tertentu.
Syarat2nya ialah:
1) Jgn bercakap, berbual, beri salam dgn nada yg mendayu dan lunak.
2) Tidak boleh memulai perbualan yg tdk mendatangkan manfaat.
3) Hendaklah menutup aurat.
4) Berusaha terlebih dahulu utk mencari mahram bg mewakili wanita itu bercakap dgn lelaki. Jika tiada, dibolehkan bercakap sendiri.
5) Hendaklah berbual dlm keadaan yg baik dan tdk menimbulkan fitnah.

Kelonggaran yg diberikan kpd wanita utk memberi salam kpd lelaki khususnya kpd org yg lebih tua, sahabat handai, dan jiran adalah bertujuan menghormati dan memelihara hubungan persaudaraan sesama Islam tdk dilarang asalkan wanita pandai menjaga batas tertentu.
Kebebasan yg disalahgunakan oleh wanita boleh mengundang fitnah. Adakalanya ada sesetengah wanita yg sengaja ingin berbual-bual dgn lelaki yg bukan mahramnya. Pergaulan tanpa batasan ini boleh membawa kepada perzinaan. Sebagai wanita, kita patut menyedari tentang larangan memulakan perbualan sesuka hati dengan lelaki tanpa tujuan


feetnote: dipetik drpd buku Hadiah Buat Muslimah tulisan Ustzh Siti Nor Bahyah.

AISYAH; WANITA SOLEHAH SEBAGAI SURI TELADAN~part 3

Kemurnian Cinta Rasulullah S.A.W.

Rasulullah sgt mencintai Aisyah. Perkara ini dapat diketahui dari suatu riwayat yang disampaikan oleh Imam az-Zahabi ketika Amr bin al-Ash bertanya kpd nabi S.A.W., "Siapakah orang yang paling baginda cintai?" Baginda menjawab:"Aisyah." Kemudian Amr bertanya lagi, "Siapakah di kalangan lelaki yg paling baginda cintai?" Rasulullah menjawab:"Ayah Aisyah."
Rasulullah juga pernah bersabda:"Seandainya aku boleh menjadikan kekasih dari kalangan umatku ini, nescaya akan aku jadikan Abu Bakar sebagai kekasih. Tetapi persaudaraan dalam Islam lebih utama."
Maka Rasulullah menyintai lelaki dan wanita yang paling utama dari kalangan umatnya. Oleh sebab itu, barangsiapa membenci kedua insan yang dicintai Rasulullah ini, maka ia akan dibenci Allah dan RasulNya. Kasih sayang Rasulullah terhadap Aisyah sangat besar. Perkara ini dpt dilihat ketika ramai wanita yg memilih hadiah untuk Aisyah melalui keizinan baginda.
Imam az-Zahabi meriwayatkan drpd Aisyah bhw ramai orang memilihkan hadiah pd hari khusus utk Aisyah. Kata Aisyah, "Teman-teman wanita saya berkumpul dekat Ummu Salamah, lalu mereka berkata padanya:"Sesungguhnya ramai orang memilih hadiah untuk Aisyah sedangkan kita menghendaki kebaikan sebagaimana yg diingini Aisyah. Oleh sebab itu, katakanlah kpd Rasulullah agar baginda menyuruh orang yg memberikan hadiah yg ia sukai..
Kemudian Ummu Salamah menyampaikan perkara itu kpd Rasulullah tetapi baginda diam shj. Lalu Ummu Salamah mengulanginya kembali tetapi baginda masih tetap diam dan tdk menjawab. Setelah Ummu Salamah menyampaikan perkara itu sampai tiga kali, baginda bersabda: "Wahai Ummu Salamah, janganlah engkau menyakiti aku dgn mengganggu Aisyah. Kerana demi Allah, tidaklah pernah turun wahyu kpdku sedangkan aku berada dlm selimut seorang wanita selain dia."
Jawapan baginda tersebut menunjukkan bhw keutamaan Aisyah melebihi Ummul Mukminin yg lain. Maka tdk hairanlah jika kita mendengar Anas bercerita, Rasulullah pernah bersabda:"Kelebihan Aisyah dibandingkan dgn wanita2 lain spt kelebihan makanan srid iaitu roti yg diramas dan direndam dlm kuah dibandingkan dgn jenis makanan lain."
Aisyah pernah berkata:"Aku diberi sembilan perkara yang tidak diberi kepada seorangpun wanita setelah Maryam binti Imran. Keutamaan tersebut iaitu...

feetnote: untuk mengetahui apakah 9 kelebihan tersebut, nantikan dlm post yang seterusnya..Wassalam...

Thursday, November 12, 2009

::SIFAT-SIFAT PENDAKWAH::

Sifat-sifat Pendakwah
editor : almusafirq8

Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :

1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.
2. Beramal dengan ilmunya.
3. Tahan marah (berlapang dada)
4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.
5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.
6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.
7. Kuat, sihat dan fasih lidah.
8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :
(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.
(b) ilmu sejarah umum.
(C) Ilmu Psikologi.
(d) Ilmu Geografi.
(e) Ilmu Akhlak
(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.
(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.
(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.
9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.
10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkarayang aib.
11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.
12. Bersifat wakar dan tenang.
13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.
14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.
15. Bersikap Taqwa dan Amanah.

BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH
Sifat wakar ada pada ;
(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja.
(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud.
(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab.
(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara.
Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ;
(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan.
(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka.
(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk.
(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar.
Sifat-sifat yang ditonjolkan begini menarik minat orang ramai kerana keperibadian dan akhlak serta kemuliaannya.
feetnote: aku sgt tertarik dgn artikel ni, so aku copy n paste aje...ikhlaskan niat di hati...moga semua daie beroleh manfaat...

Sunday, November 8, 2009

~ATUK DAN ORANG KATA...AKU RASA???~

ORANG KATA...enjoy sementara masih muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti taubatlah.

ATUK KATA...orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA...betul jugak tu...

ORANG KATA...exam tu susah, kena banyak sacrifice, constant study, past year paper, etc...
ATUK KATA...exam tu senang aje, dah ada tarikh utk diuji, dah ada silibus untuk diikut, kalau ajal...entah bila siapapun tak tahu, banyak pula peringkat ujiannya, Munkar Nankir, neraca Mizan, tayangan slide...
AKU RASA...betul jugak tu...

ORANG KATA...have fun on your birthday, panggil kengkawan dan sedara mara, berpartilah sepanjang malam, make it a memorable one!!!
ATUK KATA...setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat...
AKU RASA...betul jugak tu...

ORANG KATA...kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat...baru puas hati!!!
ATUK KATA...ye ke hati dah puas?dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?dah cukup zikir untuk santapan rohani?dah cukup amal nak 'book' tempat al-Firdaus?
AKU RASA...errrrrrrr!!! betul jugak tu...

Riwayat dari Abu Hassan al-Mawardi menyatakan, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang inginkan kebahagiaany di dunia maka hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang inginkan kebahagiaan di akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang inginkan kedua-duanya sekali, maka hendaklah ia berilmu."



feetnote: dipetik drpd risalah mingguan Pusat Islam Kolej Matrikulasi Kedah 08/09. Jazakumullah krew Islamic Compass...

AISYAH; WANITA SOLEHAH SEBAGAI SURI TELADAN~part 2

Keistimewaannya
Sayyidah Aisyah dilahirkan dr kalangan keluarga yg sudah beragama Islam. Ia lebih muda 8 tahun drpd Fatimah. Ia pernah berkata, "Aku mengetahui kedua org tuaku bahawa mereka sudah memeluk Islam.." Ia seorang wanita yg cantik dan disegani. Oleh sebab itu dia dipanggil juga dgn Al-Humaira atau si Mawar Merah.
Rasulullah tdk pernah berkahwin dgn wanita yg masih gadis spt Aisyah, dan tdk pernah menyintai wanita spt cinta baginda terhadap Aisyah.
Imam az-Zahabi berkata,"Aku tdk mengetahui di kalangan umat nabi Muhammad bahkan di kalangan wanita secara umum, di mana mereka lebih pandai drpd Aisyah. Kami bersaksi bhw dia adalah isteri Rasulullah di dunia dan di akhirat. Maka rasanya tdk ada kebanggaan melebihi drpd itu."
Perkahwinan yg Mulia
Diriwayatkan drpd Aisyah r.a. ia berkata,"Rasulullah bersabda: "Akku melihatmu dlm mimpi selama tigaa malam, iaitu engkau dibawa oleh malaikat Jibril dlm sehelai kain sutera yg bagus. Jibril berkata:"Ini isterimu." Setelah aku buka, wajahnya ternyata engkau. Lalu aku bersabda:"Jika ini dr sisi Allah pasti Allah akan melaksanakannya."
Tarmizi meriwayatkan drpd Aisyah bahawa malaikat Jibril datang dgn membawa gambar Aisyah dlm sehelai kain sutera hijau kpd Rasulullah S.A.W. lalu berkata:"Ini adalah isterimu di dunia dan di akhirat.."

Friday, November 6, 2009

~AMANAHKU DI SINI~




Episod perjuangan dakwahku diteruskan lagi. Di tempat yang lain, dalam organisasi yang lain namun matlamatnya cuma satu : MEMPERJUANGKAN ISLAM DI BUMI ALLAH


Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berhimpun dlm cinta kpdMu
Telah bersatu dlm dakwah kepadaMu
Telah berpadu dlm membela syariatMu
Teguhkanlah ikatannya, Ya Allah.
Kekalkanlah cinta kasihnya
Tunjukkanlah jalan2nya
Penuhkanlah hati2 tersebut dgn cahayaMu yg tdk pernah hilang
Lapangkanlah dada2 kami dgn kelimpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu
Hidupkanlah hati ini dgn makrifat kepadaMu
Dan matikanlah ia dlm syahid di jalanMu
Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong
Ya Allah, kabulkanlah
Semoga selawat dan salam sentiasa tercurahkan kpd nabi Muhammad S.A.W. , keluarganya dan para sahabat

= terjemahan doa Rabitah[sila semak al-Ma'thurat]




Jalan Dakwah
Album : Munsyid : AlarmMe
Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa
Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah
Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa
Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama
Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi
Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.
Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita


feetnote: terima kasih ALLAH kerana masih memilihku...Alhamdulillah

Thursday, November 5, 2009

::ADIKKU HILANG SEKETIKA::

Ini adalah adikku, Muhammad Izzul Haziq yg tiba2 aje 'muncul' di antara kami bertiga. Walaupun sukar nak percaya ada 'orang baru' dlm rumah kami ttp kehadiran Bang Chik kami terima dgn penuh kesyukuran dan kegembiraan.
Bang Chik sekarang dah lima bulan dan dah boleh meniarap pun. Dia ni sgt pandai mengalahkan usianya. Sangat manja especially dgn ibu. Sangat ramah jugak especially dgn org2 tua iaitu nenek2, atuk2 n makcik2...



Kami semua 'bercita-cita' utk menjadikan Bang Chik ni seorang ustaz. Insyaallah... Semoga nanti dia akan menjadi anak yg soleh, yg boleh memimpin tangan ibu, abah, along, angah, dan adiknya(abangnya) menuju ke syurga ALLAH. Amin..
Hari ni, Bang Chik telah membuat ibu menangis apabila menghilangkan dirinya dgn tiba2. Cari punya cari akhirnya berjumpa lah dia di suatu tempat. Mujur adik dgr Bang Chik nangis, kalau tak sampai sudah takkan jumpa Bang Chik yg 'bersembunyi' di bawah katil. Bang Chik ni buat saspen aje. Kesian ibu. Adik pun tarik Bang Chik dari bwh katil. Muka Bang Chik penuh dgn sarang labah2, kata ibu. Dan majalah ibu yg kebetulan ada kat bawah katil pun menjadi mangsa Bang Chik yg suka menggigit benda. Rupa2 nya Bang Chik terjatuh dr buaian dan 'menggolekkan' dirinya ke bawah katil. Agaknya lama sgt kot dok dlm gelap, tu yg menangis...Bang Chik, Bang Chik...Nak tergelak Along dgr cerita ibu. Hmm..tak sabarnya Along nak balik jumpa Bang Chik...Saaaayanggg Bang Chik. Muahhhh!!!!





feetnote: rasa lambat pulak masa berlalu...

Wednesday, November 4, 2009

~KUATKAN SEMANGATMU WAHAI SAHABAT~

Assalamualaikum...Syukran atas kunjungan anda yg tidak putus. Semoga ALLAH sentiasa merahmati kita...
Hari ni aku dan kawan2 melawat Amir di hospital. Amir dah dipindahkan ke wad pembedahan neuro(2A,katil no 37). Waktu kami sampai, Amir masih belum membuka mata tp dia sedar yg kami datang. Macam2 lawak la yg kami buat nak suruh Amir bangun tp satu pun tak berhasil. Tak lama lepas tu, beberapa org senior n budak J4 pun sampai. Amir masih tak juga membuka matanya dan kami pun tak putus asa suruh Amir bangun. Kata ayah Amir masa kami baru sampai tu, Amir demam dan tekaknya ditebuk utk keluarkan kahak.
Ngeri jugak tgok tiub saluran kat leher Amir tu. Tapi apa2 pun kami semua gembira melihat perkembangan Amir yg bg kami agak baik. Ayah Amir pulak dok bercerita pasal 'kekelakaran' Amir kat kami. Kami tumpang gelak ajelah. Tengah rancak berborak, Amir tiba2 gerakkan tangan. Wahh, semua jadi teruja waktu tu. Dua kali Amir gerakkan tangan. Lepas senior n budak J4 balik, kami stay lg kat situ.
Tiba2 masuk la beberapa org pekerja hospital membawa mesin diagnosis imejan utk x-ray. Rupa2 nya diorang nak x-ray Amir. Kami pun ditunjukkan pintu keluar tandanya suruh pergi dr situ. Diorang kata bahaya so, kami pun bergerak utk keluar dr wad. Mak Amir kami lihat tak henti2 berdoa. Sebelum keluar tu, kami sempat berpaling ke belakang. Amir nak bangun waktu tu. Kami terkejut dan spontan semua orang memanggil nama Amir dgn rasa teruja. Amir seperti bg isyarat kat kami 'Jangan balik lagi'. Lepas Amir ditenangkan oleh juru x-ray, kami pun melangkah keluar dr wad dgn rasa gembira(sbb Amir hampir bangun td) dan rasa sebak(Amir mcm bersusah payah nk bangun nak 'hantar' kami balik).
Itulah kisah kami dan Amir utk hari ni...Kami harap2 sgt bila kami pergi melawat Amir nanti, Amir akan sambut kami 'matanya yg dah terbuka'. Amir, kuatkan semangat. Kami selalu doakan hang cepat sembuh...Cepat2 mai kelas dan kita 'enjoy' study sama2...

Tuesday, November 3, 2009

~BAGAIMANA MENJADI GURU YANG BAIK???~





Tidak mudah menjadi guru yang baik, dikagumi dan dihormati oleh anak didik, masyarakat sekitar dan rakan sejawat. Ada beberapa hal yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk mendapat ‘pengiktirafan’ sebagai guru yang baik dan cemerlang.
Pertama. Berusahalah tampil di hadapan kelas dengan penuh wibawa. Kuasai setiap topik pelajaran yang akan diberikan kepada pelajar. Jika perlu, ketika berbicara di hadapan kelas tidak membuka catatan atau memegang mana-mana buku sekalipun. Berbicaralah yang jelas dan lancar sehingga terkesan di hati pelajar bahawa kita benar-benar tahu segala topik yang disampaikan.
Kedua. Jadilah bijaksana. Sedarilah bahawa pelajar yang kita ajar, memiliki tahap kepandaian yang berbeza-beza.Ada yang cepat memahami, ada yang sedang, ada yang lambat dan ada yang sangat lambat bahkan ada yang sulit untuk memahami. Jika kita memiliki kesedaran ini, maka kita perlu memastikan kita memiliki kesabaran yang tinggi untuk menghadapi pertanyaan-pertanyaan dari anak didik kita. Carilah cara sederhana untuk menjelaskan kepada pelajar yang memiliki tingkat kemampuan rendah dengan contoh-contoh sederhana yang sering dijumpai dalam kehidupan harian walaupun mungkin contoh-contoh itu agak tidak bermakna.
Ketiga. Berusahalah selalu ceria di hadapan kelas. Jangan membawa masalah-masalah dari rumah atau dari tempat lain ke dalam kelas sewaktu kita sedang mengajar.
Keempat. Kendalikan emosi. Jangan mudah marah di kelas dan jangan mudah tersinggung kerana tingkah laku pelajar. Ingat, pelajar yang kita ajar adalah remaja yang emosinya mudah berubah. Pelajar yang kita ajar berasal dari tempat dan budaya yang mungkin berbeza antara satu sama lain dan berbeza dengan kebiasaan kita, apatah lagi mungkin pendidikan di rumah dari ibu bapanya memang kurang sesuai dengan tata cara dan kebiasaan kita. Marah di kelas akan membuat suasana menjadi tidak elok, pelajar menjadi tegang. Hal ini akan mempengaruhi daya berfikir pelajar untuk menentukan baik buruk kepada pelajar dan juga mempengaruhi penerimaan mereka terhadap pengajaran kita.
Kelima. Berusaha menjawab setiap pertanyaan yang diajukan pelajar. Jangan memarahi pelajar yang terlalu kerap bertanya. Berusaha menjawab setiap pertanyaan yang diajukan pelajar dengan baik. Jika suatu ketika ada pertanyaan daripada pelajar yang tidak dapat dijawab, berlakulah jujur. Berjanjilah untuk memberikan jawapan yang betul pada pertemuan lain sementara kita berusaha mencari jawapan tersebut. Janganlah merasa malu kerana hal ini. Ingat, sebagai manusia kita mempunyai keterbatasan dan kekurangan. Tetapi, jangan pastikan perkara sebegini selalu terjadi. Untuk menghindari kejadian seperti ini, berusahalah untuk banyak membaca dan belajar lagi. Jangan bosan belajar. Janganlah menutupi kelemahan kita dengan cara marah-marah bila ada pelajar yang bertanya sehingga menjadikan pelajar tidak berani bertanya lagi. Jika pelajar sudah tidak berani bertanya, jangan harap pendidikan/pengajaran kita akan berhasil.
Keenam. Memiliki rasa malu dan rasa takut. Untuk menjadi guru yang baik, maka seorang guru harus memiliki sifat ini. Dalam hal ini yang dimaksudkan rasa malu adalah malu untuk melakukan perbuatan salah, sementara rasa takut adalah takut dari akibat perbuatan salah yang kita lakukan. Dengan memiliki kedua sifat ini maka setiap perbuatan yang akan kita lakukan akan lebih mudah kita kendalikan dan kita akan mempertimbangkan kembali apakah akan terus dilakukan atau tidak.
Ketujuh. Harus menerima hidup ini seadanya. Profesion keguruan diagungkan oleh semua pihak tetapi kenyataannya masih belum dapat menjamin kesejahteraan kehidupan guru. Kita harus menerima kenyataan ini, jangan membandingkan penat lelah dan usaha kita dengan profesion lain. Berusaha untuk hidup sederhana dan jika masih belum mencukupi berusaha melakukan pekerjaan sampingan lain yang halal, yang tidak merugikan orang lain dan tidak merugikan diri sendiri.
Kelapan. Tidak sombong.Tidak menyombong diri di hadapan pelajar/jangan membangga
diri sendiri, baik ketika sedang mengajar ataupun waktu lain. Jangan mencemuh pelajar yang tidak pandai di kelas dan jangan memalukan pelajar (yang salah sekalipun) di khalayak ramai. Namun, panggillah pelajar yang bersalah dan bicaralah dengan baik-baik, tidak berbicara dan berlaku kasar pada pelajar.


Kesembilan. Berlakulah adil. Berusahalah berlaku adil dalam memberi penilaian kepada pelajar. Jangan membeza-bezakan pelajar yang pandai/mampu dan pelajar yang kurang pandai/kurang mampu serta tidak memuji secara berlebihan terhadap pelajar yang pandai di hadapan pelajar yang kurang pandai.

feetnote: dipetik dan diedit dr lmn web: http://zainurie.wordpress.com/2007/05/02/bagaimana-menjadi-guru-yang-baik-profesional/

AISYAH; WANITA SOLEHAH SEBAGAI SURI TELADAN~part 1


Para ahli sejarah mencatat kebangkitan pemikiran dan kebudayaan Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W. tidak akan melupakan Saiyidah Aisyah Ummul Mukminin. Sejarah telah menceritakan keagungan karnyanya, ilmunya dan keutamaannya.

Tidak hairanlah jika Aisyah mencapai tingkat yg begitu tinggi dlm bidang ilmu dan kecerdasan pemikiran. Ia menjadi pakar rujuk dlm bidang hadis dan sunnah serta menjadi pedoman bagi kaum muslimin dalam menyempurnakan urusan agamanya, kerana dia adalah puteri Abu Bakar as-Siddiq yg mewarisi keperibadian ayahnya. Dia juga isteri Rasulullah S.A.W. dan merupakan wanita yg paling dicintai Rasulullah.

Aisyah memasuki Madrasah Nabawiyah ketika berumur sembilan tahun dan hidup bersama baginda selama sembilan tahun. Ketika Rasulullah wafat, usia Aisyah masih muda. Ia menjadi pemuka pd zamannya, menjadi cahaya yg menerangi umat manusia dlm urusan agama. Menjdi rujukan dlm ilmu agama, menjadi pemuka fuqaha dan muhadisin, menjadi org alim yg byk ilmunya dan perawi hadis yg terkemuka.

Imam az-Zahabi menceritakan tentang riwayat hidup Aisyah dalam bukunya Sirayu A'laamin Nubalaa sbg berikut: "Ia adalah puteri imam as-Siddiq, Khalifah Rasulullah S.A.W. iaitu Abu Bakar Abdullah bin Abi Quhafah. Ibunya bernama Ummu Ruman binti Amir.

Kedua orang tuanya membawanya berhijrah. Kemudian Aisyah dikahwinkan dgn Rasulullah setelah wafatnya Ash Shaddiqah Khadijah binti Khuwailid. Perkahwinan ini terjadi sebelas bulan sebelum hijrah, tetapi baginda baru berkumpul dgn Aisyah pd bulan Syawal stlh pulang dari Perang Badar.

Ketika itu umur Aisyah sudah sembilan tahun. Maka Aisyah banyak meriwayatkan ilmu dr baginda, yg bagus dan memiliki barakah. Dia juga meriwayatkan dr ayahnya sendiri, dari Umar, Fatimah, Sa'ad, Hamzah bin Amr al-Islami dan dr Jumadah binti Wahab. Aisyah meninggal dunia dalam usia 63 tahun.

::BITTAUFIQ WANNAJAH::


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kpd Angah kesayangan Along....Thanks for being such a great sister for Along...Good luck for your SPM...Do your best for our beloved abah and ibu...Luv u so muchhh, sis!!!

Kpd sahabat2 matriks ku: mijah, piya, hanim, ili, kak yati... Syukran utk ingatan yg tak putus2 pada aku...Syukran utk persahabatan kita yg terlalu berharga...Semoga korang semua dpt buat yg terbaik utk final exam ni...Sayang korang!!!!
Kpd sahabat2 IPIP ku: unit J & semua senior...Semoga berjaya dgn cemerlang dlm peperiksaan akhir ni...
Dan...
Kpd semua yg mengambil peperiksaan. SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN!!!

Monday, November 2, 2009

BILA YANG DATANG DIAMBIL KEMBALI...

Orang selalu cakap jgn terlampau suka sgt takut nanti menangis...Aku percaya dgn ungkapan ni tp jrg la terjadi pada aku. Mungkin aku jrg suka kot...Tp tak la bermakna hidup aku tak happy. Suka yg sekadar saja la...Hmm..pernah tak ada satu masa tu kita happy+excited sgt n tiba2 ada satu masa lg kita rasa sedih, mcm nak menangis pun ada tp kita tak tau sebabnya...Tp bila jd something, baru kita akn perasan, "patut la aku rasa tak sedap hati aje, rupa2nya nak jd mcm ni." Mungkin ada yg pernah dan selalu mengalami benda ni dan mungkin jugak tak pernah rasa langsung. Tapi pada pandangan peribadi aku la kan, benda ni more kpd instinct seseorg sbb bukan semua org akan rasa...Ada org akan rasa happy je stp masa, ada jugk yg sedih je memanjang...Perasaan ni mmg satu benda yg sgt kompleks n complicated...

D sini, aku ingin kongsikan kisah sedih aku yg tak terjangka langsung akan berlaku pd aku dlm masa terdekat ni:

Satu petang Ahad yg damai(dua hari selepas balik dari Pangkor)...

Ainul bagitau aku yg dia rasa sedih sgt lepas balik dr Pangkor. Bila aku tanya kenapa, dia jawab, "Mungkin terlalu seronok sgt kt Pangkor kut sampai jd mcm ni. Sedih la Kak Atin tp tak tau nak ckp macam mana." Then, aku mula berfikir2 ttg jwpn Ainul. Entah kenapa, aku pun rasa hati tak tenang aje sejak balik dari Pangkor. Alasannya mungkin sama dgn Ainul, banyak sgt kot buat perkara lagha kat Pangkor then bila balik rasa takut pulak...Takut dosa... Tp tak lama la, lepas bincang sket ngan Ainul, aku pun balik ke bilik. Baru aje nak capai handphone utk mesej Pahana, tiba2 ada call masuk, dari Pahana. " Kak, tau tak Akmal J8 meninggal dunia accident." Waktu dgr berita tu, tak tau la nak cakap apa, macam masa berhenti kejap. Yg terluah dibibir aku cuma lah"Innalillah.." Tiba2 muncul bayangan Akmal kat minda aku, baru aje aku terserempak dgn dia td waktu mkn tengah hari, dan baru aje bersuka ria kat Pangkor hari tu. Tup2 dpt berita yg mengejutkan ni. Hampir menitis jugak la air mata aku. Lepas confirmkan kejadian tu, aku dan kawan2 aku terus bergegas ke hospital. Bukan utk tengok jenazah Akmal aje tp nak tgok classmate ktaorg, Amir yg katanya kritikal. Masa sampai di hospital tu, byk lecturer yg dah ada kat situ, senior, JPP and budak J8 pun ada. Kitaorg diberi peluang utk tengok wajah Akmal buat kali terakhir. Akmal nampak macam tidur aje, tu yg buat kitaorg rasa mcm mimpi aje Akmal dah pergi utk selama-lamanya. Masa kat Pangkor hari tu, dia la jd ketua kitaorg. Tak sangka kan, tengah happy2 aje semua org baru balik Pangkor, tiba2 dikejutkan dgn berita sedih ni...Mmg mcm mimpi la...

Lepas jenazah Akmal dibawa pulang ke rumahnya, kami terus bergegas ke dalam hospital. Katanya Amir dah selesai operation. Waktu tu mmg rasa lega sgt la Amir dah lepas fasa2 yg menakutkan kami tu...Tapi malangnya, kami tak boleh jenguk dia lg sbb kat dlm ICU. Hampir pukul 12 mcm tu, kami pun balik tp dgn sikit terkilan sb tak dapat tengok Amir. Beberapa hari lepas tu, kami pun pergi melawat Amir. Kesian sgt tengok keadaan Amir, mmg sebak sampai speechless kitaorg dibuatnya. Tp Alhamdulillah, Amir still boleh bg respon kat kitaorg. Sampai hari ni, Amir dah dipindahkan ke wad biasa. Pg tadi, ayah Amir maklumkan kat kitaorg yg harapan Amir tipis, mungkin dua minggu lg. Susah nak percaya sb beberapa hari ni Amir ada byk perkembangan positive. Siap boleh buat 'peace' lg. Tp tak tau la kan, sb kitaorg ni bukan doktor. Tapi, kalau la dah sampai masanya utk ALLAH ambil Amir kembali, personally, aku redha. Kalau ALLAH takdir umur Amir masih panjang, maka aku berdoa agar Amir cepat sembuh...

Lepas drpd peristiwa tu, aku byk berfikir pasal mati. Macam mana tiba2 aku mati dan tak sempat nak bertaubat. Macam mana tiba2 aku mati dalam aku tgh buat maksiat. Mcm2 la yg aku fikirkan. Mungkin aku nampak happy saja di luar tp hati aku ALLAH aje yg tahu. Banyak lg perkara yg aku tak selesaikan di dunia ni. Kalau tiba2 ALLAH ambil nyawa aku, macam mana la aku dalam kubur nanti. Nauzubillah...

Ya, ALLAH ampunkanlah segala dosaku..Terimalah taubatku...

buat AKMAL: semoga rohmu dicuri rahmat ALLAH. Kami selalu mengingatimu...Al-Fatihah

kepada AMIR: kuatkan semangat. Masih banyak lagi amanah dan tanggungjawab menantimu di hadapan...