BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 2, 2011

Bila ko nak turun hah???

Apa berita paling best anda dengar hari? Hah? Hari ni start Anugerah Bintang Popular? Lagi?

Kalau pada saya, berita paling best yang saya dengar hari ni tentulah tentang kenaikan harga minyak petrol ron 97 sebanyak 20 sen. Kalau orang kampung saya cakap 2 kupang. Best tak kawan2? Best kan? Best kan? (buat gaya Sentap skit). Mestilah suka kan. Sape tak suka harga minyak naik. Eh, suka kan. Suka kan? Suka kan? (Sentap sekali lagi) Alah 2 kupang je pun seliter, kalau 20 liter baru 4 ringgit kan. Sama harga nasik kak wok 2 bungkus. Lagipun rakyat Malaysia ni kan kaya raya. Pemimpinnya memang bekerja keras untk majukan negara ni. Ni la bukti kerja keras mereka tu. Jangan risau, Malaysia dalam beberapa tahun akan datang boleh dicatatkan dalam rekod WHO sebagai negara yang paling ramai rakyat sihat. Sebabnya, lepas ni semua orang jalan kaki je. Saya pun mungkin lepas ni kayuh basikal je kut balik Jitra.. Siapa tahukan???


* * *

Saya cuba nak percaya dan terima bhw kenaikan yg berlaku ni disebabkan krisis harga minyak yg berlaku di Asia Barat tapi entahlah, hati yg sebelah lagi menidakkan. Ya la, akal saya yg waras ni mengatakan baru je hujung bulan Januari hari tu naik 15 sen. Takkan setiap dua bulan nak naik kot. Lama2 darah rakyat jelata macam saya yg tak berapa nk kaya ni pula yg naik.


Mungkin mereka yg arif hal2 ekonomi dunia lebih faham dgn apa yg berlaku. Saya ni tak la pandai sgt dlm hal2 cenggini. So, layan je la graf kat bawah ni. Mungkin anda lebih faham.




Dulu saya tak cakna pun isu2 semasa negara ni. Ya la, kereta pun tak de. Menumpang kereta abah je. Tak tau pula sejauh mana kesengsaraan dan sebanyak mana duit abah yang mengalir untuk isi minyak kereta. Bila dah meningkat dewasa ni, banyak pula perkara yg bermain2 di fikiran saya sampaikan mungkin pd org tak ada kesan kalau minyak naik setakat 20 sen. Tapi pada saya ye, sebab saya bukan orang kaya, abah saya bukan tauke stesen minyak apatah lagi menteri kewangan. Hidup pun cukup makan je. Kami sekeluarga hidup dengan kenderaan yg abah guna tiap2 hari untuk cari makan. Kalau enjin tak panas, tak ada la income. Dan kenderaan tentunya perlu minyak untuk hidup.

Dan tak lama lagi, saya pun akan bekerjaya, miliki kereta sendiri dan pastinya perkara2 beginilah yg akan saya tempuhi dalam hidup. Adakah sampai beranak pinak pun minyak kereta masih nak mengharapkan duit abah? 

Doakankanlah supaya saya jadi orang kaya suatu hari nanti supaya kalau harga minyak naik lagi tak ada la saya membebel-bebel tak tentu pasal di sini. Anda pun mesti tak suka kan? Hahha! Rasa macam emo ke? Sekadar meluahkan pandangan. Tak ada apa2 pun.


Kalau ditakdirkan jd kaya nanti, rasa mcm nk isi ke minyak kereta tu tiap2 hari smpai tak sempat minyak tu nak kering. ahaks...


footnote: oppss..ckp pasal minyak, kalo tumpang kereta org tu pandai2 la ada kesedaran nk bayar, walau dia x minta pun, sesetengah org ni tak kisah pun atau mungkin dia segan nak minta, tp kesian jgk kat dia, kalo dia anak tauke minyak lain cerita, mungkin blh minta sponsor...[peringatan untk diri sndri gak]

0 BICARA ANDA: