BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 31, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN, SAYANG...

Maaf entry ni bukanlah sesuai utk anda baca sebenarnya. Bg sesiapa yg tak suka cerita2 berunsurkan kegatalan dan kepoyoan sila jauhi entry ni. Takut anda menyampah dan tak pasal2 mengutuk saya dlm hati dan free je dpt dosa..hehe.. Saya menulis entry ni dlm sedar tanpa dipengaruhi oleh mana2 pihak..Ha, serius bunyi nya tu..

Hari ni genap 15 tahun usia perkenalan kami.  15 tahun? Lama tu.. Dia lebih muda dari saya, tp apalah ada pd usia kan? Tu hanyalah angka. Sepanjang 15 thn perhubungan ni byk suka dan duka kami tempuhi bersama yg memberi saya begitu byk pengalaman dalam hidup. Terima kasih ya Allah kerana menghadirkan dia dalam hidup saya. Terima kasih.


Apa yg istimewa ttg dia ni smpai saya sayang sungguh kat dia?
-sgt menurut perintah dan mudah mendengar kata saya (sb tu saya slalu buli dia..haha)
-sgt boleh diharap (bodek je, trus jln sumer keje)
-ada byk skill..(bab2 bertukang, enjin, bg la kat dia)
-melukis (krts exam, buku nota pn x sah kalo x de lukisan)
-pandai BI tau (yg lain, kim salam awal2)
-boleh share apa2 saja psl bola, kereta dsb (t-shirt bola pun share jgk..hehe)

dan yang paling penting...
-dia ni bermakna dlm hidup saya
-kalau dia tak da, mcm mana saya nk panggil saya Along kan???
sebab...

dia ni ADIK saya
dah tentula saya sayang dia...wakaka...

Hari ni ulangtahun ke-15 adik.

Adik dah besar, dah jadi abang pun. Tak boleh la manja2 macam dulu. Manja dgn Along takpa sbb Along byk duit skng..haha..
Jgn malas belajar. Jgn malas belajar. Jgn malas belajar. Ha, tak tau nk tulis apa, mmg malas sungguh budak ni..haisyh...
Jaga diri, jaga iman. Adik ada tanggungjawab besar pd kami..Kalau abah dah tak da nanti, tanggungjawab tu semua di bahu adik. Kalau agama tak ada dalam diri macam mana nak kemudi bahtera keluarga kan?
Along doakan segala usaha yg baik akan dipermudahkan Allah. Semoga Allah menjadikan adik anak yg soleh. Amin..




2 BICARA ANDA:

حسنى جميل said...

suspen je,..igt 'syg' sape la td..hihihi,..truskan bertinta! =)

kak fatin said...

trima ksh husna..
yg 'syg' btoi2 nnt next entry ye..haha...lwk je..