BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 13, 2010

~KCB~

Salam alaik...

Agak lama saya tak menulis entry. Kesibukan menjadi kekangan. Namun kesibukan bukanlah alasan untuk sebuah kelalaian. Saya masih ingat pesan Kak Nora, jangan sampai kesibukan membuatkan kita lalai. Saya pun fikir jugak apa kaitannya sibuk dengan lalai. Akhirnya saya faham, kalau kita sibuk macam mana sekalipun dgn kerja yg bertimbun, tu bukanlah sebab utk meninggalkan suruhan Allah dan perkara2 wajib macam solat, baca al-Quran, dsb. Terima kasih Kak Nora ats peringatan yg berguna.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."
(Hadis riwayat Imam Muslim).
Keterangan hadis:
Muslim yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang penuh dengan huru-hara dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilalui oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w.

Tapi dlm entry saya bukan nk bincang ttg kesibukan. Kat atas tu mukadimah saje. Tengok la tajuk pun KCB kan?
Ha, KCB tu apa?
Ni mesti ada yg interpret "KETIKA CINTA BERTASBIH" ni..Betul tak? Saya dah agak dah. Btw, sapa2 yg belum tgok mmg patut tengok. Setakat ni, karya2 Kang Abik(Habiburrahman al-Shirazi) blum pernah mengecewakan. Sarat dgn mesej bagi yg mereka mahu mencari cinta yg sebenar-benarnya cinta.

[filem KCB;sape yg nk blh mintak kt saya.. :)]


[novel versi Malaysia: ada episod 1 & 2]

Saya bukan nk bincang pasal filem ni sb saya tau ada lg yg blum tengok. Nanti tak paham pula apa yg saya merepek kat sini.

Saya interpretasikan KCB sbg "KETIKA CINTA BERUSRAH".
Ha, mendalam maksud tu bg saya. Agak lama juga tak berusrah bila semalam Kak Nora bgtau nak buat usrah hari ni. Secara peribadi, usrah sangat penting utk saya. Mungkin sbb di zaman sekolah sampai matriks saya di'besar'kan dlm suasana usrah. Walaupun sahabat usrah sentiasa bertukar namun, tujuan tetap sama, MENCARI REDHA ALLAH.
Sebab apa penting? Waktu usrah lah pada saya waktu di mana hati saya rasa dekat sangat dgn Allah. Bila dalam usrah betapa banyak muhasabah yg blh kita buat ttg tindak tanduk kita. Waktu tu la boleh reflect betul atau tak apa yg kita dah buat. Mendatangkan dosa atau memberi pahala? Sebabnya, dalam usrah ada mereka2 yg mengingatkan kita, ada yg menarik kita kembali kpd Allah bilamana kita semakin jauh. Biasalah iman manusia ada turun naiknya. Sebab tu la pentingnya pengisian jiwa supaya kita tak terus hanyut dan lalai dgn perkara2 yg melaghakan.

Sesiapa yg berada dalam usrah, maka mereka akan tahu betapa manisnya dan indahnya bila hati kita ini berhimpun dalam cinta kpd Allah. Bila doa rabitah tu dibaca, rasa betapa untungnya kita ini Allah pilih utk berada dalam usrah.
"Dalam usrah ni kita telus." Ni kata2 Kak Nora yg saya ingt setiap masa. Betul memang betul. Dalam usrah, kita tak ada rahsia. Kita tak ada batasan dalam meluahkan masalah dan rasa hati. Sebab kita yakin orang yg mendengar tu mampu menjaga rahsia2 kita walaupun mereka tu bukan kawan baik kita. Saya bukan kata, kawan2 yg rapat di sekeliling kita tak boleh menjaga rahsia kita tp saya yakin kdg timbul juga kan was2 dlm hati kita sama ada kawan kita tu blh menyimpan rahsia kita dgn baik atau tak? Kalau dalam usrah itu tak berlaku. Kita senang bercerita apa saja dan meminta pendapat. Tumpahlah air mata banyak mana pun, kita takkan rasa malu sbb sebab kita yakin kita meluahkan kpd mereka yg betul.


Banyak yg saya harapkan drpd usrah sebenarnya. Saya tau kekangan masa membuatkan saya dan kawan2 tak boleh selalu berusrah. Tapi saya harap kami terus istiqamah dengan izin Allah.

Kawan2, bersyukurlah sebab Allah pilih kita utk berada di jalan ni. Ramai lagi insan2 di luar sana yg mencari2 pengisian jiwa tetapi tak ada yg membawa mereka ke arah itu. Bersyukurlah sebab bila Allah meletakkan kita dalam usrah itu tandanya Dia sayang pada kita. Banyak pahala Dia nak bagi pd kita. Dan yg penting, ikhlaskan niat kita ketika kita berusrah. Baru la kita rasa manisnya usrah tu.

Kepada Izni, Aisyah, Ukhti Asiah, Ukhti Aini dan akhwat2 di MRSM, terima kasih. Kerana andalah saya belajar utk mengenal dan mencintai usrah.
Kepada Ukhti Ekin, Ukhti Suria, Ukhti Arma dan akhwat2 di matriks. Syukran. Kerana kalianlah saya mengenal erti dakwah, erti perjuangan Rasulullah dan erti mardhotillah. Maafkan kekhilafan saya yg lalu. Andai masih ada peluang utk diri ni, pimpinlah tangan saya lalu bersama2 kita terus merintis jalan menuju redha Dia. Uhibbuki fillah abadan abada...


footnote: bila Allah ambil sesuatu drpd kita maka Dia akan gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Terima kasih Allah.

2 BICARA ANDA:

حسنى said...

wah,..k.fatin truskan perk0ngsian ilmiah ni.. =)

normaidayu zainal said...

suke2 berk0ngsi2 ilmu mcm ni...=)