Salam alaik
Selamat pagi Kuala Lumpur!!!
Alhamdulillah, hari ni hari ke-3 saya di bandar nadi Malaysia ni, di rumah Mak Ndak yg sudah 6 tahun saya tidak saya kunjungi (kali terakhir masa cuti tunggu result PMR). Lama tak lama. Tentu org ingt ni anak sedara durhaka ni..hehe. Bukan tak nak datang, bila nak datang, ada saja kekangannya. Mak Ndak time cuti sekolah selalu balik kampung, jadi jumpa di kampung ajelah.
Tarbiyah bermula
Semalam, saya berpeluang menghadiri Konvensyen Belia Kebangsaan di Putrajaya. Sebelum perjalanan bermula lagi, ada berita yg kurang menyenangkan sebenarnya. Penginapan tak disediakan, program start pukul 8. Jadi kalau nak bertolak keesokan pagi, haruslah saya tak sempat sampai. Kena bertolak sehari awal. Waktu tu hanya teringatkan Kakak di KL. Tidur rumah kakak la, lagipun dah lama tak ke sana. Kakak sudi nak pick up di Hentian Duta. Ok, settle bab penginapan. Bab pengangkutan, mula2 risau juga sebab saya sorg aje perempuan yg akan naik kereta maktab, bersama drivers pulak tu. Risau sampai terfikir nak naik bas pergi sendiri, tp tak ada pula org nak hantar ke stesen bas. Nak tak nak, bersangka baik la, tawakal banyak2, minta Allah mudahkan urusan, bukan nak pi buat maksiat. Alhamdulillah, Allah betul2 tolong, kebetulan ada seorang staf wanita pun nak menumpang ke KL. Lega sungguh rasa. Lega banyak sebenarnya sebab saya kenal Kak Dayah, jadi ada teman nak berbual. Driver maktab, En Mus pun tersangat la ok. Sanggup tunggu sampai Kakak datang pick up kat Duta. Saya suruh balik, En Mus boleh kata lagi, "Nanti kalau orang culik kamu macam mana. Kena culik dengan perempuan bukan lelaki." Nak tergelak pun ada. Lepas Kakak jemput, En Mus meneruskan perjalanan beliau, dan saya pun balik ke rumah Kakak. Disebabkan keletihan yg teramat, terus tidur dgn gembiranya (sampai tak sempat nak buat rutin selalu;baca novel.. >_<).
Semuanya pertama kali
Seumur hidup, inilah pertama kali saya ke Putrajaya seorang diri. Inilah kali pertama travel seorang diri di KL. Rasa takut dan berdebar2 tu Allah saja yang tahu. Kakak yg duduk di KL bertahun2 pun tak tahu nk pergi Putrajaya mcm mana. Lebih malang, dia kerja pulak. Nak tak nak kena juga pergi sendiri. Dah sampai KL susah payah, takkan nak give up macam tu aje. Kakak takut benar saya tak sampai jadi saya kata, "Tak pe, kalau Along rasa tak mampu dah nk gi, Along tunggu je kat KL sentral ni sampai kakak abis keje..hee". Kakak pesan, "Jangan nampak takut sangat, nanti orang tau Along bukan orang sini." Kakak dropkan saya di KL sentral seawal 6.30pg. Lengang aje waktu tu, orang tak ramai lagi.
First step ialah, cari pak guard dan tanya macam mana nak ke Putrajaya. Pak Guard berbaju biru tu suggest naik KLIA transit. Fine, tak pernah naik seumur hidup. Pergi beli tiket, tunggu kat platform. Kat situ jumpa sorang mak cik, confirmkan dgn dia trem yg saya nk amik. Tapi waktu tu, nervous sungguh2. Putrajaya tu jauh kot. Dibuatnya salah naik, entah mana2 sampai nanti. Tak pe, pujuk hati ni tarbiyah Allah. :) Trem sampai, lepas tu Alhamdulillah, perjalanan smooth aje sampai Putrajaya. Sampai Putrajaya Sentral, tunggu bas pula. Naik bas tak ada masalah, yg jadi masalah bila salah turun. Ingatkan Pullman Hotel tu dekat amat dgn PICC, so saya turun kt PICC. Tanya receptionist, rupa2nya jauh juga, jadi haruslah untuk amik bas lain. Punya lama tunggu, penyakit cuak datang balik. Terpaksalah menebalkan muka telefon sahabat. Program belum start katanya. Naik bas sekali lagi, dan pak cik driver bas yang baik hati lagi ramah tamah memberhentikan saya di depan Pullman hotel. And the rest is history...
First step ialah, cari pak guard dan tanya macam mana nak ke Putrajaya. Pak Guard berbaju biru tu suggest naik KLIA transit. Fine, tak pernah naik seumur hidup. Pergi beli tiket, tunggu kat platform. Kat situ jumpa sorang mak cik, confirmkan dgn dia trem yg saya nk amik. Tapi waktu tu, nervous sungguh2. Putrajaya tu jauh kot. Dibuatnya salah naik, entah mana2 sampai nanti. Tak pe, pujuk hati ni tarbiyah Allah. :) Trem sampai, lepas tu Alhamdulillah, perjalanan smooth aje sampai Putrajaya. Sampai Putrajaya Sentral, tunggu bas pula. Naik bas tak ada masalah, yg jadi masalah bila salah turun. Ingatkan Pullman Hotel tu dekat amat dgn PICC, so saya turun kt PICC. Tanya receptionist, rupa2nya jauh juga, jadi haruslah untuk amik bas lain. Punya lama tunggu, penyakit cuak datang balik. Terpaksalah menebalkan muka telefon sahabat. Program belum start katanya. Naik bas sekali lagi, dan pak cik driver bas yang baik hati lagi ramah tamah memberhentikan saya di depan Pullman hotel. And the rest is history...
Antara ibrah dan tarbiyah
Masa untuk berubah
Saya ini anak sulung. Anak yang manja kadang2 mengada-ngadanya melebihi adik yg bongsu. :) Saya akui itu. Mungkin sebab ibu masih rasa terkilan kerana masukkan saya ke asrama sejak tingkatan satu(terlalu awal katanya untk usia itu) menyebabkan saya ni diberi layanan luar biasa sikit. Bertahun-tahun hidup berjauhan dengan ibu abah pun belum meyakinkan mereka bahawa saya ni anak perempuan yg sudah dewasa, yang boleh berdiri atas kaki sendiri. Faktor ini lah antaranya menjadikan saya ni seorang yg susah nak berdikari, selalu aje mengharapkan orang lain. Sentiasa nak berteman, bila berseorangan mulalah. Bukan salah ibu abah (semua anak suka dimanjakan)tapi itulah yg berlaku. Ibu hampir membantah hasrat saya ke Putrajaya bilamana dia tahu saya berseorangan. Ibu dan abah risau sungguh2. Di Kedah pun saya tak pernah keluar tanpa berteman, inikan pula nak berjalan seorang diri di tempat yg asing. Ya lah, memang patut pun mereka risau kan. Puas memujuk sampai terpaksa mengaitkan 'mereka' yg tak sepatutnya, barulah lepas. Saya minta ibu doakan keselamatan saya, jangan fikir yg bukan2, saya pergi dgn niat yg baik.
Diri yg sebelah lagi
Di dalam diri saya ada satu perasaan. Perasaan takut. Takut nk menghadapi realiti. Sebab tu, kadang2 saya lebih selesa untuk berkurung diri dalam suasana yg tak melibatkan orang lain. Praktikal mmg saya lemah.Tapi bila difikirkan sampai bila nak jadi begini, sampai bila asyik nk susahkan orang2 sekeliling saya. Kena juga berubah untuk kebaikan sebab hidup pejuang ni menuntut banyak pengorbanan. Saya nak jadi muslimat yg berani, yg boleh berdiri atas kaki sendiri. Alhamdulillah, Allah buka mata hati untuk buat perubahan dalam diri. Inilah masanya. Terima kasih Allah!
Sahabat tulang belakang perjuangan
Sepanjang kembara ni, sahabat2 banyak membantu saya. Saya yakin doa mereka sentiasa mengiringi perjalanan saya. Terharu bila mereka sungguh2 risaukan saya nak travel seorang diri. Ada yg volunteer nk temankan. Siap suruh buat laporan perjalanan dr semasa ke semasa lagi. Rasa aneh sbb kawan2 lain tak pernah buat mcm tu tp inilah sahabat, yg hati2nya bersimpul kerana Allah. Mereka inilah sahabat yg sanggup menempuh duri perjalanan perjuangan bersama2 saya. Bersyukur sgt Allah hadirkan mereka dlm hidup saya. :)
Kesimpulan
Allah memberi tarbiyah di mana-mana. Ujian juga tarbiyah dari Allah. Rasulullah juga ditarbiyah Allah. Lihatlah hasil tarbiyah Allah, Rasulullah menjadi pejuang yg terus betah mempertahankan Islam hingga kita yang merasai nikmatnya hari ini. Allah mentarbiyah kita tentulah untuk menjadikan kita juga pejuang hebat. Allah beri tarbiyah kerana sayangNya pada kita.
Kita seringkali kali menegaskan, jalan dakwah Rasulullah lah yang ingin kita ikuti. Perjalanan dakwah Rasulullah tak pernah sunyi dari tarbiyah. Oleh itu, adakah patut kita berharap perjuangan kita ini sentiasa di dalam kesenangan tanpa ujian berupa tarbiyah? Kalau setakat disuruh berjalan kaki untuk berdakwah sudah mengalah berputus asa, sesekali fikirkanlah kasut Rasulullah bertakung darah akibat dilempar batu di Thaif. Di manakah tahap dakwah kita??? Setandingkah dengan dakwah Rasulullah???
Wallahualam.
jumpa kawan baru dr Persatuan Pandu Puteri Malaysia
mereka buat saya rindu saat2 berpandu puteri dulu..pandu puteri next entry, ok..
dari kiri: NYP, YDP, Pengarah KBS, penulis dan Presiden MBM Perak
footnote: seminggu di KL, berchenta dulu dgn novel2 mak ndak :)
~rindu sgt kat shbt2, jumpa lg lps cuti sem.. T__T
0 BICARA ANDA:
Post a Comment