BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 25, 2010

La...baru tau..hehe

Menghabiskan sisa2 hidup dua minggu di maktab memang menyeksakan. Mana taknya, minda dan jiwa dah ada kat rumah, badan saje yg ada yang pergi kelas setiap hari, balik bilik tidur, makan, online. Memang bosan kan? Oh, kenapa la makhluk2 yg tak exam diperhambat balik je. Menyemakkan kawasan maktab je. Haha..tak adil la pulak kan kalau kami ni boleh balik awal. Nanti ada pula mereka2 yg tak sayang mulut tu mengadu itu ini kat mana2 lecturer.Ahaks

Tak sabar betul nak balik rumah tambah2 virus demam PIALA DUNIA 2010 dah rasa nak attack sistem imunisasi badan. Ha, sakan la rumah tu nanti pukul 2-3 pagi. Geng saya si adik tu pun tak sabar agaknya tunggu saya balik nak buat kelab tengok bola lagi tahun ni. Kali terakhir, 4 tahun lepas. Masa tu tengok final world cup pukul 3 pg hari Rabu, Perancis lwn Itali. Ala, scene yg Metarrazi kena tanduk dgn Zidane tu..haha..padan muka, sapa suruh cari pasal..

Saya minat jg pd bola sepak tp bukan la fanatik atau die hard fan tu ye. Boleh je hidup kalo tak de bola. Saya tgok bola pn utk isi masa lapang je(ha, mcm dh hbs keje nk buat) dan kadang2 tu aktiviti keluarga sbb semua dlm family minat bola kecuali ibu. Ha, jgn ingat perempuan tak boleh minat bola. Bukannya pelik pun(sy ada baju hijaukuningkedah yg abah beli dn t-shirt m.u. yg mak lang bg..haha). Lagi satu orang lelaki selalu cakap yg perempuan ni minat bola sbb pemain2 nye yg hensem(ayt diorg yg jeles tu). Eh, Hellooo!!!(tringat kat Ainul tetiba..haha)Saya tak setuju sama sekali. Ingat semua perempuan pandang rupa paras je ke?(Kalau macam tu ramai la lelaki kurang hensem di luar sana tu tak berbini..haha).Ala, selalunya kalau minat yg berbakat tu, pakej hensem tu dtg sekali nak buat mcm mana kan? Secara jujurnya, saya minat seseorang pemain tu pd skill dan bakatnya. Minat saja tau bukan anggap mereka tu idola. Ingat!!!

Ha, td masa search2 kat tenet tu, baru saya dpt tau pemain bola sepak kegemaran saya ni rupa-rupanya dah masuk Islam. Berita dh basi tp baru sampai kat saya. haha..Kalo nasi ni dah sakit perut agaknya.Wah, mcm tak percaya pulak. Apa2 pun Alhamdulillah, bertambah lagi pemain bola sepak Muslim selepas Zidane, Frank Ribery(nama Islamnya Bilal), Anelka, Zlatan dan ramai lagi la...
Siapa kah dia itu????
Jeng,jeng,jeng...


ni la orang nya ROBIN VAN PERSIE

van persie ni lahir di Holland tak silap saya tp bukan lahir2 dah muslim. Main utk pasukan Belanda dan Arsenal. Berkahwin dgn seorang wanita Morocco-Belanda yg beragama Islam. Ada pihak kata van persie convert to Islam lepas kahwin dgn isterinya dan ada juga pihak2 tertentu yg kata dia ni seorang ateis dan tak convert pun walaupun isterinya Muslim. Wallahuhualam...

Tapi kalau benarlah van persie convert to islam pun bukan la satu perkara yg mengejutkan kerana menurut Ketua Persatuan Pemuda Muslim se-Eropah (PPME), Aman Sulchan, setiap bulan ada saja orang Belanda yg mengatakan keinginan mereka utk memeluk Islam dgn disebabkan ingin berkahwin dgn wanita Islam atau ingin mendalami Islam itu sendiri.

frank baca doa sblm start game


Zinedine Yazid Zidane (zizou), kalo kita panggil Zainudin la kan???

Menurut Aman juga, walaupun Islam dihina khususnya oleh ahli2 politik Belanda, namun itu merupakan satu keuntungan bilamana lebih ramai yg tertarik utk memeluk Islam.

Sejak kes pembunuhan van coch(bukan van persie @ van paklah) oleh seorang muslim Belanda, Muhamad Buyeri akibat menghina Islam, makin ramai pula yg memeluk Islam. Koordinator Nasional untuk pembanterasan terorisme di Belanda, Tajeb Gostra seperti yang dipetik dari Reuters, mengatakan bahawa di Belanda, banyak anak muda yang cenderung memeluk agama Islam. Menurutnya ada faktor yg menyumbang ke arah itu sebenarnya.

Di kalangan elite warga ibukota Belanda, katanya, ada sekitar 60% tidak meyakini satu pun agama. "Itulah sebabnya, banyak gereja dan yayasan-yayasan agama umat Nasrani tutup atau menjual aset-aset mereka, lantaran kian merosotnya jumlah jemaah mereka,"
Sebaliknya mereka percaya bahawa ketika ini ajaran Islam tersebar dgn cepat kerana umat Islam sgt menghormati ajaran agama berbanding penganut agama lain.

Jadi, tak mustahil dan tak hairan kalau di Belanda tu setiap bulan ada yg akan memeluk Islam sama ada penduduk asal ataupun warganegara lain yg bermastautin di sana.

Al-Imam al-Bukhari dan selainnya telah meriwayatkan sebuah hadith mengisahkan tentang Usamah bin Zaid yang telah membunuh seorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah di dalam peperangan, orang tersebut mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Usamah, ketika Usamah mengangkat pedang untuk membunuhnya. Namun Usamah tetap membunuhnya walaupun mendengar orang tersebut mengucap dua kalimah syahadah. Apabila berita ini sampai kepada Nabi saw, baginda benar-benar mengingkari tindakan Usamah ini, baginda bersabda : “Apakah kamu membunuhnya, walau selepas dia mengucap laa ilaha illallaah ?” Jawab Usamah : “Sesungguhnya dia mengucapkan kalimah itu kerana takutkan pedangku.” Lalu baginda bertanya kepada Usamah : “Apakah kamu telah belah dadanya (sehingga kamu boleh tahu ia mengucapkan kalimah tersebut kerana takutkan pedangmu)? Di dalam sebahagian riwayat yang lain, Nabi saw bertanya kepada Usamah : “Apa yang hendak kamu katakan dengan kalimah ‘laa ilaha illallaah’(yang diucapkan) nya pada hari kiamat nanti?”


doakan mereka ni satu hari nanti Allah bg hidayah jugak

david villa


sheva

Rumusan artikel:
1) Menjadi tugas umat Islam utk menunjukkan contoh dan akhlak yg baik kpd bukan Islam dlm usaha menarik mereka kpd Islam
2) Betapa di luar sana masih ada mereka yg memandang tinggi kpd umat Islam jd umat Islam jgn la buat perkara2 yg boleh menjatuhkan martabat Islam di mata org bukan Islam
3) Saya kurang bersetuju la kalau ada mereka yg mnjdikan pemain bola sepak sbg idola dlm hidup. Mereka pun insan biasa jugak, bukannya maksum. Perkara yg baik yg ada pd mereka boleh dijdkn contoh tp perkara yg tdk sewajarnya dilakukan, jgn la kita ikut. Minat tu pd saya tak salah tp sebab apa kita minat tu pun kena tgok jugak.
3) Pd saya, tak de salah pun nak tengok bola ke, nak main bola ke tp kena la pd tempat dan masanya.. Kalau betul caranya tak de masalah dari sisi agama. Janganlah pulak cakap, Islam tu ini tak boleh, itu tak boleh. Semua terpulang kpd cara kita menguruskannya.

Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, Maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan Allah, Maka merekalah orang-orang yang merugi. (Al-‘Araf [7]: 178).



Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya. (Al-Baqarah [2]: 272)

Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (Al-An’am [6]: 125)



Wallahu'alam...

footnote: saya bukan penyokong Belanda, Arsenal atau MU ye...yg mna menang yg tu la sya sokong..haha..boleh plak mcm tu..Sokongan adalah rahsia..hahaha
~dulu tgk world cup dgn junior2 skali..bestnya waktu tu...

3 BICARA ANDA:

Sofia Mazlan said...

ooohhhh, aku pun baru tau. hihi

husna said...

b0la 0h b0la,.
rupanya k.fatin p0n minat b0la =)

k.fatin said...

hehe...ye husna...kak fatin lyn je sumer..
husna pn mint jgk ke?
lps ni blh bt team tgok bola la..hehe