BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 2, 2010

Orang yang berbahagia

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)


Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dari Abdullah bin Amr bin al-’Ash radhiyallahu’anhu, dia mengatakan; Suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berbicara dan ketika itu kami berada di sisi beliau, “Beruntunglah orang-orang yang asing.” Kemudian ada yang menanyakan, “Siapakah yang dimaksud orang-orang yang asing itu wahai Rasulullah?”. Maka beliau menjawab, “Orang-orang salih yang hidup di tengah-tengah orang-orang yang jelek lagi banyak [jumlahnya]. Orang yang mendurhakai mereka lebih banyak daripada orang yang mentaati mereka.” (HR. Ahmad 6362 [13/400], disahihkan al-Albani dalam Shahih w a Dha’if al-Jami’ 7368 [3/443] as-Syamilah)

al-Qari menafsirkan bahwa makna orang-orang yang asing adalah orang-orang yang memperbaiki [memulihkan] ajaran Nabi yang telah dirusak oleh manusia sesudahnya. Beliau berdalil dengan hadits yang diriwayatkan melalui Amr bin Auf al-Muzani radhiyallahu’anhu, demikian dinukilkan oleh al-Mubarakfuri (Tuhfat al-Ahwadzi [6/427] as-Syamilah). Imam Tirmidzi menyebutkan dalam Sunannya hadits tersebut yang disandarkan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Mereka itu adalah orang-orang yang memperbaiki ajaranku yang telah dirusak oleh manusia-manusia sesudah kepergianku.(HR. Tirmidzi [2554] dari Amr bin Auf al-Muzani radhiyallahu’anhu, namun hadits ini dinyatakan berstatus dha’if jiddan -lemah sekali- oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih wa Dha’if Sunan at-Tirmidzi [2630] as-Syamilah, lihat pula Limadza ikhtartul manhaj salafi, hal. 53 oleh Syaikh Salim al-Hilali).

Apa itu jemaah?

Jemaah mengikut makna biasa atau mengikut bahasa ialah satu kelompok manusia yang berada di sebuah bangunan atau satu kelompok manusia yang menduduki satu tempat atau berada dalam satu parti. Satu rombongan manusia yang berkumpul sedang menghala ke satu tempat, itu pun disebut jemaah juga. Walau pun matlamatnya tidak jelas tetapi dianggap sebagai jemaah juga. Ada orang sebut jemaah masjid dan jemaah surau. Jemaah haji pun disebut jemaah juga.Begitulah pandangan biasa atau erti biasa atau menurut tata bahasa kepada perkataan ‘jemaah’. Namun bukan itu erti jemaah yang kita kehendaki. Makna yang kita hendak ialah jemaah mengikut pengertian yang kedua.

Makna jemaah mengikut istilah:
Jemaah menurut istilah atau mengikut pengertian yang kedua ialah satu kumpulan atau satu kelompok manusia yang berada dalam satu jemaah yang:
1. Mempunyai satu cita-cita. Cita-cita itu mungkin cita-cita ekonomi, cita-cita bangsa, cita-cita negara, cita-cita pendidikan atau lain-lain.
2. Menuju kepada satu matlamat. Mungkin matlamatnya kemenangan dan lain-lain lagi.
3. Dipimpin oleh seorang pemimpin.
Itulah makna jemaah secara umum mengikut pengertian yang kedua, sama ada jemaah yang hak mahupun batil, jemaah Islam atau bukan jemaah Islam. Oleh kerana kita hendak bangunkan Islam dan jemaah Islam maka fokus kita sekarang ialah jemaah Islam.

Jemaah Islam pula apa?

Jemaah Islam boleh diringkaskan sebagai jemaah yg mempunyai ciri-ciri berikut:
1). Dasar perjuangan jemaah tersebut ialah Islam
2). Perlembagaan hidup yang utama adalah Al Qur'an dan As Sunnah
3. Rujukan dan panduan hidup yang utama adalah Al-Qur’an 
4. Terbinanya jemaah itu adalah atas kesedaran umat Islam sendiri kerana tuntutan al-Qur’an dan sunnah.
5. Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar secara serentak.
6. Menyeru ke arah Islam yang syumul dengan menjadikan Islam sebagai Ad-Deen.

7. Jemaah yang membina akal pemikiran manusia serta yang mengarahkan penghayatan terhadap Islam.
8. Jemaah yang menjadikan ulama’ sebagai pimpinan atau rujukan utama mereka selepas al-Qur’an dan al-Hadith, ijma' dan qiyas 
9. Jemaah yang terawal dan tertua (jamaah yang pertama) di dalam satu-satu daulah, dan mengamalkan Islam secara lebih menyeluruh dan sempurna serta meletakkan al- Qur'an sebagai perlembagaan.
10. Jemaah yang tidak memilih orang tertentu sahaja menjadi ahlinya.
11. Asas perjuangan tersebut adalah ke arah penyempurnaan aqidah umat Islam.
12. Matlamat utama jemaah tersebut adalah untuk menubuhkan sebuah negara berasaskan pemerintahan Islam.
13. Jemaah yang menyerahkan seluruh pergantungan dan ketaatan (wala’) hanya kepada Allah SWT, walaupun tidak diterima oleh manusia atau makhluk lain.


Situasi semasa dan keperluan terhadap jemaah 

Jahiliyah moden kini menguasai kehidupan umat Islam. Melaksanakan amar maaruf nahi mungkar menjadi pertikaian sama ada fardhu ain atau fardu kifayah. Namun, jika dilihat pada situasi umat Islam pada hari ini wajarlah hukum melaksanakan amar maaruf nahi mungkar jatuh fardu ain.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz memandang amar makruf nahi mungkar menjadi fardhu 'ain dengan sebab perubahan kondisi dan keadaan, ketika beliau berkata, "Ketika sedikitnya para da'i. Banyaknya kemungkaran dan kebodohan yang merata, seperti keadaan kita sekarang ini, maka dakwah menjadi fardhu 'ain atas setiap orang sesuai dengan kemampuannya".[27]

Perkaitan amar maaruf nahi mungkar dan jemaah

Membawa umat Islam kembali kepada ajaran yang sebenar bukan perkara yang mudah apatah lagi jika hendak dilakukan sendirian. Oleh itu, perlunya jemaah untuk sama2 melaksanakan tuntutan amar maaruf nahi mungkar. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung". [Al-Imron:104]

Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia, seperti serigala kambing juga. Dia menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjamaah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid."
Daulah Islamiyah tidak dapat ditegakkan secara bersendirian. Hatta, Rasulullah pun berada di dalam jemaah ketika berdakwah.  Bergerak untuk kerja Islam secara berjemaah amat penting berdasarkan firman Allah S.W.T.:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk menegakkan agamanya di dalam satu Jamaah yang tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

Rasulullah S.A.W. bersabda:

" Wajiblah kamu bersama-sama dengan jamaah Muslimin dan pimpinan mereka."
 
footnote:
Imam at-Tirmidzi membawakan hadits dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Akan datang suatu masa ketika itu orang yang tetap bersabar di antara mereka di atas ajaran agamanya bagaikan orang yang sedang menggenggam bara api.” (HR. Tirmidzi [2260] disahihkan al-Albani dalam Shahih wa Dha’is Sunan at-Tirmidzi [5/260], as-Shahihah no 957. as-Syamilah).


0 BICARA ANDA: