BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 9, 2010

Alkisah Atikah, ibu dan sambutan hari lahir...

Salam alaik...

Hari ini saya sajikan sebuah lagi kisah utk kita sama fikir2kan dan renung2kan dan selamat beramal!

Atikah bakal menyambut ulangtahun ke-15nya tidak lama lg. Ibunya berura-ura utk mengadakan majlis hari lahir yg sgt meriah lg hebat. Pendek kata yg grand lah. Bermacam2 agenda yg difikirkan oleh ibunya utk menjadikan sambutan hr lahir tersebut sbg sebuah sambutan yg tidak dapat dilupakan seumur hidup. Sebagai anak, tentunya Atikah gembira krn ibunya bertungkus lumus utk mengadakan majlis hari lahirnya. Tambahan pula, dia boleh menjemput kawan2 sekolahnya utk turut sama meraikan sambutan setahun sekali ini. Atikah tdk dapat membayangkan betapa meriahnya majlis itu nanti apabila ibu mengkhabarkan sebuah kumpulan nyanyian akan dijemput.




Masalah mula timbul bila ibu Atikah mengatakan bahawa kos perbelanjaan utk mengadakan majlis tersebut sgt besar dan mereka tentunya tidak mampu utk mengadakan majlis itu tanpa wang yg mencukupi. Keluarga Atikah bukanlah keluarga yg berada, ibunya ibu tunggal, ayah Atikah pula telah lama meninggal dunia. Memahami masalah yg menimpa ibunya, Atikah mencadangkan agar majlis itu dibuat secara kecil-kecilan saja. Sekadar membeli kek dan tidak perlu menjemput kumpulan nyanyian. Atikah tidak kisah akan semua itu asalkan ibunya tidak perlu menanggung hutang di kemudian hari. Lagipun, mereka bukan orang kaya. Tidak perlu melakukan sesuatu yg melebihi kemampuan mereka. Namun, si ibu tetap berkeras utk mengadakan majlis hari lahir mengikut perancangan yg ditetapkan. Biar apa caranya pun, majlis itu mesti meriah!

Satu hari, si ibu mendapat idea bagaimana boleh mendapatkan wang bg menampung kos majlis tersebut. Atikah diminta ibunya supaya mendapatkan sedikit derma@bantuan drpd kawann2nya di sekolah sebanyak RM 2 seorang. Atikah yg terkejut nyata tdk berpuas hati dgn permintaan ibu. Atikah sedar kawan2nya bukanlah anak org berada juga, kebanyakan drpd mereka ayah bekerja sebagai petani dan buruh kasar. Permintaan ibu dirasakan tidak wajar kerana sepatutnya Atikahlah yg perlu menanggung kos perbelanjaan majlis hari lahirnya sendiri. Bukannya meminta derma drpd kawannya sendiri. Apa kata mereka nanti andai mereka tahu bhw Atikah ingin mengadakan majlis yg hebat tp perlu sampai meminta sumbangan. Atikah meluahkan rasa tidak puas hatinya kpd ibu. 
Ibu lantas membalas, "Nanti kawan2 Atikah pun akan melalui perkara yg sama. Mereka tentu nak adakan majlis yg meriah juga. Lagipun, apalah sgt duit derma RM 2 yg mereka sumbangkan kpd anak yatim seperti Atikah ni."
Jawab Atikah, "Ibu, bukankah sepatutnya sumbangan itu perlu dtg sendiri tanpa perlu diminta? Apa kata org nanti? Kawan2 Atikah bukan org kaya, bu. Menjadi anak yatim tu bukan alasan utk meminta-minta."
Si ibu kemudian membalas, "Cara apalagi yg kita ada Atikah? Duit kita mmg tak cukup, nak. Kita terpaksa."
"Kalau begitu, kita tak perlu buat yg majlis yg mahal2. Atikah tak kisah kalau ibu tak buat majlis langsung pun. Kesian kwn2 Atikah nanti. Atikah tak nak mereka benci Atikah di kemudian hari."
"Atikah, tolonglah faham. Atikah jgn membantah cakap ibu. Ibu buat semua ni utk Atikah."
Kata-kata ibu membuat Atikah lidah Atikah kelu. Atikah sudah tdk ada jwpn lg utk bertikam lidah dgn ibu. Atikah akhirnya melangkah longlai menuju ke bilik. Membiarkan hari esok menentukan jawapan baginya.

Demikianlah cerita Atikah. Nampak mcm tak logik tp dlm dunia realiti berlaku juga cuma situasi aje yg berbeza. Jadi tolong Atikah utk selesaikan masalahnya.


Kalau anda di tempat Atikah mcm mana ya?
a) tebalkan muka minta sumbangan drpd kawan
-sblm tu buat muka kesian dulu dan nyatakan bhw anda org susah
b) terus pertahankan pendirian anda utk tdk meminta sumbangan drpd kwn2
c) menggesa ibu supaya mencari wang melalui cara lain
-cthnya: pinjam drpd kwn2, bt loan dgn bank @ buat kerja part time
d) terus memujuk ibu supaya buat majlis yg ringkas2 aje
-anda sendiri yg buat performance, biar la suara tak sedap pun janji save budget..hihi

Kalau anda sebagai ibu yg konon prihatin kpd anak tersayang pulak mcm mana?
a) teruskan plan anda tanpa menghiraukan pendapat anak anda tu
- lantakla, bukan muka anda yg tebal, muka dia..
b) consider pendapat anak anda, bincang dari hati ke hati
c) cuba mencari sumber kewangan yg lain
-cthnya: minta sumbangan drpd tokoh2 korporat @ YB ke...
d) buat majlis sec kecil2an ttp penuh kemeriahan (ye la kan, dah tak mampu, buat la cara tak mampu)
- mungkin kumpulan nyanyian tu blh digantikan dgn anda sendiri, skali-skala mak nk test market..haha
e) yg ni paling kejam tp mampu menyelesaikan segala punca masalah
-cancel kan aje majlis tu, tak buat pn tak apa lgpun anak anda sendiri tak kisah kan?..kan senang cam tu..tak payah susah2 membazir air liur bertekak dgn anak anda


Moral of the story:
a) buat sesuatu mengikut kemampuan kita
b) dlm hidup ni tak ada benda yg nak di'show off'. Kalo rasa diri dah kaya raya, kat atas sana lagi kaya
c) jgn buat perkara yg boleh menjatuhkan maruah kita sendiri
d) tanamkan rasa malu dlm diri namun biarlah pd tempatnya
e) jgn suka membazir, amalan syaitan tu...
f) jgn melawan cakap ibu bapa selagi perintah mereka tdk melanggar syariat
g) kasihanilah anak yatim dan org miskin, krn dlm harta kita ada hak mereka (az-Zariyat:19)
h) beranilah utk pertahankan hak kita kalau mmg itu hak kita


chocolate cake fountain; kek kahwin impian Sabiha Hamzah..ngee



footnote: thanks to all JPP members 4 celebrating my besday.. >_<
nama watak utama tdk ada kaitan dgn sesiapa pun, just suddenly saya tringt kt sedara susuan saya yg besdaynya 4 hari slpas saya..itu yg letak nma dia..hihihi

Friday, October 8, 2010

Siapa mangsanya???

Salam alaik...

Selamat hari Jumaat, penghulu segala hari. 
Hari ni saya sekadar berkongsi sebuah cerita utk anda dan saya fikir2kan...

Satu hari, si B mengikut si A ke kedai jahit. Kata si A, tukang jahit di kedai ni mmg boleh dipercayai hasil kerja tangannya. Hajat si B ni nak tempah baju manakala si A ni nak ambil baju yg dah berkurun-kurun ditempah tak dituntut-tuntut. Si B malas meminta bukti dari si A tentang jaminan kualiti jahitan tukang jahit yg dinyatakan walhal si A juga baru pertama kali menghantar bajunya ke situ. 


Sampai di kedai jahit, si A bertanyakan tentang bajunya yg dah lama dihantar tapi tak dituntut-tuntut. Si B pulak menunggu saja. Kalau dilihat baju si A tu cantik, maka jadilah utk si B menempah bajunya sendiri.

Tukang jahit pun memberi baju kpd si A. Setelah diperhati dan dibelek-belek, berlaku sedikit kecacatan pd baju si A tadi. Lalu si A bertanyakan sebab bajunya jd begitu.

Tukang jahit berdalih, "Eh, mana saya tau jd mcm tu. Bukan saya yg jahit, kawan saya yg jahit. Tp dia dah tak kerja kat sini dah."
"$&(())_@##$$%%????" terasa sebal si A mendengar jawapan selamba dr tukang jahit sedangkan baju itu diamanahkan kpd tukang jahit tu utk dijahit, bukan kawannya. Sudah la bajunya tu bukan drpd kain yg sembarangan.


Si A meminta supaya tukang jahit bertanggungjawab ke atas kerosakan bajunya tetapi tukang jahit tetap tidak mahu mengakui kesalahan itu berpunca drpd dirinya dan kawannya malah tukang jahit asyik mengatakan "saya tak tahu." Perasaan marah si A semakin meluap-luap melihat sikap sambil lewa tukang jahit tanpa memikirkan kebajikan pelanggannya. Si B yg diam sedari tadi terus saja menjadi pemerhati.

Si A kemudian meminta supaya wangnya dikembalikan. Disebabkan takut rugi, tukang jahit meminta agar diberi sedikit masa lagi untuk membaiki kecacatan baju si A sedangkan si A ingin memakai baju barunya dalam masa terdekat ini. Tukang jahit berjanji akan membaiki mana yg patut.

Tidak lama kemudian, si A mengajak si B pulang kerana merasakan masalah itu 'mungkin' akan dpt diselesaikan. Si B serta merta teringatkan bungkusan berisi 2 pasang suit kain cotton berharga RM 19.80 semeter yg masih berada di tangannya. Hajat yg hampir saja dilupakan. Si B lantas memandang si A penuh tanda tanya. Keyakinan si B tadi sedikit sebanyak telah dibunuh oleh peristiwa antara si A dgn tukang jahit td. Lalu...



Apakah yg harus dilakukan oleh si B?

a) tempah saja baju pd tukang jahit krn bukan tukang jahit yg menyebabkan baju si A rosak
-lagipun tukang jahit dah berjanji utk baiki baju yg rosak itu
b) tunggu dulu sehingga baju si A siap dibaiki, jika elok baru tempah
c) cari tukang jahit yg lain, yg kehandalannya juga belum diketahui

Si A yg teraniaya pula bagaimana?
a) tunggu sehingga baju yg rosak dibaiki semula, mana tau akan cantik semula
b) terus mendesak supaya wang dikembalikan
c) mengugut akan melaporkan pd polis atau menyaman tukang jahit
d) ambil saja baju dan halalkan wang yg telah dibayar


Si A dan si B, kedua-duanya adalah mangsa. Si A blh dikatakan sbg mangsa penipuan, si B pula walaupun belum ditipu sudah menjadi mangsa kecelaruan. Lalu, tindakan apa yg harus mereka ambil utk menyelesaikan konflik dalaman dan luaran yg mereka alami? Walaupun pd kaca mata anda, kes merekai ini nampak biasa2 saja, ttp cuba letakkan diri anda di dlm situasi mereka. Perkara sebegini selalu terjd walau situasinya berbeza2. Jawapan mana yg akan anda pilih?


Moral of the story:
1) jgn terlalu percayakan org berdasarkn first impression atau cakap2 org
2) bertanggungjawablah dgn apa yg diamanahkan kpd kita
3) jgn malu utk mengaku kesalahan itu kalau mmg kita yg lakukannya
4) beranilah utk tuntut hak kita kalau itu mmg hak kita
5) jgn biar diri mudah tertipu, berfikir sblm bertindak
6) jgn cepat melatah atas sesuatu perkara yg berlaku krn itu akn menampakkan satu sisi yg buruk pd diri kita
7) dlm perniagaan, kebajikan & kepuasan pelanggan harus diutamakan krn merekalah sumber keuntungan kita 

footnote:
~tanya ibu,"baju kurung Along dah siap lama dah. Bila nak balik ambik?"
inilah untungnya kalau lahir dr rahim seorang tukang jahit ni..hehe

Wednesday, October 6, 2010

Sekolah oh sekolah...

Salam alaik

3 Oktober 2010; 8-12 pm
Venue : ACS Ipoh 

Outdoor xtvt for TESLIANs. Watching The Three Musketeers at ACS.(hah, sudah! apesal tetiba daku ber'speaking' pulak ni?). Ni 2nd time tgok live play lps senior punya Merchant of Venice dulu. ACS boleh tahan hebat jugak ye. Eh, tak! Memang hebat pun. Tiga hari berturut2 pentaskan cerita yg sama, tak cukup hebat lagi ke tu? Tercabar team Macbeth dibuatnya.Tercabar ke? Haha...

Athos, Porthos, Aramis

Apa yg best?
~costume yg cun (mcm org nak kahwin pun ada)
~sound system pun OK la
~dewan tak padan dgn kecik, air-cond bukan main byk (dewan sri tanjung bila lg yek?)
~pronunciation n articulation mmg bagus la (biasa la, sek2 speaking kan)

ni versi Melayu ke?


Yang tak bestnya...
~ada adik2 duduk sebelah menyebelah lelaki dan perempuan. Alasan tak cukup tempat duduk tak blh diterima sbb boleh je kan duduk kt tepi2 mcm kawan2 yg lain. Tak sedap pulak mata akak ni memandang walaupun dlm gelap. Lagipun kita pergi dgn tujuan yg baik kan...
~adegan berpegangan dan berpelukan berlawanan jantina turut diselitkan dlm drama..hmmm..
~makanan agak mahal (hah, nugget 2 ketul singgit? biar betik betul!)

Tapi, saya nk ingtkan ACS ni adalah singkatan kpd Anglo Chinese School. So majoriti studentnya adalah kaum Cina n India. Budak Melayu, kira dgn jari tangan pun dah cukup. That's why la pegang dan peluk tu tak jadi hal pd mereka. Tak boleh la nak salahkan mereka sbb ni bukan sekolah agama or sekolah yg majoriti studentnya Muslim. Dan kebanyakan mereka tak mempunyai fikrah Islam pun. Lain la kalau Muslim buat kan. Mmg nak kena sekeh sgt la tu. Sah2 la dosa, sekali dgn yg tengok dpt sahamnya. Apa2 pun credit utk mereka sbb tak ada pelajar Muslim involve dlm play ni. Pelajar Muslim jd pegawai trafik je. Dan adegan yg ditonjolkan tak la keterlaluan walaupun cara pemakaian boleh tahan seksi 'mantap' jugak. Ahha.. 

Pada saya, kalau nak anak2 mahir dan fasih berbahasa Inggeris, sekolah ni salah satu pilihan yg bijak, pelajar di sini didedahkan dgn bermcm2 ilmu spt muzik, lakonan dsb. Tapi disebabkan majoriti studentnya bukan Muslim, saya mungkin akan berfikir pat lima nam kali dulu kut utk menghantar anak saya ke sini. Bukan mendiskriminasi, tp kena pastikan basic agama dan aqidahnya betul2 mantop dulu baru boleh hantar ke sekolah yg ada byk 'cabaran' ni supaya boleh beza yg mana satu dosa, yg mana satu pahala, yg mana satu Allah suka, yg mana satu Allah murka. Saya duk kt maktab ni pun dah debar semacam je, kalau duk kat sana tu, wallahu'alam. Saya pun ada jgk kawan2 yg bljr kat ACS dulu dan alhamdulillah, mereka OK je. Sebenarnya benda ni, depend la kpd diri masing2, pandangan masing2. Kalau rasa mampu, go on, tak ada masalah. Sekolah yg majoriti studentnya Muslim pun tak semestinya boleh hasilkan product 100% berkualiti. Yang penting, sejauh mana kekuatan kita utk menghadapi cabaran2 terhadap iman dan aqidah ni. Macam duk oversea jugak, hidup sbg golongan minoriti. Kalau tak kuat, takkan mampu nak hidup sbg seorang Muslim yg benar2 Muslim. Semuanya berbalik kpd diri kita sendiri. Apa yang penting? Kerjasama!   Keredhaan Allah mesti diletak di hadapan.

Satu hari, saya tanya ibu, "Ibu nak tak hantar Chik2 pi sekolah Cina?" -atas rasional boleh kuasai banyak bahasa dan belajar mcm mana org cina bljr lalu jd bijak mcm mereka
jawab ibu, "sapa nak hantaq?"
"hmmmm..."
~bila fikir2 balik, bukan masalah jarak atau siapa yg nak hantar di sini, tp cukup bersediakah kami utk beri didikan agama yg kuat dan kukuh pd Chik2 di samping ilmu dunia? Huh, saya pula yg terasa beratnya tanggungjawab ni. 4 tahun lg Chik2 akan melangkah ke alam pra sekolah, saya pula akan memulakan tugas sbg pendidik. Mampukah saya utk mendidik Chik2 dgn tangan saya sendiri sedangkan saya tak pasti waktu itu abah dan ibu masih terdaya atau tak. Harapan saya pd Chik2 tidak la terlalu besar tp alangkah baiknya kalau dlm keluarga saya nanti ada seorang ustaz,seorang yg ada al-quran di hatinya, kalau bukan ustaz tp mcm ustaz pn dh kira OK. Ye la kan nak tunggu kakaknya dpt ustaz tak tau la bila kan. Hahaha...

thanks Syai utk baju raya Izzul Haziq!

Izzul Haziq jgn suka hentak2 kepala ye, nanti tak pandai dah adik Along


footnote: nasib baik la ada usrah, kalau tak Fatinnur dah lama 'mati lemas" kat maktab ni...Terima kasih Kak Nora utk taujihad dan tarbiyah yg tak putus2. Memang kak usrah terbaeklah!

Friday, October 1, 2010

Manifesto sesi kedua

Salam alaik...

Manifesto sesi kedua

30 September 2010

Tempat: Dewan Sri Melati
Masa: 9.00 malam

Alhamdulillah...manifesto sesi terakhir melibatkan 13 calon berlangsung dgn lancar. Walaupun kebanyakan calon utk sesi ini menang tanpa bertanding, tetapi manifesto tetap diberikan. Tahniah kpd yg sudah menang awal.

LEGA! itu saja perkataan yg mampu diucapkan usai manifesto semalam. Setelah seminggu menanggung debaran separuh mati, akhirnya Allah permudahkan jalan..

Pulang saja ke bilik, diri mula merasakan betapa berat dan besarnya amanah yg sudah tergalas di bahu. Hati hanya berharap, Allah terus permudahkan jalan utk berjuang di jalanNya. Amin....

Terima kasih kpd:
my roomate : Sofia mazlan (yg memperkenalkn saya dgn dunia blog)
my P.A tak berbayar : Pahana dan Farihah 
my classmate yg manis : adik2 dan kwn2 J5 (tukang sokong dan sorak)
my kakak usrah n da geng : Kak Nora (yg bg taujihad dn nasihat)
my ahli lujnah : especially Pina, Amar, Fathul, Bibah dll
my kwn2 TESL : especially Mc-T n da geng, dll
&
semua yg memberi sokongan dr jauh dan mendoakan saya.
Terima kasih. Jazakumullahu khairan jaza.

Walaupun merealisasikan hasrat itu bukan mudah tetapi, saya akan berusaha melakukan yg terbaik. InsyaAllah. Terus mendoakan kejayaan saya.

(ni gaya mcm dh menang award aje)=banyak sedikit poyo di situ!

(walaupun tentera Islam sedikit, Allah tetap beri kemenangan kpd mereka. Yakinlah dgn Allah. Islam akan menang akhirnya)


footnote:
Madam Kana peluk I td tau. You all jgn jealous plak..hehe
~gambar tak ada utk sesi ni ye..mintak maaf..