BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 22, 2010

Siapa Aku di Depan Tuhanku?

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan Tuhanku?



Zuhurnya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhanku?



Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhanku?



Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhanku?



Isyaknya
kerana masa yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhanku?



kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
bila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing pada
mentari dan juga bintang-bintang.


 
saya tak pasti sajak ni ditulis oleh siapa tp diberi oleh kakak usrah saya kat matriks dulu.
tau tak, orang yg melalaikan solat ni tempatnya di NERAKA WAIL..
see, melalaikan solat pun masuk neraka, meninggalkan solat apatahlagi...

 
Dari Abu Dzar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bertanya:”Apa yang anda lakukan jika semua pembesar atau pejabat negeri telah sama-sama mengundurkan solat dari waktunya? Jawabku:”Apa perintah anda kepadaku?” Jawab Rasulullah s.a.w:”Solatlah kamu sendirian pada waktunya! Jika kemudian engkau dapat pula berjamaah bersama-sama mereka, solatlah lagi, dan solatmu itu adalah sunat (keuntungan) bagimu.”
(Muslim)




footnote: artikel ni utk peringatan pembaca dan diri penulis sendiri
moga2 kita tak termasuk dlm golongan ahli neraka tu...nauzubillah
mari kita buat perubahan dlm hidup, seiringkan solat lima waktu dan solat awal waktu...
kata ustazah: cara mendisiplinkan diri terbaik adalah mulakan dgn solat, kalau solat ok, InsyaAllah yg lain tip top belaka... >_<

1 BICARA ANDA:

Anonymous said...

salam...best!!!