BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 12, 2010

SIMPANG TIGA HATI

Salam alaik...
Alhamdulillah...Syukur buat Dia pemberi segala kurnia...
Akhirnya, setelah hampir dua minggu blog tidak diupdate, Allah menggerakkan hati dan tangan utk mencoret lagi. Niat menulis berkali-kali tertangguh disebabkan kekangan masa yg tak sudah2. Ditambah pula, jadual baru yg masih tdk..letak duduknya. Sedikit terkilan kerana terpaksa memulakan semester baru dgn keadaan yg kurang selesa, harus pula menumpang bilik sahabat2. Dua minggu patut membuat kita rasa segan bila berlama-lama di bilik orang tambahan pula, kita ini tetamu, boleh saja dihalau tuan rumah apabila cukup tiga hari. Tentang elaun, tak perlu dicakap lagi. Bila difikirkan semula, dua minggu ini sangat melelahkan buat saya. Tapi itulah hidup, tak pernah surut dengan perkara2 yg diluar jangkaan.

Setelah dua minggu, saya dan rumate akhirnya dapat mengecapi nikmat tidur di bilik sendiri. Barang2 sudah diangkat ke bilik baru dan harapan utk kembali ke blok lama, pastinya sudah tidak ada. Tapi, syukur kerana masih ada bilik utk dihuni dan moga selepas ini, hidup jadi teratur kembali.

Baru beberapa hari lepas Angah dikejutkan dgn pemergian ibu kpd sahabat baiknya, semalam saya pula yg menerima kejutan yg maha besar saya kira. Otak gagal menafsirkan apa2 tika itu saat Encik Yusni mengemukakan tawaran itu. Tawaran bertukar aliran dr TESL Sekolah Rendah ke TESL Sekolah Menengah. Adakah patut dibiarkan saja tawaran itu atau menerima? Jika tawaran itu dtg setahun yg lalu, maka jawapan saya adalah 100% ya, tetapi setelah setahun bilamana hati telah separuh saya berikan kpd kursus ini, apalagi jawapan yg ada kecuali 50-50.
Hingga saat ini saya masih belum menemukan jawapan andainya saya salah seorang yg terpilih utk menjadi warga TESL sekolah menengah. Entah mengapa saya mengangkat tangan saat tawaran itu dikemukan. Apakah ini petanda rezeki yg saya fikir bukan milik saya selama ini kini Allah beri semula pada saya seperti kata ibu yg sudah berhari-hari tanpa jemu menelefon memujuk dan tak kurang juga memprovok. Saya buntu dan keliru bilamana memikirkan pilihan hati dan pilihan ibu abah. Ibu dan abah tidak memaksa tapi jauh di sudut hati, saya merasakan itulah sedikit impian mereka. Sudahlah ibu masih terkilan hingga kini kerana tak mampu menghantar saya utk buat medic, lalu patutkah pujukan ibu saya biarkan sepi begitu saja?

Hati saya cuma memikirkan kawan2 saat ini. Saya belum bersedia utk 'memisahkan' diri dari sahabat2 baik saya setelah sudah banyak suka duka kami lalui sepanjang setahun. Banyak perkara yg akan berubah selepas ini andai saya diterima. Bolehkah hidup kalau tengok mereka berlapan itu pergi rehat sama2, outing sama2, ketawa sama2 dlm kelas MR LIM..uhukhukhuk..waktu tu saya jd org yg paling cemburu barangkali.
Alahai, sukar nya kan nak buat pilihan bila berada di persimpangan. Antara kebahagiaan diri dan orang lain, manakah yg patut diutamakan? Kedua-duanya memberi kesan yg berbeza cumanya, tak satu pun kita tahu hikmahnya.
Sandaran saya kini hanyalah pada Dia, yang Maha Mendengar segala doa dan bicara hambaNya. Kalau inilah yg terbaik yg telah Dia aturkan buat saya, maka saya terima.


Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2:216)

footnote: kalau tak dapat pun, syukur juga: dapat la selalu pergi JJ dgn geng2 kan???
~oh ya, kalau sesiapa yg ada cadangan & pandangan, blh la share ye..sgt2 dihargai

0 BICARA ANDA: