BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 31, 2010

.:UNTUK GURU, BAKAL GURU, PELAJAR DAN MEREKA YANG PERNAH BERGELAR PELAJAR:.


Salam alaik...
Menyejukkan diri setelah didera berpanasan di bawah terik matahari. Seronok betul dapat melihat semula katil yg ditinggalkan 3 jam lalu dgn keadaan yg sepah macam tongkang pecah apa lagi. hehe...Pagi2 lg kaki dh berexercise ke Anjung Budiman. Bukan tu saja penglihatan pun ditest sama. Semua disebabkan mesej semalam yg berbunyi lbh kurg, "sila berada di anjung budiman pd pukul 7.20 pg krna anda ditugaskan utk memberi hadiah kpd lecturer". Amboi2, agk sesedap rasa jgk mereka mengeluarkan arahan mcm tu dan saya agk terpaksa jgk utk pergi hari ni ke Sambutan Hari Guru peringkat IPG Ipoh. Hati yg sblh berniat tak nak pergi tp hati yg sebelah lg pulak kata, "Apalah punya budak, nanti anak murid tak datang waktu Hari Guru baru tau. Betul jugak..Hehe" Jd, menang kt hati yg suruh pergi tu.

Sampai kat anjung, mula la task pertama utk hari ni dalam rancangan, Di mana DR. HJ. BADRUL HISHAM...wakaka...mcm di mana joe jambul la pulak. Maaf cakap, sy mmg tak kenal siapa doktor ini tp syazi kenal katanya, masalahnya, saya yg kena bg hadiah kt beliau bkn syazi. Punya la tenung sampai nak tembus gambar beliau siap boleh ambil gambar lagi (takut tak cam punya pasal). Tp ok jgk what, at least sblm habis sem ni sempat jgk kenal dgn sorg lecturer kt mktb ni. hahaha..teruk punya olang..lecturer pun talak kenal. Tup tup, segala yg dirancang tak menjadi.  Hadiah entah ke mana, lecturer pn tak nampak btg hidung.

Walaupun sambutan di sini tak la meriah sgt tp berbaloi kerana hari ni disajikan drama air mata oleh senior2. Bab mengeluarkan air mata org ni bg la kat diorg mmg bijak sungguh. Mmg terkesan dgn lakonan sorg senior yg berlakon jd bdk cacat tu. Tp berkesan lg drama air mata Wanie....wakaka..tau dah wanie tu natural bkn lakonan..hahaha..kita kan perempuan yg hatinya cepat terusik...hahaha..geli pulak aku menulisnya mendengarnya...

Apa2 pun, apa yg mereka sembahkan, itulah realiti yg berlaku dlm profesion keguruan hari ni. Tahniah ats lakonan yg mengesankan. Tp tak tau pulak kalau ada yg tak berbekas di hati..lalala


 
Sedar atau tidak sebenarnya tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru murid-muridnya ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ;


وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang Islam.

 
Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw

من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan. Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan lidah. Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman.( Imam Muslim )

Kerjaya ini juga akan dapat saham akhirat yang tidak putus-putus dengan ilmunya yang diambil manfaat oleh pelajarnya dan mengamalkan hadis Rasulullah saw ;


قال إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاثة صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

Apabila meninggal dunia seseorang maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya. ( Imam Muslim)


Semua yang disebut di atas akan diperolehi sekiranya dilakukan semata-mata untuk mencari reda Allah. Dengan kata lain niat hendaklah ikhlas. Alangkah ruginya sekiranya tugasan yang dilakukan hanya kerana menjalankan tanggungjawab mengajar semata-mata, cukup bulan dapat gaji dan elaun. Langsung tidak fikirkan macam mana dengan ibadat mereka, akhlak mereka dan masa depan mereka.

Sememangnya tidak dinafikan tugas guru pada masa kini amat berat dengan masalah keruntuhan moral. Dulu masalah disiplin pelajar berkisar dengan merokok, ponteng kelas, vandalisme tapi pada masa kini pelajar terlibat dengan minuman keras, pil khayal, merempit, curi dan yang paling membimbangkan ialah seks bebas. Semua ini adalah cabaran buat insan yang bernama guru. Apatah lagi pelajar masa kini tidak boleh ‘disentuh’ langsung. Silap hari bulan guru boleh disaman oleh ibubapa pelajar.

Sesungguhnya pengorbanan seorang guru terlalu besar. Namun terdapat pelajar langsung tidak menghargainya. Seorang guru boleh menghadiri kelas tambahan petang, malam malah mengorbankan cuti hujung minggu untuk membantu pelajarnya memperoleh kecemerlangan. Namun pelajar tanpa rasa bersalah ponteng kelas tersebut. Guru mencurahkan ilmu sebaik mungkin dan mengharapkan pelajar mengulangkaji serta mengamalkannya, namun mereka biarkannya ilmu itu hilang begitu sahaja. Guru sentiasa mendoakan untuk pelajarnya agar mendapat kecemerlangan namun pelajar setelah mendapat kecemerlangan terus melupakan gurunya. Guru sentiasa mengingati wajah anak didiknya walau pun telah bertahun-tahun, Cuma nama sahaja terlupa. Tapi pelajar sengaja mengelakkan diri bila bertembung atau buat-buat tidak kenal bekas gurunya. Semua itu guru tidak ambil kisah, janji di akhirat dapat ganjaran di sisi Rabb yang tidak pernah lupa, Tuhan yang tidak pernah terlepas pandang terhadap amalan hambanya.



Wahai insan yang masih seorang pelajar atau pernah bergelar pelajar. Doakanlah kebaikan untuk gurumu, ucapkanlah penghargaan dan terima kasih untuknya dan sapa dan bertanya khabarlah mereka bila bertemu. Percayalah, Semua itu amat mengembirakan hati mereka. Jadilah insan yang berterima kasih dan mengenang budi. Sesungguhnya sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia nescaya dia seorang yang tidak mensyukuri nikmat-nikmat Allah sebagaimana mafhum hadis Nabi. Siapalah kita tanpa guru. ‘TERIMA KASIH CIKGU’.



footnote: artikel dipetik dr http://halaqah.net/v10/index.php?page=221
~buku pilihan: Memoir Seorang Guru
~filem pilihan: To Sir, with Love
~lagu pilihan : Lilin Seorang Guru

0 BICARA ANDA: