BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 30, 2010

Promote diri la pulak...


FATINNUR ZAHRINA BINTI IBRAHIM
PPISMP BI/ENG LIT/MTSN
J5

footnote: haha...x malu btol budak kat ats ni promote diri kt sini..haha..apa2 pun sila undilah dia, Insyaallah dia akan buat yg terbaik... >_<

Wednesday, September 29, 2010

Manifesto Sesi Pertama

Salam sejahtera...
Sebelum anda terus membaca post ini, ingin saya ingatkan ini adalah blog peribadi saya yg berkongsi pandangan peribadi saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana2 pihak. Diharap jgn memanipulasi atau mengkontroversikan sebarang kenyataan di sini.Terima kasih...

27 September 2010


Manifesto sesi pertama pilihanraya JPP IPG Ipoh
Tempat: Dewan Sri Tanjung
Masa: 9 malam


Alhamdulillah, sesi pertama telah selesai dgn calon2 memberi manifesto masing2. Auta atau fakta, tak ingin saya ulaskan di sini. Anda yg menyaksikan, anda sendiri yg menentukan. Cumanya, dari manifesto ini sedikit sebanyak kita sudah boleh membuat penilaian calon manakah yg layak diangkat menjadi pemimpin yg bukan saja mampu memperjuangkan suara mahasiswa tp juga menjana perubahan.

Di sini, saya kongsikan sedikit beberapa gambar yg di snap semalam. Gambar2 ini tidak menjelaskan pendirian saya kepada mana2 calon. Undi saya adalah rahsia... >_<

ucapan drpd Pengerusi SPR

bakal2 pemacu perubahan


aik, blh undi pakai SMS ke???


bakal2 pejuang


tanpa mereka, siapalah calon...


apasal byk krusi kosong ni???

SAUDARA YUSUF (calon YDP)

SAUDARA NAIM (calon NYDP)

SAUDARA SYAFIQ (calon TIMB EXCO KOLEJ KEDIAMAN) 

SAUDARA AFIZI (calon TIMB EXCO SUKAN, REKREASI & KEBUDAYAAN)

SAUDARI NAJIBAH (calon EXCO PENERBITAN & PENERANGAN)


SAUDARA AZIZI (calon TIMB EXCO SUKAN, REKREASI & KEBUDAYAAN)

SAUDARI SANISHA (calon TIMB EXCO SOCIAL & KEBAJIKAN)

SAUDARA AZLAN (calon TIMB EXCO PERHUBUNGAN LUAR & PENGANTARABANGSAAN)

SAUDARA NAJIB (calon TIMB EXCO PERHUBUNGAN LUAR & PENGANTARABANGSAAN)

photographers of the night!

~gambar di atas tidak mewakili undi saya. Sekali lagi, undi adalah RAHSIA!
~maaf ye, x semua gmbr blh diupload disbbkn masalah teknikal (gmbr rosak dsb)
~credit to:
tukang tangkap muat gambar :shapinatul nashira
tukang upload gambar :empunya blog
tukang tengok gambar: ANDA la...


 

Saturday, September 25, 2010

Orang mengidam disuapkan ayam

Salam alaik...
Selamat sejahtera, selamat hari sabtu..
Hari ni ganti kelas utk hari Selasa cuti raya hari tu, dua minggu lg ganti pulak utk hari Rabu. Itulah natijahnya kalo org bg cuti seminggu tp nk extend smpai 2 minggu. Alasannya, hw byk takot tak feel nk beraya. Sudahnya, hw tak siap2 pun. Bg la cuti sebulan pon, cuti tu bukan waktu utk buat hw. Cuti tu utk bercuti la..hehe

Minggu pertama puasa, saya balik rumah dgn hajat nk meraikan awal puasa dgn family. Masa lalu kat Kubang Lembu, tengok signboard HPA dh dinaikkan di bekas restoran sajian Melayu (kalau kat Jitra org panggil restoran Etong). Radix FC nk bukak kat Jitra. Wow, seronoknya! Tapi saya tak sempat sbb waktu tu tak siap pun lg sepenuhnya dan saya dh balik ke maktab.

Lebih kurang dua minggu kemudian, saya balik utk cuti raya. Lalu lg kat situ dan terlihat signboard Radix FC yg dh dinaikkan. Dalam kesamaran cahaya lampu pantulan dari Radix FC Jitra, saya lihat ramai org kat situ tp apakan daya, waktu tu dh nak berbuka, jd tak sempat lg nak pergi Radix FC. Kempunan lg...

Waktu org lain sibuk2 nk makan itu ini kat bazar Ramadan, saya sorang je yang mengidam nk makan Radix FC. Ada satu malam tu, saya suruh adik belikan tp sayangnya Radix FC terlalu crowded dgn manusia waktu tu. Sudahnya, saya makan burger lebai depan Bank Islam tu je. Kempunan lg...

Tidur pun tak lena mengenangkan Radix FC. Setiap kali lalu, tengok org mesti penuh.Bila la nk dpt makan, fried chicken pun jd la...

Sampai habis puasa pun saya masih tak dpt mkn Radix FC. Kesian kat saya. Dah la tak pergi lagi kat tempat baru bukak. Tapi apa nk buat, sabar je la. Kalau ada rezeki, Allah tetap akan bg, cuma cepat atau lambat je. Itu je la yg saya fikir.

Akhirnya, pada hari raya keenam, sedang saya asyik dok menghadap tv, adik datang memanggil, "Along, jom pi makan Radix FC kat umah tok.". "Betoi ka?" Anda boleh bayangkan betapa terujanya muka saya waktu tu. Macam budak2 dpt ais krim je. Saya pergi rumah tok dan tengok sedara mara yg lain termasuk ibu, abah dan chik2 tgh sedap menikmati Radix FC. Akhirnya pada malam 7 Syawal, tertunailah hasrat saya utk makan Radix FC. Alhamdulillah....

logo RFC

ni la Radix FC Jitra; bekas restoran yg tak maju HPA ambil utk majukan industri makanan halal..cayalah.. 

belum cuba belum tahu, sudah cuba pasti mahu..sumpah tak menyesal..


ni pulak RFC Alor Setar; first time makan RFC kat sini la...


Banyak perubahan Radix FC dulu dan sekarang. Mcm brg2 HPA jugk, dulu yg org tau ubat gigi HALAGEL saja tp skng bak kata Pak Abas, "macam2 ada..."

Jadi tak da la alasan utk tak mencari brg yg halal. Lagipun mencari yg halal tu kan fardhu. Sebenarnya industri makanan halal ni sgt2 diperlukan di negara ni. Rakyat negara ni bukannya tak ada kesedaran nak guna barang yg halal cuma kadang2 tu susah betul nak cari barang halal ni kat pasaran.Orang Islam yg nak memajukan industri halal ni berapa kerat aje. Yg ada tu pun dilingkupkan oleh orang Islam sendiri sbb pemahaman dan pemikiran yg berbeza2. Bila la Islam nak maju kalau saudara seagama kita sendiri pun kita tindas. Sepatutnya berbangga, mereka2 ni lah yg nak menyelamatkan kita dr kena sambar api neraka nanti. Jadi pesan saya, sokonglah usahawan Islam kita yg berusaha memajukan industri halal. Kalau Islam saja tp jual barang haram pun tak boleh jugak. Bukan mahal pun, kalau beli KFC set snack plate tu dh RM  7.25+air RM 1.80=RM 9.25 tp kalau beli beli RFC chicken delight set A ade wedges 3 keping baru RM 6.90+air RM 1.40=RM 8.30. Pandai math kan? Kira tgok mana lg jimat. Siap dtg dgn pakej 3 dlm 1 (halal+murah+sedap). Hehe
Senang je kan nk cari makanan halal? Antara nak dgn tak nak je. Antara kenal dosa pahala dgn tak je. Semuanya Allah tlh nyatakan dgn jelas:

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi ini.” (QS al-Baqarah: 168)

Rasulullah S.A.W juga bersabda:

“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkan-Nya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.”

footnote: kat Ipoh bila agaknya boleh tgok logo RFC ye?
~ada sape2 nk belanja HOT DUJAJ tak?

Thursday, September 23, 2010

~Ghasilul Malaikat~

Salam alaik...
Lama jari jemari tidak mengetuk keypad menaip di sini. Minggu ini jari terlalu banyak bekerja menyiapkan assignment. Syukur Allah masih mengurniakan jari yang sihat untuk terus bekerja dan beribadat. Kalau satu hari nanti nikmat ini Allah tarik, nak menyuap sesuap nasi pun pasti perit. Nauzubillah.


Saya bukan nak bercerita tentang jari. Untuk post bg org yang nk melepas rindu ni pastinya ringkas2 aje. "Tak mampu buat semua, jangan tinggal semua" inilah yang selalu saya pegang.

Anda suka dengar lagu? Nasyid ke, RnB ke, pop rock ke... semua lagu, yang berbeza isi dan cara penyampaiannya. Setiap genre, ada lagu yg saya suka.

Untuk nasyid, saya suka dengar lagu kumpulan Rabbani. Unik dan lirik senang nak faham lagi pula sangat menyentuh hati. Abah pernah hadiahkan kaset Rabbani berjudul "INTIFADA" semasa besday saya yg ke-10 sbb waktu tu saya suka sgt lagu Intifada. Tapi saya lagi suka lagu "NAWAITU" dan "HANZALAH". Ibu dgn abah pula sgt suka lagu "CARI PASANGAN".

Lagu Hanzalah ni sgt2 menyentuh hati saya dgn liriknya bila first time saya dgr lagu ni. Lagu ini lagu sirah, lagu sejarah, kisah sahabat Rasulullah yang berjihad di jalan Allah. Jom ikut saya menyusuri perjalanan hidup Hanzalah...

* * *

Diantara pahlawan perang uhud yg bertempur tanpa mengenal takut adalah hanzhalah bin abu amir. Ayahnya seorang fasik. Hanzalah belum lama melangsungkan pernikahan saat gemuruh pertempuran dikumandangkan. Saat itu dia masih berada dalam pelukan istrinya.

Setelah mendengar seruan jihad, dia lalu melepaskan diri dari pelukan istri. Bertempur dengan gagah berani , Hanzalah berada dibarisan paling depan. Dia menyibak barisan hingga dpt berhadapan dengan komandan pasukan musuh Abu Sufyan bin Harb. Sebenarnya dia sudah dapat menundukan Abu Sufyan namun dia ditikam dari belakang oleh Shadad bin Al Aswad hingga hanzalah meninggal.


Setelah peperangan usai mayat hanzalah dicari kesana kemari. Akhirnya ditemukan dlm keadaan tubuhnya berada diatas tanah yang masih basah padahal tanah disekitar nya kering dan tidak ada hujan.

Rasulullah bersabda hanzalah sedang dimandikan malaikat, tanyakan keluarganya ada apa dengan dirinya.Setelah bertanya pada istrinya tahulah para sahabat jikalau hanzalah masih dalam keadaan junub saat berangkat perang.

Hanzalah dijuluki sebagai ghasilul malaikat(orang yang dimandikan malaikat)

boleh tgok lirik lagu di sini , nak dengar kat sini pun blh...

footnote: terharu baca kisah Mus'ab bin Umair

Thursday, September 2, 2010

Orang yang berbahagia

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)


Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dari Abdullah bin Amr bin al-’Ash radhiyallahu’anhu, dia mengatakan; Suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berbicara dan ketika itu kami berada di sisi beliau, “Beruntunglah orang-orang yang asing.” Kemudian ada yang menanyakan, “Siapakah yang dimaksud orang-orang yang asing itu wahai Rasulullah?”. Maka beliau menjawab, “Orang-orang salih yang hidup di tengah-tengah orang-orang yang jelek lagi banyak [jumlahnya]. Orang yang mendurhakai mereka lebih banyak daripada orang yang mentaati mereka.” (HR. Ahmad 6362 [13/400], disahihkan al-Albani dalam Shahih w a Dha’if al-Jami’ 7368 [3/443] as-Syamilah)

al-Qari menafsirkan bahwa makna orang-orang yang asing adalah orang-orang yang memperbaiki [memulihkan] ajaran Nabi yang telah dirusak oleh manusia sesudahnya. Beliau berdalil dengan hadits yang diriwayatkan melalui Amr bin Auf al-Muzani radhiyallahu’anhu, demikian dinukilkan oleh al-Mubarakfuri (Tuhfat al-Ahwadzi [6/427] as-Syamilah). Imam Tirmidzi menyebutkan dalam Sunannya hadits tersebut yang disandarkan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Mereka itu adalah orang-orang yang memperbaiki ajaranku yang telah dirusak oleh manusia-manusia sesudah kepergianku.(HR. Tirmidzi [2554] dari Amr bin Auf al-Muzani radhiyallahu’anhu, namun hadits ini dinyatakan berstatus dha’if jiddan -lemah sekali- oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih wa Dha’if Sunan at-Tirmidzi [2630] as-Syamilah, lihat pula Limadza ikhtartul manhaj salafi, hal. 53 oleh Syaikh Salim al-Hilali).

Apa itu jemaah?

Jemaah mengikut makna biasa atau mengikut bahasa ialah satu kelompok manusia yang berada di sebuah bangunan atau satu kelompok manusia yang menduduki satu tempat atau berada dalam satu parti. Satu rombongan manusia yang berkumpul sedang menghala ke satu tempat, itu pun disebut jemaah juga. Walau pun matlamatnya tidak jelas tetapi dianggap sebagai jemaah juga. Ada orang sebut jemaah masjid dan jemaah surau. Jemaah haji pun disebut jemaah juga.Begitulah pandangan biasa atau erti biasa atau menurut tata bahasa kepada perkataan ‘jemaah’. Namun bukan itu erti jemaah yang kita kehendaki. Makna yang kita hendak ialah jemaah mengikut pengertian yang kedua.

Makna jemaah mengikut istilah:
Jemaah menurut istilah atau mengikut pengertian yang kedua ialah satu kumpulan atau satu kelompok manusia yang berada dalam satu jemaah yang:
1. Mempunyai satu cita-cita. Cita-cita itu mungkin cita-cita ekonomi, cita-cita bangsa, cita-cita negara, cita-cita pendidikan atau lain-lain.
2. Menuju kepada satu matlamat. Mungkin matlamatnya kemenangan dan lain-lain lagi.
3. Dipimpin oleh seorang pemimpin.
Itulah makna jemaah secara umum mengikut pengertian yang kedua, sama ada jemaah yang hak mahupun batil, jemaah Islam atau bukan jemaah Islam. Oleh kerana kita hendak bangunkan Islam dan jemaah Islam maka fokus kita sekarang ialah jemaah Islam.

Jemaah Islam pula apa?

Jemaah Islam boleh diringkaskan sebagai jemaah yg mempunyai ciri-ciri berikut:
1). Dasar perjuangan jemaah tersebut ialah Islam
2). Perlembagaan hidup yang utama adalah Al Qur'an dan As Sunnah
3. Rujukan dan panduan hidup yang utama adalah Al-Qur’an 
4. Terbinanya jemaah itu adalah atas kesedaran umat Islam sendiri kerana tuntutan al-Qur’an dan sunnah.
5. Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar secara serentak.
6. Menyeru ke arah Islam yang syumul dengan menjadikan Islam sebagai Ad-Deen.

7. Jemaah yang membina akal pemikiran manusia serta yang mengarahkan penghayatan terhadap Islam.
8. Jemaah yang menjadikan ulama’ sebagai pimpinan atau rujukan utama mereka selepas al-Qur’an dan al-Hadith, ijma' dan qiyas 
9. Jemaah yang terawal dan tertua (jamaah yang pertama) di dalam satu-satu daulah, dan mengamalkan Islam secara lebih menyeluruh dan sempurna serta meletakkan al- Qur'an sebagai perlembagaan.
10. Jemaah yang tidak memilih orang tertentu sahaja menjadi ahlinya.
11. Asas perjuangan tersebut adalah ke arah penyempurnaan aqidah umat Islam.
12. Matlamat utama jemaah tersebut adalah untuk menubuhkan sebuah negara berasaskan pemerintahan Islam.
13. Jemaah yang menyerahkan seluruh pergantungan dan ketaatan (wala’) hanya kepada Allah SWT, walaupun tidak diterima oleh manusia atau makhluk lain.


Situasi semasa dan keperluan terhadap jemaah 

Jahiliyah moden kini menguasai kehidupan umat Islam. Melaksanakan amar maaruf nahi mungkar menjadi pertikaian sama ada fardhu ain atau fardu kifayah. Namun, jika dilihat pada situasi umat Islam pada hari ini wajarlah hukum melaksanakan amar maaruf nahi mungkar jatuh fardu ain.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz memandang amar makruf nahi mungkar menjadi fardhu 'ain dengan sebab perubahan kondisi dan keadaan, ketika beliau berkata, "Ketika sedikitnya para da'i. Banyaknya kemungkaran dan kebodohan yang merata, seperti keadaan kita sekarang ini, maka dakwah menjadi fardhu 'ain atas setiap orang sesuai dengan kemampuannya".[27]

Perkaitan amar maaruf nahi mungkar dan jemaah

Membawa umat Islam kembali kepada ajaran yang sebenar bukan perkara yang mudah apatah lagi jika hendak dilakukan sendirian. Oleh itu, perlunya jemaah untuk sama2 melaksanakan tuntutan amar maaruf nahi mungkar. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung". [Al-Imron:104]

Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia, seperti serigala kambing juga. Dia menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjamaah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid."
Daulah Islamiyah tidak dapat ditegakkan secara bersendirian. Hatta, Rasulullah pun berada di dalam jemaah ketika berdakwah.  Bergerak untuk kerja Islam secara berjemaah amat penting berdasarkan firman Allah S.W.T.:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk menegakkan agamanya di dalam satu Jamaah yang tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

Rasulullah S.A.W. bersabda:

" Wajiblah kamu bersama-sama dengan jamaah Muslimin dan pimpinan mereka."
 
footnote:
Imam at-Tirmidzi membawakan hadits dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Akan datang suatu masa ketika itu orang yang tetap bersabar di antara mereka di atas ajaran agamanya bagaikan orang yang sedang menggenggam bara api.” (HR. Tirmidzi [2260] disahihkan al-Albani dalam Shahih wa Dha’is Sunan at-Tirmidzi [5/260], as-Shahihah no 957. as-Syamilah).