BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 4, 2010

Hari terakhir; seronok dan tak seronok

Salam alaik...

Hari ni hari last gerko. Bermakna credit hour utk sem ni dah cukup. Macam2 perasaan hari ni ada, kejap rasa mcm tak de mood nk main, kejap rasa menyesal pulak kalau tak main sbb hari ni dah last day. Lepas ni kalau rasa nk main pun, sendiri2 la. Tapi akhirnya ambil keputusan nak main jugak memandangkan ramai jugak yg tak de hari ni atas sebab2 tertentu dan yg paling penting aim untuk menjadikan team Syafiq sbg juara perlu ditunaikan.

Apa yang seronoknya....
Hari ni team saya bermain dgn begitu baik sekali.
Ling-Sofia-Niwah-En Sharifudin-mereka ni ckup bgus bermain..
Syafiq-yg ni no comment-blh kata tiap2 minggu saya grup ngan dia dn kami x pernh menang..huahuahua
Kwn2 yg lain pun main bgus jgk tp tak cukup ruang nk puji kt sini..hehe
Buat prtama kalinya dlm sejarah permainan hoki J5, team Syafiq muncul juara dgn menewaskan team Muhey dgn kutipan mata 5 berbalas 1. Pergh..mmg rezeki Syafiq hari ni dn trcapai jgk hasrat beliau utk menang. Maknanya trademark beliau selama ni, "Kalo sape nak kalah grup ngan aku" tak la buleh pakai setiap masa..hihihi

Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud).



Apa yg tak seronoknya...
Dah lama sebenarnya saya perasan hal ni tp malas nak fikir tp sebab hari dah last day kan, ingat nak bt reflection la sikit. Saya perasaan ada kwn2 yg bermain secara emosi hari ni. Mungkin bukn hari ni je, lama jgk saya dok perhatikan. Saya tau, ada antara kwn2 yang sungguh2 main nak menang. Ala, menang kalah tu adat permainan(ha, ayat klise sungguh).Tapi kita ni buat perlawanan antara sahabat je pun bukannya nak main hoki piala dunia(kita tak smpi pun lg tahap ni). Jd, main utk suka2(tp brsungguh2) je la. Sepatutnya permainan tu disulami dgn gelak tawa dan kata2 semangat utk kawan2 bukannya marah melulu kalau terkena sikit kwn punya stick. Biasa la tu dlm permainan, kesakitan pun satu pengalaman jugk kan? Walaupun kita sekelas, yg tua tetap dihormati dan muda sentiasa disayangi. Betul tak? Kalau team yg menang tu, tak ada apa2 pun yg diorg dapat.. Nothing! Bukannya dpt piala pusingan Sultan Azlan Shah pun apatah lagi piala pusingan En Sharifudin. Kemenangan tu hanyalah di atas padang dan kutipan mata tu, kalau sejuta berbalas kosong sekalipun, ianya tetap angka. Tak ada apa2 pun. Kalau team yg kalah tu, bukannya kalah selama2nya. Kalah hanyalah lawan kepada menang. Ia hanya satu perkataan.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ. رواه البخاري



Daripada Abu Hurairah r.a. :Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. -Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

 
Tapi Alhamdulillah, sikap emosi tu tak terbawa-bawa ke kelas. Hal yg berlaku kat atas padang berhenti kat situ saja. Kita masih boleh duduk semeja berbincang itu ini. Tu la yg bestnya. Cayalah kawan2 sumer. Walau apapun, hrp2 lepas ni kita lebih utamakan rasa mahabbah tu berbanding rasa marah ketika bermain.

Kawan2, terima kasih utk pengalaman berharga sepanjang satu sem bermain hoki ni.
Kepada En. Sharifuddin, terima kasih atas segala tunjuk ajar.

"Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang berguna dan anak yang soleh yang mendoakannya"

“Allah mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan.” (al-Mujadalah: 11)

Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga kejayaan~HAMKA





footnote: tak sabarnya nak tgok match hoki dgn kawan2.. >_<

0 BICARA ANDA: