BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 17, 2013

untung si multiskilled :)


MULTISKILLED... rasanya definisinya tidak perlu dihurai secara detail di sini, cukup saya terjemah ke dlm bahasa Melayu yang mudah, kepelbagaian kemahiran. Seseorang yang multiskilled kebiasaannya memiliki kemahiran lebih yang mungkin tidak dipunyai oleh orang lain. Kemahiran yang dimiliki oleh A mungkin menulis dan menjahit tetapi si B mungkin pandai memasak dan bertukang. Yang pasti mereka ini mempunyai lebih daripada satu kemahiran. 

Apa yang saya dapat dengan menjadi seorang multiskilled?
Banyak yg kita boleh dpt tanpa kita sedar. Serius, tidak rugi menjadi seorang yang multiskilled. Kos sara hidup yang meningkat saban hari menjadikan multiskilled adalah kelebihan buat yang memilikinya. Contohnya, seorang guru (hah, kenapa kena contoh guru jugak?) yang merasakan gajinya belum cukup menampung keperluan hidupnya, tetapi dia mempunyai kemahiran membuat kek. Jadi masa terluang yang ada boleh digunakan untk mengusahakan bisnes kek. Tidakkah itu menguntungkan? Menjadi multiskilled dpt menjimatkan perbelanjaan dlm byk perkara. Lelaki yang pandai membaiki paip tentunya tidak perlu untuk memanggil plumber ke rumah jika paip bermasalah. Lihat, berapa banyak wang yg sudah terselamat untuk itu?
Dan saya teringat kata2 ustaz saya, "Muslimat ni kena ada extra skill. Kita tak tau apa yang akan berlaku pd msa akan dtg. Mungkin tiba2 suami kita meninggalkan dunia atau keluar tak balik2, jd mcm mana nk sara keluarga?" Hohoho.. kecut perut dgr, tp aturan Allah kita tk bisa meramal.

Bolehkah saya menjadi multiskilled?
Menjadi seorang multiskilled bukanlah sesuatu yang mustahil. Kemahiran boleh dtg dlm pelbagai bentuk. Kadang2 kemahiran itu mungkin terbentuk secara natural (mewarisi darah ibu bapa) dan boleh juga melalui pembelajaran. Manusia diciptakan oleh Allah dengan kelebihan tersendiri. Sukar menemukan seseorang yang mahir dalam semua bidang tetapi tidak sukar belajar untuk menjadi mahir asalkan mempunyai minat dan keazaman yang kuat.

Bagaimana mahu menjadi si multiskilled?
Di sini saya kongsikan sedikit tips mnjd multiskilled (saya pun bukanlah multiskilled), nak belajar jd multiskilled jgk.
1) Kena byk merantau/bermusafir di tmpt org. Bila kita sendiri di tmpt org kita akn try survive untk adapt dgn persekitaran baru. Time survival itulah proses pembelajaran sebenarnya. Mungkin ada yang kita pernah alami dan mungkin juga pertama kali merasainya
2) Cari kawan yg pelbagai background. Biasanya kalau kita minat menulis, kita pun akan cari kawan2 yg minat menulis jgk. Cuba cari kawan yg minat menjahit pulak, tentulah ada peluang nak belajar menjahit dengannya. Lagi banyak kawan yang mempunyai lain kemahiran dgn kita lagi byk yg kita dpt darinya.
3) Kesungguhan yang kuat untk explore dan learn something new. Ada org dia minat untuk belajar benda yang dia tak tahu, even tak perlu direct instruction, dgn sekadar tgok di youtube je dia dah mahir dgn skill tertentu. Sebab apa? Sebab dia ada enthusiasm untk belajar perkara baru. Kita tak boleh nak expect semua kemahiran tu akn dtg bergolek tp kenalah berusaha untuk mendapatkannya.
Jom sama2 jd multiskilled!

footnote: lelaki yg multiskilled awesome kn? mcm abah saya...hahaha

0 BICARA ANDA: