BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 3, 2011

SaHaBaT vs KaWaN

Allah uji kerana Dia sayangkan kita. Betapa untungnya tatkala ujian datang bertimpa-timpa di mana Allah sentiasa di dalam ingatan kita. Bagaimana kalau Allah biarkan kita bersenang lenang dan lalai daripada mengingatinya.



Tatkala dirundung kesusahan berapa ramai sahabat yang sanggup berdampingan, akan ditetapi berapa ramai kawan-kawan yang lebih suka jika kita mengajak mereka ke arah keseronokan. Kadangkala lebih senang mengajak teman2 ke pusat membeli belah daripada mengajak mereka mengikuti kuliah maghrib di surau. Salah siapa? Merekakah? Kitakah? Tepuk dada tanyalah iman.

Dalam hidup ini mencari sahabat bukan kerja mudah. Tapisan demi tapisan tanpa sedar kita lakukan sebenarnya hinggalah suatu saat kita akan menjumpai siapakah mereka yang selayaknya digelar sahabat. Bagaimanakah kualiti sahabat yang kita cari sebenarnya?
Berdiam diri jika kita berbuat kemungkaran?
Selalu mengajak kita menghiburkan diri dengan dunia?
Apabila terpandang wajahnya terus teringatkan Allah?
Sentiasa mengajak kita mendekati Allah?



Antara golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak adalah dua orang lelaki yang berkasih-kasihan kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.

Allah sangat mencintai orang yang mengasihi sahabatnya. Bagaimanakah mengasihi sahabat? 
Kita tidak menegur sahabat yang berbuat kemungkaran kerana takut sahabat terasa hati. Sahabatkah kita?
Kita membiarkan sahabat terus leka dengan keseronokan dunia. Sahabatkah kita?
Kita mengikut saja kemahuan sahabat yang senantiasa menginginkan keseronokan kerana ingin menjaga hati sahabat. Sahabatkah kita?
Kita membiarkan saja sahabat membuka aurat sesuka hatinya walhal kita punya kuasa untuk menegur. Sahabatkah kita?
Kita membiarkan saja sahabat mengabaikan solat fardunya. Sahabatkah kita?
Kita selalu mengabaikan perasaan sahabat dan sering menyakitkan hatinya. Sahabatkah kita?
Kita meninggalkan sahabat ketika dia dalam kesusahan. Sahabatkah kita?
Sahabatkah kita kalau kita tidak mampu untuk bersangka baik dengan sahabat, berlapang dada dengan sahabat dan melebihkan sahabat dari kepentingan diri sendiri?


Ayuh kita reflek diri. Muhasabah diri, mencari di mana khilafnya kadangkala dalam bersahabat. Cukup layakkah kita digelar sahabat untuk memperoleh sahabat?


“Sahabat yang baik adalah lebih  mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”. 


Allah timpakan saya dengan ujian-ujian demi ujian, membawa saya menilai ukhwah saya dengan sahabat2. Sedikit demi sedikit Allah bukakan mata hati saya untuk menilai sahabat dan kawan. Alhamdulillah, sahabat selalu dengan saya di waktu susah dan senang. Kawan, insyaAllah semoga menjadi sahabat saya suatu hari nanti. Itu doa saya. Terima kasih ya Allah atas nikmat ukhwah ini. Sahabat2, uhibbukifillah abadan abada.



footnote: SESEGAR HIJAU DAUNAN-Inteam benar2 meresap ke jiwa

0 BICARA ANDA: