Entri pemanas badan? Bunyi mcm rare je kan. hehe... Sejak pulang dr Kemboja, mmg kurang mood nak berblogging. Nak update pasal kembara ke Kemboja hr tu pun rasa segan je jari jemari yg tak berapa runcing ni nak bergerak. Alhamdulillah, dlm malas2 dn takde mood pun siap sudah travelog kembara kemboja. Dh hntr untuk diedit. Dah selesai edit nnti, insyaAllah bakal menjd tatapan pembaca yg budiman sekalian. Salah satu faktor kemalasan tu mgkn sb fokus dialihkan skjp kpd akademik dn kerja2 dakwah di kampus. Alhamdulillah, dah start cuti. Nak tak nak, kena paksa jga mood untuk dtg, kalau tak sehari dua lg mulalah bibit2 kebosanan tu nk dtg menyapa. Tp bila dh start post something, penyakit ketagih tak tentu pasal dtg. Asyik nak update je kan, sampai nk termuntah org baca. (^_^)V
Kebiasaannya, musim cuti sekolah
hujung tahun saya banyak habiskan masa di rumah. Masa cuti panjang begini, agak
terbatas untuk menghadiri program2 di luar Kedah. Pertama, hujung2 tahun ni
masalah kewangan tu perkara biasa, kedua, bila ada depan mata mak ayah,
kerisauan tu lebih sikit terutama bila nak lepaskan anak musafir seorang diri
ke tmpt jauh pula, ketiga, biasanya cuti2 mid sem atau cuti peristiwa saya
jarang spend full time di rumah, jd cuti hujung tahun ni kira qada balik la. Lgpula
time2 mcm ni, kehadiran kita di rumah kdg kala sgt2 diperlukan oleh ibu bapa. Ibu
bapa pun nak bermanja dgn anak-anak juga kan? Tak gitu? “Dakwah, dakwah juga,
hubungan dengan ibu bapa kena jaga,” pesan seorang ustaz saya. Betul la,
seorang daie bukan sekadar tunjukkan contoh yg baik pd masyarakat ttp jd contoh
yg baik untuk ahli keluarganya juga.
Bg saya, masa yg ada tu sgt2
berharga sebenarnya. Dulu mungkin tak rasa sgt mcm ni sb duk asrama, balik
rumah time cuti pun fokus kt assignment dan buku je. Memang dgn dunia sndiri je
la waktu tu. Ibu abah pun faham waktu tu saya struggle sungguh2 untuk study. Dan
saya pun tak nak sia2kan harapan ibu abah hantar belajar sampai Perak. Jd balik
rumah biasanya jd tuan puteri la. Menghadap buku 24jam. Alhamdulillah, result
yg dpt setimpal dgn usaha. J
Bila dah menjejak 20-an, ikatan
kekeluargaan tu saya rasa sgt2 penting. Dulu asyik fokus studi je, mungkin
tahap pemikiran kita pun berubah seiring pertambahan usia. Dan masa yg ada
untuk spend dgn family pun tak lama mana dah. Lepas ni, dgn izin Allah, menjejak
ke alam rumahtangga, masa kena bahagi untuk 3 keluarga pula (anak2 dan suami,
keluarga sendiri dan keluarga mertua). Lgpula sjk masuk maktab, masa untuk
dihabiskan dgn family tu rasa lbh byk. Ya la, nak balik tiap2 minggu pun xda
hal janji ada duit dalam poket dan tak ada program2 penting di kampus. Jd, saya
sgt2 mghargai masa2 yg ada ni.
Cuti hujung tahun saya selalunya
akan bertukar jd kelas-ekonomi-rumahtangga dgn ibu. Inilah masa yg sgt2 indah. Waktu
ni lah bonding tu dibina sebenarnya. Cooking class, baking class, sewing class,
dll memenuhi hari2 cuti di rumah. Terasa betul2 anak dara pingitan. Hehhe…
Besar manfaatnya untuk anak gadis bergelar pelajar macam saya ni. Ni lah masa
yg tepat untuk belajar semua ilmu rumahtangga tu. Bukan setakat yg basic2 mcm memasak
smua tu, bila selalu sembang, akan terkeluarlah tips2 pengurusan rumahtangga dr
org yg terlebih dulu makan garam. Berguna semua tu tau. Sementelah, anak sulung
pula. Kalau adik tak pergi dulu, tentulah kakaknya dulu kan menjejak kaki ke
rumah mertua. Takkan nak pergi sehelai sepinggang pulak kan. Kena ingat, maruah
mak ayah pun kita bawa juga. jangan sampai ada yg bertanya, “Mak kamu dulu tak
ajar masak nasi ke?”. Memangla mak ayah tak ada di situ, tetapi sbg anak tak
rasa malukah dgn pertanyaan sebegitu? Kesian mak ayah, sbb anaknya yg malas
belajar, mereka yg dpt tempiasnya.
Bukan apa, saya nak berpesan
kepada diri sendiri sebenarnya, selagi ada masa dgn ibu bapa, gunakanlah
sebaik-baiknya. Kita tak tahu bila ajal akan menjemput, mungkinkah kita akan
pergi dahulu ataukah mereka? Setiap masa yg ada itu, adalah untuk berbakti kpd
ibu bapa. Memang takkan setimpal dgn apa yg kita dpt drpd mak ayah sejak kita
dlm kandungan tp tak teringinkah kita pd keredhaan Allah sb redha Allah tu terletak
pd redha mak ayah. Kita semua nak bahagia dunia dan akhirat kan?
Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.” — Hadis riwayat Imam Bukhari
“Siapa yang suka untuk dipanjangkan umur dan ditambahkan rizki, maka berbaktilah kepada ibu bapa dan sambunglah tali silaturrahim (dengan kerabat).” — Hadis Riwayat Imam Ahmad
“Jika telah mati seorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah Jariah,ilmu yang bermanfaat,atau ANAK YANG SOLEH YANG MENDOAKANNYA”
Jom jd anak yg diredhai!
p/s: SELAMAT ULANGTAHUN
PERKAHWINAN KE-23 BUAT IBU DAN ABAH PD 19 NOVEMBER YG LALU. SEMOGA ALLAH
MERAHMATI BAITULMUSLIM YG DIBINA. J
0 BICARA ANDA:
Post a Comment